Pengikut

Isnin, Disember 31, 2007

Selamat tahun 2008

SELAMAT datang 2008! Sekadar itu saja yang dirasakan sekalipun saya juga membayangkan kehidupan yang akan ditempuh selama setahun mendatang. Seperti orang lain, saya juga menyimpan beberapa keinginan untuk diraih atau yang patut ditinggalkan pada tahun 2008.

Sejak kecil, menjadi remaja dan dewasa (patut juga disebut tua), saya tidak merasa countdown dengan detik 12 malam. Tidak pernah juga berhuha-huha di mana-mana tapak pesta menjelang jam 12. Menghadap di TV untuk merasakan ghairah 12 malam juga antara ada dan tidak. Bolehlah dibuat kesimpulan inilah lambang kekolotan saya.

Pun bukan bermakna saya menentang aktiviti menjelang 12 malam. Buatlah jika mampu merasakan itu satu kelainan dan dapat menimbulkan mood baru. Kemudian, pulang ke rumah masih terbayang cerita rakan-rakan dan harapan masing-masing. Dengan itu semangat untuk menempuh 2008 dengan lebih gagah muncul. Baguslah, teruskan!

Yang salah dan berdosa dalam aktiviti tetaplah tidak dipersetujui oleh sesiapa pun. Selain yang klise iaitu pergaulan dan aktiviti bebas yang membawa pada minum arak dan berhibur terlampau, jangan lupa mencemar alam sekitar dengan sampah sarap juga haram dan berdosa. Kemudian jika berlumba atau memandu kenderaan yang luar biasa gayanya semata-mata menyambut tahun baru, haram dan berdosa juga. Pokoknya Islam masih membenarkan aktiviti sosial tetapi jika melanggar prinsip-prinsip alquran dan sunah, Islam pun tegas melarangnya.

Kepada pembaca blog saya, selamat tahun 2008. Lepas ini awal muharam pula!

Ahad, Disember 30, 2007

Pakistan meraung-raung!

PAKISTAN menangis dan meraung! Kehilangan nyawa yang menyayat bukan kerana banjir dan bumi gempa lagi, tetapi manusia dilihat oleh musuh-musuhnya seperti nyamuk berterbangan. Jika nyamuk akan ditepuk supaya mati, maka manusia di Pakistan (dan beberapa anegara lain) juga dilihat seperti nyamuk. Kerana itu, nyawa pemimpin sudah susut sangat nilainya.

Jangankan nama ketua-ketua organisasi kecil, malah nyawa Zulfikar Ali Bhutto, Mohamed Zia Ul-Haq dan Benazir juga jadi sesedap menepuk nyamuk. Daripada jutaan manusia, Allah lahirkan sedikit sangat yang layak menjadi pemimpin, namun pemimpin yang jumlahnya sedia kecil senang-senang pula dibunuh. Apa, mereka yang kerjanya asyik membunuh pemimpin mempunyai stok pemimpin yang lebih hebat?

Apa jihad orang-orang ini, kerjanya membelasah dan membunuh orang Islam? Marahkan tentera dan polis, lanyaklah tentera dan polis. Ajaran mana yang membenarkan marahkan tentera dan polis, lalu hancurkan masjid dan segala isinya. Orang berkumpul di pasar, di stadium dan di mana-mana yang bukan menjadi musuhnya dihancurkan sekali.

Ini tidak lain konspirasi dunia Barat terhadap umat Islam sedunia sejak zaman penjajahan lagi. Barat menjaja demokrasi dan pilihan raya di negara-negara Islam. Kita, dunia Islam menerima demokrasi Barat seperti Islam ketandusan system pemerintahan dan hak asasi. Akhirnya selain menyembah Allah swt, demokrasi pilihan raya juga disembah sama. Hei, berapa banyak umat Islam berjihad dan mati bertembung dengan parti-parti lain yang sama Islam atas nama demokrasi pilihan raya. Adakah ini ajaran Islam?

Al Quran dan hadis nabi konon dijadikan sumber pegangan, tetapi gesaan dua sumber itu supaya mentaati pemerintah dipandang sinis. Dicari dan ditafsir sebanyak-banyaknya untuk menghalalkan pertembungan dengan pemerintah yang Islam atas nama demokrasi pilihan raya.

Memanglah, dalam berkeluarga suami isteri pun, kalau hendak dicari sebab untuk bergaduh-bercerai pasti dapat disusun berapa puluh dalil. Tapi mengapa kebanyakan mahu mempertahankan hidup bersuami isteri? Jawabnya mencari seribu dalil mengelak bergaduh-bercerai!

Selepas pemerintahan Rasululah dan Khulafa ar Rasyidin (termasuk Khalifah Umar Abd Aziz al Umayyah), khalifah dan pemerintahan mana yang memuaskan hati semua penduduk? Memang semua pemerintah Islam selepas itu mempunyai masalah dan senang-senang didakwa zalim atau tidak adil. Namun tidakkah Rasulullah meninggalkan pesan supaya mentaati juga mereka? Ertinya carilah seribu dalil mentaati mereka seperti memcari seribu dalil menjaga hubungan suami-isteri. Kalau memang hendak mencari seribu dalil menentang pemerintah-pemerintah itu, nah, lihat saja Pakistan dan yang senasibnya. Orang Melayu cakap: Dengar guruh di langit, air di tempayan di curah jangan. Lagi, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Maka Pakistan terus menangis dan meraung. Tangisan dan raungan ini tidak akan berhenti di negara itu, tetapi akan merebak ke negara-negara yang sudah nekad menyembah demokrasi pilihan raya. Pembentukan parti atau asabiah wajib dan melawan parti lain jadi wajib. Maka, permusuhan jadi wajib. Kalau sudah bermusuh, nikmatnya ialah membunuh musuh itu. Jadilah anarki.

Harap negaraku Malaysia dan jiran-jirannya tidak ke sana!

Jumaat, Disember 28, 2007

PMR, kualiti dan hamba Tuhan

PELAJAR-pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada bulan September 2007 telah pun mendapat keputusannya semalam. Tidak ada berita PMR yang mengejutkan misalnya di sekolah menengah harian biasa 50 peratus calonnya mendapat 8A atau di kebanyakan sekolah, hasilnya antara 70 hingga 90 peratus mendapat 7A dan 8A. Ini tidak berlaku dan barangkali sehingga kiamat pun tidak akan berlaku jika sistem sedia ada terus diguna pakai. Bayangkan saja benar-benar berlaku, katakan 10 buah sekolah di Johor keadaannya seperti piramid terbalik, iaitu yang mendapat 8A paling banyak, kemudian diikuti 7A, kemudian 6A dan semakin mengecil yang gagal semua seorang saja! Jika ini berlaku barangkali Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat mengapa perkara aneh ini bisa terjadi.

Oleh itu kata orang filem, klise! Keputusan apa juga peperiksaan termasuk PTK untuk kaki tangan awam ialah mesti seperti pyramid, menajam ke atas. Yang paling sedikit atau kecil ialah yang diangap terpandai, terbaik atau paling cemerlang. Misalnya kalau dalam SPM, yang mendapat 17A atau 18A, mungkin tahun 2007 nanti 35A adalah di puncak. Dia seorang saja. Itu dinamakan klise. Dunia tidak perlu berhenti berputar kerananya.

Oh rupa-rupanya sudah tabiat alam, yang terbaik, terkenal, terpandai, dan segala yang paling-paling tinggi hanya satu atau dalam bilangan terkecil. Di balik itu yang paling tawar, hambar, paling tidak bernilai, paling murah atau apa saja yang sewaktu dengannya memiliki jumlah yang terbanyak. Majoritinya begitu. Gunakan saja grafik pyramid itu, senang faham.

Maka orang berlumba-lumba untuk meraih gelar yang terkecil itu. Contoh paling baik untuk memahami ini dalam sukan. Tahun hadapan Sukan Olimpik di Beijing sebagai contoh mencari yang terbaik di dunia dalam semua acara sukan.

Pernahkah atau sekurang-kurangnya beberapa kali setahun kita berfikir bahawa Allah juga akan memberi anugerah paling nikmat kepada hamba-Nya yang terbaik, terhormat, terbilang dan segala macam maksud menggambarkan tinggi nilainya di sisi Allah? Untuk mencari yang terbaik di sisi Allah, Tuhan manusia itu cukup adil kerana tidak pernah mengadakan kouta tertentu. Peluang dibuka seluas-luasnya untuk mencari nikmat abadi di sisi-Nya.

Kembali gunakan grafik pyramid itu untuk menganalisis apa yang di sisi Allah. Begitu banyak manusia kira-kira tiga billion, hanya satu billion sebagai muslim. Ertinya dua billion paling dasar, kemudian satu billion muslim. Di atas darjat muslim ialah orang beriman, jumlahnya lebih kecil berbanding satu billion tadi. Di atas darjat orang-orang beriman tadi ialah orang-orang taqwa, yang bilangannya lebih kecil berbanding orang-orang beriman tadi.

Dalam al Quran, Allah hanya mempersilakan orang-orang beriman dan bertaqwa menjejak kaki ke jannah atau syurga-Nya. Betulkan, tawaran itu tidak kepada orang Islam! Apa lagi kepada yang bukan Islam. Beragama Islam hanya sebagai pintu menuju beriman dan bertaqwa. Yang beriman dan bertaqwa itu bilangannya lebih kecil berbanding yang kufur.

Bagaimana secara mudah mengukur muslim ke tahap iman, kemudian taqwa. Ambil contoh paling mudah iaitu kewajiban solat. Kita andaikan saja semua muslim solat atau pernah solat sekali dua untuk seumur hidupnya. Baiklah, yang paling banyak ialah solat saja, tanpa tahu erti sebutannya, solat sekali-sekala dan segala macam solatnya muslim yang tidak berkualiti. Kan banyak begitu.

Kemudian, di atas darjat orang awam bersolat ini ialah mereka yang solat lima waktu, tapi tidak pada awal waktunya. Kemudian, di atas mereka ialah yang solat lima waktu pada awal masuk waktu solat. Kemudian di atas yang melakukan solat pada awal waktu ialah yang solat pada awal dan tahu benar erti sebutannya. Kemudian di atasnya lagi, yang lengkap solatnya berjemaah di masjid (ini edisi lelaki saja). Kemudian yang berjemaah, faham erti dan khusuk solatnya. Kemudian yang menjadi imam saban waktu, faham benar erti sebutan, mengamalkan semangat solat dan khusuk lagi! Wah dialah dianggap melakukan solat terbaik. Itu pandangan kasar manusia, di sisi Allah kita tidak tahu.

Namun mencari maksud orang beriman, Allah telah memberi garis panduan dalam al Quran ayat 2-3 surah al Anfaal bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang beriman ialah apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka. Apabila dibacakan ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal. Mereka ialah yang mendirikan solat dan menafkahkan (sedekahkan) sebagian rezeki yang kami berikan kepada mereka.”

Lagi dalam surah al Hujurat ayat 15 bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang beriman ialah mereka yang beriman (percaya) kepada Allah dan rasul-Nya saja tanpa ragu-ragu. Kemudian mereka berjihad (berkorban) dengan harta dan jiwa (nyawa) mereka di jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar.”

Wallahu’aklam

Khamis, Disember 27, 2007

Seputar kaedah mengenal Tuhan

APA bedanya seorang muslim dengan penganut agama-agama lain? Di mana-mana kelihatan manusia bergaul dan bekerja bersama-sama dan memerlukan asas kehidupan yang serupa pula. Seorang muslim sebagaimana manusia lain, perlukan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Manusia lain menganut agama dalam ikhtiarnya mencari Tuhan, begitu juga sebagai muslim.

Akidah atau tauhid menjadi pembeda antara seseorang muslim dengan manusia-manusia yang bukan muslim. Akidah juga sebagai pintu masuk seseorang ke dalam agama pilihannya. Islam dan semua agama mempunyai prinsip akidahnya masing-masing.

Oleh kerana akidah merupakan pintu masuk dalam Islam, maka pintu masuk ini mestilah sesuatu yang mudah dilalui supaya seseorang dapat terus masuk dan menikmati rahmat dalam ‘rumah’ bernama Islam. Akidah Islam tetap sama sejak manusia terawal, Nabi Adam hingga masa kiamat kelak. Jika diperhatikan cerita sejarah perjuangan para nabi dalam al Quran, jelaslah para nabi mengajar manusia mengesakan Allah dan meminta manusia hanya menyembah Allah, Tuhan yang satu, yang maha berkuasa dalam segala perkara. Tidak bisa sama sekali unsur syirik, kerana itu merupakan perlanggaran akidah.

Perubahan zaman dan budaya tidak mengubah prinsip akidah Islam. Yang berubah hanya cara atau kaedah memahami akidah Islam. Menghadapi masyarakat yang buta huruf tentulah berbeda dengan memberi penerangan mengenai akidah kepada intelektual atau golongan pemikir. Memberi penjelasan akidah Islam kepada sesuatu bangsa atau kaum juga sudah memerlukan kaedah yang berbeda-beda asalkan matlamatnya menjelaskan prinsip akidah Islam sebagaimana yang diketahui dan difahami berdasarkan al Quran dan sunah Nabi.

Barangkali seseorang pendakwah perlu berdialog, membuat perbandingan atau ke tahap melakukan perdebatan. Berapa banyak manusia memeluk Islam setelah melewati sesi perdebatan akidah oleh almarhum Syeikh Ahmed Deedat.

Memahami akidah berdasarkan metodologi ‘Sifat 20’ juga bukan hanya itu satu-satunya mengenali akidah Islam. Malah berdasarkan sejarah, Syeikh Abu Hasan Asya’ari (lahir di Basrah, wafat 330H) sebaik saja meninggalkan fahaman Muktazilah baru memperkenalkan tujuh sifat Allah saja. Kemudian ditambah 13 sifat Allah oleh Syeikh Imam al Maturidi (lahir di Samarqand, wafat 333H). Ini bermakna keperluan itu berdasarkan kehendak khalayak pada zaman itu.

Sekalipun kaedah Sifat 20 itu menjadi ikon kebanyakan muslim Nusantara mengenali Allah, namun jika dibuat kajian kita yakin peratusannya sangat kecil untuk yang menghafal Sifat 20 itu! Untuk membuktikan kenyataan ini, sesiapa saja bisa melakukan ujikaji terhadap 10 orang di sekeliling kita seperti ahli keluarga dan rakan-rakan. Siapakah antara dalam 10 orang itu yang menghafal Sifat 20. Jika mereka tidak menghafal semuanya, katakan saja hanya dapat menghafal 19 sifat, adakah orang ini digambarkan sebagai tidak sempurna akidahnya?

Sekalipun kebanyakan kita menyandarkan pembelajaran akidah dengan “Sifat 20’ namun sebenarnya kebanyakan kita ini menggunakan apa-apa kaedah yang paling mudah untuk memasuki pintu Islam ini. Sebab itulah kita masih seorang muslim walaupun tidak menghafal Sifat 20. Oleh itu sangat keterlaluan jika seseorang muslim dikira cacat akidahnya hanya kegagalannya menjawab atau menghafal sifat 20 ini.

Sifat 20 ini sebenarnya satu kaedah mengenali sifat-sifat Allah, sebagai Tuhan yang satu, yang maha agung! Asas seseorang dalam usaha megenali Allah sebagai Tuhan ialah ayat 11 surah as-Syuura bermaksud, “…..Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha melihat.”

Hal lain yang penting ialah seseorang dapat mengenali Allah sebagai Tuhannya berdasarkan apa yang “Allah perkenalkan diri-Nya dalam al Quran dan hadis nabi-Nya.”

Selain itu mengamalkan pemahaman adalah terpenting dalam akidah para muslim. Tahu, hafal dan faham tidak berguna jika tidak dapat dibuktikan dalam kehidupan semasa. Tahu kuasa agung hanya ada pada Allah, tetapi masih menggantung tangkal di leher kerana percaya tangkal dapat memberi manfaat kepada pemakai. Ini perlanggaran. Perlanggaran akidah juga berlaku apabila seseorang mempercayai ramalan nasib dirinya pada masa hadapan! Jaga-jaga sebab buku Feng Shui banyak disebarkan dan dibaca oleh banyak pihak.
wallahu 'aklam

Selasa, Disember 25, 2007

Hari Natal hari Krismas

HARI ini 25 Disember, kepada penganut Kristian adalah Hari Natal atau hari kelahiran Jesus. Kepada muslim Jesus itu ialah Nabi Isa a.s. Jadi mengikut agama Kristian, 25 Disember adalah Hari Raya mereka.

Beberapa agama di dunia, agama yang menyaingi Islam adalah Kristian. Jika ditelusuri, penganut Kristian juga menyembah Allah swt, Cuma konsep ketuhanan dalam akidah Islam dan Kristian nyata berbeda. Sebagai muslim wajar amat mengetahui agama yang menjadi pesaingnya. Setelah mengetahui akidah agama lain, barulah seseorang muslim dapat menyatakan dengan gagah mengapa dirinya menganut Islam.

Berdasarkan Konsensus Nicea tahun 325SM, akidah agama Kristian ada dua. Pertama dimulai dengan mempercayai adanya dosa warisan. Dosa warisan ini dikatakan berasal daripada Nabi Adam dan Hawa yang berdosa kerana melanggar perintah Allah dalam syurga. Lantaran dosa itu, Nabi Adam dan Hawa diperintahkan ke dunia tetapi Allah tidak mengampuni dosa ini. Akidah umat Kristian ialah dosa Nabi Adam dan Hawa ini diwarisi oleh manusia. Maka, asal lahir saja bayi sebenarnya membawa dosa yang dahulunya dilakukan oleh dua bibit manusia: Nabi Adam dan Hawa.

Akidah kedua Kristian ialah lanjutan dosa warisan ini ialah ‘penyaliban Jesus’ sebagai menebus atau membersihkan dosa manusia turun temurun itu. Mereka memahami Allah telah menjelma dalam tubuh Jesus untuk membersihkan semua dosa warisan ini dengan jesus mengorbankan dirinya. Dengan penyaliban (pembunuhan) Jesus ini dianggap sempurnalah dosa keturunan ini dibersihkan oleh Jesus.

Prinsip Islam pula, dosa Nabi Adam dan Hawa telah diampunkan oleh Allah semasa baginda Nabi Adam masih hidup lagi. Dalam Islam tidak ada dosa dan pahala yang boleh diwariskan atau diagih-agihkan sesama manusia. Setiap manusia menanggung amal baik dan buruknya sendiri-sendiri. Orang hidup tidak dapat memindahkan dosa dan pahala kepada mereka yang masih hidup atau kepada mereka yang telah mati. Dan orang mati pun tidak pula dapat mewariskan dosa dan pahalanya kepada mereka yang masih hidup.

Akidah Islam berkenaan Nabi Isa a.s. ialah baginda seorang manusia yang dilahirkan luar biasa, tanpa melalui persenyawaan antara benih lelaki dan perempuan. Bagi Allah, kejadian Nabi Isa digambarkan seperti kejadian Nabi Adam, dengan kalimah “kun faya kun!”

Nabi Isa adalah pesuruh Allah dan diberikan kitab Injil untuk membimbing kaumnya, bani Israel atau Yahudi. Nabi Isa a.s. tidak mati disalib seperti yang dipercayai oleh umat Kristian. Seorang pengikutnya yang curang telah diubah wajahnya oleh Allah swt, menyerupai Nabi Isa. Kemudian musuh-musuh baginda Nabi Isa menganggap orang itu adalah Nabi Isa. Lalu manusia yang diserupakan wajahnya seperti Nabi Isa itulah yang disalib.

Jika sesiapa sanggup mengkaji Bible akan menemui beberapa perbedaan fakta mengenai dua asas akidah Kristian. Tidak perlulah membuka al Quran untuk membuktikan perbedaan fakta, cukup dalam Bible itu sendiri. Begitu juga dengan konsep triniti iaitu ‘Tuhan satu dalam tiga - tiga Tuhan dalam satu’, bukan mudah difahami. Keesaan Tuhan dalam akidah Islam jauh lebih mudah difahami, sekalipun oleh orang yang sangat rendah pencapaian pelajarannya. Ini pasti sebab akidah adalah pintu masuk seseorang ke dalam Islam, tidak mungkin menjadi begitu sukar dan terpaksa melalui perdebatan yang panjang.

Isnin, Disember 24, 2007

Pasir Salak Datuk Maharaja Lela!

TANGGAL 21 Disember, saya membawa anak-anak ke Kompleks Sejarah Pasir Salak (KSPS) di Perak Hilir. Pasir Salak hanya sebuah desa biasa, tetapi nama desa itu senantiasa gah kerana kesanggupan penduduk pada tahun 1875 mengukir sejarah penting kepada negara. Hari ini pun jangan bayangkan KSPS di tengah-tengah kota atau pekan, tetapi KSPS jauh di pedalaman dan lokasinya benar-benar di tepi sungai Perak.

Jika pengunjung tidak mengetahui apa-apa mengenai sejarah kepahlawanan Datuk Maharaja Lela, lebih baik jangan pergi ke sana kerana dia tidak akan dapat mengerti apa ertinya pada perlambangan, tugu, arca dan monumen yang dipersembahkan.

Replika yang paling menarik ialah sewaktu hukuman mati ke atas Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor dan Pandak Endut hendak dijalankan. Saya terkenang keadaan bagaimana Umar Mukhtar (lakonan Anthony Quinn) yang juga menjalani hukuman gantung dalam filem The Lion Desert. Begitulah pejuang yang mewakafkan dirinya untuk umah.

Replika lain, antaranya Raja Abdullah sedang menandatangani Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian inilah sebagai titik tolak kemasukan British secara agresif di negeri-negeri Melayu. Beberapa kesan utama selepas 1874 di negara kita.

Pertama: Pembentukan sistem Raja Berperlembagaan. Kuasa raja dihadkan dan sebahagian kuasa raja diberikan kepada Residen (kemudian Menteri Besar) untuk mentadbir kerajaan negeri.

Kedua: Islam disudutkan sebagai agama ritual setaraf dengan adat resam Melayu. Dalam Perjanjian Pangkor secara jelas dinyatakan kuasa Sultan hanya dalam hal agama Islam dan adat resam Melayu. Mengambil semangat inilah sehingga hari ini setiap negeri mempunyai Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu, contohnya MUIP ialah Majlis Agama Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Antara tugas majlis agama ialah memberi nasihat hal agama kepada baginda Sultan dan mengurus kutipan dan agihan zakat.

Ketiga: Pengenalan sistem Barat, khasnya ekonomi perdagangan seperti Perlombongan bijih timah dan ladang getah. Kekayaan ini menyeronokkan British, tetapi orang Melayu sengaja terus diaktifkan dalam sistem ekonomi sara diri yang berskala kecil dan tidak menguntungkan seperti menjadi nelayan, pemilik dusun dan pesawah. Kepada British pengekalan orang Melayu dalam sektor ini penting untuk memastikan bekalan makanan mencukupi. Namun padahnya, orang Melayu terpinggir dalam ekonomi perdaganagan. Kita masih merasa kesan kerja British ini.

Keempat: Kekurangan buruh menyebabkan British secara borong membawa buruh dari China dan India. Haji Buyung Adil dalam Sejarah Selangor menyebut sewaktu Frank Swettenham menjadi Residen, penduduk Selangor hanya 10,000 orang! Semua Melayu tu! British sengaja mensabotaj Melayu dan Islam apabila tidak membawa buruh yang beragama Islam sedangkan di India dan China memang banyak penganut Islam. British telah berpengalaman mengadapi negara yang majoriti (hampir 100 peratus Islam) seperti di Iraq dan Afghanistan sebelum tahun 1874.

Kelima: Pengenalan sistem pendidikan Barat seperti pembelajaran Sains, Matematik, Geografi dan Bahasa Inggeris. Sebelumnya sekolah bagi anak-anak Melayu ialah Sekolah Pondok. Pihak misionari Kristian diberi peranan membuka sekolah untuk pendidikan Barat ini. Contohnya Sekolah Convent, Sekolah Methodist, Sekolah St Thomas dan lain-lain. Sekalipun pendidikan duniawi penting, orang Melayu tidak menghantar anak ke sekolah misionari kerana sangat bimbang dengan agenda kristian. Mujurlah Gerakan Islah (1906) yang dipelopori Syed Syeikh al Hadi, Syeikh Tahir Jalaludin, Mohd Salim Kalali dan rakan-rakan mereka menubuhkan madrasah yang kurikulumnya menyerupai sekolah misionari, ditambah pengajian al Quran dan Hadis.

Apa lagi? Tahu tak, peristiwa perebutan kuasa di Perak yang menyebabkan kuasa British masuk menguasai negeri (1874) berulang di Johor (Singapura diambil British, 1918). Plotnya hampir sama, Sultan mangkat dua anak raja berebut takhta, yang gagal mencari British dan sanggup menyerahkan negeri kepada kuasa asing asalkan putera ini boleh menjadi Sultan.

Di Perak Apabila Raja Yusuf ditabal sebagai sultan, Raja Abdullah yang asalnya sebagai Raja Muda merasa haknya dirompak, lalu mencari Sir Andrew Clark. Di Johor apabila Tengku Abdul Rahman ditabal sebagai Sultan, Tengku Hussein yang sebelumnya bergelar Raja Muda mencari Sir Stamford Raffles. Sanggup menjadi Sultan dengan kuasa terhad dan negeri melayang.

Apa hasilnya? Sultan Abdullah dihukum buang negeri ke Pulau Schyelles (dekat benua Afrika) kerana menjadi mastermind pembunuhan Birch. Sultan Hussein pula menjadi tidak karuan dan menetap di Melaka sehingga mangkat di sana.

Aktor-aktor politik ini dipandang sinis oleh bangsanya kini. Tetapi aktor politik tidak perduli pun, sejarahnya diulang-ulang. Perilaku kita akan dirakam oleh sejarah dan dihakimi oleh generasi 100 tahun akan datang.

Sabtu, Disember 22, 2007

Kau pun berdosa seperti aku!

ZANA seorang penyanyi di sebuah kelab malam. Memang pakaiannya mendedahkan aurat. Mula-mula rasa canggung dan ada rasa berdosa kerana memakai pakaian yang seksi, lama kelamaan dirinya tidak lagi dihantui rasa gelisah dan berdosa. Asalnya dia juga tidak pernah minum arak, namun lama kelamaan setelah mencuba sedikit dan melihat kawan-kawan serta pengunjung tidak merasa sesuatu negatif kerana minum arak, kini dia pula menjadi sebagian orang yang biasa itu.

Semasa Hari Raya dia berkunjung ke rumah saudaranya. Kebetulan, di TV sewaktu itu ada menerangkan mengenai dosa meminum arak, maka hati Zana berdebar. Dia mengakui dirinya berdosa kerana meminum arak.

Zahid bekerja sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang. Tugas utamanya menyebabkan dia bertemu dengan mereka yang didakwa bersalah dan disaman. Banyak antara orang itu yang mahu menyelesaikan masalah didakwa bersalah secara mudah. Mula-mula Zahid tidak menghiraukan desakan sebegitu. Lama kelamaan kerana desakan begitu kuat dan dia melihat beberapa rakan yang lebih ‘senior’ melakukan dan tidak terkena apa-apa kesan, maka dia mula memberanikan diri menerima habuan kecil. Awalnya rasa bersalah, tetapi rakan-rakannya memberi semangat dan menerangkan perbuatan itu bukan menerima rasuah sebaliknya hadiah dalam tugas.

Namun sebagai muslim ada ketikanya setelah solat, dia terkenang perbuatannya dan masih percaya apa yang dilakukan adalah dosa. Dosa menerima rasuah dan berhasrat mahu meninggalkannya suatu masa kelak.

Dua contoh di atas mengenai orang dengan tugasnya terdedah kepada dosa. Iblislah yang memujuk dan menjanjikan keindahan supaya manusia melanggar larangan Allah. Maksud firmah Allah dalam surah an-Nisa’:120 “Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka melainkan tipuan belaka.”

Penyanyi, penguat kuasa undang-undang, guru, peguam, peniaga, petani, jurutera, doktor dan lain-lain lagi terdedah kepada hasutan iblis agar melakukan dosa yang masih berkaitan dengan kerjayanya. Selalunya golongan agama yang menerangkan mengenai dosa-dosa itu. Mereka yang berdosa akan disaran bertaubat.

Adakah golongan agama atau ustaz itu tidak dapat ditembusi oleh hasutan iblis? Memang ustaz dan ulama tidak akan dihasut oleh iblis agar ke kelab malam, kedai judi dan rumah-rumah pelacuran. Iblis tahu golongan agama mempunyai kekuatan untuk menghindari maksiat berkenaan. Lalu, di mana iblis menyusup dan mendesak-desak orang agama berbuat dosa?

Sebagaimana iblis menyusup masuk dan mempengaruhi seseorang supaya melakukan dosa melalui kerjaya atau bidangnya, maka iblis juga masuk menggoda golongan agama melalui pegangan agamanya. Bagaimana iblis menghiasi dosa rasuah supaya tampak indah, maka iblis juga akan menghiasi dosa berbentuk agama supaya tampak indah juga.

Dosa yang dilakukan oleh golongan agama dan mereka sukar untuk menerimanya ialah bid’ah. Bid’ah ialah satu perbuatan baru dalam agama yang tidak ada contoh daripada al Quran dan sunah Nabi. Pembuatnya pula mencipta amalan itu dengan tujuan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Pembuatnya sedar, namun mereka berhujah mengenai baiknya amalan baru dalam agama, tentulah diterima Allah.

Dalam satu hadis yang popular mengenai bid’ah diriwayatkan oleh Imam Muslim menerangkan bid’ah sebagai perkara baru dalam agama, dan hal itu satu kesesatan.

Berikut sedikit petikan daripada kertas kerja Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengenai bid’ah. Beliau mengutip pendapat Imam Abu Ishaq al-Syatibi rh (790H) dalam memberikan maksud bid’ah.


“Jalan yang direka dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t”.

Imam Sufyan ats-Tsauri pula telah berkata :
"Bid’ah itu lebih disukai iblis daripada kemaksiatan, sebab pelaku maksiat masih ingin bertaubat daripada kemaksiatannya, sedangkan pelaku bid’ah tidak ada keinginan untuk bertaubat daripada amal bid’ahnya."

Kaki rasuah, kaki judi, penzina, pencuri dan kaki arak tetap sedar perbuatan itu salah dan berdosa. Namun kaki bid’ah tidak sedar perbuatannya salah seperti berjudi. Jika ada yang menegur perbuatannya sebagai bid’ah, aktivis bid’ah akan memberi hujah sebagai bid’ah hasanah atau amalan baik juga. Jika tidak mampu berhujah, akhirnya mereka akan berkata bid’ah adalah kes perselisihan antara ulama. Ertinya tiada lagi perbuatan yang dikatakan bid’ah kerana dapat dibalut dengan bid’ah hasanah dan khilafiah.

Pandangan masyarakat juga menyokong aktivis bid’ah. Bagi mereka, tidak mungkin ustaz dan ulama melakukan dosa agama. Penghormatan tinggi kepada golongan agama dan sokongan masyarakat awam menyebabkan ketua-ketua kaki bid’ah terasa lega. Hujah lain menguatkan pendirian kaki bid’ah ialah majoriti golongan agama yang tidak menganggap amal-amal baru dalam agama sebagai bid’ah dan berdosa.

Wallahu’aklam

Jumaat, Disember 21, 2007

Jangan mati adat

SEMALAM, 20 Disember juga 10 Zulhijah di Malaysia. Saya dan keluarga berada di tanah leluhur, ke rumah ayah dan bunda. Memang agak istimewa Idul Adha kali ini sebab paginya orang kampung banyak datang ke rumah, menyembelih tiga ekor lembu sebagai korban dan seekor kambing. Malamnya ayah buat kenduri. Saya lebih suka kenduri dinamakan ‘jamuan makan’.

Jamuan makan ini merupakan farewell kerana adik saya sekeluarga akan berangkat ke UK untuk tempoh empat tahun. Maka, bermula tahun hadapan, buat sementara kami kehilangan gelak tangis anak-anaknya. Ayah dan bunda akan terasa sepi daripada kerenah cucu-cucu itu.

Begitulah adatnya sejak dahulu, merasai ada kematian, kesyukuran kerana apa-apa kegembiraan atau kerana majlis perpisahan, orang kita mengadakan kenduri. Bermula dengan membaca surah yasin dan kemudian baca tahlil berjemaah. Pengisiannya sama, menjurus kepada mengingati arwah. Pada saya sepatutnya, doa itu lebih menjurus kepada harapan dan keselamatan adik saya sekeluarga dalam perjalanan dan di negara orang selama empat tahun itu. Adat tetap adat, payah hendak diubah fesyennya sekalipun menempuh suasana berbeda. Apa tah pula jika adat diserikan dengan ritual agama.

Pemikiran saya mungkin berbeda. Semoga Allah menyelamatkan iman dan amalan saya, jika saya menyebut: Saya memang kerap solat jemaah di masjid seboleh-bolehnya lima waktu, kerana solat berjamaah di masjid itu sunah. Di surau dan masjid tidak banyak menyahut amalan sunah berjamaah, tetapi kenduri adat sungguh mendapat sambutan. Kenduri tahlilan ini selalu diadakan sebaik sahaja selesai solat Isyak. Seperti kes di rumah, sebaik saya pulang dari surau, orang sudah banyak berkumpul di rumah untuk kenduri tahlil. Ya mereka memang tidak bersolat jamaah di mana-mana surau atau masjid, tetapi menepati waktu untuk bertahlil. Subuhnya di surau tadi hanya tiga orang berbanding semalam bertahlil lebih 30 orang!

Antara solat berjamaah dan kenduri adalah salah satu contoh kebanyakan kita tidak memahami tuntutan sunah. Ini sama juga dengan banyaknya orang bertarawih pada awal bulan Ramadan, kemudian menyusut setelah setengah bulan. Citra beribadah orang kita ini sebagai citra adat. Banyak nian citra agama yang sepatutnya sunah sudah diselaputi adat bangsa.

Maaf jika saya memberi perbandingan ini dengan contoh versi Hindu di Bali tidak sama dengan Hindu di India atau Malaysia. Penganut Hindu Bali itu orang Melayu dan telah berlarutan sejak zaman Majapahit (berakhir kurun ke-14). Penyerapan adat penduduk Bali dalam ajaran Hindu, menyebabkan ritual Hindu Bali sangat berbeda dengan Hindu di Malaysia (dianut orang India). Sila rujuk semula rencana sebelumnya ‘mengapa menyembah Hyang’ yang mendedahkan pemujaan roh nenek moyang sebagai adat orang Melayu sebelum zaman Hindu-Buddha.

Jangan kaget jika dikatakan adat ritual Melayu zaman sejak zaman pra-Hindu Buddha masih melekat dalam dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah. Seperti kenduri arwah, inovasi adat ini dihiasi dengan ayat-ayat al Quran sehingga dilihat seperti kehendak sunah. Para penentang adat pengantin bersanding kerap berhujah ‘bersanding sebagai adat Hindu’. Kesilapan pendukung adat bersanding ialah tidak menyertakan sedikit bacaan al quran oleh pengantin. Jika dahulu disediakan modul bersanding yang wajib ada bacaan al Quran dan doa pemujaan roh nenek moyang oleh pengantin, maka persandingan pengantin akan kekal dilihat satu kaedah agama mendekatkan manusia kepada Allah.

Secara jujur penggiatnya mengakui Rasulullah dan para sahabatnya tidak ada acara berkenduri arwah. Tidak ada modulnya yang dimulakan dengan bacaan yasin, baca surah ikhlas, beberapa potong surah al Baqarah, tahlil dan doa. Akhirnya tentulah makan. Secara jujur juga mereka mengakui solat berjamaah setiap waktu adalah sunah Rasulullah.

Dalam satu hadis, Rasulullah pernah mengatakan bahawa Islam ini pada awal datangnya dilihat sebagai asing (berbeda dengan amalan kebanyakan masyarakat Arab Jahiliyyah), dan akan kembali dilihat asing. Jika sesiapa pun berpegang kepada sunah nabi seperti tidak mahu membuat kenduri arwah, dia akan menjadi seperti duduk di pulau yang sangat jauh: sangat terasing! Opps, sensitif ya. Saya tambah: jika anda bertekad untuk seboleh-bolehnya solat berjamaah di masjid (bukan maghrib dan isyak saja), anda juga dilihat seperti orang asing, kebanyakan masyarakat sudah tidak perduli solat jemaah zuhur, asar dan subuh ini!

(Maaf foto-foto tidak dapat disertakan, ada masalah teknikal)

Rabu, Disember 19, 2007

Salam Idul Adha 1428H.

SELAMAT iduladha 1428H. Inilah hari raya yang besar, lebih besar berbanding idulfitri. Namun sudah membudaya di kalangan kita se-Nusantara, idulfitri lebih meriah berbanding iduladha. Seluruh dunia pun begitu. Kalau dikaji mengapa jadi begitu, jawabnya mudah sebab ada countdown hari-hari berpuasa. Saya yakin, jika hukum puasa wajib dikenakan sebelum iduladha, akan ada countdown, maka kedatangan iduladha senantiasa dinanti-nanti.

Memang kemeriahan sangat diperlukan dalam kehidupan, setahun sekali. Semua berkumpul di sebuah rumah, kampung halamanlah. Kalau ditakdir, hanya ada satu saja hari raya katakan iduladha, tentu hari raya ini akan cukup meriah. Sekalipun tiada kewajiban berpuasa, masyarakat kita akan countdown juga sebab hanya itu pilihan yang ada. Jika begitu, rasanya ibadah korban akan lebih besar ertinya. Itu hanya andaian-andaian, kerana kita mengkaji budaya bangsa sendiri.

Di kalangan masyarakat kita ibadah itu sudah seakan mirip adat kerana ibadah yang asalnya ada hukum wajib atau sunat itu telah membudaya. Membudaya ertinya, masyarakat kita akan lebih selesa melihat kepentingan ibadah (umpamakan saja hari raya) dari sudut kepentingan kemasyarakatan. Sekalipun guru-guru agama menjelaskan hari raya itu ibadah, dan ibadah merupakan aktiviti hubungan manusia dengan Allah secara khusus, maka wajib dilakukan mengikut aturan yang dizinkan oleh Allah. Namun kerana ibadah telah dilembagakan sebagai adat, maka kepentingan dan keselesaan masyarakat yang lebih diutamakan.

Pada iduladha mungkin kurang nyata, namun dalam idulfitri yang punya kemeriahan tersendiri, maka erti ibadah idulfitri telah ditafsir mengikut kehendak masyarakat, bukan kehendak dalam al Quran dan sunah rasul. Perhatikan saja atas nama bersuka ria pada idulfitri, maka masyarakat diprogramkan untuk berhibur seperti tanpa batasan dan pembakaran mercun atau letupan. Ini semua telah membudaya dan sangat sukar untuk berundur selangkah sekalipun ada larangan undang-undang.

50 tahun mendatang, bagaimana hari raya beradat yang terlembaga ini dilangsungkan?

Selasa, Disember 18, 2007

Pergilah buat haji sayang.....

ANTARA doa dan harapan pada masa masih remaja dan belum bekerja, saya kepingin menunaikan haji pada usia sebelum 40. Tahun 2001, Allah Kabulkan harapan itu. Saya dan isteri membawa ibu, meninggalkan dua anak berumur delapan dan tujuh tahun bersama mak usu dan pak usunya. Memang pada adat masyarakat Malaysia, melihat anak yang masih bermanja-manja dan usia kami, sepatutnya menggunakan wang untuk membali hartanah atau saham-saham supaya lebih menguntungkan pada masa usia tua. Kan adat budaya kita menunaikan haji setelah umur pencen (kalau kerja makan gaji), setelah anak-anak berdikari, punya masa lapang dan ada lebihan wang!

Tidak banyak yang menghitung bahawa kewajiban berhaji mungkin bisa saja datang pada usia muda, dalam lingkungan 30-an, tetapi kewajiban itu gugur pada usia emas. Ya, bukan semestinya kewajiban itu datang pada usia setelah anak-anak dewasa. Dalam kasus ini, saya suami isteri bekerja dan telah punya wang, sihat tubuh badan, ada peluang dan keselamatan, cukup syarat. Anak masih kecil bukan menjadikan tidak cukup syarat. Syukurlah saya sudah melepasi kewajiban ini.

Kita tidak tahu masa depan, terutama umur. Katakan saja umur sampai ke 60 atau 70, ada wang, keselamatan dan kelapangan tetapi kesihatan sudah menafikan wajib haji. Ini bermakna bila atau pada umur berapa kewajiban menunaikan haji itu sangat relatif. Padahal orang yang seperti itu mungkin saja pada usia 30-an sudah sampai kewajiban haji, tetapi sentiasa mengundur diri dengan alasan masih muda, belum waktunya.

Susahkan menunaikan haji? Mudah, sebab bukan diwajibkan membaca apa-apa bacaan sehingga kalau tidak hafal maka tidak boleh berhaji. Berjalan-jalan, duduk-duduk, tidur-tidur dan ambil batu lontarlah ke satu tempat. Begitulah dengan tawaf di keliling kaabah, saie, wukuf, mabit (bermalam) dan melontar jamrah. Semasa membuat latihan di Malaysia, semua dapat dilakukan dengan baik. Berpeluh sedikti saja.

Mengapa gerun dengan haji? Jawabnya kesesakan manusia di satu tempat. Saban tahun kebelakangan ini ada tiga juta manusia berhimpun di Makkah untuk menunaikan haji. Sejumlah itu akan bergerak ke Arafah, kemudian bermalam di Muszalifah, kemudian bergerak ke Mina. Di Mina akan membuat lontaran di jamrah. Ingat ada tiga juta manusia yang wajib selesaikan kerja haji dalam tempoh yang ditetapkan. Katakan tiga juta mesti bermalam di Muszalifah, pagi esoknya mesti bergerak ke Mina! Tiga juta manusia itulah yang menyebabkan kerja-kerja haji yang semasa latihan sangat mudah tetapi di Makkah menjadi sangat payah!

Maka sebenarnya kerja haji adalah amalan fizikal, kekuatan tubuh badan. Oleh itu lakukanlah sewaktu tubuh dalam paling kuat dan sihat. Jika dibanding antar jemaah dari Malaysia dan Indonesia, beda sekali. Kebanyakan jemaah Malaysia sudah tua, tetapi dari seberang masih muda belaka. Mengapa begitu? Ini soal mind-set. Mind-set di Malaysia, mahu kerjakan haji setelah habis kerja, masuk zaman pencen. Haji ini dianggap kerja akhir usia. Orang kampung ada yang menjual tanah untuk ke Makkah, dengan harapan mati di sana. Namun umur masih ada, pulang semua ke tanah air tapi sumber ekonomi sudah tiada.

Orang Indonesia mind-setnya lain, haji wajib pada saat teristimewa, bukan kerja pada usia senja. Sebab itu kebanyakan dari sana muda-muda, banyak juga yang masih bujang. Ditanya bagaimana semuda ini sudah punya ongkos, mereka jawab, tabungan sejak kecil. Ini bererti, kempen menunaikan haji diterap kepada anak-anak. Di Malaysia ada?

Bayangkan apabila sasaran 15 juta jemaah pada masa depan berjaya dikumpul. Masihkah orang Malaysia menunggu usia 60 tahun untuk berada di tengah-tengah 15 juta lautan manusia?

Isnin, Disember 17, 2007

Terliur makan daging korban!

SAYA dan seisi keluarga tujuh orang pernah melakukan korban seekor lembu pada idul adha. Sebelumnya saya tidak bernazar apa-apa untuk melakukan korban ini. Biasa, ada duit beli lembu, sampai hari aidul adha sembelihlah lembu itu. Tetapi seorang yang ada pengaruh di situ telah memfatwakan korban saya sebagai wajib, maka diharamkan saya dan keluarga memakan daging korban lembu itu.

Menurut pegangan fikahnya, soal niat telah menjadikan korban saya sebagai wajib. Ya, saya memang telah berniat untuk berkorban, beberapa bulan sudah menempah lembu untuk korban itu. Terdetik saja dalam hati untuk melakukan korban bererti telah berniat. Rupa-rupanya dengan niat dan telah menempah lembu dikatakan sebagai wajib saya menunaikan hasrat berkorban. Maka dianggap korban lembu itu satu yang wajib. Saya faham ini seperti korban wajib kerana nazar!

Soalan saya yang tidak mampu dijawab ialah: Bilakah seseorang itu dapat melakukan korban tanpa niat? Maksudnya korban secara tidak sengaja supaya lembu yang disembelih itu sebagai korban sunat dan mereka boleh memakan sebagian daging korbannya. Bagi saya kerja tanpa niat atau tidak disengajakan sesuatu yang mustahil. Namun saya minta bantuan daripada sesiapa yang tahu dengan dalil al Quran dan sunah Nabi untuk menyokong hujah di atas.

Bagaimana pun telah ada dalil al Quran dan Sunah yang membolehkan seseorang yanag berkorban haiwan memakan sebagian daging itu. Lihat rencana di bawah.


Soalan: Saya berniat untuk melakukan kurban tahun ini. Tetapi saya belum faham berapa banyak daging yang dapat saya makan daripada bahagian daging korban saya itu. Harap dapat penjelasan. (Munir Samat, Besut, Terengganu.)

Jawaban: Dalam isu ini terdapat pelbagai pendapat ulama. Sesetengah menyatakan sekiranya kurban tersebut adalah sunat dan sukarela, maka anda digalakkan memakan sebahagian daging tersebut. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah pernah berkurban sebanyak 63 ekor unta, kemudian menyerahkan kepada Saidina Ali untuk meneruskan kurban tersebut. Manakala bakinya lagi, lalu baginda perintahkan mengambil sedikit daripada setiap bahagian daging kurban tersebut, lalu dimasukkan ke dalam periuk dan dimasaknya. (hadis riwayat Muslim).

Kata sebahagian ulama lagi, harus anda memakan separuh dan bersedekah dengan yang separuh lagi. Ini berdasarkan firman Allah dalam al Quran surah Al-Hajj: 28 bermaksud, “Maka hendaklah kamu makan sebahagian (separuh) daripadanya dan beri makan sebahagian lagi kepada fakir miskin yang merempat.”

Menurut Imam besar As-Syafie r.a. dalam kaul jadidnya: Hendaklah dimakan daripada daging tersebut satu pertiga daripadanya, dan dua pertiga lagi dibahagi dengan memberi hadiah kepada al-Qania (orang berada) dan bersedekah kepada al-Muktar (fakir melarat) dan ini sesuai dengan maksud firman Allah dalam alQuran surah Al-Hajj: 36, “Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagian syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (telah terikat). Kemudian apabila telah roboh (mati) maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang dengan rela dengan apa yang ada padanya (iaitu orang yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta-minta. Demikianlah kami telah menundukkan unta-unta untuk kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur”.

Menurut penjelasan ulama, daging itu dibahagi tiga bahagian. Bahagian untuk orang berada boleh diberi makan (jamuan) sahaja, manakala untuk orang miskin harus diberi daging kurban untuk mereka. Wallahu aklam.

Mohd Yusof Abas, Mingguan Malaysia 04/11/2007.

Sabtu, Disember 15, 2007

Hari Raya tak sama lagi

NAH sekali lagi, Malaysia menyambut hari raya iduladha hari Khamis 20 Disember dan Arab Saudi pada Rabu 19 Disember 2007. Tarikh mengikut kalender masehi sama tetapi mengikut kalender hijrah di Malaysia 10 Muharam ialah 20 Disember dan di Makkah 10 Muharam jatuh pada 19 Disember. Opps, perbedaan ini bukan antara dua negara sahaja, malah bisa terjadi antara beberapa negara Islam. Malah pernah berlaku perbedaan sehingga dua hari. Kes ini akan berlaku setiap kali tibanya awal Ramadan, Syawal dan Zulhijah. Biasa juga didengar negara kecil seperti Brunei dan Singapura berbeda hari sambutan hari rayanya dengan negara Malaysia dan Indonesia. Opps sekali lagi, tahun 1980, negeri Perak sudah berhari raya tetapi Selangor kena tunggu hari esoknya.

Mari kita selidik mengapa perbedaan ini dikatakan lucu dan memalukan. Pertama, budak-budak yang belajar Geografi kata peredaran bumi menjadikan Malaysia mendapat siang dahulu kemudian India, kemudian Iran dan barulah Makkah. Jika di Malaysia pukul 6 petang hari Isnin, di Makkah baru pukul 1 petang hari yang sama. Sepatutnya orang di Malaysia akan menyambut hari raya dahulu, dan lima jam kemudian sampailah masanya orang di Makkah pula.

Kedua, Kalender masehi kerana ditadbir secara saintifik sentiasa bersifat menepati pengurusan sejagat, sebaliknya kalender Hijrah kerana ditadbir oleh orang yang anti ilmu pengetahuan, menjadi bahan ketawa orang bukan Islam.

Ketiga, Islam tidak mengalu-alukan sains dan teknologi kerana kaedah menentukan kedatangan bulan masih benar-benar secara zaman unta. Zaman itu majoriti bangsa Arab buta huruf serta tidak mahir ilmu matematik dan sains. Kini ulama fikah masih mewarisi kaedah melihat anak bulan. Di sini dicadangkan supaya ahli-ahli fikah yang berpegang kepada kaedah melihat anak bulan supaya menunggang unta sambil memegang teropong pada setiap hujung bulan untuk menentukan sama ada esok atau lusa berganti bulan atau tidak!

Memang ada hadis nabi yang mengajarkan kaedah melihat anak bulan, tetapi bukan bermakna sampai kiamat mesti guna kaedah itu. Seperti zaman Rasulullah menentukan waktu solat berdasarkan bayang-bayang, tidak pula ulama fikah sekarang sentiasa berjemur mengukur bayang-bayang!

Islam mengalu-alukan kemajuan sains dan teknologi, dan telah banyak ilmuan Islam dalam bidang falak, matematik dan fizik. Jika ulama fikah faham tentang kesejagatan dan tuntutan sebenar sunah, mereka akan bersepadu dengan ahli sains untuk membentuk kalender Hijrah yang setaraf dengan kalender Masehi. Jika ulama fikah berfikiran tajdid dan memahami peranan akal, kalender Hijrah telah awal-awal berjaya menetapkan tarikh-tarikh permulaan puasa dan kedua-dua hari raya. Jika keadaan ini benar-benar berlaku, barulah dengan segak kita menawarkan kalender Hijrah untuk menggantikan kalender Masehi.

Khamis, Disember 13, 2007

Salafi lenturkan hujah kristian

Di bawah saya paparkan sebagian daripada dialog antara Bapak Kiyai Bahaudin Mudhary dengan seorang pemuda Kristian, sdr Antonius Widuri. Dialog ini berlaku di Indonesia, pada malam kelima pertemuan (ada lapan malam semuanya). Dialog lapaan malam ini juga telah diterbitkan dalam bentuk komik oleh Persatuan Ulama Malaysia (versi Melayu) dan Saba Islamic Media (versi Inggeris). Sdr Antonius telah mengesan ada orang Islam memindahkan pahala hasil amalnya kepada orang lain khasnya kepada arwah. Ini difahami dengan amalan bacaan tahlil atau membaca al Quran kepada arwah, yang mereka kata ajaran Islam. Jadi Antonius menjadikan ini dalil supaya orang Islam jangan mengatakan dosa warisan Nabi Adam (dalam Kristian) sebagai salah, sebab dalam Islam juga ada pahala yang diwariskan kepada orang lain.


Mujurlah Bapak Kiyai Bahaudin berpendirian sunah atau manhaj Salaf. Manhaj Salaf ini memang teguh berpendirian tidak ada dosa dan pahala yang boleh diagih-agihkan kepada sesiapa khasnya kepada para arwah. Kepada manhaj Salaf, ini kerja sia-sia kerana tidak ada petunjuk daripada Rasulullah dan para sahabat, lebih-lebih lagi jelas tahlil dan bacaan al Quran yang dihadiahkan kepada para arwah berlawanan dengan kehendak al Quran.

Ketegasan manhaj Salaf melalui Bapak Kiyai Bahaudin telah berjaya menundukkan hujah sdr Antonius. Akhirnya sdr Antonius akur dan mengucapkan syahadah. Cuba kalau sdr Antonius berdialog dengan kiyai / ustaz yang selalu buat tahlil arwah, sdr Antonius akan menyindir Islam. Jika begitu, dalam dialog ini Islam dilihat mengundur diri dan ustaz berasa sangat malu. Sila hayati diskusi ini.


(A ialah Bapak Kiyai Bahaudin (Islam), B ialah sdr Antonius (Kristian))

A: Menurut ajaran Islam, pahala seseorang tidak boleh diwariskan atau dioper kepada orang lain, begitu juga dosanya seseorang tidak boleh diwariskan kepada orang lain. Setiap orang menanggung sendiri pahala dan dosanya atas perbuatannya sendiri.

B: Akan tetapi saya pernah membaca sebuah buku agama Islam yang menerangkan bahwa Nabi Muhammad pernah berkorban seekor kambing buat umatnya sekalian dan buat familinya. Ini berarti bahwa Nabi Muhammad mewariskan atau mengoperkan pahala kepada orang lain, yakni kepada umatnya dan familinya. Yang demikian itu bukan dosa waris, tetapi jelas pahala waris.  Jadi di dalam ajaran Islam ada juga pahala waris, maka saya kira bapak tidak perlu urus tentang dosa-dosa waris dalam ajaran Kristen, kalau di dalam ajaran Islam terdapat ajaran pahala waris atau ajaran oper pahala.

A: kalau buku agama Islam yang saudara baca mau dijadikan pokok tentang bolehnya warisan pahala, mestinya orang Islam boleh sembahyang dan berpuasa, lalu diwariskan pahalanya buat sekalian umat Islam yang masih hidup dan yang mati, tetapi tidak ada umat Islam yang berbuat demikian, kalaupun ada, mungkin karena mereka tidak tahu, bahwa perbuatan yang demikian itu, bertentangan dengan kitab sucinya Al Qur’an. Jadi bukan kitab sucinya yang salah, tetapi penganutnya sendiri, dan berbeda dengan kitab Bibel yang mengandung banyak perselisihan antara satu ayat dengan yang lain. Di dalam kitab suci Al Qur’an, tidak terdapat ajaran pahala waris maupu
n dosa waris. Akan tetapi dalam kitab Bibel (Kristen) antara satu ayat dengan ayat yang lain bersimpang siur.


B: Saya pernah membaca kitab terjemahan Al Qur’an bahasa Indonesia, kalau tidak keliru di dalam surat Ath Thurr ayat 21 ada menyebutkan yang maksudnya bahwa anak-anak orang mukmin akan dimasukkan surga lantaran ibu bapaknya. Jadi lantaran amalan ibu bapaknya anak-anak itu masuk surga. Kalau yang demikian itu bukan pahala waris, lalu apakah namanya.


A: Ayat Al Qur’an yang saudara maksudkan itu bunyinya akan saya bacakan sebagai berikut: Yang artinya: "Dan mereka yang beriman dan diikuti oleh anak-anak cucunya (keturunannya) dengan keimanan pula. Kami (Allah) kumpulkan anak cucu itu dengan mereka dan tiadalah kami kurangi pahala amalan mereka sedikit juapun" (Surat Ath Thurr ayat 21).

Di ayat ini jelas menyebutkan tidak adanya pahala waris, malah tanggungan pun mengenai pahala warispun tidak ada. Yang masuk surga bersama Ibu bapaknya itu adalah anak-anak yang belum baligh, karena yang sudah baligh tentu bertanggung jawab sendiri. Oleh karenanya dalam ayat tersebut ada sambungannya. Yang artinya: "Setiap orang bertanggung jawab (terikat) oleh amalannya sendiri-sendiri (masing-masing)". Jadi setiap orang menanggung dosa dan pahala atas perbuatannya masing-masing bukan warisan dari orang lain.


B: Apakah di dalam Kitab Al Qur’an ada yang lebih tegas menyebutkan bahwa dosa dan pahala itu tidak dapat diwariskan atau dihadiahkan pada orang lain.


A: Ada, cukup banyak.


B: Maafkan, kami ingin mengetahui di surat apa, dan di ayat berapa, kami akan cocokkan di rumah, karena kami ada mempunyai kitab terjemahan Al Qur’an Bahasa Indonesia. Mungkin juga saudara-saudara yang hadir di sini juga memerlukan juga.

HADIRIN: Perlu diterangkan, karena memang penting diterangkan.


A: Apakah tidak sebaiknya kita bersama-sama memeriksa di sini saja, kalau saudara menyetujui saya suruh ambilkan Al Qur’an lalu saya tunjukkan surat dan ayatnya sekali. Bagaimana, apakah sekarang juga.


B: Kalau Bapak hafal lebih baik sebutkan sekarang saja ayat-ayatnya, akan kami catat: lalu akan kami cocokkan di rumah dengan Al Qur’an kami. Tapi kalau bapak tidak hafal kami minta besok malam untuk menghemat waktu.


A: Insya Allah saya hafal ayat-ayatnya.


B: Baik, silahkan bapak sebutkan, kami akan catat.


A: Saya akan sebutkan nama-nama surat dan nombor ayatnya, lalu saya akan beri keterangan dan saudara catat nama Surat dan nombor ayatnya yang sebut, lalu cocokkan lagi di rumah.


B: baik, kami setuju.


A: 1 . Surat Al Baqarah, ayat 286. "Kepada dirinya apa yang ia kerjakan, dan atas dirinya apa yang dia lakukan" Maksudnya, baik dan buruknya suatu perbuatan, harus ditanggung sendiri oleh yang mengerjakannya, tidak boleh dibebankan atas orang lain.”
2 . Surat Al Baqarah, ayat 123. "Dan Hendaknya kamu takut pada suatu hari (kiamat) tidak berkuasa seorang membebaskan sesuatu atas orang lain.”
Maksudnya, kelak di hari kiamat, seseorang tidak berkuasa menebus dosanya orang lain, dan pahala tidak diperbolehkan atas orang lain. Masing-masing harus menanggung sendiri perbuatannya baik maupun jahat.
3 . Surat Al Ankabut, ayat 6, "Siapa yang giat berusaha maka usahanya itu untuk dirinya sendiri".
4 . Surat Yaasiin, ayat 54, "Maka pada hari kiamat, tidak seorangpun akan teraniaya, dan kamu tidak akan dibalas, melainkan apa yang kamu sendiri telah kerjakan".
5 . Surat Al Isra’ , ayat 15, "Dan seseorang tidak berkuasa memikul dosanya orang lain ".
6 . Surat An Najm, ayat 38 dan 39, "Bahwa seseorang tidak berkuasa menanggung dosanya orang lain dan sesungguhnya seorangpun tidak akan menerima pahala melainkan daripada perbuatannya sendiri".
7 . Surat Luqman, ayat 33, "Hai Manusia hendaklah kamu takut kepada suatu hari (kiamat) seorang bapak tidak berkuasa membebaskan anaknya (dari perbuatan anaknya), seorang anak tak akan berkuasa membebaskan perbuatan bapaknya".
Ayat-ayat yang saya sebutkan di atas tadi jelas sekali menunjukkan bahwa seseorang tidak berkuasa menebus dosanya atau mengambil oper pahala orang lain. Jadi dalam Islam, tidak ada manusia yang berkuasa menebus dosa, atau seorang pejabat menebus dosa, perbuatan baik atau jahat harus ditanggung sendiri oleh yang mengerjakannya.
Saya kira sudah cukup ayat-ayat yang saya sebutkan, tetapi kalau saudara masih memerlukan, saya akan sebutkan lagi ayat-ayat yang lain.


B: Sudah cukup, dan kami sudah mengerti, akan tetapi kami pernah membaca sebuah kitab yang menyebutkan sebuah Hadist Nabi Muhammad, yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang menerangkan bahwa: "Mayit itu disiksa lantaran ditangisi oleh familinya". Berdasarkan Hadist tersebut berarti bahwa siksaan atas mayit itu, disebabkan perbuatan orang lain, bukan dari perbuatan dirinya sendiri. Mayit itu disiksa lantaran "perbuatan" tangisnya orang lain. Kami telah tanyakan kepada beberapa orang yang kami pandang mengerti tentang agama Islam, dan salah seorang guru agama Islam mengenal susunan Hadist tersebut memberikan jawaban bahwa hadist itu benar (sahih), oleh karena yang meriwayatkan adalah Imam Bukhari dan Imam Muslim.


A: Hadist Nabi yang saudara bawakan itu susunannya demikian: "Telah berkata Umar dan Ibnu Umar: Bersabda Nabi Muhammad SAW sesungguhnya mayit itu disiksa lantaran ditangisi oleh keluarganya (riwayat Bukhari dan Muslim)". Akan tetapi hakekatnya Hadist itu Tidak Sahih, oleh karena berlawanan dengan ayat-ayat Al Qur’an. Walaupun oleh karena saudara yang beragama Kristen, mungkin belum mengetahui tentang Hadist-hadist Sahih dan Hadist-hadist Palsu, maka agar saudara yang hadir di pertemuan ini dapat mengikuti juga, merasa perlu saya terangkan bahwa menurut kitab-kitab Ushul Fiqih dan kitab Musthalahul Hadist, yang disebut Hadist Nabi, bukan saja mesti sah riwayatnya malah mesti beres susunannya dan arti dari pada hadist itu HARUS tidak berlawanan dengan kitab Al Qur’an. Dalam riwayat Bukhari dan Muslim jelas diterangkan demikian. Maksud Hadist tersebut , tatkala hadist yang menerangkan bahwa mayit itu disiksa lantaran ditangisi oleh familinya, didengar oleh Siti Aisyah (Isteri Nabi), maka Siti Aisyah menolak kebenaran Hadist tersebut. Aisyah berkata: "Cukuplah buat kamu Ayat Al Qur’an; Dan tidak berkuasa seseorang menanggung dosa orang lain.”


B: Nah, kalau begitu pak kiyai, sekarang kami telah mengerti bahwa berdasarkan Kitab Bibel sendiri dan Kitab Al Qur’an pada hakekatnya dosa waris dan pahala waris itu tidak ada. Yakni setiap manusia menanggung sendiri dosanya, dan pahalanya menurut perbuatannya masing-masing. Ini adil namanya.


A: Ya, seharusnya begitu; sebagaimana tersebut dalam kitab Bibel dan Al Qur’an yang telah kita baca tadi. Akan tetapi supaya lebih jelas dan tambah meyakinkan saudara, silahkan saudara periksa di Injil: "Surat kiriman Rasul Paulus kepada orang Rum Pasal 2 ayat 5 dan 6.


B: Baik, surat dan ayat ini menyebutkan sebagai berikut: "Tetapi menurut degilmu dan hati yang tiada mau bertobat, engkau menghimpunkan kemurkaan keatas dirimu untuk hari murka dan kenyataan hukum Allah yang adil". " yang akan membalas ke atas tiap-tiap orang menurut perbuatan masing-masing"


A: Apakah di ayat ini Bibel menerangkan Dosa Waris.


B: Tidak, malah sebaliknya setiap orang akan dibalas menurut amalnya masing-masing.


A: Periksa lagi Matius pasal 16 ayat 27


B: Ayat ini menerangkan /menyebutkan: "Karena anak manusia akan datang dengan kemuliaan Bapanya beserta dengan segala malaikatnya; pada masa itu Ia akan membalas kepada tiap orang menurut perbuatannya:


A: Apakah di ayat ini Bibel menerangkan Dosa Waris.


B: Tidak ada, menurut ayat ini perbuatan dosa dan perbuatan baik akan ditanggung sendiri, tidak boleh dibebankan atau diwariskan pada orang lain.


A: Jadi di Kitab Injil sendiri yang menyebutkan tidak adanya dosa waris.


B: Ya, dari mana asalnya ada sebutan dosa waris itu.


A: Apakah saudara masih memerlukan penjelasan lebih lanjut?


B: Sudah sangat jelas sekali.


A: Kalau begitu baiklah kita lanjutkan. Di ayat saudara bacakan tadi ada sebutan "Anak manusia". Bapanya silahkan saudara bacakan sekali lagi.


B: Baik, awal ayat tersebut menyebutkan: "Karena Anak Manusia akan datang dengan kemuliaan Bapanya…"


A: bagaimana menurut pengertian saudara yang dimaksudkan dengan "Anak Manusia dan Bapanya"


B: Anak manusia itu tentulah Yesus, sedang Bapa ialah Tuhan.


A: Periksa lagi: "Surat kiriman yang kedua kepada orang Kristen " pasal 5 ayat 10


B: Baik ayat ini menyebutkan: " Karena tak dapat tiada kita sekalian akan jadi nyata dihadapan kursi pengadilan Kristus, supaya tiap-tiap orang menerima balasan, sebagaimana yang telah dilakukan oleh tubuh itu, baik atau jahat"


A: Ayat Injil sendiri yang menyebutkan, bahwa setiap orang harus bertanggung jawab atas perbuatannya masing-masing, baik maupun jelek, tidak boleh dibebankan atau diwariskan kepada orang lain.


B: Berdasarkan ayat-ayat Bibel yang bapak tunjukkan bahwa perbuatan baik atau jelek seseorang tidak dapat diwariskan kepada orang lain. Oleh karenanya, kepercayaan saya kepada dosa waris itu mulai luntur.


A: Kalau begitu lantas bagaimana dosanya Adam dan Hawa, apakah dapat diwariskan kepada orang lain, tegasnya kepada anak cucunya.


B: Berdasarkan ayat Bibel tersebut di atas tentu tidak. Jadi dosa yang dilakukan oleh Adam dan Hawa, seharusnya ditanggung sendiri oleh keduanya, tidak bisa diwariskan kepada anak cucunya.


A: Dalam sejarah Agama Kristen kita kenal yang disebut: "biechten", ialah orang yang berbuat dosa, dan "de biechtafleggen", ialah orang yang meminta ampun atas kesalahannya , dan "Biecht-vader", ialah orang-orang yang diberi wewenang memberi ampun. Setiap orang merasa menyesal atas kesalahannya dapat menerima ampunan dengan jalan membeli selembar surat yang menyebutkan bahwa orang yang berdosa sudah diberi ampun atas dosanya. Surat ampunan itu disebut "Aflaat-brieven" atau Indulgences, yang artinya kemurahan Tuhan.


B: Ya, saya menyadari soal itu, keterangan bapak memuaskan saya.


A: Bukan hanya demikian, akan tetapi Aflaat-brieven itu pada zaman dulu dipropaganda (gepredicht) di Negara Jerman oleh seorang rabib (nonnik) bernama "Tetzel" dalam tahun 1517 atas perintah Paus Leo, yang menjadi Paus pada tahun 1513-1521. Sebahagian dari pada hasil penjualan Aflaat-brieven itu digunakan untuk pendirian bangunan gereja "Saint Pieter Kerk" di kota Roma. Terlalu panjang kalau saya uraikan sejarah pemerintahan gereja di Eropa pada permulaan abad pertengahan.


B: Terima kasih, kita lanjutkan saja soal yang lain, sekarang sudah larut malam, lain kali kami akan datang lagi.

(bersambung dialog malam keenam)

Rabu, Disember 12, 2007

hendak merokok atau membaca buku?

PEKAN lepas, hari Isnin saya membawa anak saya ke klinik untuk pemeriksaan rutin giginya. Sambil berdiri dan duduk menunggu hal itu selesai, saya mengeluarkan novel Arus, karya Anwar Ridhwan, baca. Entah kali ke berapa saya membaca Arus sejak tahun 1988. Membaca buku di tengah khalayak sudah menjadi kebiasaan saya. Memang tidak ada orang lain mengikuti cara saya, tidak ada pun yang membaca majalah atau akhbar dalam kamar menunggu. Orangnya banyak, tidak kurang 50 orang.

Di pejabat pos juga saya terpaksa menunggu lebih 40 minit, namun tidak ada orang membaca buku sementara gilirannya tiba. Ada dua orang membaca akhbar harian. Yang lain, melayan lamunan dan menjadi pemerhati sekeliling.

Kemudian, saya berlegar ke tempat lain dinamakan Taman Kerang, yang juga menjadi tempat berkumpul orang yang sudah bersara. Di sana juga pusat jualan lambak cincin, lukisan, barangan kulit dan ubat kuat! Saya mendapati ada seorang lelaki duduk membaca buku berjudul ‘Solat Jemaah’. Saya perhatikan dari jauh. Dia tekun membaca, hanya sesekali memandang orang lalu lalang. Seorang di tepinya tidak perduli pun orang yang membaca itu.

Entah berapa tahun dahulu ada hasil kajian mengatakan rakyat Malaysia hanya membaca satu muka surat buku setahun! Itu puratalah. Mungkinkah semakin lama berganjak kepada dua muka surat atau semakin susut kepada setengah muka surat. Membaca satu muka surat setahun dilakukan sebelum ada TV astro, sekarang sudah ada pelbagai macam media termasuk SMS. Masih sesuaikah membaca buku?

Perpustakaan awam pun bukan padat dengan pengunjung, lapang saja. Kedai buku kelihatan sesak sebaik saja buka sekolah sebab pelajar-pelajar mencari buku-buku rujukan ringkas atau panduan peperiksaan. Orang dewasa membaca apa? Nak baca apa lagi? Zaman membaca sudah berlalu……

Orang kita tidak menjadikan membaca buku sama ada di rumah atau di khalayak seperti budaya menghisap rokok! Merokok, sehari RM5.00 dua hari RM10.00 sebulan RM150.00. Mereka boleh merokok di mana-mana sekalipun banyak orang tidak suka asap rokok. Remaja perasan menjadi orang hebat dengan merokok di depan khalayak, tapi terasa malu dan bodoh jika di tempat itu dia membaca buku. Remaja itu akan menjadi orang dewasa dengan tabiatnya, kemudian tua. Tempatnya akan diganti oleh generasi baru. Putaran ini menjadi nilai dan budaya bangsa.

Membaca buku di depan khalayak seperti yang saya dan seorang itu lakukan belum membudaya, atau tidak akan menjadi budaya. Beberapa ketika dahulu ada menteri menyarankan rakyat menunggang basikal ke tempat kerja, sedangkan dia sendiri terus naik kereta. Hanya orang kampung yang menyahut saranannya, ke kebun naik basikal. Saya kepingin ada mana-mana menteri menyaran agar membaca buku di mana-mana tempat sebagai budaya baru masyarakat yang ada wawasan. Kalau ada menteri, anak raja, artis-artis seksi, pensyarah, ustaz dan ulama membaca buku di khalayak, sedikit sebanyak paradigma awam akan berubah juga.

Bacalah, membaca buku sambil menunggu giliran naik bas, di bank, pejabat pos atau sementara menunggu anak balik sekolah.

Selasa, Disember 11, 2007

daripada Bible ke cerpen

ENTAH sejak kapan saya jadi berminat mahu tahu ajaran Kristian. Namun saya akui ada cerita peribadi yang seakan mahu dirahsiakan oleh keluarga. Ibu ada bercerita, tetapi pelengkapnya ada pada orang-orang lain. Seperti ketika di Kedah, seorang rakan pernah mendengar cerita ini daripada keluarganya.

Ini perjalanan sejarah keluarga sebelah ayah. Tahun 1954 ketika ayah berusia 18 tahun diminta hadir ke Singapura untuk menghadiri pengkebumian arwah Wak Duan, abang sulung ayah. Arwah sebelumnya pelajar pesantren di Perak, kemudian ke Medan. Bagaimana dan apa kerjanya di Singapura, tidak diketahui. Namun ayah dapat hadir melihat jenazah arwah. Sewaktu ayah meminta izin mahu mengambil jenazah daripada rakan-rakan arwah, mereka tidak mengizinkan. Apa daya ayah, anak remaja dari desa tidak berpelajaran dan tidak tahu apa-apa cerita sehingga arwah ke pulau itu. Pihak rakan arwah mahu mengurus jenazah di gereja!

Terkesan dengan cerita itu saya menulis cerpen bertajuk ‘Raden’ terbit dalam Berita Minggu 23 Julai 1995. Memang plot cerpen itu mirip pengalaman peribadi keluarga ayah. Sebelumnya, cerpen pertama saya semasa bermukim di Kedah ‘Gelombang Keyakinan’ (Mingguan Malaysia 20 September 1987) juga digarap kerana dilema antara menjadi muslim atau ateis. Namun cerpen saya yang benar-benar hasil pembacaan Bible ialah ‘Sabda Cinta’ dalam Berita Minggu 11 Mac 2007.

Sedar atau tidak, saya telah meneroka beberapa booklet berkaitan dialog antara Islam dan Kristian. Tentulah antaranya karya Ahmad Deedat. Kerancuan dunia siber lebih banyak menemukan saya dengan pengalaman individu berhijrah akidah dari Kristian kepada Islam. Namun saya juga terkesan dengan penukaran akidah ke Kristian seorang pendakwah dari pesantrenan (sekolah pondok) di seberang. Memang saya bimbang catatan itu akan merongrong keyakinan anak muda lain. Bayangkan saja Hamzah seorang pelajar agama, menjadi pendakwah kepada golongan abangan. Kemudian tersua dengan lelaki Kristian, mereka berdialog. Dalam dialog mula timbul keterbukaannya dengan ketuhanan Jesus yang menjadi akidah Kristian. Hamzah seorang muslim, berkali-kali pula bermunajat kepada Allah dan bersolat isytikarah, mohon petunjuk Allah mengenai jalan akidahnya: Islam atau Kristian. Akhirnya apa? Dia mendakwa Allah melorong akidahnya kepada Kristian!

Pengalaman keluarga ayah dan catatan Hamzah masuk Kristian menyebabkan saya tertanya-tanya apakah yang dipelajari di pesantren sehingga ditewaskan dengan dialog-dialog kecil (kes Hamzah). Semasa saya dalam kuliah, ada satu kursus Pemikiran Saintifik yang berguna dalam saya membuat penilaian dan keputusan. Mudah saja, antaranya seperti konsep berpasangan atau berlawanan. Contohnya, kita mengenal warna hitam yang dianggap sebagai kotor kerana di baliknya ada warna putih yang dikenal mewakili kebersihan. Orang kurang berkesan memahami kepolosan warna putih jika tidak dihamparkan warna hitam legam penuh kekotoran.

Jika saya menerima al Quran sebagai satu-satunya kitab suci dan total daripada Allah, maka mana di balik al Quran? Jawabnya yang paling hampir dan disebut-sebut dalam al Quran, ialah Bible yang dalamnya terkandung Perjanjian Lama Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil). Maka saya memberanikan diri meneroka Bible, sekurang-kurangnya sekali baca. Dan nyata, apa yang firmankan Allah dalam surah al Baqarah ayat 79 ditemui dalam banyak tempat dalam Bible. Ya, asalkan saja kita sanggup mengambil masa meneliti dan berfikir membanding-banding antara al Quran dan Bible.

Saya masih utuh dalam akidah muslim dan tidak ada sesiapa cuba mempertikaikan akidah saya kerana membaca Bible.

Sabtu, Disember 08, 2007

saya baca Bible

SEWAKTU isu Lina Joy meledak, beberapa kiriman SMS saya terima meminta agar berhati-hati dengan usaha sesetengah pihak yang mengedarkan Bible berbahasa Melayu secara percuma. Saya menjawab antaranya: mengapa saya tidak dapat lagi sehingga saya terpaksa membeli alkitab Berita Baik dengan harga RM25.00! Saya tidak kaget dengan ketakutan sahabat dan teman terhadap Bible. Tentulah bimbang kalau membaca Bible, akan terpengaruh dan akhirnya murtad!

Ya, saya pembaca Bible tetapi tidaklah setekun membaca al Quran dan memahami maksudnya. Di samping saya desak agar anak-anak membaca al Quran saban hari, saya tidak ragu-ragu menunjukkan Bible kepada mereka. Bacalah, setelah itu baru tahu kandungan sebenarnya. Mendengar hujahan dan komentar orang terhadap Bible, kemudian membuat persepsi ketakutan dengan isi kandungannya bukanlah watak muslim yang selalu berbangga dengan kalimah ‘iqra, bacalah….. Satu pesan besar saya, baca Bible bermula dari awal, muka satu, dua, tiga dan seterusnya. Baca semuanya dan jangan baca secara tebuk-tebuk. Bahagian pertama ialah Perjanjian Lama yang dikatakan kandungan kitab Taurat. Di sana kita akan menemui cerita atau sejarah bangsa Yahudi, kisah nabi-nabi yang sebahagiannya memang dalam pengetahuan wajib kita. Kita juga akan menemui tentang ketauhidan dan sifat-sifat Allah yang mengkagetkan.

Suka saya beri contoh dalam kitab Kejadian 9:20-21 mengenai Nabi Nuh. “Nuh ialah petani, dan dialah yang mula-mula menanam anggur. Setelah Nuh minum wainnya, dia menjadi mabuk. Dia menanggalkan semua pakaiannya lalu berbaring telanjang di dalam khemahnya.” Maaf, sesiapa pun tidak menemukan catatan memalukan nabi-nabi dalam al Quran.

Kita akan diberitahu asal usul sesuatu bangsa dengan membaca cerita Nabi Lut. Ringkasnya negeri Sodom dan Gamora telah hancur, penduduknya mati. Kemudian Nabi Lut dan dua anak perawannya lari.

Catatan Kejadian 19:30-38 “Oleh sebab Lot berasa takut tinggal di Zoar, dia bersama dengan kedua-dua anak perempuannya pergi ke pergunungan dan tinggal di dalam gua. Anak perempuan yang sulung berkata kepada adiknya, “Ayah semakin tua dan tiada seorang pun di seluruh negeri ini yang dapat mengahwini kita supaya kita mempunyai anak. Marilah kita membuat ayah mabuk, lalu kita tidur dengan dia supaya kita mendapat anak daripadanya.” Pada malam itu mereka memberi bapa mereka minum wain, lalu anak perempuan yang sulung berseketiduran dengan bapanya, tetapi bapanya terlalu mabuk sehingga dia tidak tahu akan apa-apa pun yang berlaku.

Esoknya anak perempuan yang sulung berkata kepada adiknya, “Aku sudah tidur dengan ayah semalam. Pada malam ini kita membuat dia mabuk lagi. Kemudian engkau pergi tidur dengan dia, supaya kita masing-masing mendapat anak.” Demikianlah pada malam itu mereka membuat bapa mereka mabuk lagi, lalu anak perempuan yang bongsu pula berseketiduran dengan dia. Sekali lagi Lot menjadi terlalu mabuk sehingga dia tidak tahu akan apa-apa pun yang berlaku. Kemudian kedua-dua orang anak Lot itu mengandung kerana bapa mereka sendiri. Anak perempuan yang sulung melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Moab. Dialah yang menjadi nenek moyang bangsa Moab yang ada sekarang. Anak perempuan yang bongsu juga melahirkan seorang anak lelaki yanag dinamakan Ben-Ami. Dialah yang menjadi nenek moyang bangsa Amon yang ada sekarang.”

Lagi menarik ialah mengenai gelaran Israel yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Yaakub. Lihat Kejadian 32: 22-30. “Pada malam itu juga Yakub bangun lalu membawa dua orang isterinya, dua orang gundiknya dan sebelas orang anaknya, menyeberang Sungai Yabok. Setelah Yakub menyeberangkan mereka, dia kembali dan mengirim juga segala miliknya ke seberang. Tetapi dia tinggal di situ sendiri.

Kemudian datanglah seorang lelaki bergomol dengan Yakub sampai menjelang pagi. Apabila orang itu berasa tidak akan menang dalam pergomolan itu, dia memukul pinggul Yakub sehingga sendinya terkehel. Orang itu berkata, “lepaskanlah aku, sebentar lagi matahari akan terbit.”

Yakub menjawab, “Saya tidak akan melepaskan tuan, kecuali tuan memberkati saya.”

“Siapa namamu?” Tanya orang itu.

“Yakub,” jawabnya.

Orang itu berkata, “Namamu bukan Yakub lagi. Engkau telah bergomol dengan Allah serta manusia, dan engkau sudah menang; kerana itu sekarang namamu Israel.”

Yakub berkata, “Sekarang beritahulah saya nama tuan.”

Tetapi orang itu menjawab, “Tidak perlu engkau mengetahui namaku!” Kemudian dia memberkati Yakub.

Yakub berkata, “Aku sudah bertemu muka dengan Allah dan aku masih hidup.” Oleh itu dia menamakan tempat itu Peniel.”

Cerita Nabi Yaakub bergusti dengan Allah dan Allah pula yang kalah telah menambah jelas penolakan saya terhadap akidah ajaran Bible. Saya yakin tidak akan terkeliru jika meneruskan pembacaan.

Sebelum cerita Nabi Yakub lagi, Bible sudah kalut dengan berapa orang anak Nabi Ibrahim. Kejadian 21:9 jelas mencatat Nabi Ibrahim mempunyai dua orang anak. “Pada suatu hari Ismael anak Abraham dan Hagar, perempuan Mesir itu, sedang bermain dengan Ishak anak Sara.” Sara sebagai isteri Nabi Ibrahim sudah diceritakan dalam Kejadian 12:4-5.

Namun perhatikan Kejadian 22:2 yang menyebut Ishak anak tunggal Nabi Ibrahim. “Allah berfirman, Pergilah ke tanah Moria dengan Ishak, anakmu yang tunggal, yang sangat engkau kasihi…..”

Setelah membaca cerita-cerita dalam Bible ALKITAB BERITA BAIK itu bertambah yakinlah dengan maksud ayat al Quran surah al Baqarah: 79 yang menyatakan kitab Taurat dan Injil yang ada sekarang (Bible) sudah ditokok tambah oleh manusia. Membaca Bible juga dapat menentukan manakah yang sama dengan al Quran dan yang berbeda. Hal ini sama juga dengan kita membuat kajian mengenai kejadian langit dan bumi yang sudah dicatat dalam surah al Anbiya: 30.

Khamis, Disember 06, 2007

kerja musuh Islam!

























EMPAT foto berikut telah dikirim oleh seorang sahabat. Ya, maksudnya tidak lain ialah memberitahu mengenai aktiviti musuh dalam usaha menyakiti hati muslim seterusnya membentuk pandangan hodoh wajah Islam. Anda kaget atau berasa apa?

Foto-foto itu hanya teknologi baru dilakukan oleh musuh Islam. Seperti dalam sejarah awalnya, para musuh Islam di Makkah tidak mampu menunjukkan kepalsuan dan kesalahan firman-firman Allah. Akhirnya mereka menuduh Muhammad Rasulullah s.a.w. sebagai ahli sihir atau orang gila. Jadi, sekarang pun mereka tidak mampu memberi dalil alquran itu palsu, sebaliknya membentuk cara lain untuk mencalar wajah Islam.

Musuh memang mahu menghancurkan Islam dari sudut mana pun. Foto-foto di atas sebagai salah satu contoh kerja-kerja jahat itu. Kita tidak patut menyalahkan mereka kerana memang itu janji kerja mereka terhadap Islam dan umatnya.

Mari kita lihat diri sendiri sebagai muslim. Apakah kehidupan yang kita lalui telah menyumbang kepada kebagusan Islam atau tidak memberi kesan apa-apa atau pula mirip kepada merosakkan Islam.

Semoga paparan ini mencabar kita untuk menjadi muslim yang lebih berguna kepada agama.

Selasa, Disember 04, 2007

wow macam di Arizona!

FOTO di atas bukan di mana-mana gurun atau padang jarak padang tekukur, tetapi di satu kawasan negeri Pahang. Bukan jauh sangat ke pedalaman, tetapi kira-kira 20 kilometer dari Bandar Muadzam Shah. Saya membawa keluarga melewati kawasan ala-gurun untuk menziarahi adik yang bekerja sebagai penolong pengurus ladang jauh di sana.

Enam tahun dahulu saya pernah memasuki kawasan berkenaan, dan kawasan yang saya nyatakan ala-gurun masih lagi hutan. Jalannya memang teruk, sekarang pun masih sama. Jalan yang seronok dinaiki kenderaan pacuan empat roda. Kali pertama dahulu saya cuba masuk, setelah 15 minit memandu pada kelajuan 20 kmj, saya berhenti untuk berfikir: betulkah ada rumah orang di dalam sana? Ibu kata teruskan saja. Semalam, sebelum saya memasuki kawasan itu, saya membayangkan seronok juga dapat masuk kawasan hutan. Setengah jam memandu dalam hutan, dengan kera bergayutan dan sekali sekala ayam hutan terbang depan kereta, seronok!

Tandus, ala-gurun dengan kawasan seluas saujana mata memandang baru saja diteroka untuk dijadikan ladang sawit. Pengalaman baru juga: meredah kawasan panas berdebu merah seperti melewati kawasan gurun!

Atas nama kemajuan dan pembangunan, tidak ada salahnya menggantikan hutan dengan ladang sawit. Tetapi, untuk memperoleh keuntungan ekonomi itu, kita sedang membayar harga yang sangat mahal iaitu pencemaran alam. Ketika memandu menyususi pantai dari Pekan ke Rompin, air laut seperti terbahagi dua. Kira-kira 50 meter dari pantai airnya berwarna seperti air teh O, selepas itu baru nampak kebiru-biruan. Air sungai Pahang pun sudah seperti air teh.

Apa nasib ikan di sana? Sebelum tahun 2001, saya tinggal di Pekan Pahang, dan antara yang menyeronokkan ialah memancing ikan di pantai. Dari pantai di Pekan menganjur ke Rompin, kawasan memancing. Kalau setakat gelama dan ikan bolos, duduklah di mana-mana. Nasib lebih baik bawa pulang kerapu dan pari. Sekarang, masih seronokkah ikan berkunjung di air teh O?

Harga yang mahal lagi? Negara wajib mengimport tenaga buruh di ladang-ladang. Sejak tanah hutan dipugar sehingga anak-anak sawit mula menghijau, semua menggunakan tenaga manusia yang gagah perkasa. Negara mahu pekerja yang sanggup bergelumang dengan lumpur, keringat dan bau busuk entah apa-apa. Yakinlah, rasanya tidak ada remaja dan orang muda Malaysia yang sanggup meninggalkan keluarga, kampung laman dan tinggal di rumah-rumah kongsi seperti yang dilakukan oleh warga asing. Orang Malaysia mahu bekerja, berehat dan menikmati kehidupan yang ada privasi. Orang seberang sanggup bekerja keras, melupakan kenikmatan hidup dan mengorbankan hidup berkeluarga. Mereka sanggup berasak-asak dalam rumah kongsi yang sangat minimum kemudahannya.

Ingat, kerana kesanggupan warga asing itulah maka ladang-ladang di negara kita dapat mencapai sasarannya. Jadi, kita terima sajalah jika Menteri Tenaga Kerja Indonesia menyatakan terdapat 2.4 juta warganya yang bekerja di negara kita. Itu baru dari Indonesia. Dari Vietnam, Bangladesh, Pakistan dan Filipina? Jika benar penduduk negara kita 26 juta orang, maka kita terima sajalah jika dalam 26 juta orang itu, ada tiga juta warga asing!

Selain itu kita terima sajalah dengan kenyataan kerajaan yang menanggung RM 1 juta sehari memberi makan pendatang asing yang sedang dalam tahanan menunggu untuk di hantar ke negara asal mereka. Kitalah yang membayarnya, daripada segala macam cukai. Ertinya kita rakyat Malaysia sedang memberi makan percuma RM 1 juta sehari kepada warga-warga asing di depot-depot tahanan sementara. Ya, ya, ya…, warga asing itu yang sedang ditahan untuk dihantar pulang tidak menyumbang apa-apa pun kepada negara, malah warga Malaysia yang baik hati sedang membelanja makan mereka! Mereka mendapat kawalan percuma dan untuk dihantar ke negara asal nanti, dapat tambang percuma lagi!

Itulah dua harga termahal sedang dibayar oleh negara: Pencemaran alam dan kemasukan buruh asing. Kita ada pilihan lain atau tidak?