Salam pendekar antiwahabi yang diingati…..
Saya sebenarnya terlupa hendak memberi jawaban berkenaan istilah wahabi atau muhammadiyah. Ditakdirkan awak sendiri tidak tahu mengapa perkataan wahabi digunakan. Puak yang antiwahabi zaman dahulu (agaknya termasuklah Syeikh Ahamd Zaini Dahlan itu) tidak sanggup menggunakan perkataan muhammadiyah untuk menggambarkan buruknya para pengikut Muhammad Abdul Wahab sebab nama Muhammad menyamai nama rasul akhir Muhammad s.a.w. Lalu mereka guna nama bapa Muhammad iaitu AbdulWahab. Sangkutlah nama Wahab dan dinisbahkan orang yang pendiriannya sama seperti Muhammad Abdul Wahab sebagai wahabi. Kemudian istilah wahabi turut dipopularkan oleh kolonialis British di tanah jajahannya termasuk di Tanah Melayu dan Indonesia .
Tapi pada hemat saya, ini kerja aniaya orang. Kalaulah betul buruknya Muhammad bin Abdul Wahab, janganlah sangkutkan nama orang lain sekalipun ayahnya. Ini sudah berlawanan dengan prinsip al Quran. Perhatikan ayat 112 surah an Nisa’ (maksud) “Dan sesiapa yang mengerjakan kesalahan atau dosa kemudian dituduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya dia telah berbuat pembohongan dan dosa yang nyata.” Allah mencela terhadap usaha memindahkan kesalahan terhadap orang lain yang tidak ada kena mengena dengan perbuatan itu. Misalnya awak nama Doloh bin Faqir. Beribu-ribu pengikut awak patut dikenali sebagai Dolohi bukan Faqiri. Betulkan?
Bolehkah awak memberi nama lain selain wahabi yang ternyata aniaya peribadi bapanya? Mengapa awak dan orang yang sefahaman dengan awak tidak mahu menggunakan nama SALAFI? Saya rasa itu lebih tepat sebab merujuk orang berfikrah salafi. Orang antiwahabi pun selalu main borong sama ada yang hidup sebelum atau sesudah Muhammad Abdul Wahab, asal saja pendapatnya sama macam Muhammad Abdul Wahab, digolongkan Wahabi. Yang hidup dahulu sebelum Muhammad Abd Wahab macam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qaiyyim pun wahabi juga. Tak betul nih…
Kalau awak nak borong saja sesiapa dulu, kini dan selamanya yang tidak tahlil sebagai salah, mereka itu sebenarnya lebih sesuai disebut saja SALAFI. Tukar nama saja, cara awak hentam dan bedal sama saja. Bincanglah dengan ahli syura jemaah antiwahabi (antisalafi) awak. Nanti boleh saya tukar gelaran awak kepada Pejuang Antisalafi atau Pemimpin Antisalafi. Sedap juga bunyinya tu. Brader, ini pun kira tajdid juga, memperbetul nama supaya jelas siapa sebenarnya yang disasarkan.
Mulai sekarang saya tidak akan guna wahabi, tetapi salafi. Saya tidak mahu babitkan nama Abdul Wahab yang tidak ada kena mengena dalam perbalahan yang entah dari mana pangkal dan mana hujungnya.
Buat sementara sekian dulu. Eloklah awak buat komentar pandangan saya, kalau setuju baguslah, kalau tak setuju saya teringin hendak baca hujah awak pula. wassalam.
(Emel ini tidak direspon oleh antisalafi di Jabatan Mufti)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan