Pengikut

Ahad, Ogos 30, 2009

MERDEKA dengan jujur

SETELAH 52 tahun merdeka tidak salah semua warganya bertanya untuk apa merdeka. Pertanyaan semula ini bukan kerna kita semua kehilangan pendoman atau hilang arah tujuan. Tidak, namun dengan bertanyakan semula tujuan merdeka bererti menilai semula banyak perkara seperti persoalan apakah setelah melebihi 50 tahun merdeka, semua matlamat merdeka sudah dicapai.

Sewaktu para pemimpin mengusahakan merdeka sejak tamat Perang Dunia Kedua (1945) memang tidak dinyatakan fokus untuk membina bangunan tertinggi di dunia atau membuat kereta sendiri seperti yang dilakukan oleh negara penjajah British.

Secara khusus memang tampak jelas matlamat kemerdekaan ialah untuk membina semula maruah bangsa yang musnah sejak kedatangan bangsa Portugis di Melaka tahun 1511. Bayangkan semenjak 1511 negara ini bertukar penjajah seperti Belanda (1641), British (1876) di Pulau Pinang dan (1824) di Melaka. Kemudian tahun 1942 datang penjajah dari Timur iaitu Jepun dan British masuk semula dengan memperkenalkan sistem pentadbiran yang lebih sistematik pada tahun 1945. Maka apabila mentari 31 Ogos 1957 muncul sebagai hari bersejarah negara Tanah Melayu merdeka, sangatlah besar ertinya kepada bangsa Melayu yang selama ini terjajah.

Merdekanya negara Tanah Melayu ini adalah untuk menggembleng semua tenaga penduduk untuk membina negara Tanah Melayu yang berdaulat sama bersaing dengan negara-negara bangsa dunia lain. Meskipun penduduk Tanah Melayu merdeka bukan orang Melayu 100 persen, namun bangsa Melayu merupakan teras kerana merekalah penduduk asal tanah jantung ini dan menjadi penduduk majoriti. Bukan rahsia semua penduduk yang bukan Melayu, yang diakui sebagai rakyat Tanah Melayu menerima keutuhan dan kebesaran bangsa Melayu sebagai keutamaan negara. Maka lahirlah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedemikian rupa pada tahun 1956.

Selama 52 tahun ini negara aman dan harmoni melayari kehidupan pelbagai kaum, budaya, agama dan pemikiran. Maka apa juga cita-cita rakyat Malaysia (Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak) dalam semua bidang mestilah berteraskan tunjang yang terpahat ratusan tahun sejak Kesultanan Melayu Melaka.

Munculnya gerakan tajdid dalam agama Islam tidak lain untuk menambah kukuh pemahaman dan kekuatan bangsa Melayu beragama. Penerimaan sistem politik demokasi menggantikan feudalisme Melayu adalah untuk menambah tinggi pencapaian kekuasaan politik bangsa Melayu, bukan sebagai jalan untuk saling bertelingkah dan bermusuhan.

Kemudian penerimaan sistem ekonomi moden menggantikan ekonomi tradisional Melayu adalah untuk semua rakyat menikmati kekayaan negara, bukan untuk melakukan tindas-menindas dan membentuk keangkuhan siapakah yang paling kaya di Malaysia.

Kalau kita semua berfikiran jujur dengan kerap menoleh belakang dan melihat masa depan, semua rakyat boleh hidup aman, syukur dan maju. Kalau kita melupakan asas dan memburu cita-cita sendiri tanpa melihat jiran tetangga yang pelbagai dalam 27 juta penduduk, maka pasti itu bukan kerna kejujuran, tetapi keserakahan.

Apa yang sangat diperlukan ialah berlaku jujur dalam semua fikiran dan tindakan, kemudian semua manusia yang tinggal di Malaysia (termasuk 2.5 juta warga asing) wajib bercita-cita menjadikan Malaysia tanah yang boleh dijadikan tempat tinggal yang menyenangkan.

Apakah yang saya catatkan di sini merupakan ajaran Allah dan rasul-Nya? Jawabnya, ya!
31 Ogos MERDEKA MALAYSIA Ke-52 tahun 2009!

SALAM merdeka Malaysia ke-52


HARI-HARI YANG PULANG

dahulu para kakek di tanah jantung ini
rebah dan berdarah merah kerna pertiwi
pada saat orang-orang datang ke muara
menemui kepok-kepok emas merata

buah merdeka 52 musim sudah
anak-anak tanah jantung bersopan manis
bersalam dan bersemenda dengan para tamu itu

hari ini anak cucu pahlawan yang rebah dan darah merah
kerja saling bertelingkah untuk siapa lebih gagah
tagannya khazanah yang ditoreh merata-rata
konon berhukum faraid sunatullah

hanya inikah caranya menjadi juara
tapi meranapkan tanah huma yang ada
bagaimana musim merdeka tanah ini musim depan
dan hari-hari yang pulang

NURUL MUBIN SIRAJ
30 Ogos 2009-menjelang 31 Ogos 2009

Khamis, Ogos 27, 2009

RAPATKAN saf mengikut sunah

KESEMPATAN masih Ramadan dan banyaknya orang solat berjamaah di masjid pada waktu malam, bagus diperhatikan bagaimana saf-saf solat mereka. Akan didapati banyak fesyen masing-masing berdiri dalam saf yang semua berfikiran dan yakin itulah berdirinya seseorang dalam saf solat berjemaah.

Ada yang renggang, terpisah dengan sahabat-sahabat lainnya. Kemudian ada rapat bersentuhan dan bukan asing pula melihat ruang kosong antara beberapa orang dalam saf, khasnya di bahagian belakang sekali. Bagus sekali jika melihat sunah dalam mendirikan saf dalam solat berjamaah ini. Daripada sahabat Jabir bin Samarah r.a, mengatakan Rasulullah bersabda (maksudnya), “Tidakkah kalian berbaris seperti para malaikat berbaris di hadapan Tuhannya?” Kemudian kami bertanya, “Bagaimana ya Rasulullah?” Maka jawab Nabi s.a.w. “Mereka menyempurnakan saf-safnya baris demi baris.” Hadis riwayat Muslim, Nasa’i dan Khuzaimah.

Kemudian untuk melihat lebih dekat kedudukan kaki dan bahu boleh diperhatikan hadis ini. Daripada Al-Nu’man bin Basyir r.a. berkata (maksudnya), “Dahulu Rasulullah menghadap orang banyak seraya berkata, ‘dirikanlah saf-saf (baginda mengulangnya sebanyak tiga kali). Demi Allah kamu meluruskan saf-saf kamu atau Allah mencerai-beraikan hati kamu. Al Nu’man berkata, “aku melihat seorang menempelkan (merapatkan) bahunya dengan bahu temannya, menempelkan lututnya dengan lutut temannya dan menempelkan mata kaki (buku lali)nya dengan mata kaki temannya.” Hadis riwayat Abu Dawud, Ibnu Hibban, Ahmad Hanbal dan al Daulabi.

Dalam satu kisah di sebuah masjid dengan poster berkenaan saf ini, menjadi perbincangan baik. Memang majoritinya cepat faham akan kesilapan dalam bersaf terutama sewaktu berdiri. Kata mereka, kaki dan bahu tidak rapat. Demikian secara fitrahnya dalam beragama kita menerima dalil dan hujah yang diberikan. Ada sedikit yang susah hendak menerima perubahan dengan alasan masjid yang luas dan tidak perlu rapat sampai bersentuh-sentuh. Itu hanya pandangan akal.

Tentulah puas hati kita jika dapat beramal dengan panduan dalil yang jelas, bukan dengan sangkaan fikiran semata-mata. Sesungguhnya Islam itu dibuktikan dengan amal, dan amal itu dikuatkan dengan dalil serta hujah. Maka Islam pun langgeng hingga akhir zaman.

MENCARI restoran tanda 'haram'

KEPADA yang pernah melancong ke negara jiran, katanya susah hendak mencari makanan halal khasnya di Jawa. Indonesia sebuah negara yang penduduk muslimnya paling banyak di dunia. Susah mencari makanan halal di sana? Malaysia bagaimana?

Malaysia sebuah negara Islam dan dalam perlembagaan dicatat Islam sebagai agama Persekutuan. Terdapat 13 buah negeri yang semua mempunyai Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam. Ditambah untuk Wilayah Persekutuan bersama 13 negeri, bermakna ada 14 orang pegawai tertinggi agama iaitu Mufti! Para Mufti secara automatik menjadi anggota Majlis Fatwa Kebangsaan yang berijtihad menentukan sesuatu hukum mengenai perkara-perkara baru.

Untuk satu Malaysia terdapat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai penyelaras hal-ehwal agama Islam peringkat persekutuan. Hal ini kerna hak dalam agama Islam mutlak ada pada setiap negeri, bukan kerajaan persekutuan. Oh ya, di sini ada Universiti Islam Antara Bangsa Malaysia, ratusan institusi pendidikan Islam milik kerajaan (pemerintah) dan swasta. Pelajaran agama Islam menjadi kewajiban murid dan pelajar sejak kecil. Di beberapa negeri seperti Selangor, Johor dan Kedah sekolah-sekolah agama ada di setiap daerah dengan jutaan muridnya. Kelantan pula sudah megah dengan jolokan Serambi Makkah.

Di negara ini ada Partai Islam Se-Malaysia (Pas) yang sangat vokal dalam usaha untuk melaksanakan semua aspek dalam syariah Islam. Dan sekarang Pas dengan dasar Islamnya didukung begitu banyak pihak sehingga menjadi salah satu kuasa politik. Orang bukan Islam juga kian banyak bernaung di bawah Pas, yang tentunya reda dan suka menerima dasar Islam.

Berdasarkan perlembagaan semua negeri berkuasa penuh dalam hal agama Islam. Sembilan orang raja pula merupakan Ketua Agama Islam negeri-negerinya dan DYMM Yang DIpertuan Agong sebagai ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja. Kedudukan ini merupakan warisan sejarah ratusan tahun dan diterima dengan baik.

Dengan kedudukan Islam yang begitu mantap begini sangat sedih apabila umat Islam mengemis status makanan halal dalam negara. Sepatutnya di Malaysia, status hotel, restoran dan kedai-kedai makan yang memohon untuk menjual makanan haram, bukan sebaliknya! Maka selayaknya tanda ‘haram’ itu dipamerkan pada mana-mana tempat makan yang menjual makanan haram di sisi Islam. Jika keadaan ini benar-benar berlaku bermakna susahnya hendak mencari makanan haram di sebuah negara yang penduduknya majoriti beragama Islam dan kukuhnya institusi Islam dalam negara.

Bayangkan Jakim tidak lagi memantau premis makanan yang mempamer tanda ‘halal’ tetapi melihat dan memastikan premis yang ada tanda ‘haram’ supaya betul-betul makanan yang haram dijual di sana. Ertinya lagi, seperti dicatat tadi, semua premis makanan senantiasa halal sehingga ditanda ‘haram’.

Isnin, Ogos 24, 2009

KATA menteri, syariah menggerunkan!

BUKAN SEKALI ini undang-undang syariah difitnah dan dihina. Hari ini sekali lagi melalui akhbar SINAR, seorang menteri yang menjaga hal-ehwal wanita memberi gambaran Malaysia sedang mengamalkan sistem Syariah yang menggerunkan!

Apa isunya? Menteri berkenaan mengulas jika seorang wanita didenda RM5,000.00 dan disebat enam kali, inilah contoh sistem Syariah yang menggerunkan. Soalnya menggerunkan siapa? Tentu dirinya, walhal bukan dia yang akan disebat. Wanita yang bakal disebat tidak pula merasa gerun malah reda ketentuan Tuhan. Dia reda atau pasrah, keluarganya pun begitu! Bagi wanita yang telah insaf daripada kesilapan, apalah sangat dengan sebatan enam rotan itu dibandingkan kemurkaan Allah. Malah sebelum ini pun wanita berkenaan faham hukuman sebat dalam undang-undang Syariah di Pahang bukanlah sebagaimana dahsyatnya sebat kerana kesalahan jenayah yang diputuskan oleh mahkamah sivil.

Lihat kenyataan Menteri wanita ini, “Namun pada pandangan umum adalah hukuman maksimum iaitu denda RM5,000.00 dan sebat sebanyak enam kali tidak mencapai matlamat mendidik pesalah.” Aduhai Datuk Menteri…, wanita yang menanti hukuman ini sendiri sudah insaf dan sedar kesalahannya. Itulah pendidikan. Hendak apa lagi?

Kalau hukuman sebat enam rotan itu sudah digambarkan sistem yang menggerunkan, maka tidak tahulah apa erti lain untuk memahami sebatan 100 rotan kepada penzina seperti yang tercatat dalam ayat 2 surah an-Nuur.

Kemudian kalau Menteri wanita ini menemui ayat-ayat dalam surah Taubah yang memulaukan orang munafik, apa katanya lagi. Bayangkan Allah melarang orang-orang beriman tidak mensolati jenazah orang munafik. Di desa saya sudah ada Tuan Guru mengisytiharkan tidak akan hadir dan solat jenazah orang yang mati kemalangan kerana lumba motorsikal. Bunuh diri!

Ayat-ayat al-Quran memang menggerunkan kepada yang ragu-ragu. Mereka dan yang sewaktu dengannya hanya melihat al-Quran sebagai tulisan hiasan dinding, bacaan berlagu untuk keseronokan seperti alunan nyanyian. Satu lagi yang penting, ayat-ayat al-Quran adalah alat untuk menjampi dan menghalau hantu syaitan. Itu saja! Kalau difahami, heee…., gerun, gerun…

Ahad, Ogos 23, 2009

Ayat 36 al-Isra' untuk diam atau buat amal

SEMASA bulan Syaaban lagi, pelbagai acara bersifat keagamaan dilakukan sebagai pecutan akhir sebelum Ramadan. Kemudian dalam Ramadan ini, atas nama kemuliaan bulan dan musim orang membanyakkan amal ibadah, bertambah lagi acara keagamaan. Bagi mereka yang mengekor sahaja atas nama agama, mereka ini menggunakan prinsip ‘kami dengar dan patuh’.

Sepatutnya sesiapa pun dan di mana keadaannya, semua tidak terlepas daripada membawa dalil atau menemukan dalil untuk dibawa ke medan umum. Kita berasa puas dengan sesuatu amalan yang benar-benar disandarkan kepada dalil kerana urusan akidah dan ibadah ini benar-benar hak Allah dan rasul-Nya. Selain dua sumber di atas, manusia biasa hatta imam besar sekalipun tidak mempunyai hak untuk mengurangkan atau menambahkan mana-mana urusan berkenaan.

Mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri telah mengupas bab puasa yang wajib didasari dalil. Sekalipun ada yang menyalahi kebiasaan seperti waktu imsak, namun apabila dalilnya daripada alquran dan sunnah, kita menjadi ‘kami dengar dan patuh’. Kupasan lain ada dalam link ini http://drmaza.com/home/?p=75 .

Ayat 36 surah al-Isra’ bermaksud, “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta tanggung jawab atasnya.”

Ayat ini memberi pengajaran seperti berikut:

Pertama: Kita wajib mencari ilmu atau mempunyai pengetahuan sebelum melakukan atau mengikuti sesuatu amalan yang dicadangkan. Allah menegah kita melakukan sesuatu amal tanpa pengetahuan. Inilah prinsip ilmu dan amal yang kerap dijadikan slogan pertubuhan atau institusi Islam. Namun kebanyakan kita akhirnya lupa untuk memegang prinsip ini. Melanggar sahaja prinsip ini atau dengan mengekor sahaja orang lain melakukan amal akidah dan ibadah tanpa pengetahuan bermakna melanggar tegahan Allah.

Atas nama mendekatkan diri kepada Allah pelbagai modul solat, wirid dan doa dibawa ke tengah masyarakat. Para penganjur sendiri memang tidak berani mengishtiharkan apa yang dibawanya adalah sunnah Rasulullah atau jelas ada petunjuk daripada sunnah.

Kedua: Penganjur mana-mana urusan akidah dan ibadah, wajib mengajarkan pengetahuan atau memberi ilmu berdasarkan alquran dan sunnah dengan jelas supaya orang awam tidak mengikuti secara membabi buta. Sudah menjadi adat bahawa orang awam bergantung kepada pemimpin agama, maka orang agama wajib memberikan dalil-dalil yang sahih untuk membawa masyarakat dalam ibadah yang betul. Namun kebanyakannya hanya menerangkan cara-cara beribadah yang langsung tidak disandarkan kepada hadis-hadis sahih. Perhatikan cara orang memberitahu cara solat hajat dilaksanakan, entah berapa puluh cara. Adakah ini cara yang Rasulullah ajarkan kepada umatnya?

Ketiga: Ayat berkenaan memberi hak kepada kita untuk diam atau tidak mengikuti apa-apa aktiviti ibadah yang meragukan, sekalipun disponsor oleh yang bergelar ulama dan dihujah dengan banyaknya yang melakukan itu. Berdasarkan timbangan akal sahaja cukup munasabah bahawa kita tidak bolah melakukan perkara yang kita tidak tahu hujung pangkalnya. Jika dalam urusan keduniaan pun kita tidak akan melakukan tanpa ilmu, apakah istimewanya urusan ibadah dilakukan secara taklid sahaja?

Jumaat, Ogos 21, 2009

PRK: masuk angin keluar asap...

BERIKUT catatan oleh Mohd Sayuti Omar dalam http://msomelayu.blogspot.com mengenai Pilihan Raya Kecil di Permatang Pasir Pulau Pinang.

“Kerana keadaan makin parah, maka UBN terpaksa mencipta isu dan mencari peluru palsu untuk menembak Pas. Macam-macam yang diungkitkan oleh pihak UBN yang ditabur menerusi blog-blog liar yang tidak ada kuasa penangungjawab. Kononnya calon Pas, Ustaz Mohd Salleh Man telah mengelapkan wang pilihan raya Pulau Pinang sebanyak RM600,000. Tidak cukup itu beliau juga dikatakan menggelapkan wang pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu sebanyak RM60,000.
Selain itu Salleh juga dituduh mengambil wang dan dimasukkan ke dalam akuan peribadinya. Jumlahnya tidak dinyatakan mungkin bermula dengan angka enam juga, boleh jadi RM60.00 ataupun RM6.00 sahaja atau pun hanya 60 sen? Nasib baik juga tidak ada tuduhan yang calon Pas itu pernah membelasah sesiapa hingga penyek hidung dan dahi!
Untuk menampak tuduhan ini real dibabitkan nama timbalan pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mujahid Yusuf Rawa. Kononnya Mujahid mengetahui semua itu. Tidak tentu fasal berpeluh juga ketiak Mujahid mendengar segala cerita rekaan itu sampai beliau meminta orang yang menuduh itu tampil ke dunia nyata mengemukakan bukti.”

Nampaknya sama ada calon BN atau Pas, nasibnya sama: diadili perwatakan dan kerjayanya bukan cita-cita dan matlamatnya untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Orang ramai pun suka ceramah bab korek duit sana sini antara kedua-dua pihak. Bayangkan, berapa banyak duit rakyat (peruntukan kepada SPR, PDRM dan lain-lain) untuk menyelesaikan satu pilihan raya kecil (PRK), tetapi rakyat tidak mendapat apa-apa kesan pembangunan minda.

Akhirnya nanti setelah selesai PRK, calon yang menang bukan kerana kekuatan minda dan gagasan pemikirannya, tetapi kerana lawannya sudah lemah tidak bermaya dek tuduhan-tuduhan songlap, rasuah dan titik-bengik lain. Saya rasa keadaan seperti ini menyumbang kepada orang Melayu yang kehilangan fokus dan hilang punca dalam matlamat di negara sendiri.

Sepatutnya dengan banyaknya kos daripada kerajaan, pihak BN dan Pas, penduduk di sana mendapat anjakan baru dalam kehidupan yang menambah nilai mereka dalam banyak perkara. Haa, barulah berbaloi ada banyak PRK. Katanya selepas ini di Kedah pula….

Rabu, Ogos 19, 2009

DEBAT hampas kelapa Pas dan Umno!

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat mengenai isu pembatalan lesen guaman sivil calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya keci Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman.
Salahuddin memberi tempoh 24 jam kepada naib presiden UMNO itu untuk memberikan jawapan sama ada beliau bersedia menyahut cabaran itu."Malam ini saya cabar untuk berdebat satu lawan satu dengan Zahid. Saya nak dedahkan tentang calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu," katanya pada ceramah di Permatang Tok Kandu di sini, malam tadi.
Beliau mendakwa Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, tidak teliti dalam pemilihan calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu. Lesen guaman Rohaizat dibatal berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya.

Mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa PAS tidak perlu mempertikai pemilihan calon BN, Salahuddin berkata: "Ini menjadi masalah kepada penduduk di Permatang Pasir kerana jika calon ini menang ia akan mewakili mereka," katanya.

Pada pilihan raya kecil itu, Rohaizat, 38, yang merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, berdepan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Salleh Man, 52.Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lepas kerana sakit jantung. -bernama
WALAUPUN memang kerap ditemui perkara pelik dan melucukan dalam kalangan ahli politik (termasuklah pemikiran mereka), tahan-tahanlah sedikit. Lawak bodoh betul apabila politik yang dikaitkan dengan pentadbiran negara hendak membicarakan lesen peguam! Apakah ahli-ahli politik sudah muak dengan dasar dan prinsip partai dan pentadbiran. BN dan PR sama-sama mempunyai wilayah pentadbiran, maka sila debatkan mana-mana konsep antara dua sistem pentadbiran ini secara terbuka dan waras. Debat calon itu layak bertanding atau tidak, betul-betul lambang pemikiran ciput dalam dunia global. Tapi orang suka debat, sebab ada unsur gaduh. Kan orang memang suka kalau debat, berbalah dan bertumbuk.
Melayu... Melayu... ini pemimpin kamu?

DIALOG masalah ekonomi umah

SAYA menghantar dua tema untuk memulakan dialog atau diskusi dalam forum http://www.al-fikrah.net/ . Sambutannya menark walaupun saya masih menunggu buah fikiran yang mantap sebagai garis panduan untuk menyelesai masalah bersama. Berikut dua tema yang boleh diakses terus ke forum berkenaan.
Forum pertama
Pada saya eloklah sahabat2 di AFN ini luangkan masa berfikir bagaimana Islam mengerakkan kemajuan selain berdiskusi bab mana hadis sah dan palsu, selain itu dah banyak juga bab sunah dan bid'ah.Dahulu (mula 1906, ditandai majalah al Imam oleh Gerakah Islah) ulama kaum muda (salafi?) telah mengegerkan orang Melayu dengan gesaan kembali kepada alquran dan sunnah supaya orang Melayu boleh keluar daripada belenggu jumud, taklid, bodoh, mundur dan 'hilang punca' dalam kehidupan harian.
Dalam sejarah Islam yang awal, selama 50 tahun sejak wahyu pertama diturunkan sebagai pembuka zaman keilmuan, maka umah terus bergerak maju. 50 Tahun selepas wahyu pertama (iqra'), orang Arab (tak apalah, bacalah umat Islam) berjaya menjadi umat pilihan dan dikagumi dunia.
Kita, sudah 52 tahun merdeka, mengapa masih lemah dan kalah jika dibandingkan dengan kaum bukan Islam. Apa masalahnya, orang Melayukah atau agama Islam itu sendiri? Terima kasih kepada yang sudi berfikir untuk membedah masalah besar kaum kita Melayu Islam. http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=132871.html#132871
Forum kedua
Sejak 50 tahun lalu, apa yang tidak dilakukan oleh kerajaan dan NGO untuk memajukan ekonomi umat Islam (org Melayu) dalam negara? Maaf, saya melihat pentafsiran Islam oleh para ulama tempatan ini menyumbang kepada kegagalan umah merebut peluang berkuasa dalam ekonomi.
Pertama: para pentafsir agama (baca golongan agama) gagal membangkitkan keghairahan umah merebut peluang ekonomi berbanding ghairah bercakap politik.
Kedua: tafsiranIislam oleh golongan agama tempatan yang kebanyakannya tidak lahir daripada medan ekonomi. Maaf, para ustaz dan kiyai banyak sebagai petani. Mereka tidak faham selok-belok perniagaan, kesannya tidak ada pengajaran yang membawa semangat kemajuan ekonomi.
Ketiga: Tafsiran agama pula dilihat berdasarkan politik. Sama seperti puak syiah yang menghukum berdasarkan politik, ulama politik juga memilih untuk terlalu kritikal dan menghukum haram terhadap apa program yang bukan daripada kandang politiknya. Maka berpolemik sahaja di ceramah, yg hasilnya umah ketinggalan.
http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=132859.html#132859

Selasa, Ogos 18, 2009

KERANA politik tak masuk syurga!

Ahli UMNO tak akan masuk syurga

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini. - BERNAMA


HENDAK dikata apa lagi, sekalipun Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan digelar Tuan Guru, Tok Guru, Ulama, Ustaz, Mursyidul Am Pas dan pelbagai gelaran yang indah dalam Islam, dia bukanlah maksum. Katakan sahaja kenyataan yang dipetik oleh bernama benar (selalunya orang politik akan membuat penafian, menyalahkan media dan memberi tafsiran lain kemudiannya), inilah contoh Islam yang didagangkan dalam politik. Mudahnya, Islam telah dipolitikkan, bukannya politik telah diislamkan.

Sudah 52 tahun merdeka, cara berpolitik masih berkisar soal peribadi, agama dan kaum. Berapa banyak orang politik berjanji akan membawa paradigma baru dalam politik negara, semuanya hampas! Dalam mana-mana pilihan raya, terutama pilihan raya kecil, yang didebatkan bukan cara-cara pengurusan negara dan masyarakat tetapi medan menjual maruah mana-mana orang.

Isnin, Ogos 17, 2009

HILAL? Tak pernah nampak pun...

DALAM setahun ada tiga kali umat seantero dunia dalam celaru dan bingung. Walaupun dikatakan dunia sudah moden dan umat Islam banyak yang cerdik sampai menubuhkan banyak universiti, tetapi tiga kali kebingungan ini berterusan.

Hendak tetapkan permulaan puasa, berhari raya idulfitri dan menentukan awal bulan Zulhijah, jelas umat Islam ditawakan orang bukan Islam. Hanya dalam al-Quran saja dikatakan orang-orang beriman itu bersaudara, bersatu, tetapi setiap negeri dan negara pasti berbeda tarikh 1 Ramadan, 1 Syawal dan 10 Zulhijahnya! Persamaan apa, persaudaraan apa? Yang lebih teruk ialah ketua-ketua agama memahami hadis nabi secara literasi dalam bab urusan dunia.

Ya, memang ada Rasulullah menyuruh umat Islam untuk melihat hilal untuk menentukan permulaan puasa “Puasalah kamu dengan melihatnya (hilal) dan berhari rayalah dengan melihat hilal, tetapi jika mendung dan hilal tidak kelihatan maka buatlah kiraan”. Apakah saranan Rasulullah itu pasti kekal sekalipun berubah iklim, geografi dan kepandaian manusia? Kalau mereka mengatakan begitulah, kekal, sampai kiamat kena lihat hilal juga….,, itu tandanya sampai bila pun umat Islam tidak akan maju dan tidak berfikir untuk menguasai pengetahuan!

Tidak malukah kepada satu dunia dengan perbedaan hari bermulanya puasa dan hari raya. Atas nama pemerintah berhak menentukan tarikh itu, maka umat Islam diaksa patuh berdasarkan ayat 59 surah an-Nisa’. Memang rakyat patuh, tetapi patuh untuk menyokong kebodohan dan kepuakan. Bayangkan satu Asia Tenggara ada 10 negara, yang semua hari siang dan malamnya sama, tetapi nama hari dan tarikh 1 Ramadan dan 1 Syawalnya berbeda-beda kerana perbedaan pemerintahan. Di Malaysia dengan 13 buah negeri mempunyai kuasa dalam ehwal agama Islam, maka semua negeri berhak menentukan bila umat Islam di negerinya hendak memulakan puasa dan raya (cuma sekarang ada understanding!). Kalau ikut undang-undang kuasa-kuasa persekutuan dan negeri, semua negeri bebas menentukan kapan bermulanya tiga hari berkenaan!

Kalau bab tentukan tarikh awal setiap bulan dalam Islam pun tidak selesai, tidak perlulah promosi yang Islam itu satu penyatuan dan sangat mementingkan teknologi moden dan pengetahuan semasa. Itu semua retorik, buat sedap telinga seperti ucapan ahli-ahli politik. Kalender hijrah tidak boleh digunakan untuk mentadbir dunia kerana tidak boleh ditentukan awal-awal lagi tarikh-tarikhnya. Macam kartun saja. Maka kalendar lunar yang diperkenalkan Barat juga menjadi pilihan dunia termasuk umat Islam yang mempunyai kalendar sendiri.

Sepatutnya sudah lama kalenar Hijrah dapat ditentukan semua tarikh penting untuk satu dunia seperti kalendar lunar. Itulah gunannya ilmu falak, matematik, astronomi dan fizik. Ilmunya ada tetapi pemimpin Islam dan ulamanya kaku hendak mengaplikasi ilmu untuk kemajuan dan kemudahan umat. Oleh itu terus-teruslah begini umat Islam satu dunia sengaja membelakangkan kemajuan ilmu dan teknologi.

Cuba fikirkan bagaimana Rasulullah mengajar umat kurun ketujuh di padang pasir mengenai waktu-waktu solat. Rasulullah mengajar umat waktu menggunakan bayang objek. Namun dengan kepandaian manusia, orang tidak lagi menggunakan kaedah yang Rasulullah ajarkan. Sekarang guna ilmu matematik, falak dan sebagainya. Adakah dengan tidak menggunakan bayang objek, kita meninggalkan sunah? Adakah menaiki kenderaan bermotor sebagai mengabaikan sunah (kenderaan Rasulullah ialah unta dan kuda).

Oleh itu mengapa ulama tidak mahu berfikir rasional untuk menggunakan peralatan moden dan tepat dalam menentukan perjalanan kalendar hijrah?

Ahad, Ogos 16, 2009

SALAM Merdeka Indonesia ke-64



TANGGAL 17 ogos (Augustus) hari merdeka Indonesia. Tahun ini 2009 sudah 64 tahun jika dimulai dengan proklamasi kemerdekaan oleh Soekarno-Hatta tahun 1945. Meskipun selepas itu bangsa Indonesia terus berjuang sehingga disahkan oleh masyarakat antar bangsa. Dirgahayu Indonesia Raya!

Seorang pemimpin Melayu yang dilahirkan di Pahang, Malaya hari ini nisannya ada di Makam Pahlawan Kalibata Jakarta. Dicatat pada nisannya sebagai Iskandar Kamel Agastya 1910-1979. Siapakah dia? Tidak lain ialah anak muda yang mula-mula membakar semangat perjuangan anti British di Malaya sejak tahun 1930-an sehingga tamat Perang Dunia Kedua.

Iskandar Kamel itulah Ibrahim Yaakub, pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada 1937. Kemudian KMM bekerjasama dengan Jepun menumpaskan penjajahan British. KMM memang sentiasa berhasrat untuk menggabungkan Malaya (Tanah Melayu) dalam lingkungan Melayu Raya. Maka apabila imprealis Jepun memberi galakan kepada Soekarno dan Mohamad Hatta untuk membawa Indonesia merdeka, Ibrahim Yaakub berusaha menyatukan Malaya dalam Indonesia Raya.

Tanggal 16 Ogos satu pertemuan di Taiping Perak antara Soekarno-Hatta dan Ibrahim Yaakub mengenai kemerdekaan. Namun apabila Soekarno memprolakmasikan kemerdekaan yang tidak memasukkan Malaya, Ibrahim sudah tidak punya pilihan kecuali berhijrah ke Indonesia pada 19 Ogos 1945. Ibrahim berjuang untuk melanggengkan kemerdekaan negara Indonesia sehingga diterima sebagai pahlawan. Jasadnya disemadikan antara pahlawan nasional Indonesia.

Sasterawan Negara Arena Wati yang kelahiran Sulawesi Selatan merakamkan perjuangan Ibrahim ini dalam novel 'Sandera' atau tahanan. Nama Busad itulah watak Ibrahim Yaakub yang juga berdarah Bugis. Inilah sebagian sejarah perjuangan rumpun Melayu Malaysia-Indonesia.

Sabtu, Ogos 15, 2009

PECUTAN terakhir kenduri-kenduri arwah

DALAM tempoh seminggu ini bukan main rancaknya orang sempurnakan adat bertahlil kirim arwah. Apa ini? Inilah adat resam Melayu yang sudah difahami sebagai ibadah sunat atau suruhan agama. Tambah menyeronokkan apabila ada ‘orang agama’ memberitahu kaum jahil bahawa melakukan kenduri tahlil kirim arwah ini sebelum munculnya Ramadan sangat disukai Allah. Apa maksud sangat disukai Allah? Contohnya kalau berubat, kata orang jawa ‘manjur’. Ertinya sangat menjadi. Maka kalau buat tahlil sebelum puasa difahami dan diyakini sangat diterima Allah. Maknanya kalau bertahlil dalam bulan Syaaban diyakini pahalanya tidak akan tersasar, persis kepada arwah-arwah! Fuyooo…

Dari mana semua kepercayaan dan fahaman ini? Seperti yang disebutkan, mengenang atau memuja arwah asalnya daripada amalan animisme sebelum datangnya Buddha dan Hindu lagi. Carilah buku dan baca bab amalan tradisi Melayu oleh Dr Abdul Rahman Abdullah (USM). Terbitan di Indonesia lagi banyak. Dengan datangnya Buddha (zaman Srivijaya) dan Hindu (Zaman Majapahit) fahaman pemujaan arwah moyang diperkuat. Kerana sudah menjadi adat kukuh. Apabila datangnya Islam adat ini tidak dapat dipisahkan sekalipun pendakwah tahu dengan sah bahawa perbuatan ini tidak ada contoh daripada Rasulullah mahupun para sahabat terdekat.

Pendakwah-pendakwah sufi zaman dahulu menyusupkan sahaja ayat-ayat alquran dalam kenduri arwah sebagai menggantikan bacaan mantera yang asalnya dalam bahasa Sanskrit. Konsepnya masih sama iaitu mengenang dan mengirim sesuatu kepada para roh di alam lain. Kemudian dikaranglah kitab-kitab atas nama agama Islam mengenai kenduri arwah ini, dan kelihatan sangat cantik dan dipercayai. Oleh kerana majoriti orang Islam di Nusantara ini beragama dengan mengikut kata-kata tokoh agama atau kiyai (bukan mendalami daripada sumber sah: alquran dan sunah), maka yakin sepenuhnya kenduri arwah itu adalah ajaran Islam, suruhan Allah dan rasul-Nya!

Mana ada tokoh dan wali tahlil yang berani mengatakan semua kerja ini dilakukan oleh Rasulullah. Akhirnya mereka akan mengatakan “oleh kerana amalan kenduri arwah ini sudah menjadi adat dan tradisi Melayu, maka tidak patutlah ada yang mempertikaikannya.” Saya pun pernah mendengar seorang wali tahlil mengatakan hal itu hanya adat. Katanya, “adat kematian ini berbezalah mengikut kampung ke kampung.” Ada puak yang baca surah ikhlas 100 ribu dalam tempoh tujuh malam. Ada yang buat tahlilan tiga malam saja. Ada yang buat kenduri sembelih kerbau, makan besar! Ada yang tidak mahu makan kenduri untuk tempoh tiga malam, tetapi malam keempat dan seterusnya mereka bedal habis-habisan. Inilah contoh dunia kartun tahlilan!

Lalu pembela adat tahlil kerap menghujah, “apa salahnya?” Ya, tidak ada enakmen, akta, common law atau doktrin duluan yang mengatakan bertahlil kirim arwah ( paling hebat dalam bulan Syaaban) adalah salah. Salahnya di sisi Allah dan rasul-Nya sebab hak menentukan apa bentuk, masa, tempat dan cara beribadah itu ada pada Allah dan rasul-Nya. Tidak ada sebab kita boleh mengambil hak Allah menentukan hukum. Tak percaya tanya tokoh-tokoh politik Islam. Mereka menghukum syirik sesiapa mengambil hukum lain selain hukum Allah! Itu sebab mereka berjuang hingga sanggup kena ISA, nak tegakkan hukum Allah dan rasul-Nya yang sebenar. Hukum lain itu jahiliyah, dari syaitan, hukum nafsu manusia.

Mengapa kita solat lima waktu, bukan enam waktu? Jawabnya quran dan sunah menjelaskan lima waktu. Kalau menambah satu waktu, bermakna menambah hukum Allah dan rasul-Nya. Mengapa solat subuh dua rakaat, bukan empat rakaat? Jawabnya dua rakaat itu sunah nabi. Kalau ditambah dua rakaat bererti khianat terhadap ajaran nabi. Adakah tambahan-tambahan tadi tidak baik? Baik, menurut akal dan nafsu tetapi salah menurut Allah dan rasul-Nya.

Oleh itu mengapa sibuk dan berkeras mengekalkan tradisi kenduri arwah kalau sudah mengaku pengikut Rasulullah? Sayang sunah nabi atau tradisi kuno? Jangan marah ha…

Rabu, Ogos 12, 2009

SALUT ANWAR Ridhwan

BELUM terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada anak Jawa kelahiran Sungai Besar (Sabak Bernam) Selangor sebagai Sasterawan Negara ke-10. Saya tidak pernah belajar menulis cerpen secara khusus tetapi pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan-Public Bank satu masa dulu. Jadi saya menulis cerpen dengan melihat gaya sasterawan menulis cerpen. Mula-mula saya terikut-ikut cara Azizi Abdullah. Rasanya cerpen remaja yang menang itu tahun 1988 pun jelas pengaruh Azizi.
Tetapi gaya penulisan Anwar Ridhwan memang mengagumkan saya. Entah berapa kali saya membaca antologi cerpen Sangkar, novelet Di bumi Belalang dan novel Arus serta Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Saya tidak pernah meluangkan masa untuk membaca berulang-ulang karya sastera kecuali daripada Anwar dan kedua Hamka.

Tahniah!

H1N1 untuk kurangkan penduduk dunia

DUNIA ini dikuasai oleh siapa? Jawabnya golongan peniaga atau kapitalis yang kaya-raya. Dunia ini ada 6 bilion penduduk dan sebagian besar di negara-negara mundur. Tiga perempat kekayaan dunia ada di negara-negara maju dan bakinya di negara-negara mundur. Penduduk pula, tiga perempat tinggal di negara-negara mundur, manakala satu perempat tinggal di negara-negara maju. Negara-negara maju seperti di benua Eropah, Amerika Utara, Australia, New Zealand dan Jepun. Semua negara ini bermazhab kapitalisme, iaitu hidup hanya untuk mengaut keuntungan wang ringgit.

Jelaslah orang kaya yang pentingkan untung menguasai dunia. Mereka menunjang negara kuasa besar seperti Amerika, Russia, Britain dan Perancis. Kuasa besar ekonomi dunia termasuklah Kanada, Itali, Jepun dan Jerman. Semua negara industri kaya ini ada kelab iaitu G8 atau Kumpulan Lapan!

Jadi janganlah cepat terkejut untuk faham bahawa para kapitalis dunia hanya memerlukan penduduk yang dapat memberi mereka wang. Mana-mana penduduk yang tidak berguna dan menjadi beban, wajib dimatikan. Cara mematikan penduduk dunia ada pelbagai seperti mencetuskan peperangan dan merebakkan wabak penyakit. Kalau negara itu kaya dengan wang, cara untuk kapitalis ini mendapatkan wang negara itu ialah dengan mewujudkan peperangan. Negara yang berperang akan membeli senjata dan ubat. Semua ini ada dalam satu pakej dari negara kaya.

Oleh itu H1N1 ini juga sengaja dicipta oleh saintis negara kaya untuk mengurangkan beban bumi dengan penduduk. Ingat, WHO menganggarkan 28 ribu rakyat Malaysia akan mati kerana wabak H1N1 ini. 28 ribu ini sama dengan jumlah jemaah haji dari Malaysia untuk satu musim haji di Makkah. Jika dalam musim haji ada saudara mara kita atau diri kita yang ke Makkah, maka dalam angka 28 ribu yang mati kerana H1N1 juga ada waris kita atau mungkin kita juga.

Cara menularkan wabak ini dikira sah mengikut undang-undang. Aduh...
bacalah yang seterusnya daripada rencana oleh Hishamudin Rais ini. Baca dulu... http://malaysiakini.com/news/110426

Selasa, Ogos 11, 2009

PENDEKAR Cina membela Melayu

SAYA tidak faham jika orang yang berjuang untuk menjaga maruah umat Islam tidak tersentak hatinya dengan penghinaan oleh orang bukan Islam terhadap seorang Islam. Jelas Dr Ridhuan Tee dihina sebagai pencuri, perompak, penyejayah atau penyangak, malah dikatakan anak haram oleh seorang ahli politik bukan Islam. Apa ertinya semua ini kalau bukan kerana kebencian terhadap Islam dan umatnya.

Dr Ridhuan hanya menulis dalam Mingguan Malaysia 27 Julai 2009 bertajuk Nasib Melayu di bumi Melayu, tanggal 2 Ogos 2009 bertajuk Bila kacang lupakan kulit dan pada 9 Ogos 2009, Bahaya matlamat menghalalkan cara. Sekalipun bertegas dengan kedudukan dirinya berketurunan Cina namun Dr Ridhuan membela orang Melayu yang beragama Islam. Dia membela Islam dan umat Islam, yang kebetulan orang Melayu. Pembelaannya terhadap umat Islam atau Melayu sekaligus meminta orang bukan Melayu sedar diri tinggal dalam negara yang sejak sekian lama dipunyai oleh orang Melayu.

Seperti kata Dr Ridhuan, dia memilih untuk berhadapan dengan risiko mendedahkan kesilapan orang Melayu dan sikap kiasu bukan Melayu. Kebanyakan pemimpin Melayu (tentu orang politik dalam Umno, Pas dan PKR) sudah tidak berani bersuara mengenai nasib orang Islam dan Melayu kerana sangat takut kehilangan sokongan orang bukan Melayu.

Bohonglah orang Melayu yang duduk dalam mana-mana parti politik tidak merasa cemas dengan kedudukan dan suasana orang Melayu masa kini. Masing-masing sudah terperangkap dengan jerat yang mereka pasang, jadi sekarang kaki mereka sudah terikat. Maka tinggal orang Cina seperti Dr Ridhuan yang lantang menyuarakan hak orang Melayu. Lelaki Cina membela nasib orang Melayu sambil memarahi kaum Cina!

Marilah memberi sokongan moral kepada Dr Ridhuan yang berkorban untuk membela nasib umat Islam atau Melayu. Janganlah berbohong dengan mengatakan tidak akan berjuang atas nama Melayu, tetapi atas nama Islam. Keadaan yang berlaku sekarang sudah membuktikan manakah yang retorik dan hakikat. Segala kekuatan dan kelemahan orang Melayu dalam mana-mana parti politik sudah terbuka dan dinilai dengan adil. Baik orang Melayu dalam Umno, Pas dan PKR, semua sudah berpeluang menjadi pemerintah dan melaksanakan dasar parti. Rakyat sudah tahu, dan ahli politik Melayu tidak perlu lagi beretorik ‘Melayu itu asabiah’ atau ‘perjuangan Islam kamu sempit’.

Luculah kalau orang Pas menyalahkan masalah orang Islam kerana dasar Umno. Kemudian Umno menyalahkan Pas yang tidak tahu berpolitik dan menjaga kepentingan umah. Namun itulah susahnya orang politik, semua akan dilelong kerana ego dan serakah.

Alamat blog Dr Ridhuan Tee seperti berikut: http://ridhuantee.blogspot.com/

Sabtu, Ogos 08, 2009

KELUARGA saksikan anak masuk Islam

KHABAR dari Brunei Darussalam ialah mengenai seorang wanita keturunan Cina, Dayang Jennifer Mok memeluk Islam sambil disaksikan oleh para ahli keluarganya. Saya belum menemukan peristiwa nyaman ini di Malaysia (mungkin tidak dicatat dalam berita). Jika ahli keluarga yang bukan muslim menyaksikan perkahwinan anak setelah memeluk Islam, itu bagai lumrah.
Moral berita di sini ialah Islam telah diterima secara aman damai oleh keluarga Jennifer dan mereka reda, tidak merasa kehilangan seorang ahli keluarga. Lihat foto-fotonya, Jennifer sempurna memakai tudung kepala, dan para ahli keluarganya berpakaian Melayu sebagai saksi juga. Berikut beritanya:

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Majlis pengislaman bagi Dayang Jennifer Mok, 29, yang berbangsa Cina, diadakan hari ini di kediaman Haji Md Yussof, Jalan Kebangsaan Lama, Sungai Akar.

Dayang Jennifer Mok yang memilih nama Islamnya sebagai Dayang Nur Amalina Jennifer Abdullah Mok melafazkan ikrar pengislamannya dengan membaca Dua Kalimah Syahadah di hadapan pegawai Unit Dakwah Daerah Brunei dan Muara.

Beliau yang bertugas di Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri sebagai Penterjemah Bahasa Cina memilih agama Islam sebagai agama rasminya pada hari ini disaksikan oleh pegawai kanan Jabatan Penerangan dan Pusat Dakwah Islamiah serta anggota keluarganya.
Majlis berkenaan juga diserikan dengan doa selamat dan dikir marhaban.

NOORDIN M Top mungkin benar sudah mati!

MUNGKIN benar Noordin Mohammad Top yang terdakwa sebagai pengganas di Indnesia sudah terbunuh di Jawa Tengah Indonesia. Maka tamatlah kisah dua lelaki warga Malaysia yang menyusahkan banyak orang. Yang sebelumnya Azahari Hussin. Mereka merupakan hasil rekrut daripada pelarian politik Indonesia ke Malaysia tahun 1980an, zaman Presiden Soeharto.

Saya lampirkan dua berita dari Indonesia:

Jenazah Noordin M Top Tiba di RS Polri
8 August 2009, 07:15 pm

JAKARTA–MI:Jenazah gembong teroris Noordin M Top tiba di Rumah Sakit (RS) Polri Sukanto Kramat Jati, Jakarta Timur, Sabtu (8/8) pukul 16.50 WIB.
Jenazah langsung dibawa ke Dep Dokpol & Jangmed Instalasi Kedokteran Forensik rumah sakit tersebut.

Sebelumnya dokter dari Tim Indonesia Automatic Finger Identification System (INAFIS) datang ke RS Polri.

Kedatangan jenazah Noordin M Top mendapat pengawalan ketat dari Densus 88. Dua mobil jenazah datang beriringan, namun hanya satu kendaraan yang membawa peti jenazah.
Hingga saat ini, belum ada pernyataan resmi dari pihak kepolisian.(Faw/OL-01)


Police cannot confirm Noordin was killed
The Jakarta Post , Jakarta Sat, 08/08/2009 7:13 PM National

The National Police chief said Saturday they could not confirm Noordin M Top was killed during a police shootout in Temanggung, Central Java, despite media speculations that Noordin was killed.

National Police chief Bambang Hendarso Danuri told a press conference that the police could not yet confirm whether the man killed during the shootout was Noordin because the police had not yet conducted a DNA test.

"We could not yet disclose the identity of the killed man," Bambang Hendarso said during the press conference. "After the DNA test, we will announce it, based on facts, not based on speculations."

Bambang Hendarso said the police would seek from the family of Noordin M Top a DNA sample to confirm his death.

The remains of a man believed to be Noordin had been transported from Temanggung in Central Java to Jakarta.

Jumaat, Ogos 07, 2009

PEMUDA DAP hina Dr Ridhuan Tee dan Islam!

KENYATAAN AKHBAR ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.
Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.

Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.

Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.
Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?

Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).
"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:
1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;
2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;
5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.
Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.

Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.

Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;

Sekian wassalam.

ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Rabu, Ogos 05, 2009

FIKIRKAN kalah atau menang

INI catatan kecil perjuangan saya. Jam 10.30 malam tadi (5 Ogos) baru masuk rumah dalam keadaan berfikir: Aku kalah atau menang. Ini bukan hal dialog dengan orang Pahang itu. Ini hal anak-anak Melayu muslim yang masih hingusan yang masih sekolah. Kerap sangat mereka lepak di hujung taman perumahan yang jarak dari rumah saya hanya kira-kira 40 meter! Mereka naik motor, bawa makanan, buang sampah dan merokok. Malam ini bukan main lagi, kebanyakannya berbaju Melayu pakai kopiah lagi, tanpa silu atau hormat saya, mencabarlah…., depan saya lagi dibanyakkan asap rokok itu.

Ini bukan kali pertama saya seorang diri berada di tengah-tengah semua mamat itu untuk bercakap dan meminta supaya mereka semua pulang ke rumah. Dua bulan lepas ada sekali sudah jam 11.00 malam, saya terpaksa keluar rumah untuk meminta orang-orang yang lepak agar pulang, hormat kami yang mahu berehat. Hari itu lebih 20 orang anak muda keturunan India! Saya cakap dengan baik, mereka terima. Sebelum jam 12.00 mereka hilang.

Malam ini semua budak bawah umur, tak sangka mereka tunjuk gedebe pula. Ada seorang yang mereka rasa tercabar kot, maka terus merokok dan bagai tidak ada apa-apa. Sebagian rakannya pulang, tapi adalah lima orang lagi buat tidak perduli saja. Saya pun berkeras tidak akan pulang jika mereka tidak bubar. Tak boleh mengalah juga, nanti akan datang mereka ketawakan saya.

Ada yang perli saya, dan saya basuh cukup-cukup. Tak berani menjawab pula. Adalah seni atau caranya yang menyebabkan mereka tidak ada jawaban. Antara yang saya cakap ialah saya dah kenal dan tahu kebanyakan muka mereka sebab kerap sangat berlepak di situ. Saya pun ada sebut pasal polis.

Mereka memang ‘melawan’ saya. Tetapi mereka tidak maki atau juihkan bibir, namun mereka bercakap sesama mereka yang seolah-olah saya tidak berada dalam kalangan mereka. Tapi saya bukan dayus, dan tahu risikonya. Itu yang membuat kepala saya berfikir: Aku menang atau kalah!

Apa hendak buat, saya balik dan sengaja biarkan pintu pagar tidak ditutup. Ada mesej tu! Dalam fikiran saya, kalau mereka tidak bubar, maka saya akan telefon polis. Tapi eh, apabila saya keluar rumah semula, mereka sudah hilang.

Tidak mengapa, hari ini kebanyakan mereka tidak suka nasihat saya. Saya yakin fitrah manusia ialah mahu kebaikan dan kesejahteraan. Kelak, apabila mereka mula dewasa dan mendapat petunjuk Allah, tentu mereka mula faham mengapa orang seperti saya sanggup mengambil risiko di tengah malam secara sendirian.

Yang penting saya ada usaha, tidak hanya merungut di belakang atau di kedai kopi saja.

ULAMA: Buatlah kerja besar!

KEGILAAN berfikir, bercakap sehingga mencari orang untuk diajak debat hal yang memang samar-samar ertinya dalam alquran merupakan contoh terbaik ustaz atau ulama kehilangan fokus. Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas, Pengarah Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM) telah mengkritik kerja-kerja ulama yang terlalu menumpukan perkara fardu ain dan meninggalkan lapangan fardu kifayah.

Memang timbul rasa seronok adanya perkelahian, perbalahan dan pelbagai macam debat dan antara dua pihak. Tentu sekali sesuatu pihak akan berusaha menarik sebanyak mungkin sokongan dan pengaruh dalam perlawanan. Satu tragedi buruk apabila ada segelintir orang agama berdebat untuk untuk menentukan siapakah antara dua pihak yang sesat (kafir) dan muslim. Tambah menyedihkan apabila tajuknya memang perkara yang Allah sendiri nyatakan sebagai samara-samar. Rujuk ayat 7 surah Ali-Imran. Secara jelas Allah larang, kerana manusia tidak mampu menemukan jawaban hakiki.

Islam itu sudah disahkan lengkap (surah Al Ma’idah:3) bermakna hal berkaitan akidah dan ibadah sudah beres. Dalam hal mengenali Allah, prinsipnya sangat mudah iaitu ‘mengenali Allah sebagaimana Allah memperkenalkan dirinya dalam al-Quran dan diperkenalkan oleh Nabi-Nya’. Asasnya ialah ‘Allah tidak dapat diserupakan dengan apa pun (surah Syura:11)’. Allah dalam kebesaran dan kehebatan tersendiri yang tidak ada persamaan dengan apa-apa, cukup. Maka sebab apa ada orang yang ke hulu ke hilir berpolemik sama ada Allah istiwa (semayam) di Arasy atau tidak. Ayat harfiah Allah istiwa di arasy antaranya dalam surah As-Sajadah ayat 4.

Berapa banyak masa dan tenaga telah digunakan mereka yang berkenaan untuk menyediakan alasan bagai menyalahkan sesiapa yang tidak setuju dengan tafsirannya (sedangkan Allah sudah melarangnya)? Kos masa dan tenaga sepatutnya digunakan untuk menggerakkan minda muslim agar bergerak maju menguasai bidang kifayah yang memang sangat daif kepada semua muslim.

Jika kita ke hospital kerajaan pasti semua merungut kerana terpaksa menunggu begitu lama. Orang-orang agama pun merungut, dan kalau boleh mahu dirinya dilayan dengan cepat. Namun semua terpaksa akur bahawa kekurangan doktorlah menyebabkan semua pesakit menunggu lebih sejam untuk mendapat rawatan.

Mengapa orang-orang agama tidak berfikir bahawa anak-anak muslim wajib diasuh mindanya mencintai sains dan teknologi supaya kuat kecenderungannya untuk mempelajari ilmu kedoktoran dan banyak yang mahu menjadi doktor. Kerajaan memang sangat mengalu-alukan anak-anak Melayu muslim memilih bidang ini, sehingga tawaran biasiswa diberikan (sedangkan pengajian lain dipaksa menggunakan pinjaman). Melalui khutbah Jumaat dan ceramah-ceramah itulah diulang berpuluh-puluh kali pentingnya muslim menguasai bidang kifayah. Mereka patut membuat majlis-majlis yang memberi merit kepada anak-anak muda yang menceburi pelbagai bidang fardu kifayah agar membentuk satu budaya berfikir ke arah itu.

Di pekan dan bandar begitu kurang peniaga muslim, namun apakah peranan orang agama yang menguasai minda masyarakat muslim untuk mendorong pemikiran berteraskan perniagaan. Benar ustaz dan ulama bukan peniaga, tetapi apakah mereka tidak ada rasa tanggung jawab sama-sama berfikir membentuk paradigma niaga kepada masyarakat melalui institusi agama dan masjid.

Masyarakat sudah tahu Islam itu sebaik-baik cara hidup, maka mereka mengharap golongan agama menjadi pencetus ke arah Islam yang syumul itu. Cakap golongan agama sangat laku, tapi malanglah jika golongan yang sangat diharap untuk memperjelaskan bagaimana Islam menguasai dunia asyik membelek kitab fardu ain. Ke hulu ke hilir asyik dengan cakap, “siapa kata Allah di langit sesatlah dia, kafirlah dia.” Seronoklah dapat menentukan siapa kafir dan siapa muslim.

Adakah orang agama tahu bahawa imej mereka dalam pengurusan sangat rendah? Sekurang-kurangnya itulah pandangan awam, sebab itu kalau ada majlis tugas ustaz ialah baca doa saja!

Isnin, Ogos 03, 2009

SILAKAN Ahmad Hafiz bin Alwi....


SUSAH hendak saya mulakan tulisan ini. Dalam diri saya ada rasa marah dan bosan terhadap orang yang katanya bergelar ustaz. Eloklah berterus terang, namanya Ahmad Hafiz bin Mohd Alwi. Sejak saya kenali tahun 2006, banyak perkara tidak baik berlaku. Kebanyakan perhubungan bukan secara berdepan, melainkan surat, sms atau emel.

Kami memang berbeda pendapat, tetapi kesal dengan cara yang dilakukan kepada saya. Entah berapa kali dia mengajak saya bermuzakarah bab akidah, malah mengajak berdebat. Saya pula lurus bendul, pernah melayannya dengan menulis dengan jujur dan meminta dia membalasnya. Pendek cerita, apa yang saya harapkan kebaikannya tidak ada.

Apa masalahnya? Sejak awal Ahmad Hafiz mempertikaikan akidah saya. Dikatanya saya menyeleweng, tidak belajar agama dengan guru dan jadi pengikut wahabi sesat. Saya tidak kisah asalkan dia boleh membuktikan kesalahan-kesalahan saya. Sejak 2006 hingga sekarang entah berapa kali saya mencabarnya supaja jadi manusia jujur dan bertanggung jawab. Maksud saya, jika menuduh saya macam-macam, mestilah dengan bukti, bukan sekadar tuduh-tuduh kosong! Mustahil begitu perangai seorang yang dipanggil ustaz!

Sekarang ini pun dia masih mencabar-cabar saya untuk berdebat dengannya. Dan entah berapa kali saya minta dia menulis surat sendiri kepada saya, mempelawa saya. Saya nak tahu apa tajuknya, dan apa syarat-syaratnya. Tidak ada surat apa pun, sebaliknya menuduh saya wahabi yang penakut dan sebagainya. Saya bukan takut berjumpa orang yang ‘hebat’ tetapi berdasarkan pengalaman dan bagaimana dia mengenakan saya, wajib saya berhati-hati.

Maka di sini saya membuka gelanggang kepada orang yang bernama Ahmad Hafiz bin Mohd Alwi untuk berkata apa yang dia mahu. Pembaca lain dilarang menghantar apa-apa komen, biarkan antara saya dan Ahmad Hafiz sahaja berbalas soalan dan jawaban. Biar semua pembaca dari mana-mana pun sama ada kalian kenal Ahmad Hafiz atau tidak, semua akan menilai wacana ini.

Silakan Ahmad Hafiz, semua pembaca dari Nusantara, negara Arab dan Eropah mahu melihat kehebatan orang Pahang. “Kamu yang beria-ia hendak membawa kebenaran dan mengatakan saya salah, tunggu apa lagi?”

Sabtu, Ogos 01, 2009

ADUN Pas yang dihormati lawan

BELASUNGKAWA terhadap kembalinya seorang tokoh Pas yang humble dan disegani kawan serta lawan. Beliau Datuk Mohd Hamdan b Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir di Pulau Pinang. Sampai saatnya, sesiapa pun kembali ke asalnya. Yang dikenang ialah perjalanan hidupnya selama hayat itu.

Mohd Hamdan memang bukan tokoh politik nasional atau berwatak nasional. Dalam Pas banyak tokoh yang dikenali oleh banyak rakyat Malaysia sampai ke Ulu Baram di Sarawak atau Long Pasia di Sabah! Mohd Hamdan bukanlah orangnya. Itu pun bukan menjadikan dirinya kurang hebat.

Tak apalah, tetapi kewafatan beliau sangat mengesani rakan-rakan politik yang bukan dalam Pas. Datuk Zainal Abidin Osman, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Datuk Dr Teng Hock Nan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, yang menjadi lawan Pas antara yang terasa kehilangan. Bukan mudah hendak meraih rasa hiba musuh, sebab musuh selalunya akan bergembira dengan kekalahan atau kematian yang sering menjadi masalah kepadanya.

Lawan-lawan politiknya menerima Mohd Hamdan sebagai berprinsip dan bercakap hanya untuk kebaikan dan sangat menghormati orang lain! Ertinya sekalipun beliau ahli politik yang sangat terdedah kepada pidato ganas, pedih, sindir, cerca dan maki hamun, namun beliau umpama ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.

Sungguh, sekalipun Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen yang mewajibkan diadakan pilihan raya, negara memerlukan lebih banyak ahli politik yang kewibawaannya merentasi kubu lawan. Kemenangan para ahli politik sebenarnya bukanlah di atas gelanggang pilihan raya sahaja, malah yang lebih hebat ialah penerimaan hakiki kematangan dan kewibawaannya oleh musuh-musuh politiknya.

Dahulu, kita mempunyai tokoh DAP Lee Lam Thye yang sekian lama menjadi pemimpin rakyat di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Tidak ada tokoh politik lawan yang boleh mengalahkannya dalam pilihan raya. Malah sewaktu duduk sebagai Ahli Parlimen Pembangkang pun dia pernah dibawa dalam rombongan pihak kerajaan ke luar negara. Hari ini Tan Sri Lee Lam Thye menjadi salah seorang yang penting dalam negara. Sekalipun beliau tidak menjadi ahli politik dan telah keluar daripada DAP, tetapi rekod cemerlangnya sebagai Ahli Parlimen DAP menjadi aset kepada penerimaan rakyat Malaysia tanpa mengira apa latar pemikirannya.