Pengikut

Jumaat, Mac 14, 2008

EMEL 1: Jabatan Mufti Pahang?

SAYA mendedahkan satu ugutan oleh orang yang mengaku dari Jabatan Mufti (Pahang?) kerana tulisan saya mengenai "Perang Terhadap Wahabi" sebagai ulasan khutbah Jumaat di seluruh daerah Kuantan, mungkin semua masjid di Pahang, awal Februari 2008. Pengirimnya mileniam74@yahoo.com , sebenarnya seperti hantu juga, cuma kali ini dia berlindung di balik nama institusi agama penting sebuah negeri: Jabatan Mufti. Baginya dengan menggunakan Jabatan Mufti dalam mengganggu saya dikira lebih berkesan dan sangat menakutkan saya.

Siapa dia? Baru-baru ini saya mengajak pemilik emel mileniam74@yahoo.com berlaku ikhlas dan jujur untuk mengakui namanya seperti yang saya dakwa ahbhma@yahoo.com namun dia tidak berani memberi apa-apa maklum balas. Biarkan saja dia dengan dunia hantunya dalam melancarkan 'dakwah'nya. Tetapi perbuatannya itu membabitkan Jabatan Mufti adalah satu perbuatan yang tidak bermoral.

Jabatan Mufti sebuah negeri bukan seperti kelab borak di kaki lima. Apa-apa arahan rasmi dari Jabatan Mufti mesti dengan surat rasmi dan ada yang bertanggung jawab, bukan melantik seekor hantu seperti mileniam74@yahoo.com. Bagi saya yakin benar bahawa pemilik kedua-dua emel ini adalah orang yang sama dan saya amat mengenalinya.

Lihatlah emelnya di bawah.

mile Mile: mileniam74@yahoo.com

Assalamualaikum tuan blog suparjo............

Saya terjumpa dan terbaca satu tulisan tuan dalam blog tuan tentang komen tuan teks khutbah Jumaat baru-baru niSaya minta tuan tarik balik kata-kata tuan tersebut yang berbaur sokongan kepada ajaran fahaman wahabi.Jika tidak, pihak Jabatan Mufti dan jabatan Agama Islam yang bertanggungjawab buat teks khutbah tu tidak teragak-agak akan mngambil tindakan kerana menentang teks khutbah tersebut.ini bukan ugutan, tapi satu nasihat.

Jabatan Mufti

Tunggu saya terbitkan emel-emel yang dihantar kepada saya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan