Pengikut

Isnin, September 24, 2018

SATU cara diampuni dosa-dosa


MANUSIA sememangnya lemah. Ada waktunya tahap iman kepada Allah tinggi,  waktu yang lain imannya lemah. Saat imannya tinggi,  dia merayu-rayu kepada Allah,  mencari keampunan semua dosa.  Saat seperti itu, tiada yang sangat berharta dalam hidupnya melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya. 

Ada satu jaminan daripada Allah yang DIA pasti mengampuni dosa hamba-Nya,  iaitu menuruti saja apa yang diucapkan oleh kekasihnya,  Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam.  Artinya, setelah tahu begitu dan begini kehendak atau contoh Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, terus saja diikuti tanpa ditakwil apa-apa pun.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“(Wahai Muhammad) Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” [Surah Ali ‘Imran: 31]

Bukan sahaja petunjuk Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam itu dalam hal ibadah,  malah dalam hal cari makan hari-hari.  Ini contohnya,  berkenaan penipuan dalam perniagaan.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam lalu berdekatan dengan selonggok makanan lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam longgokan itu. Tiba-tiba jari baginda terkena sesuatu yang basah. Baginda bertanya: “Apa semuanya ini wahai tuan punya makanan? Orang itu menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya orang ramai dapat melihatnya. Sesiapa yang menipu maka dia bukan daripada kalanganku. (HR Muslim, al-Tirmizi)

Adakah kita muslim yang tahu banyak dosa bakal diampuni Allah? Tentu saja hanya yang benar-benar membenci amal dosa, lalu bertaubat maka hapuslah dosa-dosanya. Jika masih ada yang berbangga dengan dosanya, tentulah belum dibersihkan oleh Allah.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنَ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

"Seluruh umatku akan diampuni, kecuali orang-orang yang melakukan dosa secara terang-terangan. Dan sesungguhnya termasuk (hukum) melakukan dosa secara terang-terangan, iaitu seseorang yang melakukan perbuatan (dosa) pada waktu malam, dan Allah telah menutupinya, kemudian pada waktu pagi dia mengatakan,  'Hai Fulan, malam tadi aku telah melakukan ini dan itu,'  padahal Rabb-nya telah menutupi dosa pada waktu malam, tetapi pada waktu pagi dia membuka tabir yang Allah tutup terhadapnya."
(HR al Bukhari dan Muslim) 

Isnin, September 10, 2018

WUDHU, sapulah seluruh kepala

Antara kesalahan ketara semasa wuduk yang diamal oleh masyarakat Islam di tanah air adalah tatacara menyapu kepala, iaitu  sekadar menyapu sedikit saja daripada rambutnya atau kepalanya.


https://youtu.be/FZ-O9fThAcc

Yang sahih hendaklah menyapu seluruh kepalanya dengan tangan yang basah iaitu bermula dari bahagian hadapan kepalanya kemudian diteruskan sampai ke belakang di bahagian bawah kepala dekat dengan tengkuk, setelah itu dia tarik semula ke hadapan, kemudian terus menyapu cuping telinga, ini dikira satu sapuan. Cukup dilakukan sekali kerana begitu contoh daripada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.

Kata Imam al-Syafii rahimahullah:

وَأُحِبُّ أَنْ يَتَحَرَّى جَمِيعَ رَأْسِهِ وَصُدْغَيْهِ يَبْدَأُ بِمُقَدَّمِ رَأْسِهِ، ثُمَّ يَذْهَبُ بِهِمَا إلَى قَفَاهُ، ثُمَّ يَرُدُّهُمَا إلَى الْمَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ
Maksudnya: "dan aku suka  supaya dia berusaha menyapu semua kepalanya bermula di bahagian hadapan (ubun²) kemudian dibawa ke belakang, kemudian ditarik semula kedua-dua tangannya ke tempat dia mula menyapukan (air) ". [Mukhtasar al-Muzanni, daripada al-Umm 8/94]

Kata Imam al-Nawawi rahimahullah:

الْعَاشِرَةُ: اسْتِيعَابُ الرَّأْسِ بِالْمَسْحِ. وَالسُّنَّةُ فِي كَيْفِيَّتِهِ: أَنْ يَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى مُقَدَّمِ رَأْسِهِ، وَيُلْصِقُ سَبَّابَتَهُ بِالْأُخْرَى، وَإِبْهَامَيْهِ عَلَى صُدْغَيْهِ، ثُمَّ يَذْهَبُ بِهِمَا إِلَى قَفَاهُ، ثُمَّ يَرُدُّهُمَا إِلَى الْمُبْتَدَأِ، فَالذَّهَابُ وَالرَّدُّ مَسْحَةٌ وَاحِدَةٌ.
Maksudnya: "Sunat yang ke-10: menyapu semua bahagian kepala dan yang sunnah dalam caranya: hendaklah dia meletakkan tangannya di bahagian hadapan kepala dan dia lekatkan jari telunjuknya satu sama lain dan dua ibu jari dilekatkan di tepi kepala (dekat dgn mata) kemudian dia menolak tangannya sehingga ke belakang kepala (dekat dengan tengkuk) kemudian dia tolak semula ke hadapan di tempat mulanya, tarik dan tolak ini dianggap satu sapuan". [Raudah al-Tolibin].

Dalilnya hadis Abdullah bin Zaid radiallahu 'anh dalam Sahihain berkenaan sifat wudhu Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam:

 ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ بِيَدَيْهِ، فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ، بَدَأَ بِمُقَدَّمِ رَأْسِهِ حَتَّى ذَهَبَ بِهِمَا إِلَى قَفَاهُ، ثُمَّ رَدَّهُمَا إِلَى المَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ
Maksudnya: "kemudian baginda menyapu kepalanya dengan kedua-dua tangannya, bermula dari bahagian hadapan dibawa kedua-duanya ke belakang (kepala dekat dengan tengkuk) kemudian baginda menolak kedua-duanya kembali ke tempat ia mula (hadapan kepala)". [HR al-Bukhari & Muslim].

Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Maidah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَٰكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (jamban) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.”

Oleh Muhammad Asri Sobrie,  dengan sedikit suntingan dan tambahan ayat al-Quran dan pautan video.

Ahad, September 09, 2018

AZAN subuh patut dua kali

Foto hiasan
TELAH banyak muslim dalam negara yang shalat di tanah haram,  Makkah dan Madinah. Maka mereka maklum berlaku dua kali azan sebelum umat mengerjakan shalat subuh. Di beberapa masjid dalam negara kita juga ada yang mengamalkannya.  Demikian itu adalah sunah yang jelas. Dan jumhur ulama tidak berselisih pendapat mengenainya. 

Daripada A’isyah radhiyallahu anha beliau berkata:

أَنَّ بِلاَلاً، كَانَ يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ كُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ، فَإِنَّهُ لاَ يُؤَذِّنُ حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ

Maksudnya: Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam. Maka Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Makan dan minumlah kalian sehinggalah Ibn Ummi Maktum azan, kerana sesungguhnya dia tidak melaungkan azan sehinggalah terbitnya fajar.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 1918)

Di dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma beliau berkata:

كَانَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مُؤَذِّنَانِ بِلاَلٌ وَابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ الأَعْمَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ إِنَّ بِلاَلاً يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَلَمْ يَكُنْ بَيْنَهُمَا إِلاَّ أَنْ يَنْزِلَ هَذَا وَيَرْقَى هَذَا

Maksudnya: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mempunyai dua orang muazzin (tukang azan) iaitu Bilal dan Abdullah Ibn Ummi Maktum seorang yang buta. Maka Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam. Maka makan dan minumlah kalian sehingga Ibn Ummi Maktum azan.

Kata Abdullah Bin Umar radhiyallahu anhuma: Tidaklah jarak di antara kedua-dua azan itu melainkan seseorang itu turun (dari menara azan) dan seseorang yang lain pula naik (ke menara tersebut).
(Hadis Riwayat Muslim, 1092)

Jarak waktu antara dua azan itu diperselisihkan sebab petandanya naik turun menara. Di Madinah misalnya,  jarak antara dua azan itu satu jam. Taswib,  'assyalatu khairum minan naum' dilafazkan bila?  Syeikh Al Albani mengatakan pada azan pertama manakala Syeikh Bin Baz dan Syeikh Al Utsaimin (ulama Saudi) mengatakan pada azan kedua.  Dan kami di madrasah di Kuala Pilah dahulu melantunkan azan yang ada kalimat 'asyalatu khairum minan naum' pada azan pertama,  manakala pada azan kedua yang sudah masuk waktu subuh kekal seperti azan empat waktu yang lain. 

Semoga masjid yang mengamalkan dua azan ini menjadi contoh amalan sunah,  dan menggantikan lantunan bacaan alquran atau nasyid sebelum azan waktu subuh.