FOTO HANYA HIASAN |
ADA orang berkata, “ibadah itu dilakukan oleh Nabi yang maksum, kita manusia berdosa
tentulah lebihkan amal ibadah.” Ayat
seperti ini selalunya diluahkan apabila mempertahankan ibadah-ibadah yang
dilakukan, sedangkan mereka mengetahui ibadah itu bukanlah bersumberkan
hadis-hadis sahih Nabi s.a.w.
Dahulu, pada zaman Nabi s.a.w. hidup, telah ada
sahabat baginda yang berkata begitu dan melakukan amal ibadah melebihi daripada
apa yang Nabi s.a.w. lakukan. Ada yang
enggan tidur, berkahwin dan berpuasa setiap hari. Berita itu telah sampai
kepada Nabi s.a.w., dan baginda berkata (maksudnya), “Kamukah yang menyebut begini,
begini? Demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada
Allah dan paling bertawakal kepada-Nya dalam kalangan kamu, tetapi aku berpuasa
dan berbuka, aku shalat dan tidur dan aku mengahwini wanita. Barang siapa tidak suka kepada sunahku, maka
dia bukan daripada golonganku.”
(HSR Imam al-Bukhari)
Antara lain orang yang dilihat berwatak ahli agama
juga menggunakan hujah ‘Nabi beramal begitu sebab baginda Nabi, kita manusia
biasa maka berlebihlah..’ misalnya:
“Memang Nabi tidak melakkan zikir beramai-ramai
selepas shalat, itu dia Nabi…, kita ini manusia biasa yang lemah, jadi eloklah
kita berzikir beramai-ramai.”
“Jika diikutkan cadangan (Nabi) iaitu membawa
makanan ke rumah orang mati, tentu nanti jumlah makanan begitu banyak dan
berlaku pembaziran.” Ini memberi respon
terhadap hadis Nabi berkenaan pesan
baginda supaya sahabat-sahabat baginda membawa makanan untuk keluarga Jaafar
bin Abi Talib yang terbunuh dalam peperangan.
Walhal Nabi s.a.w. telah menyatakan, “Barang siapa
tidak suka kepada sunahku, maka dia bukan daripada golonganku.” Begitulah beraninya antara kita dalam
beramal. Tidak lain kerana dimotivasi
oleh iblis.
Wallahu ‘aklam