Pengikut

Sabtu, Disember 30, 2017

MAHU berdoa sama imam atau tidak?


ADA satu hadis menjelaskan imam shalat adalah untuk diikuti. Ada yang memahami mengikuti imam itu sehingga dia habis berzikir dan berdoa yang diaminkan.  Ada yang mengatakan selepas habis shalat,  semua bebas hendak bangun atau berzikir, sekalipun imam sedang berzikir. Malah jika sang imam hendak bangun setelah tamat shalat pun tidak mengapa. Ini hanya kelihatan aneh pada adat bangsa,  bukan pada agama.

Imam asy-Syafie menerangkan:
  ثم يقوم وإن قام قبل ذلك أوجلس أطول من ذلك فلا شيء عليه، وللمأموم أن ينصرف إذا قضى الإمام السلام قبل قيام الإمام
".... Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu atau duduk lebih lama di situ, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam , sebelum imam bangun...."
- Mausu’ah al-Imam asy-Syafie: al-Umm, jilid 1, ms. 355.

Kenyataan Imam asy-Syafie ini berlandaskan kepada hadith berikut:   عَنْ جَابِرِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ الأَسْوَدِ عَنْ أَبِيهِ, أَنَّهُ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةَ الصُّبْحِ فَلَمَّا صَلَّى انْحَرَفَ.  Jabir bin Yazid Ibnu Aswad berkata, daripada ayahnya bahawa dia pernah shalat bersama Rasulullah Shallallu Alaihi Wasallam dalam shalat Subuh. Setelah selesai shalatnya, baginda segera meninggalkan tempat shalatnya.
- Shahih Sunan an-Nasa’i, no. 1334.

Jumaat, Disember 15, 2017

KE MADINAH untuk shalat, bukan....


Al-Ustadz Abu Omar Idris Sulaiman mengingatkan kami perihal niat ke kota Madinah. Niat yang jitunya ialah untuk menziarahi Masjid Nabawi , seterusnya shalat di sana.  Hal ini memandangkan, banyak orang telah mengutamakan niat ke Madinah untuk menziarahi maqam Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ziarah maqam Nabi Shallallahu alaihi wasallam itu adalah yang seterusnya,  seperti ke maqam Baqi. Yang utamanya adalah shalat di Masjid Nabawi.

Seterusnya ke Makkah untuk menunaikan umrah dan shalat di Masjidil Haram.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِى هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

“Shalat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1000 shalat di masjid lainnya selain Masjidil Haram.” (HR. Bukhari no. 1190 dan Muslim no. 1394, daripada Abu Hurairah)

Dalam riwayat lain, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِى أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلاَةٌ فِى الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ

“Shalat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih utama daripada 1000 shalat di masjid lainnya selain Masjidil Haram. Shalat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 shalat di masjid lainnya.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah no. 1406, dari Jabir bin ‘Abdillah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Lihat Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 1173)

Jumaat, Disember 08, 2017

BERSELAWAT pada hari Jumaat

Foto hiasan, Tuanku Sultan
 berkhutbah Jumaat

HARI Jumaat, sangat Istimewa dalam Islam dan budaya hidup orang Melayu. Dalam agama, disunatkan banyak berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam.

Daripada hadis Abi Umamah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَةً

“Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Juma’at kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Juma’at.

Maka siapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.” [Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 5995. Dinilai hasan oleh Al-Albani]

Ahad, November 26, 2017

PRINSIP manhaj akidah salaf


Oleh Syaikh ‘Abdussalam bin Salim As Suhaimi

Manhaj generasi Salafus Shalih dalam masalah aqidah secara ringkas adalah sebagai berikut:

1. Membatasi sumber rujukan dalam masalah aqidah hanya pada Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam serta memahaminya dengan pemahaman Salafus Shalih

2. Berhujah dengan hadis-hadis shahih dalam masalah aqidah, baik hadis-hadis tersebut mutawatir atau pun ahad.

3. Tunduk kepada wahyu serta tidak mempertentangkannya dengan akal. Juga tidak panjang lebar dalam membahas perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal.

4. Tidak menceburkan diri dalam ilmu kalam dan filsafat

5. Menolak ta’wil yang batil

6. Menggabungkan seluruh nas yang ada dalam membahas suatu permasalahan [1]

Inilah aqidah yang lurus yang berasal daripada sumber yang murni, iaitu Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, yang jauh daripada hawa nafsu dan syubhat. Orang yang berpegang teguh dengan aqidah yang demikian, maka ia telah mengagungkan nas-nas al-Qur’an dan Sunnah kerna ia mengetahui bahwa apa yang ada di dalamnya itu benar.

Imam Al Barbahari rahimahullahberkata:

واعلم رحمك الله أن الدين إنـما جاء من قبل الله تبارك وتعالى لم يوضع على عقول الرجال وآرائـهم وعلمه عند الله وعند رسوله فلا تتبع شيئاً يهواك فتمرق من الدين فتخرج من الإسلام فإنه لا حجة لك فقد بين رسول الله صلى الله عليه وسلم لأمته السنة وأوضحها لأصحابه وهم الجماعة وهم السواد الأعظم والسواد الأعظم الحق وأهله

“Ketahuilah saudaraku, semoga Allah merahmatimu, bahwa agama Islam itu datang daripada Allah Tabaaraka Wa Ta’ala. Tidak disandarkan pada akal atau pendapat-pendapat seseorang. Janganlah engkau mengikuti sesuatu hanya karena hawa nafsumu. Sehingga akibatnya agamamu terkikis dan akhirnya keluar daripada Islam. Engkau tidak memiliki hujjah. Karena Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam telah menjelaskan As Sunnah kepada ummatnya, dan juga kepada para sahabatnya. Merekalah (para sahabat) As Sawaadul A’zham. Dan As Sawaadul A’zham itu adalah al haq dan ahlul haq” [2].

Sebelum itu, beliau juga berkata:

والأساس الذي تبني عليه الجماعة وهم أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم وهم أهل السنة والجماعة فمن لم يأخذ عنهم فقد ضل وابتدع وكل بدعة ضلالة

“Pondasi daripada Al-Jama’ah adalah para sahabat Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam. Merekalah Ahlussunnah Wal Jama’ah. Barang siapa yang cara beragamanya tidak mengambil daripada mereka, akan tersesat dan berbuat bid’ah. Padahal setiap bid’ah itu kesesatan” [3].

Beliau juga berkata:

قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه : لا عذر لأحد في ضلالة ركبها حسبها هدى ولا في هدى تركه حسبه ضلالة فقد بُينت الأمور وثبتت الحجة وانقطع العذر وذلك أن السنة والجماعة قد أحكما أمر الدين كله وتبين للناس فعلى الناس الإتباع

“Umar bin Al- Khattab Radhiallahu’anhu berkata: Tidak ada toleransi bagi seseorang untuk melakukan kesesatan, kerna petunjuk telah cukup baginya. Tidaklah seseorang meninggalkan petunjuk agama, kecuali baginya kesesatan. Perkara-perkara agama telah dijelaskan, hujah sudah ditetapkan, tidak ada lagi toleransi. Kerna As Sunnah dan Al Jama’ah telah menetapkan hukum agama seluruhnya serta telah menjelaskannya kepada manusia. Maka bagi manusia hendaknya mengikuti petunjuk mereka” [4].

(Penterjemah: Yulian Purnama)

[1] Diringkas oleh syaikh dari kajian kitab Al Minhaj yang diasuh oleh Syaikh Abdullah Al ‘Ubailan. Dan poin-poin ini sudah ma’lum dari pengamatan terhadap manhaj para salafus shalih

[2] Syarhus Sunnah, 1/66.

[3] Syarhus Sunnah, 1/65.

[4] Syarhus Sunnah, 1/66.

Sabtu, November 25, 2017

MAHU saja ditangisi, berpadalah


SAKIT, sihat, kahwin, cerai,  kaya, miskin, dapat bonus, kena cukai, harga petrol naik turun, lulus gagal peperiksaan...., semua dalam jadual Allah.

Pada hari nan indah ini ayuh kita merenungi dan mengambil iktibar daripada dua ayat al-Qur'an:

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

لِّكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."
(Surah al-Hadid 57:22-23).

Kita berikhtiar tapi ada had untuk dirai gembira atau ditangisi.

Rabu, November 22, 2017

Si sombong menghina orang, "bodoh"

Patutkah nasibnya ditawakan? 
NABI Shallallahu alaihi wasallam menyebut maksud "sombong" sebagai menolak kebenaran. Tentulah kebenaran itu alquran dan sunnah Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Apa maksud "meremehkan" orang lain? Tentulah memandang seseorang seperti tiada harga, memberi gelar 'bodoh', mencemuh nasab, menghina ilmu dan rezeki dan apa saja yang membawa maksud merendahkn tarafnya sosial seseorang. Tentulah orang yang menggelar seseorang dengan hinaan, merasakan dirinya jauh lebih mulia. Hal ini pun satu maksud sombong. Maka patutlah Nabi Shallallahu alaihi wasallam menyatakan orang yang sombong tidak masuk syurga.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu dari Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“ (HR. Muslim no. 91)

Isnin, November 20, 2017

BERDENDAM wang yang diinfakkan


SUDAH biasa orang berkata begini,

"Saya tidak reda wang cukai yang dibayar digunakan untuk keperluan peribadi pemimpin."

"Mereka tidak agihkan wang zakat dengan adil,  mungkin saya tidak lagi membayar zakat melalui pemerintah negeri."

Manusia bekerja untuk mendapatkan wang, kemudian wang itu dibelanjakan pula untuk keperluan hidup dunia dan akhiratnya. Antaranya,  membeli sandang-pangan, pelajaran anak-anak,  sedekah, cukai kepada negara, zakat sebagai rukun Islam dan pelbagai lagi.

Oleh kerna Allah subhanallahu taala menyatakan hidup manusia sebagai ibadah, setelah tauhidnya benar, ibadah wajibnya beres, maka urusan muamalat adalah dalam rangka ibadah kepada-Nya.  Ibadah, sama ada yang khusus atau umum wajib ikhlas untuk mendapat reda Allah. Ikhlas itu rela hati, tidak ada sesal, menagih baladan atau mencari megah diri. Orang reda tidak menyebut amal untuk dinilai kepada umum. Tidak ada syarat itu dan ini, melainkan terus diserah sepenuhnya kepada Allah.

Bagi yang kepleset dan menunjuk ajar kepada penerima sedekahnya, itu termasuk tidak reda.  Dia berpikir wang yang diberikan itu, masih miliknya. Maka dia pun ngomel wang yang dibayar patut dibuat itu dan ini.

Firman Allah subhanallahu taala yang bermaksud, "Hai orang yang beriman, jangan kamu batalkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan bertanya kerana riyak kepada manusia dan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat" (Surah al-Baqarah ayat 264).

Maka, setelah wang dibayar untuk pembelian, sedekah, zakat, cukai atau apa juga...., lupakan terus. Itu bukan milik kita lagi. Insya Allah ada ganjaran baik di hari akhirat. Dan rugi besar kelak apabila kita masih menaruh dendam terhadap wang yang sudah dibelanjakan.

Pihak atau orang yang menerima wang kita itu, bukan urusan kita. Dia berurusan dengan Allah dalam soal wang yang dipegang, seperti kita berurusan dengan Allah bagi wang yang di tangan sendiri.

Sabtu, November 18, 2017

ISTERI meninggi suara

Soal:
Apa hukum wanita yang meninggikan suaranya kepada suaminya dalam kehidupan suami istri?

✏ Dijawab oleh asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-'Utsaimin rahimahullah:

"Kami katakan kepada wanita ini bahwa meninggikan suara kepada suaminya termasuk ADAB YANG JELEK.

Seorang wanita seharusnya memuliakan suaminya karena suami adalah penanggungjawabnya, pemimpinnya.

Oleh karena itu, hendaknya dia memuliakan sang suami dan berbicara kepadanya dengan adab. Hal ini bisa merukunkan keduanya dan melanggengkan pergaulan antara keduanya.

👉 Di sisi lain, suami juga harus mempergauli istrinya dengan cara yang makruf.
Kerukunan suami istri terbentuk dengan timbal balik.

📗Allah subhanahu wata'ala berfirman:

وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوْهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوْا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللهُ فِيْهِ خَيْرًا كَثِيْراً

"Dan pergaullah dengan mereka (para istri) secara patut. Apabila kalian tidak menyukai mereka, (bersabarlah) karena mungkin kalian tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
(QS. an-Nisa' : 19)

Kami nasihati sang istri, agar BERTAKWA KEPADA ALLAH pada dirinya dan diri suaminya, apalagi jika sang suami mengajaknya bicara dengan tenang dan dengan suara yang pelan."

(Fatawa al-Mar'ah hlm 655)

Ahad, November 12, 2017

SHALAT sunat di rumah, afdal.

Foto untuk hiasan
YANG berkesempatan melakukan shalat sunat di rumah, itulah yang afdal. Afdal itu paling bagus dan derajatnya tinggi. Beruntunglah yang rumahnya berdekatan dengan masjid.

Daripada Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا

“Aku shalat bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dua rakaat sebelum Dzuhur dan dua rakaat setelah Dzuhur.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

أنَّ النَّبيَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ لا يَدَعُ أرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ

“Bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah meninggalkan shalat empat rakaat sebelum (qabliyah) Dzuhur.” (H.R. Bukhari)

Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

كَانَ النَّبِيُّ – صلى الله عليه وسلم – يُصَلِّي في بَيْتِي قَبْلَ الظُّهْرِ أرْبَعًا، ثُمَّ يَخْرُجُ، فَيُصَلِّي بِالنَّاسِ، ثُمَّ يَدْخُلُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ. وَكَانَ يُصَلِّي بِالنَّاسِ المَغْرِبَ، ثُمَّ يَدْخُلُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، وَيُصَلِّي بِالنَّاسِ العِشَاءِ، وَيَدْخُلُ بَيتِي فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ.

“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallamshalat di rumahku sebelum shalat Dzuhur empat rakaat, kemudian keluar (dari rumah menuju Masjid Nabawi), kemudian shalat mengimami orang-orang, kemudian masuk lagi ke rumah dan shalat dua rakaat (shalat ba’diyah Dzuhur). Kemudian, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengimami orang-orang untuk shalat Maghrib, kemudian masuk ke rumah dan shalat dua raka’at (shalat ba’diyah Maghrib). Lalu, beliau mengimami kaum Muslimin shalat Isya’, kemudian masuk kembali ke rumahku dan shalat dua raka’at (shalat ba’diyah Isya’).” (H.R. Muslim)

Faedah daripada hadis yang berkaitan tentang keutamaan shalat sunnah Dzuhur, baik qabliyah maupun ba’diyah:

1. Shalat qabliyah (sebelum) Dzuhur yang paling sempurna adalah empat rakaat, sebagaimana yang dikerjakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

2. Shalat sunnah qabliyah dan ba’diyah paling utama dikerjakan di rumah, sebagaimana yang dikerjakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

Khamis, Oktober 19, 2017

AKIDAH Sifat 20 Cara falsafah Yunani


Di sekolah murid diajarkan tamadun Yunani purba. Telah dihafal beberapa tokoh ahli falsafahnya seperti Socrates,  Aristotle dan Plato. Digambarkan pemikirannya mereka menyumbang kemajuan intelektual dunia. Murid juga diajarkan sumbangan tamadun Islam zaman wangsa Abasiyyah. Pada Zaman inilah dibina Baitul Hikmah, pusat penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab. Nah,  hasilnya pemikiran ahli falsafah Yunani diterima pakai oleh ahli akademik Islam zaman Abasiyyah, melahirkan ahli ilmu kalam. Mereka menggunakan metodologi falsafah Yunani untuk memahami sifat Allah dalam agama Islam.

Maka muncul pendapat bahawa alquran itu makhluk, bukannya kalamullah. Imam Ahmad bin Hanbal yang mempertahankan bahawa alquran itu kalamullah, bukannya makhluk menerima padah yang dahsyat daripada khalifah Abasiyyah waktu itu.

Muncul Imam Abul Hassan al Asy'ari (mati tahun 324H) menyanggah ideologi ahli kalam Muktazilah, tapi sebagiannya pemikirannya masih terperangkap dalam ilmu kalam, sehingga pada akhir usianya barulah Imam Abul Hassan kembali kepada manhaj Imam Ahmad bin Hanbal iaitu Ahlus sunnah. Namun para pengikut Imam Abul Hassan sekarang mengambil metodologi ahli kalam Imam Abul Hassan (Zaman Imam Abul Hassan menekuni ilmu Ibnu Kullab,  disebut Kullabiyah) sebelum imam itu mengikuti manhaj ahlus sunnah. Bagi kaum Asya'irah kini, ilmu kalam itulah manhaj ahlus sunnah dan orang yg  bermanhaj seperti para sahabat dan salafus salih dikata bukan ahlus sunnah. Ekstrimis Asya'irah terbuka menuduh pengguna manhaj salafus salih sebagai sesat akidah kerna tidak sama faham mereka yang menggunakan ilmu kalam pusaka dari Yunani. Sambil mengajarkan akidah Sifat 20, para ektrimis Asya'irah menuduh pendukung manhaj salafus salih sebagai wahabi dan mujasimah,  iaitu menyatakan Allah seperti makhluk yang bertubuh!

Sama ada mereka tahu kecelaruan manhaj Asya'irah sebagai ilmu kalam Yunani atau salah faham yang dianggap satu kebenaran berakidah, mereka sendiri yang tahu. 

asya'irah pilih ahli kalam

Foto hiasan
Imam Abul Hassan al Asy'ari (260-324H) adalah tokoh ulama Ahlus sunnah wal jamaah  pada abad ketiga Hijrah.

Sejak berusia 10 tahun sehingga 40 tahun,  beliau berfahaman Muktazilah. Beliau adalah ulama ahli kalam atau Muktazilah selain bapa tirinya yang juga guru beliau. Bapa tirinya ialah Abul Ali al Juba'i.

Pada usia 40 itu, Imam Abul Hassan al Asy'ari sangat berfikir tentang fahaman Muktazilah,  dan mengisytiharkan keluar daripada fahaman tersebut. Beliau mendakwa berfahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah, tetapi mengikuti pendirian Abdullah bin Saad bin Kullab. Pengikutnya dikenali sebagai Kullabiyah.  Pada waktu inilah Imam Abul Hassan al Asy'ari menetapkan tujuh sifat dzatiyah Allah iaitu Hayat, Ilmu, Qudrah,  Iradah,  Sam'a, Basyar  dan Kalam.

Menurut Sheikh Ibnu Taimiyyah,  Ibnu al Qayyim al Jauziyyah dan Sheikh Muhibuddin al Khatib bahawa Imam Abul Hassan al Asy'ari meninggalkan manhaj ahli kalam dan mengikuti aliran ahli hadis setelah berhijrah ke Baghdad. Pada peringkat ini beliau dikatakan menerima semua sifat  Allah tanpa tasybih, tamtsil,  takyif, dan tahrif. Inilah yang menjadi perbedaan antara ahli kalam dengan ahli hadis. Kitab "al Ibanah an Ushul ad Diyanah" dianggap kitab beliau yang terakhir,  yang menjelaskan pegangan akidahnya menyamai para sahabat Nabi Shallallahu alaihi wasallam.

Imam Abul Hassan al Asy'ari menjadi patokan ahli mazhab akidah Ahlus sunnah wal jamaah versi Asya'irah. Namun kebanyakan ahli Asya'irah memilih manhaj ahli kalam dan menolak manhaj ahli hadis. Mereka menggabungkan ajaran Imam Abul Hassan al Asy'ari yang tujuh dengan 13 lagi sifat Allah daripada Imam al  Mauturidi. Sebab itulah golongan ini menisbahkan Mazhab akidah mereka sebagai Asya'irah dan Mauturidiyah terkenal dengan pegangan Sifat 20.

Isnin, September 04, 2017

PELAJARI sejarah tahlilan untuk mantapkan fahaman.

TAHLILAN atau majlis ibadah mengirimi pahala kepada arwah sangat mantap dalam budaya beragama masyarakat Nusantara. Jika ada kematian pastilah bertahlilan, sejak kematian sehingga selesai penguburannya berkali-kali dilakukan tahlilan mengikut kehendak orang yang hadir. Hampir semua majlis, seperti hari raya, perkahwinan, persediaan peperiksaan, persiapaan berhaji, majlis rombongan atau mahu membangun rumah, pasti dibuat tahlilan. Bagi mereka rugi jika tidak dibuat tahlian. Tahlilan sudah seperti shalat berjamaah pada zaman Nabi shallalahu alaihi wasallam, yang baginda dan para sahabatnya tidak meninggalkannya. Walhal tahlilan (semua susunan ayat yang dibaca, tujuan dan pilihan bertahlilan) tidak ada pada zaman Nabi kita.

Foto untuk hiasan saja

Berikut di bawah adalah kajian ilmiah pencinta Sunah Nabi shallalahu alaihi wasallam di Indonesia berkaitan tahlilan. Penulis membuat sedikit suntingan untuk disesuaikan dengan blog ini, termasuk menokok sumber rujukan iaitu buku Prof Dr Hamka. Silakan memahaminya!

Perintis, pelopor dan pembuka pertama penyebaran serta pengembangan Islam di Pulau Jawa adalah para ulama/mubaligh yang berjumlah sembilan orang, yang popular dengan panggilan Wali Songo. Atas perjuangan mereka, berhasil mendirikan sebuah kerajaan Islam pertama di Pulau Jawa yang berpusat di Demak, Jawa Tengah.

Para ulama yang sembilan dalam menyebarkan dan mengembangkan Islam di tanah Jawa yang majoriti penduduknya beragama Hindu dan Buddha mendapat kesulitan dalam membuang adat istiadat upacara keagamaan lama bagi mereka yang telah masuk Islam.

Para ulama yang sembilan (Wali Songo) dalam mengatasi masalah adat istiadat lama bagi mereka yang telah masuk Islam terbahagi menjadi dua aliran iaitu aliran GIRI dan aliran TUBAN.

Aliran GIRI adalah suatu aliran yang dipimpin oleh Sunan Giri (Raden Paku atau Ainul Yaqin) dengan para pendukung Sunan Ampel (Raden Rahmat), Sunan Drajat (Raden Qasim) dan lain-lain.

Dalam masalah ibadah aliran ini sama sekali tidak mengenal kompromi dengan ajaran Buddha, Hindu, kepercayaan dan animisme. Sesiapa yang secara suka rela masuk Islam lewat aliran ini, perlu sanggup membuang jauh-jauh segala adat tradisi lama yang bertentangan dengan syari’at Islam tanpa kecuali. Kerana murninya aliran dalam menyiarkan dan mengembangkan Islam, maka aliran ini disebut Islam Putih.

Adapun aliran TUBAN adalah suatu aliran yang dipimpin oleh Sunan Kalijaga (Raden Sahid) yang didukung oleh Sunan Bonang (Raden Makhdum Ibrahim), Sunan Muria (Raden Umar Said), Sunan Kudus (Ja'far Shadiq), dan Sunan Gunung Djati (Syarif Hidayatullah).

Aliran ini sangat moderat, mereka membiarkan dahulu terhadap pengikutnya yang mengerjakan adat tradisi upacara keagamaan lama yang sudah mendarah daging sulit dibuang, yang penting mereka mahu memeluk Islam. Agar mereka jangan terlalu jauh menyimpang dari syari’at Islam maka para wali aliran Tuban berusaha agar adat istiadat Buddha, Hindu, dan animisme  diwarnai keislaman. Kerana moderatnya aliran ini maka pengikutnya jauh lebih banyak dibandingkan dengan pengikut aliran Giri yang “tegas”. Aliran ini sangat disorot oleh aliran Giri kerana dituduh mencampur-adukkan syari’at Islam dengan agama lain. Maka aliran ini dilabel sebagai aliran Islam abangan (campuran antara agama Islam dan tradisi agama lain seperti Hindu dan Buddha)

Dengan ajaran agama Hindu yang terdapat dalam kitab Brahmana, sebuah kitab yang isinya mengatur tata cara pelaksanaan korban, sajian-sajian untuk sembahan dewa-dewa dan upacara menghormati roh-roh orang yang telah mati (nenek moyang) ada aturan yang disebut Yajna Besar dan Yajna Kecil.

Yajna Besar terbahagi menjadi dua bahagian iaitu Hafiryayajna dan Somayjna. Somayjna adalah upacara khusus untuk orang-orang tertentu. Adapun Hafiryayajna untuk semua orang. Hafiryayajna terbahagi pula menjadi empat bahagian iaitu : Aghnidheya, Pinda Pitre Yajna, Catur Masya, dan Aghrain. Dari empat macam tersebut ada satu yang sangat berat dibuang sampai sekarang bagi orang yang sudah masuk Islam iaitu upacara Pinda Pitre Yajna (suatu upacara menghormati roh-roh orang yang sudah mati).

Dalam upacara Pinda Pitre Yajna, ada suatu keyakinan bahawa manusia setelah mati, sebelum memasuki karman, yakni menjelma lahir kembali ke dunia dengan menjadi dewa, manusia, binatang dan bahkan menjelma menjadi batu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain sesuai dengan amal perbuatannya selama hidup, dari 1-7 hari roh tersebut masih berada dilingkungan rumah keluarganya. Pada hari ke 40, 100, 1000 dari kematiannya, roh tersebut datang lagi ke rumah keluarganya. Maka dari itu, pada hari-hari tersebut perlu diadakan upacara saji-sajian dan bacaan mantera-mantera serta nyanyian suci untuk memohon kepada dewa-dewa agar rohnya si fulan menjalani karma menjadi manusia yang baik, jangan menjadi yang lainnya.

Pelaksanaan upacara tersebut diawali dengan Aghnideya, iaitu menyalakan api suci (membakar kemenyan) untuk berhubung dengan para dewa dan roh si fulan yang dituju. Selanjutnya diteruskan dengan menghidangkan saji-sajian berupa makanan, minuman dan lain-lain untuk dipersembahkan ke para dewa, kemudian dilanjutkan dengan bacaan mantra-mantra dan nyanyian-nyanyian suci oleh para pendeta agar permohonannya dikabulkan.

Musyawarah Para Wali

Pada masa para wali di bawah pimpinan Sunan Ampel, pernah diadakan musyawarah di antara para wali untuk memecahkan adat tradisi lama bagi orang yang telah masuk Islam. Dalam musyawarah tersebut Sunan Kalijaga selaku ketua aliran Tuban mengusulkan kepada majlis musyawarah agar adat istiadat lama yang sulit dibuang, termasuk di dalamnya upacara Pinda Pitre Yajna digantikan dengan unsur keislaman.

Usulan tersebut menjadi masalah yang serius pada waktu itu sebab para ulama (wali) tahu benar bahawa upacara kematian adat lama dan lain-lainnya sangat menyimpang dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Mendengar usulan Sunan Kalijaga yang penuh diplomatis itu, Sunan Ampel selaku penghulu para wali pada waktu itu dan sekaligus menjadi ketua sidang/musyawarah mengajukan pertanyaan sebagai berikut :

“Apakah tidak dikhuatirkan di kemudian hari, bahawa adat istiadat lama itu nanti akan dianggap sebagai ajaran Islam, sehingga kalau demikian nanti apakah hal ini tidak akan menjadikannya bid’ah?”

Pertanyaan Sunan Ampel tersebut kemudian dijawab oleh Sunan Kudus sebagai berikut :

“Saya sangat setuju dengan pendapat Sunan Kalijaga”

Sekalipun Sunan Ampel, Sunan Giri, dan Sunan Drajat keras membantah, akan tetapi majoriti anggota musyawarah menyetujui usulan Sunan Kalijaga, maka hal tersebut berjalan sesuai dengan keinginannya. Mulai saat itulah secara rasmi berdasarkan hasil musyawarah, upacara dalam agama Hindu yang bernama Pinda Pitre Yajna dilestarikan oleh orang-orang Islam aliran Tuban yang kemudian dikenal dengan nama nelung dino (kenduri hari ketiga), mitung dina (kenduri hari ketujuh), matang puluh (kenduri hari keempat puluh), nyatus (kenduri hari keseratus), dan nyewu (kenduri ulang tahun ketiga kematian).

Dari akibat lunaknya aliran Tuban, maka bukan saja upacara seperti itu yang berkembang subur, akan tetapi keyakinan animisme  serta upacara-upacara adat lain ikut berkembang subur. Maka dari itu tidak hairanlah muridnya Sunan Kalijaga sendiri yang bernama Syekh Siti Jenar merasa mendapat peluang yang sangat leluasa untuk mensinkritismekan ajaran Hindu dalam Islam. Dari hasil olahannya, maka lahir suatu ajaran klenik/aliran kesufian yang berbau Islam. Dan tumbuhlah apa yang disebut “Manunggaling Kaula Gusti” yang ertinya Tuhan menyatu dengan tubuhku (Wahdatul Wujud). Maka tatacara untuk mendekatkan diri kepada Allah lewat solat, puasa, zakat, haji dan lain sebagainya tidak perlu dilakukan apabila mencapai tingkatan (maqam) tertentu.

Sekalipun Syekh Siti Jenar berhasil dibunuh, akan tetapi murid-muridnya yang cukup banyak sudah menyebar dimana-mana. Dari itu maka ajaran seperti itu hidup subur sampai sekarang.

Keadaan umat Islam setelah para wali meninggal dunia semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenarnya. Para ulama aliran Giri yang cuba mempengaruhi para raja Islam khususnya dan masyarakat pada umumnya untuk menegakkan syari’at Islam yang murni mendapat kecaman dan ancaman dari para raja Islam pada waktu itu, kerana majoriti raja-raja Islam menganut aliran Tuban. Sehingga pusat pemerintahan kerajaan di Demak berusaha dipindahkan ke Pajang agar terlepas dari pengaruh para ulama aliran Giri.

Pada masa kerajaan Islam di Jawa, di bawah pimpinan raja Amangkurat I (1654-1677), seramai 7,000 orang ulama beraliran Giri telah ditangkap dan dibunuh di lapangan Surakarta kerana dituduh cuba mempengaruhi istana dan masyarakat. Melihat tindakan yang sewenang-wenangnya terhadap ulama aliran Giri itu, maka Raden Trunojoyo serta Santri Giri berusaha menyusun kekuatan untuk menyerang Amangkurat I yang kejam itu.

Pada masa kerajaan dipegang oleh Amangkurat II sebagai pengganti ayahnya, dia membalas dendam terhadap Trunojoyo yang menyerang pemerintahan ayahnya. Dia bekerja sama dengan VOC menyerang Giri Kedaton dan semua upala serta santri aliran Giri dibunuh habis-habisan, bahkan semua keturunan Sunan Giri dihabisi juga. Dengan demikian lenyaplah sudah ulama-ulama penegak Islam yang tegar. Ulama-ulama yang boleh hidup di masa itu adalah ulama-ulama yang lunak (moderat) yang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat yang ada. Maka bertambah suburlah adat-istiadat lama yang melekat pada orang-orang Islam, terutama upacara adat Pinde Pitre Yajna dalam upacara kematian.

Rujukan:

- K.H. Saifuddin Zuhn, Sejarah Kebangkitan Islam dan Perkembangannya di Indonesia, Al Ma’arif Bandung 1979.

- Umar Hasyim, Sunan Giri, Menara Kudus 1979.

- Solihin Salam, Sekitar Wali Sanga, Menara Kudus 1974.

- Drs. Abu Ahmadi, Perbandingan Agama, Ab. Siti Syamsiyah Solo 1977.

- Soekmono, Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia, Tri Karya, Jakarta 1961.

- Hasil wawancara dengan tokoh agama Hindu.

- A. Hasan, Soal Jawab, Diponegoro Bandung 1975.

- Prof. Dr. Hamka, Dari Perbendaharaan Lama,  Pustaka Panjimas, Jakarta, 1982.

Sabtu, September 02, 2017

SYEIKH MUHAMMAD tokoh agung wahabi


MUHAMMAD BIN ABD AL-WAHHAB tajuk buku tulisan Zakaria @ Mahmod Daud diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tahun 2014. Buku ini setebal 216 berkulit keras. Zakaria @ Mahmod Daud adalah seorang pensyarah kanan di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kota Bharu Kelantan.

Muhammad bin Abd al-Wahhab adalah nama besar dalam dunia Islam. Beliau dilihat dari sisi positif, seorang tokoh pembaharuan Islam di semenanjung Arab dan dari sisi negatifnya, beliau dilihat sebagai tokoh yang membawa keburukan dan perpecahan umat. Umumnya, beliaulah tokoh ulung pada satu ideologi yang disebut Wahabi.

Penulis telah mencatat
Bab 1: Muhammad bin Abd-Wahhab: Keturunan dan sejarah hidup.
Bab 2: Dakwah Muhammad bin Abd al-Wahhab dan perkembangannya.
Bab 3: Pemikiran Muhammad bin Abd al-Wahhab.
Bab 4: Pandangan ulama dan sarjana mengenai pemikirannya.

Antara lain penulis mendedahkan kerjasama Syeikh Muhammad bersama amir Dir'iyah iaitu Bani Saud mendakwahkan manhaj Salafus salih serta menyatukan daerah-daerah di Najd di bawah kekuasaan Bani Saud. Penulis juga menjelaskan prinsip dan isi dakwah yang menyamai bawaan Nabi shallalahu alaihi wasallam.

Dipaparkan juga kritikan ulama dan musuh dakwah Syeikh Muhammad, bersama jawaban daripada Syeikh Muhammad, anak cucunya serta ulama-ulama yang mendukung dakwah Syeikh Muhammad.

Begitu juga dalam bab ke-4, penulis mencatat ulama sesudah zaman Syeikh Muhammad yang menyokong Syeikh Muhammad dan yang menentangnya. Secara adil, penulis telah mengambil jawaban kritikan daripada ulama-ulama yang bersama dakwah Syeikh Muhammad.

Buku ini dapat membantu meluruskan pandangan sisi hitam terhadap dakwah wahabi.

Khamis, Ogos 31, 2017

200 tahun tiada masjid di Melaka

TIGA GENERASI RAKYAT MELAKA TIDAK PERNAH BERSOLAT DI MASJID!


Sangat menyedihkan betapa rakyat Melaka satu ketika dahulu, setelah terjajahnya kota megah tersebut kepada kaum Nasrani, tidak pernah bersolat di masjid lebih dari 200 tahun, atau sekitar tiga generasi!

Peringgi sangat memusuhi agama Islam. Malah mereka sempat melancarkan perang ke atas Jeddah namun berjaya dipatahkan oleh Kerajaan Hasyimiyah. Tujuan mereka menyerbu Hijaz  untuk  merobohkan Masjid Nabi dan menggali makam Nabi shallallahu alaihi wasallam.

Oleh itu, setelah jatuhnya Melaka pada 1511, seluruh masjid dan surau telah dihancurkan hingga tidak lagi berkumandang seruan azan.

Pada 1641, Peringgi berjaya dihalau dari Melaka oleh Belanda yang dibantu oleh Johor setelah menguasai kota tersebut selama 130 tahun.

Namun Melaka masih tidak memiliki sebuah masjid pun lagi. Setelah hampir 80 tahun berkuasa baharulah Belanda mendirikan sebuah masjid di kota tersebut, dengan menugaskan Dato Shamsudin Arom seorang pedagang China Muslim, mendirikan sebuah masjid.

Maka Masjid Kampung Hulu dibina sekitar 1720 hingga 1728 dengan bertiangkan kayu berlian dan beratapkan nipah dengan biaya dari VOC, Syarikat Hindia Timur Belanda. Tidak lama kemudiannya dibina pula Masjid Tengkera pada 1728.

Ini bermakna, sepanjang 200 tahun, umat Islam di Melaka tidak memiliki rumah ibadat rasmi untuk bersolat, sama ada di bawah penguasaan Peringgi atau Belanda.

Masjid Agung Melaka yang menyaksikan para tentera Islam berlindung di dalamnya saat digempur oleh Peringgi, telah dihancurkan hingga rata ke bumi.

Cebisan batu-batu dinding masjid yang indah itu diguna oleh Peringgi bagi mendirikan "Tembok Termasyhur" atau nama lainnya A Famosa.

Tapak asal Masjid Agung adalah berseberangan dengan bangunan Stadhuys (Dewan Bandaraya).

Peringgi membina Gereja St. Paul pada 1521 dengan nama aslinya "Our Lady of The Hill", yang bermazhab Katolik. Kemudian Gereja St. Peter juga mazhab Roman Katolik ini dibina pula pada tahun 1710 oleh Pembesar Belanda bernama Franz Amboer setelah permusuhan antara mazhab Katolik dan Protestarn tamat di negeri Belanda.

Ini dapat dianggap sebagai gereja tertua yang didirikan oleh orang Belanda, namun bukanlah mazhab rasmi pemerintah Belanda.

Pemerintah Belanda di Melaka, VOC telah membina Gereja Christ yang bermazhab Protestarn (Mazhab Gereja Pembaharuan Belanda) pada 1741, bagi merayakan penguasaan 100 tahun atas Melaka.

Sunggu syahdu keadaan Melaka, rumah ibadat tertua di kota tersebut bukanlah milik umat Islam. Malah gambaran Masjid Agung Melaka yang indah itu pun masih misteri, tidak pernah terlihat oleh mata, kerana telah musnah dihancurkan oleh penjajah.

Sesungguhnya, terjajahnya kita satu masa dahulu, telah meruntuhkan jiwa dan budaya, malah merobekkan agama kita.

Oleh Abu Amru dgn sedikit suntingan.

Rabu, Ogos 30, 2017

DARAH dan nyawa harga Malaysia merdeka!


TANGGAL 31 Ogos hari nasional Malaysia. 31 Ogos 2017 kali ke-60 tahun negara ini menjadi merdeka setelah 446 tahun dijajah beberapa negara asing. Bermula Portugal menjajah Melaka (1511), Belanda, Siam, Jepun dan British, berakhir pada 31 Ogos 1957.

Tahun ke-60 hari kemerdekaan, temanya "Negaraku Sehati Sejiwa" adalah milik semua warga negara 30 juta jiwa. 

Sejarahnya, kemerdekaan atas nama Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 11 buah negeri. 9 daripada 11 negeri adalah negeri Melayu yang berdaulatkan raja-raja Melayu. Sebab itu negara ini dinamakan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 16 September 1963, negara berubah menjadi Persekutuan Malaysia yang mengandungi empat wilayah iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Tahun 1965, Singapura keluar daripada Malaysia, maka negara Malaysia sejak itu kekal berdiri dengan kekuatan tiga wilayah.

Malaysia sebuah negara besar di Asia Tenggara, tetapi dianggap negara muda jika dibanding dengan negara setaranya seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Vietnam, Kemboja dan Laos. Muda kerna lewat mencapai kemerdekaan dibanding dengan negara-negara berkenaan, malah Thailand tidak pernah terjajah. Lagi pula Thailand (dahulunya Siam) adalah penjajah di sebagian utara Tanah Melayu. Walhal negara yang dikatakan muda ini sedang menyediakan berjuta-juta pekerjaan kepada warga negara jiran-jiran!

Ada yang menyindir kemerdekaan Malaysia kurang bermakna disebabkan cara memperolehinya tidak melalui perang melawan penjajah. Adalah silap menganggap penduduk Malaysia tidak ada yang terbunuh dan bernasib malang sepanjang dijajah negara-negara asing. Mereka membanggakan Indonesia dengan Perang Revolusi melawan Belanda selepas penjajahan Jepun. 

Selepas kekalahan Melaka kepada Portugal, berkali-kali Sultan Mahmud memerangi Portugal bersama rakyat Melayu. Kemudian pada zaman Kesultanan Johor berapa banyak pula tentera Melayu Johor menyerang Melaka. Malah ketika Melaka dijajah Belanda, komander besar perang diketuai armada Johor dipimpin oleh Yam Tuan Raja Haji. Raja Haji (saudara Sultan Selangor pertama) terbunuh ketika berperang mahu mengusir Belanda dari Melaka.

Apabila British mengambil Pulau Pinang daripada Kedah (1786) tidak hentinya Sultan  Kedah termasuk tentera Melayu dari luar membantu Kedah. Malangnya semua perang kemerdekaan itu Kedah tewas. Berkali-kali pula Sultan dan komando Kedah berperang melawan Siam dan British sehingga Perlis dan Setul dikeluarkan dari Kedah (1842). Korban darah dan nyawa tidak terkira.

Membunuh Residen British di Perak (1875), Dato Maharaja Lela dan pengikutnya dibunuh British. Sultan Perak pula dibuang negeri.

Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau mengetuai perang melawan British di Pahang. Berapa banyak Melayu terbunuh di sana. Tok Janggut menyerang polis British di Kelantan. Akibatnya Tok Janggut dibunuh dan mayatnya digantung di Kota Bharu. Perang melawan British di Terengganu tahun 1927 diketuai oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Perang yang gagal, pemimpin Melayu dibuang negeri.

Mat Salleh dan Antanum mengetuai perang mengusir kompeni British di Sabah, akibatnya darah pahlawan tumpah di bumi Sabah. Rentap juga memimpin kaum Iban menyerang pasukan James Brooke, namun darah orang Iban yang banyak mengalir. Terakhir nyawa anak muda belasan tahun Rosli Dhobi melayang akibat membunuh Gabenor British Sarawak tahun 1949.

Tidak terkira penentang secara sendirian melawan penjajahan tentera Jepun (1942-45). Kemudian berperang melawan komunis yang disokong dan dibantu negara komunis China. Mempertahankan negara daripada pemberontakan komunis, wanita Melayu di desa-desa yang berkain batik menggalas senjata api mempertahankan kampung halaman.

Begitulah sebagian siri perang berdarah melawan penjajah di negara kita. Jangan fikir orang Malaysia pengecut dan hanya tunduk pada kejahatan penjajah dan ideologi mereka.

Rundingan di London tahun 1956 adalah kemuncak perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. Indonesia yang berperang bertahun-tahun pun akhirnya ke meja rundingan. Jadi kemerdekaan tanah air pada tanggal 31 Ogos 1957 adalah harga diri bangsa yang mahal. 446 tahun berjuang dengan air mata, darah dan nyawa jangan sesekali digadai semula pertiwi ini. DIRGAHAYU MALAYSIA.

MAZHAB Syafie tidak utamakan zikir dan doa bersama-sama?

Foto hiasan

ADA poster di masjid tertulis 'SIAPA TIDAK MAHU BERWIRID DAN BERDOA TIDAK BOLEH MENJADI IMAM'. Maksud tegahan itu ialah imam yang tidak mahu mengeraskan suara zikir dan doanya untuk didengar ahli jamaah yang baru selesai shalat bersamanya. Mudah difahami, janganlah wujudkan suasana shalat berjamaah seperti di Masjid Nabawi Madinah dan Masjidil Haram Makkah.

Di sini diturunkan kajian ringkas Ustaz Abdul Rashid bin Abdul Majid berkenaan 
'Perlukah Berdoa Bersama Imam Selepas Solat?'

عَنْ جَابِرِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ الأَسْوَدِ عَنْ أَبِيهِ, أَنَّهُ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةَ الصُّبْحِ فَلَمَّا صَلَّى انْحَرَفَ.

"Daripada Jabir bin Yazid Ibnu Aswad berkata, daripada ayahnya bahawa dia pernah shalat bersama Rasulullah dalam shalat Subuh. Setelah selesai shalatnya, baginda segera meninggalkan tempat shalatnya." [Shahih Sunan an-Nasa’i, no.1334]

Berdasarkan hadis ini, Imam asy-Syafi’e berpandangan bahawa dibolehkan bagi makmum untuk meninggalkan imam sebaik sahaja selesai solat jamaah dikerjakan, tanpa perlu lagi menunggu untuk berzikir bersama-sama dengannya. 

Beliau berkata di dalam kitab Mausu’ah al-Imam asy-Syafie: al-Umm 1/355:

ثم يقوم وإن قام قبل ذلك أوجلس أطول من ذلك فلا شيء عليه، وللمأموم أن ينصرف إذا قضى الإمام السلام قبل قيام الإمام

"Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu atau duduk lebih lama di situ, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun."

Fatwa yang seumpama juga dikemukakan oleh al-‘Allamah Ibnu Hajar al-Haitsami al-Makki asy-Syafi’e rahimahullah (974H). Beliau berkata:

وَالأَفْضَلُ لِلإِمَامِ إِذَا سَلَّمَ أَنْ يَقُوْمَ مِنْ مُصَلَّاهُ عَقِبَ سَلَامِهِ.

"Dan lebih utama bagi seorang imam adalah (bersegera) bangkit dari tempat duduknya setelah salam." [Hawasyi asy-Syirwani wa Ibnil Qasim al-‘Abadi ‘Ala Tuhfat al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj 2/104]

Editor: Yang menariknya, ada ulama besar mazhab Syafie mengatakan lebih utama imam segera bangkit daripada tempat duduknya.

Sabtu, Ogos 19, 2017

JANGAN bercukur sebelum haiwan disembelih


ANTARA amalan sunah bagi orang yg sudah berniat dan punya haiwan untuk dikurban pada hari iduladha nanti ialah tidak memotong sebagian anggota tubuh seperti kuku atau rambut. Etika itu bermula maghrib tanggal 1 Zulhijah sehingga haiwan kurban disembelih.

Diriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiyallahu ‘anha dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda.

إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعْرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًَا

“Apabila sepuluh hari pertama (Dzulhijjah) telah masuk dan seseorang di antara kamu hendak berkurban, maka janganlah menyentuh rambut dan kulitnya sedikitpun” [Riwayat Muslim]

'Menyentuh rambut' maksudnya memotong rambut.

Dalil al-Quran pula firman Allah Subhanahu wa Ta’ala

وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّىٰ يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ

“Janganlah kamu mencukur (rambut) kepalamu sebelum hewan kurban sampai pada tempat penyembelihannya “ [Al-Baqarah : 196]

Sabtu, Ogos 05, 2017

HADIAH menahan amarah ialah syurga

Foto hanya hiasan

Tazkirah kepada sesama hamba Allah, moga-moga diberkahi Allah.

Maksud ayat 133-136 surah Ali Imran.
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa (iaitu) orang yang berinfak, baik pada waktu lapang atau sempit, dan orang yang menahan marahnya, dan yang memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila  melakukan perbuatan keji (dosa besar yg kesannya terkena juga orang lain)   atau menzalimi diri sendiri (dosa terkena diri sendiri), segera mengingat Allah dan memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan dosa itu sedangkan mereka mengetahui.  Balasan bagi mereka ialah ampunan daripada Tuhan mereka dan syurga-syurga yang sungai-sungai mengalir  di bawahnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal."

Dipermudahkan.... antara isi kandungan firman Allah.
- Allah menyuruh kita segera bertaubat.
- Allah menyuruh kita bercita-cita menduduki syurga.
- Syurga untuk orang yang bertaqwa.
- Ciri-ciri orang bertaqwa ialah suka bersedekah, bersabar ketika tercabar marah, memaafkan kesalahan orang terhadap dirinya, jika berbuat dosa cepat-cepat bertaubat.

Sabtu, Julai 22, 2017

PARTAI Umno, Aus, Pas, Khazraj, Pan, Umayyah.

Foto untuk hiasan

KEADAAN yang berlaku dalam negara kita ialah dalam kalangan pemimpin umat Islam telah menubuhkan partai-partai politik baru.  Kemudian, partai-partai politik yang baru dan lama saling bertelingkah salah-menyalah, dan mendabik dada partainya yang paling benar. Umat nyata berpecah degan memihak kepada satu partai politik yang disukai dan membenci parti politik yang menjadi ancaman kelangsungan partainya. Maka berlaku hina-menghina pemimpin dan ahli partai oleh pihak-pihak di luar partai. Sejarah yang berlalu pula merakam pertelingkahan kerna politik itu membawa kejadian brutal, memukul, memfitnah atau mengadu domba untuk memenangkan pemimpin atau partainya.

Apakah perselisihan seperti itu tidak berlaku pada zaman Nabi shallallhu alaihi wasallam di Madinah dulu? Bahawa Ibnu Abbas radhiallahu anhu berkata suatu ketika orang-orang Aus dan Khazraj berkumpul dalam satu majlis.  Mereka saling berbicara perihal permusuhan antara dua kabilah itu pada zaman jahiliyah.  Hal itu telah menyebabkan kemarahan di antara ahli dua kabilah, bahkan ada antara ahli dua kabilah itu menghunus pedang, bersedia untuk saling membunuh! Untuk mendamaikan pertikaian itu, Allah subhanallahu wata’ala menurunkan ayat 103 surah Ali Imran yang bermaksud, “Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah dan jangan kamu bercerai-berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika dahulu (masa jahiliyah) bermusuhan lalu Allah mempersatukan hati kamu sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan ( ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka (sebab bermusuhan), lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana.  Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.” (hadis riwayat Faryabi dan Ibnu Abi Hatim)

Artinya Allah haramkan umat berpecah-belah, apa lagi bertelingkah dan bermusuhan pula. Telah jelas ayat 103 itu pun masih ada ahli ilmu yang membenarkan pembentukan partai-partai demi menjatuhkan pemerintah yang ada. Artinya ahli ilmu itu mewajarkan umat berpecah dan berselisih atas kehendak sistem demokrasi barat. Barangkali fatwa ulama seperti itu disebabkan mereka sudah terlibat jauh dalam politik berpartai melawan pemerintah.
Al-Quran juga menyuruh orang-orang beriman mentaati pemerintah. Lihat ayat 59 surah an-Nisaa. Artinya Allah menyuruh umat bersatu bersama pemerintah. Jika berjuang kerna Allah seikhlas hati, tidak akan ada rasa kecil hati dan keciwa jika tidak diberi jawatan. Malah terus bersama pemerintah demi kesatuan umat yang diwanti-wantikan oleh Allah.
Orang-orang beriman itu senantiasa ‘dengar dan taat’ apa saja daripada Allah dan rasul-Nya.

Rabu, Julai 19, 2017

MELIPAT kaki seluar sebelum shalat


PERHATIKAN bahwa banyak lelaki yang berseluar akan menggulung atau melipat hujung kaki seluarnya sehingga di atas buku lali. Ada yang melipatnya dengan cermat dan ada yang melakukannya tanpa memerhatikan seluarnya.  Malah ada yang cuai sehingga lipatan seluar tidak sama panjang antara kiri dan kanan.

Bolehkah melipat seluar atau baju yg dibawa dlm shalat? Selalunya lelaki melipat seluarnya sehingga di atas buku lali sebab ada hadis nabi melarang pakaian melebihi buku lali.

Ini catatan Ustaz Idris Sulaiman dari KL. - Sebagian ulama tidak membolehkan menggulung (melipat) pakaian pada saat shalat berdasarkan hadits sebagai berikut:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ وَلَا نَكْفِتَ الثِّيَابَ وَالشَّعْرَ
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu anhuma, dia berkata: Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku diperintah (oleh Allah) untuk bersujud pada tujuh tulang, yaitu pada dahi –dan beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menunjuk dengan tangannya pada hidung beliau-, dua (telapak) tangan, dua lutut, dan ujung-ujung dua telapak kaki. Dan kami tidak (boleh) menahan pakaian dan rambut”. [HR Bukhari, no. 812; Muslim, no. 490; dan lain-lain].

Ibnul Atsir rahimahullah mengatakan: “Menahan pakaian, yaitu: menghimpunnya dan mengumpulkannya dari menyebar”. [an Nihayah fii Gharibul Hadits].

- maksud menahan pakaian ialah melipat atau menggulungnya supaya tidak menyebar / melepas ke bawah. Pasal seluarnya panjang sampai tumit tu.

Selasa, Julai 18, 2017

SUNAH tidak berkasut di kuburan

BAGAIMANA ketika kita di kuburan? Selain berdoa ada sunah lain iaitu tidak beralas kaki atau berkasut di permukaan tanah kubur.  Amalkan sunah ini sebagai satu tanda mencintai Nabi Shallallahu alaihi wasallam.

Basyir bin Handzalah ra, meriwayatkan bahawa Nabi saw. menanggalkan sandalnya bila berada di k
awasan perkuburan. (HR an-Nasa’i, Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Ketika aku menemani Rasulullah saw. melalui perkuburan kaum Muslimin, baginda terlihat seorang lelaki berjalan di antara kubur dengan memakai terompah, maka baginda pun bersabda, "Wahai orang yang memakai terompah, lepaskanlah kedua terompahmu itu. Maka orang tersebut memandang dan ketika bahawa yang dipandang itu adalah Rasulullah, dia pun segera melepaskan kedua terompahnya lalu melemparkan keduanya. (HRiwayat al-Baihaqi)

Ibn Hajar berpendapat makruh hukumnya memakai sandal/kasut di kawasan perkuburan.

Imam at-Thahawi mengatakan jika kawasan perkuburan itu bersih dan selamat barulah ditanggalkan kasut atau sandal dengan tujuan menghormati ahli kubur, tetapi jika kawasan kuburan itu kotor atau berduri maka tidak perlu membuka alas kaki.

Ahad, Julai 02, 2017

ALLAH wujud tak bertempat - Syiah

SYIAH BERAQIDAH DENGAN ‘ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT’
Oleh Abu Amru Mohd Radzi Othman

Selain dari Mu’tazilah, rupanya aqidah batil ini juga dianut oleh Syiah. Hal ini dinyatakan oleh ahlil hadis Syiah iaitu Al Kulaini dalam kitab agung mazhab Syiah iaitu Al Kafi. Kitab ini pada mata Syiah adalah setaraf dengan Shahih Al Bukhari!!

Menariknya, telah muncul beberapa tokoh Syiah yang menjisimkan Allah seperti Hisham ibn Salim al-Jawaliqi dan Hisham ibn al-Hakam. Mereka telah benar-benar menetapkan bahawa Allah Ta’ala seperti manusia – berjasad dan boleh disentuh.

Maka tampillah para ulama besar Syiah membantah golongan Mujassimah ini dan menetapkan bahawa Allah wujud tanpa tempat.

Muhammad bin Abu 'Abdallah telah diriwayatkan dari orang-orang yang disebutkan dari Ali bin al-' Abbass dari Ahmad bin Muhammad bin Nasr abu dari Muhammad ibn Hakim. Dia telah mengatakan bahawa saya menjelaskan kepada abu Ibrahim (Musa al-Kazim (as), kata-kata Hisyam bin Salim al-Jawaliqi dan kata-kata Hisyam bin al-Hakam yang mengatakan Allah adalah berjasad. Imam (as) berkata, "Allah, Yang Maha Tinggi, tidak mirip dengan salah satu hal. Apa yang bisa lebih menghujat dan syubhat daripada untuk menggambarkan Pencipta segala sesuatu dengan cara tubuh, bentuk, jenis ciptaan, keterbatasan , anggota badan dan organ. Allah, yang Maha Tinggi, yang besar, jauh di atas hal-hal ini" (Al Kafi)

Ahmad bin Idris telah meriwayatkan dari Muhammad ibn 'Abd al-Jabbar dari Safwan bin Yahya dari Ali bin abu Hamzah, yang mengatakan perkataan Hisyam Ibnu Hakam yang menetapkan Allah berjasad lalu Imam berkata: “Maha Suci Tuhan! Tidak ada sesiapa yang tahu bagaimana Dia kecuali Dia sendiri. Tidak ada yang serupa dengan-Nya dan Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat. Dia tidak dapat dibatasi, juga tidak boleh dirasakan (dengan tangan manusia) atau disentuh atau dipindahkan. Mata tidak mampu melihat-Nya atau salah satu indera dapat memahami-Nya. Dia tidak terkandung dalam apapun, juga tidak berbadan atau berbentuk atau berbatas” "(al Kafi)

Ali bin Muhammad, dengan cara marfu’, telah meriwayatkan dari Muhammad ibn al-Faraj al Rukhkhaji yang mengatakan berikut ini: "Saya menulis surat kepada Imam abu al-Hassan (as), tentang perkataan Hisyam bin al-Hakam, tentang tubuh Allah dan kata-kata Hisyam bin Salim tentang bentuk Allah. Dia menulis dalam menjawab: ‘'Hapus dari dirimu kekeliruan yang berasal dari “golongan yang keliru” dan (kamu hendaklah) mencari perlindungan dari Allah melawan Syaitan. Apa yang kedua-dua Hisham katakana adalah tidak benar”. (al Kafi)


Muhammad bin abu 'Abdallah telah meriwayatkan dari Muhammad bin Isma'il dari Ali bin al-' Abbass dari al-Hassan ibn 'Abd al-Rahman al-Hammami yang mengatakan: “Saya berkata kepada abu al-Hassan Musa bin Ja'far (as): ‘Hisyam bin al-Hakam menetapkan bahwa Allah berbentuk tubuh namun tidak ada seseorang seperti Dia. Dia adalah Maha Tahu, Maha mendengar lagi Maha melihat , Maka Berkuasa, Dia berbicara dan beralasan. Firman-Nya, Kuasa-Nya, Pengetahuan-Nya semua wujud dalam satu. Tidak ada dari semua ini diciptakan (maknanya adalah qodim). Imam berkata: “Semoga Allah menjadi musuhnya. Apakah dia tidak tahu bahawa tubuh itu terbatas , dan ucapan itu apakah lain dari sang pembicara? Aku berlindung dari Allah dan aku menyangkal kata-kata tersebut. Allah tidak memiliki tubuh, bentuk atau jenis keterbatasan. Allah telah menciptakan segala sesuatu. Dia menciptakan apapun dan bila-bila sahaja apabila Dia berkehendak, tanpa perlu sebuah kata untuk diungkapkan atau tanpa perencanaan dalam fikiran atau ucapan lidah”. (al Kafi)

Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Imran ke Daqqaq mengatakan: Abu Muhammad ibn Abd al Kufi allah mengatakan: Muhammad bin Ismail al Barmaki mengatakan: pada autoriti bagi al-Hasan bin al Husyan, dan al Husain bin Ali pada Shalih bin Abu Hammad, pada Abd Allah ibn Al Mughayrah, pada Muhammad bin Ziyad berkata: Aku mendengar bin Yunus mengatakan Zabyanmengatakan: 'Saya masuk menemui Abu Abdullah al Sadiq (as) dan mengatakan kepadanya: 'Hisham ibn al-Hakam membuat pernyataan yang panjang. Aku hanya akan meringkas. Dia menganggap Allah menjadi berjasad karena dua jenis: tubuh dan tindakan tubuh. Maka, jika tidak mungkin bagi Sang Pencipta untuk menjadi suatu tindakan, itu hanya mungkin bahwa Dia adalah Pelaku'. Kemudian Abu Abdullah (as) menjawab: 'Celakalah dia! Apakah dia tidak tahu bahawa tubuh dan gambaran sangat terbatas. Maka, jika batas dimungkinkan maka Kenaikan dan Penurunan yang mungkin, maka Dia adalah diciptakan (berlawanan dengan qodim)". (Shaykh Saduq, kitab berjodol al Tawid pada bab Innahu Laysa bi-Jism wa-la-Surah)

Muhammad bin Musa bin Al Mutawakkil mengatakan: "kata Ali bin Ibrahim bin Hishim bagi pihak ayahnya, pada pihak al Saqr bin [Abu] Dulaf bahawa dia bertanya kepada Abu Al Hasan Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa Al Rida (ra) tentang kewujudan yang satu: Sesungguhnya, Aku mengatakan apa Hisyam bin Al Hakam mengatakan. Maka dia (as) menjadi marah dan berkata: 'Apa yang terjadi dengan Anda dan Hisyam? Memang, dia bukan dari golongan kami yang berpikir bahwa Allah Maha Kuasa dan Maha Tinggi memiliki tubuh. Kita bebas dari seperti orang ini di dunia dan di akhirat. Wahai anak [Abu] Dulaf! Sesungguhnya, tubuh diciptakan dan Allah adalah Sang Pencipta". (Shaykh Saduq, kitab berjodol al Tawid pada bab Innahu Laysa bi-Jism wa-la-Surah)

AQIDAH SYIAH RAFIDHAH

1)      Allah wujud tanpa tempat
2)      Tidak boleh menetapkan bahawa Allah memiliki jari, tangan, kaki, wajah
3)      Allah berbicara tanpa suara

Isnin, Jun 26, 2017

JANGAN sentuhkan kaki tatkala shalat?

"Minta maaf, rapat boleh tapi tidak boleh sentuh kaki. Saya rasa tidak selesa "  Itu antara ayat seorang ahli jamaah shalat yang sudah berusia. Itu pilihannya, namun remaja atau anak muda mudah saja menerima seruan sunah.

Foto hiasan

Hadits An-Nu’man bin Basyir radiyallaahu ‘anhu dia berkata :

أَقْبَلَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم عَلَى النَّاسِ بِوَجْهِهِ فَقَالَ أَقِيْمُوْا صُفُوْفَكُمْ ثَلاثاً وَاللهِ لَتُقِيْمُنَّ صُفُوْفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ قَالَ فَرَأَيْتُ الرَّجُلَ يُلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَرُكْبَتَهُ بِرُكْبَةِ صَاحِبِهِ وَكَعْبَهُ بِكَعْبِهِ 
Rasulullah  salallaahu ‘alaihi wasallam pernah menghadap ke arah jamaah solat dan bersabda : “Tegakkanlah  (luruskanlah) saf kalian, tegakkanlah saf kalian, tegakkanlah saf kalian.  Demi Allah, bila kalian tidak menegakkan shaf kalian, maka Allah akan mencerai-beraikan hati kalian”. An-Nu’man berkata : “Aku saksikan sendiri, masing-masing diantara kami saling merapatkan bahunya dengan bahu temannya, lututnya dengan lutut temannya, dan mata kakinya dengan mata kaki temannya” [Riwayat Abu Dawud no. 662 dengan sanad sahih]

Isnin, Jun 05, 2017

ADAKAH Nabi dan para sahabatnya berpuasa waktu perang?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“Ustaz! Ini kali pertama saya dengar para sahabat nabi TAK PUASA ketika berlakunya perang Badar. Biasanya kita ditegur kerana lemah dan lembik ketika puasa, sedangkan para sahabat nabi yang berpuasa tetap gagah perkasa menentang musuh dalam perang Badar. Saya sangsi, betulkah apa yang ustaz sebut?”

Semalam (2 Jun 2017, Jumaat) saya dijemput tazkirah Ramadhan bertajuk “RAMADHAN: HADIAH ALLAH KEPADA KITA” di Pejabat Ana Muslim di Desa Melawati, Selangor. Semasa sessi soal jawab, seorang kaki tangan Ana Muslim bertanya soalan di atas.

Perlu kita sedar dan tahu bahawa Islam adalah agama untuk manusia yang sangat logik. Agak sukar bertempur menghayun pedang, berlari mengelakkan serangan musuh dan sebagainya jika orang Islam berpuasa. Tentang adakah benar atau tidak baginda dan para sahabat berbuka puasa dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah dan perang Badar, cukuplah nass hadith ini menjawab:

سَافَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى مَكَّةَ وَنَحْنُ صِيَامٌ قَالَ فَنَزَلْنَا مَنْزِلًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكُمْ قَدْ دَنَوْتُمْ مِنْ عَدُوِّكُمْ وَالْفِطْرُ أَقْوَى لَكُمْ فَكَانَتْ رُخْصَةً فَمِنَّا مَنْ صَامَ وَمِنَّا مَنْ أَفْطَرَ ثُمَّ نَزَلْنَا مَنْزِلًا آخَرَ فَقَالَ إِنَّكُمْ مُصَبِّحُو عَدُوِّكُمْ وَالْفِطْرُ أَقْوَى لَكُمْ فَأَفْطِرُوا وَكَانَتْ عَزْمَةً فَأَفْطَرْنَا

Ertinya: Abu Sa’id al-Khudri berkata, kami pernah musafir dengan Rasulullah SAW ke Mekah dalam keadaan kami berpuasa. Kami pun singgah di suatu tempat, setelah itu baginda SAW bersabda: “Kamu sudah hampiri musuh kamu, sedangkan berbuka puasa lebih menguatkan kamu  (untuk menghadapi musuh).” Cadangan nabi itu menjadi pilihan kepada kami, ada yang berbuka manakala ada juga yang meneruskan puasa.  Setelah kami sampai ke tempat persinggahan yang lain, baginda bersabda lagi: "Kamu sedang berhadapan dengan musuh kamu, buka puasa itu lebih kuat untuk kamu maka berbukalah". (Abu Said al-Khudri berkata): Maka itu sudah menjadi satu kewajipan, maka kami pun berbuka (Sahih Muslim  & Sunan Abu Dawud).

Dalam riwayat lain, ‘Umar bin al-Khattab turut menceritakan perkara yang sama:

أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ غَزَوْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ غَزْوَتَيْنِ يَوْمَ بَدْرٍ وَالْفَتْحِ فَأَفْطَرْنَا فِيهِمَا

Ertinya: ‘Umar RA berkata: Kami berperang dalam 2 buah perang (Badar dan Pembukaan Kota Mekah) bersama Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan, LALU KAMI BERBUKA PUASA PADA KEDUA PERANG TERSEBUT (Sunan al-Tirmidhi).

Semoga 2 nass ini menjawab soalan yang diajukan. Islam adalah agama yang sesuai untuk manusia. Ketika keadaan terdesak seperti saat perang, musafir dan sebagainya, Allah MEMBERI HADIAH RUKHSAH ATAU KELONGGARAN KEPADA KITA UNTUK BERBUKA. Ia jelas menunjukkan rahmat Allah:

وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْ

Isnin, Mei 29, 2017

ISLAM asing, jawaban Syaikh Abdul Aziz Bin Baz


foto hiasan
Soalan
Apa arti dari hadits:
بدأ الإسلام غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء
“Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing”

Jawaban oleh Syaikh Abdul Aziz bin Baz
Artinya bahwa islam dimulai dalam keadan asing sebagaimana keadaan di Makkah dan di Madinah ketika awal-awal hijrah. Islam tidak diketahui dan tidak ada yang mengamalkan kecuali sedikit orang saja. Kemudian ia mulai tersebar dan orang-orang masuk (Islam) dengan jumlah yang banyak dan dominan di atas agama-agama yang lain.

Dan Islam akan kembali asing di akhir zaman, sebagaimana awal kemunculannya. Ia tidak dikenal dengan baik kecuali oleh sedikit orang dan tidak diterapkan sesuai dengan yang disyariatkan kecuali sedikit dari manusia dan mereka asing. Dan hadits lengkapnya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
فطوبى للغرباء
“Maka beruntunglah bagi orang-orang yang asing” (HR. Muslim).

dan dalam riwayat yang lain :
قيل يا رسول الله ومن الغرباء؟ فقالالذين يصلحون إذا فسد الناس
Rasulullah- Shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya “wahai rasulullah siapa yang asing itu (al-Ghuraba)?” Rasulullah- Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ”Yaitu orang-orang yang mengadakan perbaikan di tengah manusia yang berbuat kerusakan”.

Dan dalam lafadz yang lain:
هم الذين يصلحون ما أفسد الناس من سنتي
”mereka adalah orang-orang yang memperbaiki sunnahku yang dirusak manusia”
Kita memohon kepada Allah – Subhanahu wata’ala agar menjadikan kita dan juga saudara kita kaum muslimin seluruhnya bagian dari mereka dan Dialah sebaik-baik tempat meminta.

Jumaat, Mei 19, 2017

TIADA shalat jamaah kedua di sebuah masjid.


WACANA ini juga merupakan pemahaman saya terhadap sunah yang terkini berkenaan  hukum mendirikan jamaah shalat kedua dalam sebuah masjid. Dahulunya saya mengikuti pendapat bahawa dibenarkan mendirikan shalat jamaah kedua atau kali keberapa pun dalam sebuah masjid.  Setelah mengikuti pengajian yang disumberkan oleh ahli hadis Syaikh Al-Albani yang meneliti hadis dan kitab karangan Imam besar Asy-Syafie, maka saya mengikuti hujahan Al-Albani dan Imam Asy-Syafie.

Kata ulama berkenaan, bahawa sepanjang hayat baginda Nabi s.a.w. melaksanakan shalat berjamaah di masjid bersama para sahabatnya.  Telah ada bukti-bukti bahawa ada  para sahabat yang tertinggal shalat berjamaah bersama baginda Nabi s.a.w.  Telah dikhabarkan, apabila  ada antara sahabat Nabi s.a.w. itu ketinggalan shalat berjamaah, mereka tidak berpakat bersama –sama untuk melantik salah seorang daripada mereka lalu mendirikan satu jamaah shalat baru. Para sahabat yang ketinggalan jamaah shalat yang awal tadi, melakukan shalat fardu sendiri-sendiri.  Tindakan ini tentulah hasil tarbiyah baginda Nabi s.a.w. (Moral ceritanya, kita tidak dibenarkan membentuk kumpulan kedua atau seterusnya yang berketuakan orang lain).

Al-Albani juga mencuplik riwayat  Imam Ath-Thabari dalam kitabnya Mu’jam Al-Kabir berkenaan sahabat Nabi s.a.w., Ibnu Mas’ud yang bersama dua temannya ke masjid untuk shalat berjamaah.Namun apabila sampai ke masjid mereka mendapati jamaah shalat telah habis, lalu mereka pulang ke rumah dan mendirikan shalat fardu berjamaah di sana.  Difahami, Ibnu Mas’ud masih memilih untuk shalat berjamaah di tempat lain (selain masjid asal) demi mendapatkan fadilat shalat berjamaah, ketimbang jika beliau dan dua temannya shalat sendiri-sendiri dalam masjid berkenaan tadi.

Kata Imam Asy-Syafie dalam kitab Al-Umm pula, “Apabila  ada beberapa orang masuk masjid, lantas mendapati imam telah selesai shalat (jama’ah) lakukanlah shalat sendiri-sendiri. Bila mereka melakukan shalat berjama’ah sendiri (lagi), tentu boleh saja. Tapi, aku tidak menyukai semacam itu, karena  hal itu bukan merupakan amalan  salaf”

“Adapun masjid yang ada di pinggir jalan (yang disediakan untuk para musafir) yang tidak punya imam dan muadzdzin tetap, maka melakukan (shalat) jama’ah berulang kali di dalam masjid tersebut tidak apa-apa”.

“Aku telah hafal (beberapa riwayat), sesungguhnya ada sekelompok shahabat Nabi s.a.w. ketinggalan shalat berjama’ah. Lantas mereka pun shalat sendiri-sendiri. Padahal mereka mampu mendirikan shalat jama’ah lagi. Tapi, hal itu tidak dilakukannya, karena mereka tidak suka di satu masjid diadakan (shalat) jama’ah dua kali.”

Ada hadis yang Nabi s.a.w. mengancam mahu membakar rumah orang yang tidak shalat di masjid, “(Artinya): Aku memiliki kehendak untuk menyuruh seseorang menjadi imam shalat (di masjid), kemudian aku menyuruh beberapa lelaki untuk mengambil (mengumpulkan) kayu bakar dan aku keluar menuju ke rumah orang-orang yang tidak mengikuti shalat berjamaah di masjid. Maka, aku bakar rumahnya. Demi Zat yang jiwa Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam berada di tangan-Nya, andaikata orang-orang ku mengetahui bahwa di dalam masjid itu akan ditemukan dua benda yang sangat berharga pasti mereka akan menyaksikannya pula” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kata Syaikh Al-Albani, jika dibenarnya wujudnya jamaah shalat kedua dan seterusnya, tentu nanti orang yang diancam akan dibakar rumahnya memberitahu bahawa dia akan hadir jamaah yang kedua atau seterusnya. Dan tidak bergunalah ancaman Nabi terhadap mereka yang tidak shalat jamaah di masjid.

Demikian saya nukikan kembali. Wallahu ‘aklam.