Pengikut
Rabu, Januari 21, 2015
Sabtu, Januari 17, 2015
TUDUNG kepalaku kecil, kamu punya besar
PANDANGAN Sifu Abdul Naser seorang pendakwah
keturunan Cina dalam akhbar Sinar harian mengenai wanita tidak bertudung dan
kerja dakwah tentu saja dipandang dengan rasa kaget. Beliau sendiri mengakui
hal itu. Tanpa disedari, kempen supaya wanita muslim bertudung sebagai mematuhi
perintah Allah dalam surah an-Nuur ayat 31 telah membawa
pemikiran baru: Wanita muslim tak bertudung tidak sempurna keislamannya!
foto hiasan |
Sebaik mana pun wanita muslim jika belum bertudung
kepala, dilihat dengan sinis dan mesti ada seruan kepadanya agar bertudung
dahulu sebelum bercakap atau melakukan kerja-kerja kebajikan.
Selincah mana dan secelupar mana pun mulut artis wanita
muslim, jika dia sudah bertudung kepala dia diterima sebagai artis wanita yang
sudah berhijrah di jalan Allah.
Setinggi mana pun jawatan seseorang dalam hirarki
kepemimpinan, jika isteri atau anak-anak perempuannya tidak bertudung kepada,
dia tetap dianggap seorang yang gagal kerana tidak berjaya memimpin isteri dan
anak perempuannya menjadi wanita solihah.
Dalam segmen agama pun, contoh yang sering diberi
bagi menggambarkan keingkaran terhadap hukum Allah ialah wanita muslim
mendedahkan rambutnya.
Mudahnya, asalkan bertudung kepala seakan-akan
semua hal pada wanita muslim itu dikira beres.
Disebabkan premis pandangan begitu, kaum wanita semua golongan dan
peringkat usia menjadikan pemakaian tudung kepala satu kemestian. Pakaian pada
badan dan bahagian kaki, kemudian. Yang utama dan mesti ialah pemakaian tudung.
Akibatnya, pemakaian tudung kepala sudah menjadi
salah adat dan satu seni busana wanita Melayu Islam. Dengan tidak menafikan
sebagian mereka memakai tudung kepala menepati syarat ayat 31 surah an-Nur,
yang lainnya bertudung kepala kerana adat dan seni.
Yang dikehendaki dalam agama ialah melabuhkan
pemakaian tudung kepala sehingga ke bahagian dada. Ini bererti busana itu bertujuan
menyembunyikan subjek-subjek wanita
muslim yang sering menjadi perhatian lelaki. Tentulah warnanya juga yang tidak
mengundang perhatian lelaki yang sifat asalnya memang mudah tertarik pada
wanita. Bentuk tubuh wanita, paras
wajah, cara pergerakan dan percakapannya sangat mudah menarik perhatian
lelaki. Hal-hal itulah yang mahu dijaga
oleh Islam.
Dengan itu busana bertudung yang bersendikan adat
dan seni busana moden ialah yang berikut:
Berwarna terang dan berkerlipan.
Hanya menutupi bahagian kepala, iaitu tidak melabuh sehingga
bawah dadanya.
Pemakainya memakai pakaian berlengan pendek dan berseluar
panjang yang ketat.
Si pemakai tidak membatasi pergaulan dengan mana-mana lelaki.
Maksudnya dia perempuan tetapi bergaul dengan lelaki sebagaimana lelaki bergaul
dengan lelaki.
Catatan ini bukan pula meminta wanita muslim yang
bertudung kepala disebabkan desakan masyarakat, tuntutan adat atau arus fesyen
semasa…… menanggalkan tudung kepalanya. Tidak. Catatan ini untuk pembaca
berfikir dan menilai jalan kehidupan masing-masing, sama ada kian menepati
perintah Allah dan rasul-Nya atau masih jauh lagi.
Catatan itu tidak juga memberi merit dan memuji
wanita muslim yang tidak memakai tudung kepala disebabkan tidak mahu bersifat
munafik, iaitu memakai tudung kepala yang bukan memenuhi perintah Allah. Mungkin ada yang berfikir, ‘lebih tidak
bertudung kepala kerna bertudung pun dikritik orang’.
Penulis ini tetap menghargai wanita muslim yang
melakukan amal kebajikan oleh mereka yang bertudung labuh, yang bertudung
singkat dan tidak bertudung pun. Penulis
ini tidak menolak kebaikan-kebaikan sama ada kata-kata atau hasil kerja oleh
mereka yang tidak bertudung. Teruskanlan amal-amal salih yang sedia dilakukan.
Setelah Allah memberi maklumat atau ilmu, muslim
memilih untuk hanya percaya, percaya tanpa melakukan dan percaya penuh
keyakinan (melaksanakan), akhirnya kita serahkan semua kepada Allah. Ada ayat al-Quran yang menyatakan ‘Allah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya’ (ayat 286
surah al-Baqarah). Oleh itu kita
menerima peribadi sahabat dan saudara muslim kita secara zahirnya dan bersangka
baik bahawa dia mematuhi juga pilihan yang diberi oleh Allah seperti dalam ayat
di atas. Kejujuran dan kata hatinya itulah yang Allah tahu dia sebenarnya hanya
mampu sekadar itu atau sebaliknya.
Wallahu ‘aklam.
Rabu, Januari 07, 2015
TAHLIL arwah itu dari Jawa, dari kitab Hindu
SAYA sekadar memberi informasi sejarahnya amalan bertahlil setiap kali ada kematian atau kenduri disebabkan suka atau sedih. Orang-orang agama pun sedia maklum set atau modul tahlilan yang sangat popular dalam hafalan atau yang dicetak dalam buku-buku kecil, tidak ditemukan sebagai amalan Rasulullah dan para sahabatnya. Tahlilan sebagai satu ibadah dalam beragama hanya ada di Nusantara. Dan sejarahnya, asas-asas bertahlil kerna mengingati kematian ahli keluarga, kerna bersyukur kepada Tuhan atau kerna hiba berasal dari budaya masyarakat Jawa. Dari Jawa tahlilan tersebar luas ke Nusantara.
Entri yang saya paparkan ini merupakan sebagian ceramah seorang mantan pemuka Hindu di Bali, dan beliau telah memeluk Islam. Oleh itu bicaranya mengenai susupan amalan Hindu dalam masyarakat Jawa yang kemudian dikatakan sebagai amalan agama Islam, lebih mengesankan kepada yang mahu berfikir dengan adil.
Alhamdulillah yang sekarang Romo Pinandhita Sulinggih Winarno
menjadi Mualaf/masuk Islam lalu beliau mengubah namanya menjadi Abdul Aziz,
sekarang beliau tinggal di Blitar-Jawa Timur. Dulu beliau tinggal di Bali
bersama keluarganya yang hindu, Beliau hampir dibunuh karena ingin masuk islam,
beliau sering di ludahi mukanya karena ingin beragama islam, alhamdulillah
ayahnya sebelum meninggal beliau juga memeluk agama islam. Abdul aziz berharap
seluruh kaum muslimin membantu mempublikasikan,menyebarkan materi dibawah ini.
Jazakumullahu khoiran katsira.
Kesaksian
mantan pendeta hindu: abdul aziz bersumpah atas asma Allah bahwa selamatan,
ketupat, tingkepan, sebahagian budaya jawa lainnya adalah keyakinan umat
hindu dan beliau menyatakan tidak kurang dari 200 dalil dari kitab wedha (kitab
suci umat hindu) yang menjelaskan tentang keharusan selamatan bagi pemeluk umat
hindu, demikian akan saya uraikan fakta dengan jelas dan ilmiyah dibawah ini :
1.
Di dalam prosesi menuju alam nirwana menghadap ida sang hyang widhi wasa
mencapai alam moksa, diperintahkan untuk selamatan/kirim do’a pada 1 harinya, 2
harinya, 7 harinya, 40 harinya, 100 harinya, mendak pisan (setahun), mendak
pindho (dua tahun), nyewu (1000 harinya).
Pertanyaan,
apakah anda orang islam juga melakukan itu?
Ketahuilah
bahwa TIDAK AKAN PERNAH ANDA TEMUKAN DALIL DARI AL-QUR’AN dan AS-SUNNAH/hadits shahih TENTANG PERINTAH MELAKUKAN SELAMATAN, bahkan hadits
yang dhoif (lemah) pun tidak akan anda temukan ,akan tetapi kenyataan dan fakta
membuktikan bahwa anda akan menemukan dalil/dasar selamatan,dkk,justru ada
dalam kitab suci umat hindu,
COBA ANDA BACA SENDIRI DALIL DARI KITAB WEDHA (kitab suci umat hindu) DI BAWAH INI:
a.
Anda buka kitab SAMAWEDHA halaman 373 ayat pertama, kurang lebih
bunyinya dalam bahasa SANSEKERTA sebagai berikut: PRATYASMAHI BIBISATHE KUWI
KWIWEWIBISHIBAHRA ARAM GAYAMAYA JENGI PETRISADA DWENENARA.
ANDA BELUM PUAS, BELUM YAKIN?
b.
Anda buka lagi KITAB SAMAWEDHA SAMHITA buku satu, bagian satu,halaman 20. Bunyinya : PURWACIKA PRATAKA PRATAKA
PRAMOREDYA RSI BARAWAJAH MEDANTITISUDI PURMURTI TAYURWANTARA MAWAEDA DEWATA
AGNI CANDRA GAYATRI AYATNYA AGNA AYAHI WITHAIGRANO HAMYADITAHI LILTASTASI
BARNESI AGNE.
Dipaparkan dengan jelas pada ayat wedha di atas bahwa “lakukanlah pengorbanan pada
orang tuamu dan lakukanlah kirim do’a pada orang tuamu hari pertama, ketiga, ketujuh,
empat puluh, seratus, mendak pisan, mendhak pindho, nyewu.”
Dan
dalil-dalil dari wedha selengkapnya silahkan anda bisa baca di
dalam buku karya Abdul aziz (mantan pendeta hindu) berjudul “mualaf
menggugat selamatan”, di paparkan TIDAK KURANG DARI 200 DALIL DARI
“WEDHA” kitab suci umat hindu semua.
JIKA ANDA BELUM YAKIN, MASIH NGEYEL?
c.
Silakan anda buka dan baca kitab MAHANARAYANA UPANISAD.
d.
Baca juga buku dengan judul ,“NILAI-NILAI HINDU DALAM BUDAYA JAWA”, karya
Prof.Dr. Ida Bedande Adi Suripto (BELIAU ADALAH DUTA DARI AGAMA HINDU UNTUK
NEGARA NEPAL, INDIA, VATIKAN, ROMA, & BELIAU MENJABAT SEBAGAI SEKRETARIS
PARISADA HINDU DHARMA INDONESIA).
Beliau menyatakan SELAMATAN SURTANAH, GEBLAK, HARI PERTAMA,
KETIGA, KETUJUH, KESERATUS, MENDHAK PISAN, MENDHAK PINDHO, NYEWU (1000 harinya)
ADALAH IBADAH UMAT HINDU dan beliau menyatakan pula NILAI-NILAI HINDU SANGAT
KUAT MEMPENGARUHI BUDAYA JAWA,
ADI SURIPTO DENGAN BANGGA MENYATAKAN UMAT HINDU JUMLAH PENGANUTNYA MINORITAS AKAN TETAPI AJARANNYA BANYAK DIAMALKAN MASYARAKA , yang maksudnya sejak masih dalam kandungan ibu-pun sebagian masyarakat melakukan ritual TELONAN (selamatan bayi pada hari ke 105 (tiap telon 35 hari x 3 =105 hari sejak hari kelahiran), TINGKEPAN (selamatan untuk janin berusia 7 bulan).
e.
Baca majalah “media hindu” tentang filosofis upacara NYEWU (ritual selamatan
pada 1000 harinya sejak meninggal). Dan budaya jawa hanya tinggal sejarah bila
orang jawa keluar dari agama hindu.
f.
Jika anda kurang yakin, Masih ngeyel dan ingin membuktikan sendiri anda bisa
meneliti kitab wedha datang saja ke DINAS KEBUDAYAAN BALI, mereka siap membantu
anda. atau Telephon Nyi Ketut Suratni : 0857 3880 7015 (dia beragama Hindu
tinggal di Bali, wawasannya tentang hindu cukup luas dia bekerja sebagai
pemandu wisata ).
MAULIDUR-Rasul: Apa khabar antihadis?
ADA beberapa golongan dalam kalangan umat Islam
memberi maklum-balas berkaitan
hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. sebagai sumber kedua hukum atau syariat
Islam.
Pihak pertama, ialah yang mengambil hadis-hadis
yang sahih atau tepat sebagai ucapan atau pengesahan daripada Nabi s.a.w.
Selain ucapan baginda, hadis juga berkenaan para sahabat yang menceritakan
hal-hal Nabi s.a.w. Pihak ini meneliti
status sesuatu hadis sebelum mengambil hadis berkenaan sebagai sumber hukum
kedua. Hadis-hadis yang dikategori sebagai
palsu atau daif dipinggirkan atau tidak dijadikan sumber hukum.
Pihak kedua ialah menerima apa saja hadis Nabi
s.a.w. sebagai sumber hukum kedua selepas al-Quran. Pihak ini kurang membuat penelitian status
sesuatu hadis atas sebab tiada yang pakar.
Mereka juga tidak mahu ada kekeliruan dalam masyarakat apabila sesuatu
amalan atau hukum yang telah mantap diamalkan ditolak kerana bersumberkan hadis
daif atau palsu. Pihak ini boleh mengambil mana-mana hadis sebagai panduan
tanpa mengira statusnya.
Pihak ketiga ialah yang menolak sepenuhnya hadis
sebagai sumber hukum dalam syariat Islam.
Mereka hanya menerima al-Quran sebagai hukum dalam Islam. Bagi mereka hadis merupakan cerita rekaan
yang disabitkan kepada Nabi s.a.w. dan punca perpecahan umat Islam hari ini.
Sumber pertama hukum iaitu al-Quran ada menjelaskan
kedudukan Rasulullah atau Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penjelas hukum-hukum
dalam al-Quran. Malah Allah telah memberi jaminan bahawa penjelasan hukum
baginda Nabi s.a.w. bukanlah atas kehendak peribadi Nabi s.a.w. sebagai manusia
biasa, malah keabsahan daripada Allah.
Maksud ayat 65 surah an-Nisa’: Maka demi
Tuhanmu, mereka tidak beriman sebelum mereka menjadikan engkau (Muhammad)
sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, (sehingga) kemudian
tidak ada rasa keberatan dalam hati mereka terhadap apa yang engkau berikan,
dan mereka menerima sepenuhnya.
Maksud ayat 80 surah an-Nisa’: Sesiapa yang mentaai Rasul (Muhammad) maka
sesungguhnya dia telah mentaati Allah.
Dan sesiapa berpaling (daripada ketaatan itu) maka (ketahuilah) Kami
tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi pemelihara mereka.
Maksud ayat 20 surah al-Anfal: Wahai
orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan rasul-Nya, dan janganlah
kamu berpaling daripada-Nya, padahal kamu mendengar (perintah-perintah-Nya).
Maksud ayat 51 surah Al-Nuur, Sesungguhnya
perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak
kepada kitab Allah dan sunah Rasul-Nya sebagai hakim memutuskan perselisihan antara mereka, mereka
berkata ‘kami dengar dan taat’. Mereka
itulah orang-orang yang mendapat kejayaan.
Hadis-hadis adalah sebagai penerang kepada hukum
dalam al-Quran. Beberapa ayat al-Quran menyatakan solat, namun tiada penjelasan
kaedah solat itu dilakukan. Oleh itu
Nabi s.a.w. telah mengajarkan kepada umatnya cara-cara melakukan solat. Sangat masyhur ucapan baginda berkenaan solat
(maksudnya), “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat” (Riwayat
al-Bukhari). Daripada itu
ditemukan hadis-hadis sahih bagaimana bermulanya baginda melakukan solat hingga
akhirnya, termasuk bacaan-bacaan pada setiap kedudukan diri dalam solat.
Oleh itu penerimaan hadis sahih menjadi satu
kewajiban kepada umat Islam sebagai sumber hukum dalam agama. Daripada hadis-hadis sahih inilah disimpulkan
sebagai sunah Nabi s.a.w. atau perjalanan hidup nabi.
Menjadi satu kemestian pula wujud kalangan
cerdik-pandai Islam menyaring kedudukan hadis-hadis yang banyak. Kerja ini
untuk memastikan hanya hadis yang sahih menjadi panduan umat, manakala hadis
palsu dan daif diasingkan ke tempat lain.
Penyaringan ini mesti dilakukan kerna besar dan panjangnya sejarah umat
Islam sejak kewafatan baginda Nabi s.a.w., yang menyaksikan wujud golongan
sengaja mencipta ayat pilihan untuk kepentingannya, tetapi disandarkan sebagai
kata-kata baginda Nabi s.a.w.
Kesimpulannya, hadis sahih adalah sumber kedua
hukum selepas al-Quran. Umat Islam mestilah hanya menerima hadis yang sahih
untuk mengekalkan ketulenan dan kesegaran ajaran Islam.
w.a.
Selasa, Januari 06, 2015
MAULIDUR-Rasul: cemburu sang suami
Maulid nabi di Jawa Tengah |
SETIAP kali sambutan Maulidur-rasul kita
diseru mencintai baginda Rasulullah dan mengamalkan sunahnya. Mencintai
Rasulullah bermakna sayang kepada diri, peribadi dan kata-kata baginda.
Mengamalkan sunah Rasululah bermakna menggunapakai jalan ibadah dan prinsip
hidup yang dilalui oleh baginda. Ibadah memang kena ikut baginda Nabi seratus
peratus, manakala bab kehidupan atau keduniaan kita tidak diikat seperti
kepatuhan dalam ibadah.
Maksud satu hadis sahih. Menurut A’isyah r.a.
bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “jika sesuatu itu termasuk urusan dunia kamu, maka
uruslah ia. Jika ia merupakan urusan agama kamu, maka rujuklah kepadaku.”
(Riwayat Ibn Majah)
Ini kisah suami sayangkan isterinya. Si suami sentiasa menunaikan kehendak si
isteri disebabkan sayang. Isteri pun faham, tidaklah pula sengaja meminta yang
bukan-bukan atau yang menyebabkan suaminya susah menunaikan permintaannya. Jadi
bertambah kasih si suami kepada interinya. Beberapa lama kemudian tanpa diduga
si isteri tersua rakan sekolahnya. Rakan sejak sekolah rendah hingga sekolah
menengah. Dia lelaki. Si lelaki ini pun faham wanita itu isteri orang. Si
perempuan pun tahu kedudukannya sebagai isteri yang dikasihi suami. Suaminya
pun tahu sejarah mereka, dan percaya tidak berlaku keburukan hubungan antara
kedua-duanya.
Jika tersua di kota kedua-duanya hanya bersapa dan
bertanya khabar. Tetapi ada kalanya lelaki itu berdiri di depan pagar rumah
perempuan itu, sekadar bertanya khabar dan perkembangan semasa. Ada kalanya
peristiwa di depan pagar rumah sewaktu suami di rumah atau tidak di rumah.
Sekadar itu saja. Jujur cerita, tidak
ada hubungan ‘asmara’ antara perempuan berstatus isteri dengan mantan rakan
sekolahnya.
Lama-lama si suami rasa tidak enak juga dengan
kelakuan teman isterinya. Walaupun kekadar
bersapa dan berbasa-basi biasa di depan pagar rumah. Suami yang sayangkan isteri pastilah cemburu.
Cemburu, tidak mahu isterinya sebagai intan payung dalam hidupnya ‘diusik’
lelaki lain sekalipun dalam hatinya yakin hubungan mereka bukan ada hal asmara-cinta. Malah dengan jujur hatinya tahu dan yakin
peribadi lelaki itu tidak akan melakukan khianat terhadap dirinya sebagai suami
kepada mantan rakan sekolahnya.
Hati suami tetap cemburu dan gelisah. Mudah cakap,
dia tidak mahu ada lelaki itu melintas atau berhenti di depan pagar
rumahnya! Tidak mahu kehidupan isterinya
diceroboh atas nama apa pun oleh seorang lelaki. Tidak, demi kasih sayang
terhadap isterinya.
Bandingkan kita yang menyatakan cinta kepada
baginda Nabi s.a.w. dan mahu menjalani sunahnya, adakah perasaan cemburu
terhadap pencerobohan terhadap sunah nabi kita?
Pencerobohan terhadap sunah Nabi ialah
rekaan-rekaan perkara agama yang tidak tidak berlaku pada zaman hidup Nabi
s.a.w. Jelasnya, baginda Nabi s.a.w. tidak mengajarkan bentuk, tatacara atau
konsep ibadah sebegitu, tetapi orang-orang yang hidup selepas kewafatan Nabi
s.a.w. (termasuk zaman kini). Ibadah
rekaan itu bertujuan menambah rasa pengabdian hamba kepada Tuhannya, sama
seperti konsep ibadah yang tulen daripada Nabi s.a.w. Itulah bid’ah yang
menyalahi sunah Nabi kita.
Perkara bid’ah telah disebut sebagai salah satu
wasiat Nabi s.a.w.
Dalam satu hadis sahih, menurut ‘Irbadh bin
Sariyah (maksudnya): Rasulullah mengimami kami solat Subuh, kemudian baginda
berpaling ke belakang dan menghadap kami, lalu baginda menasihati kami dengan
nasihat yang mendalam sehingga menitiskan air mata dan menusuk hati. Kami
berkata, “wahai Rasulullah, nampaknya ini seperti nasihat perpisahan.
Berwasiatlah kepada kami.”
Baginda s.a.w. pun bersabda, “Aku berwasiat
kepada kamu agar bertakwa kepada Allah, taat dan patuh (kepada pemimpin),
walaupun pemimpin kamu seorang hamba abdi berkulit hitam. Sesiapa antara kamu
yang masih hidup setelah ketiadaanku, dia akan melihat perselisihan yang
banyak. Oleh itu, kamu hendaklah berpegang teguh kepada sunahku dan sunah
khulafa al-rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan geraham (amalkan
sunah dengan kuat). Kamu hendaklah
menjauhi perkara-perkara baru, kerna setiap perkara baru itu adalah bid’ah, dan
setiap bid’ah itu sesat.”
(Riwayat Abu Dawud)
Kata Imam al-Syatibi dalam kitab al-I’tisom yang
memberi maksud bid’ah, “jalan yang direka dalam agama, yang menyerupai
syariah. Tujuan mengamalkannya adalah untuk berlebihan dalam mengabdikan diri
kepada Allah s.w.t.”
Bid’ah adalah pencerobohan dalam sunah Nabi s.a.w.
Seperti cerita kasih sayang suami-isteri di atas, kehadiran seorang lelaki
adalah pencerobohan kedamaian cinta
suami isteri itu. Si suami cemburu dan mahu lelaki itu menjauhi
isterinya. Bagi kita kaum muslim yang
cintakan nabi dan menjalankan ibadah menurut sunah, pastilah cemburu dengan
kehadiran bid’ah di mana-mana juga ruang ibadah. Muslim pasti mahu bid’ah menjauhi ibadah
kita.
Jika kita tidak cemburu dengan bid’ah dalam ibadah,
sama seperti suami yang tidak cemburu isterinya dihadiri seorang lelaki!
Sabtu, Januari 03, 2015
MASJID AL-RAHMANIAH Lekir bersih dan terurus
JIKA melalui Lekir untuk ke Teluk Batik atau Lumut dari Selangor, masjid Al-Rahmaniah di Batu 8 Lekir, Manjung, Perak, menjadi perhatian saya. Di situlah saya menunaikan tanggung jawab sebagai hamba Tuhan ketika musafir. Namun, yang agak merunsingkan saya ialah laluan masuk dari jalan besar yang sempit. Itulah yang dialami bertahun-tahun ke masjid berkenaan.
Mungkin banyak yang berdoa agar jalan masuk itu dilebarkan. Maka kunjungan saya ke masjid itu hari ini menjadi lebih mudah. Terdapat laluan keluar dan masuk secara serentak. Dan memang banyak para musafir yang mengunjungi masjid berkenaan berasa selesa.
Ucapan tahniah kepada pengurusan masjid dan ahli kariahnya. Masjid Al-Rahmaniah itu bukanlah masjid versi baru, tetapi pusaka nenek moyang. Tiang-tiangnya daripada kayu.
Masjidnya lama tetapi keceriaan dan kebersihannya sangat memuaskan hati pengunjung. Lamannya bersih tanpa sampah. Tempat berwuduknya kelihatan mudah tetapi bersih tanpa lumut dan keladak. Semua keperluan di tandas dan tempat mandi juga tidak terjejas apa-apa. Sangat penting, tidak berbau busuk!
Subhanallah. Semoga mereka yang menjayakan masjid Al-Rahmaniah sebagai rumah Allah yang memudahkan sekian banyak hamba-hamba Tuhan diberi sebaik-baik ganjaran.
PAS-UMNO tidak akan bersatu sebab banjir besar
BANJIR adalah rutin tahunan rakyat, bukan satu
anjakan untuk pemikiran. Agaknya itulah
respon yang sesuai apabila cadangan kerajaan campuran Pas-BN di Kelantan
ditolak mentah-mentah oleh pemimpin kedua-dua pihak. Setiap kali banjir memang ada yang mati, sama
seperti setiap hari ada yang mati akibat kemalangan di jalan raya. Setiap kali
banjir ada kemusnahan. Kerajaan negeri dan persekutuan ada peruntukan untuk
disalurkan kepada rakyat. Itu semua telah difahami, jadi tidak ada sebab banjir
boleh mengubah pemikiran pemimpin dan rakyat.
Malah banjir menjadi satu lagi peluang untuk
berpolitik atau meneruskan persaingan siapa paling hebat berkuasa.
Tuduh-menuduh dan bangga-membangga bagi ahli-ahli politik dan pengikut mereka
sentiasa ada. Itulah antara rutin
banjir, sekalipun banjir kali ini dikatakan sangat dahsyat berbanding
tahun-tahun sebelumnya.
Yang menderita dan kerugian besar adalah rakyat,
bukan pemimpin dan pengikut tegar mereka. Semua pemimpin politik desa, daerah, negeri
dan negara adalah orang yang banyak wang.
Rumah mereka kukuh dan besar. Mereka tidak tinggal di kawasan tadahan
banjir. Sebab itu yang melarikan diri ke bukit, yang terperangkap di pusat
pemindahan dan kelaparan adalah rakyat biasa.
Kalaulah benar ada antara pemimpin politik yang menderita sama seperti
rakyat, sudah lama menjadi hebahan umum dan cerita-ceritanya diguna untuk
menaikkan imej dirinya, di samping mengutuk lawannya.
Maka tidak ada pemikiran ahli politik Melayu-Islam untuk
bersatu disebabkan membangunkan sebuah negeri Melayu!
Sebenarnya tanpa banjir pun bagi rakyat biasa sudah
lama mahukan parti politik Melayu-Islam bersatu. Rakyat tidak mendapat laba
yang besar sekalipun orang atau parti
yang diundinya menang pilihan raya.
Gajinya tidak naik disebabkan parti politik. Soal pembangunan di
sekitaran, semua sudah faham bahawa mana-mana pihak yang menang mesti
bertanggung jawab melaksanakan amanah itu.
Bukan sebab kalau parti itu kalah maka tidak ada liputan internet atau
diputuskan bekalan elektrik.
Yang hendak menjana harta dan mengukuhkannya ialah
ahli-ahli politik. Apabila dirinya menang menjadi wakil rakyat, banyak peluang
berharta lebih berbanding sebelumnya. Bukan menuduh wakil rakyat menjana pendapatan
haram. Hakikatnya dengan menang sebagai ahli politik, dia boleh dilantik ke
jawatan-jawatan berelaun tinggi. Menjadi pengerusi syarikat kerajaan dengan
elaun puluhan ribu ringgit, siapa yang menolak!
Sebab itu dalam partinya saja pun mereka saling bersaing dan
jatuh-menjatuh. Siapa menang dia
mendapat banyak laba.
Oleh itu untuk dua parti yang selama ini berkerat
rotan dan berpatah arang bersatu atau berkongsi segala-galanya adalah sangat
tidak munasabah. Adakah mudah mereka
yang sudah ada kedudukan dan laba dalam kerajaan negeri atau persekutuan melepaskan
jawatan itu untuk diserahkan kepada pemimpin parti yang selama ini sangat dimusuhinya.
Jadi fahamlah, bahawa kebanyakan ahli politik itu
bukanlah berjuang ikhlas hati kerana menyahut seruan Allah atau melaksanakan
agenda rakyat. Allah menyeru orang bersatu, dan saling memaafkan. Ahli politik
putar sana-sini. Rakyat mahu pemimpin bersatu, ahli politik ada agenda lain.
Bagi pemimpin politik, tanpa persatuan parti-parti
Melayu-Islam pun rakyat dapat hidup dan tidak kelaparan. Jadi mahu apa lagi?
Langgan:
Catatan (Atom)