TIGA GENERASI RAKYAT MELAKA TIDAK PERNAH BERSOLAT DI MASJID!
Sangat menyedihkan betapa rakyat Melaka satu ketika dahulu, setelah terjajahnya kota megah tersebut kepada kaum Nasrani, tidak pernah bersolat di masjid lebih dari 200 tahun, atau sekitar tiga generasi!
Peringgi sangat memusuhi agama Islam. Malah mereka sempat melancarkan perang ke atas Jeddah namun berjaya dipatahkan oleh Kerajaan Hasyimiyah. Tujuan mereka menyerbu Hijaz untuk merobohkan Masjid Nabi dan menggali makam Nabi shallallahu alaihi wasallam.
Oleh itu, setelah jatuhnya Melaka pada 1511, seluruh masjid dan surau telah dihancurkan hingga tidak lagi berkumandang seruan azan.
Pada 1641, Peringgi berjaya dihalau dari Melaka oleh Belanda yang dibantu oleh Johor setelah menguasai kota tersebut selama 130 tahun.
Namun Melaka masih tidak memiliki sebuah masjid pun lagi. Setelah hampir 80 tahun berkuasa baharulah Belanda mendirikan sebuah masjid di kota tersebut, dengan menugaskan Dato Shamsudin Arom seorang pedagang China Muslim, mendirikan sebuah masjid.
Maka Masjid Kampung Hulu dibina sekitar 1720 hingga 1728 dengan bertiangkan kayu berlian dan beratapkan nipah dengan biaya dari VOC, Syarikat Hindia Timur Belanda. Tidak lama kemudiannya dibina pula Masjid Tengkera pada 1728.
Ini bermakna, sepanjang 200 tahun, umat Islam di Melaka tidak memiliki rumah ibadat rasmi untuk bersolat, sama ada di bawah penguasaan Peringgi atau Belanda.
Masjid Agung Melaka yang menyaksikan para tentera Islam berlindung di dalamnya saat digempur oleh Peringgi, telah dihancurkan hingga rata ke bumi.
Cebisan batu-batu dinding masjid yang indah itu diguna oleh Peringgi bagi mendirikan "Tembok Termasyhur" atau nama lainnya A Famosa.
Tapak asal Masjid Agung adalah berseberangan dengan bangunan Stadhuys (Dewan Bandaraya).
Peringgi membina Gereja St. Paul pada 1521 dengan nama aslinya "Our Lady of The Hill", yang bermazhab Katolik. Kemudian Gereja St. Peter juga mazhab Roman Katolik ini dibina pula pada tahun 1710 oleh Pembesar Belanda bernama Franz Amboer setelah permusuhan antara mazhab Katolik dan Protestarn tamat di negeri Belanda.
Ini dapat dianggap sebagai gereja tertua yang didirikan oleh orang Belanda, namun bukanlah mazhab rasmi pemerintah Belanda.
Pemerintah Belanda di Melaka, VOC telah membina Gereja Christ yang bermazhab Protestarn (Mazhab Gereja Pembaharuan Belanda) pada 1741, bagi merayakan penguasaan 100 tahun atas Melaka.
Sunggu syahdu keadaan Melaka, rumah ibadat tertua di kota tersebut bukanlah milik umat Islam. Malah gambaran Masjid Agung Melaka yang indah itu pun masih misteri, tidak pernah terlihat oleh mata, kerana telah musnah dihancurkan oleh penjajah.
Sesungguhnya, terjajahnya kita satu masa dahulu, telah meruntuhkan jiwa dan budaya, malah merobekkan agama kita.
Oleh Abu Amru dgn sedikit suntingan.