Pengikut

Rabu, Disember 30, 2015

BAWALAH kerusi roda untuk berumrah


TAKDIR dan dalam jadual Tuhan. Sejak ayah dan ibu menunaikan haji 14 tahun yang lalu dengan faktor usia mereka, tidak terfikir bahawa saya akan membawa mereka ke dua tanah haram. Namun takdir Tuhan menentukan saya membawa mereka melakukan umrah pada 13-24 Disember 2015. Terima kasih kepada Haji Hisyam selaku amir umrah yang meladeni kami sekeluarga dengan baik sekali.

Ayah masih mampu berjalan tetapi tidak upaya bergerak jauh.  Pilihan yang ada membawa sebuah kerusi roda untuk kegunaan sepanjang kembara umrah ini.  Ayah telah berusia 80 tahun dan sebagai warga desa tentulah fisikalnya tampak kepayahannya bergerak sebagaimana orang dewasa atau muda. Ibu telah 73 tahun dan masih mampu berjalan bersama saya.

Catatan ini sebagai perkongsian kepada pembaca yang mungkin punya persamaan: membawa dua orang tua yang agak uzur.  Jika seseorang masih mampu berjalan tetapi tidak upaya bertahan lama, bagus membawa sebuah kerusi roda dari tanah air.  Sesampai di kaunter pengesahan tiket, saya khabarkan kepada pihak pengurusan di sana keperluan sebuah kerusi roda untuk ayah. Pihak lapangan terbang menyediakan sebuah kerusi roda khas bersama seorang pengiring. Pengiring membawa ayah dengan ‘boarding pass’ melepasi semua urusan sehingga pintu masuk pesawat. Saya terus mengiringi ayah yang dibawa khas.  Sementara itu kerusi roda yang dibawa dimasukkan bersama bagasi lain.

Setibanya di Dubai, pihak lapangan terbang di sana telah mendapat maklumat berkenaan ayah saya. Di pintu pesawat sudah tersedia kerusi roda untuk ayah. Saya dan ibu mengikuti sahaja pengiring ayah membawa kami melepasi urusan emigresen di Dubai.  Begitu juga tatkala di Jeddah, semua tersusun baik. Tidak ada masalah ketiadaan kerusi roda di semua lapangan terbang. Keadaan ini sama ketika pulang ke tanah air.

Sama ada di Madinah atau Makkah, tidak ada masalah membawa sebuah kerusi roda melewati jalan atau lorong sehingga memasuki masjid. Saya menolak kerusi roda ke mana kawasan masjid yang dikehendaki oleh ayah.  Saat melewati Babus Salam di Masjid Nabawi pun, semua pihak memberi hormat dan kerjasama terhadap ayah di atas kerusi roda.

Malah, dengan kedudukan ayah berkerusi roda, saya bersamanya berpeluang mudah memasuki Raudhah di Masjid Nabawi sebanyak tiga kali dalam tempoh empat hari di Madinah!

Sewaktu di tanah air, terfikir di manakah mahu diletakkan keruso roda tatkala ayah shalat? Ternyata, ada ruang-ruang yang tidak menjadi tempat shalat jamaah seperti di bucu tempat, tepi rak kasut atau tepi dinding.  Saya tidak mengunci kerusi roda. Tidak ada jemaah atau petugas masjid yang mengalihkannya ke tempat lain.  Sungguh indah layanan semua di sana, Masjid Nabawi dan Masjidil Haram Makkah.


Keputusan membawa kerusi roda dari tanah air,(sekalipun bisa menyewa di sana…), adalah tepat.

Sabtu, Disember 12, 2015

MAHU ziarah ke dua Tanah Haram



INSYA Allah, saya akan membawa ibu dan ayah ke dua Tanah Haram, dalam rangka beribadah kepada Allah. Semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan kepada kami.  Ayah semakin renta dengan usia melebihi 80 tahun sementara ibu lebih 70 tahun.  Kami akan keluar dari tanah air pada tangal 13 Disember dan dijangka kembali semula pada 24 Disember nanti.

Kembara ini adalah sunnah. Hal ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. bermaksud,  “Janganlah mengadakan ziarah kecuali ke tiga masjid, yakni Masjidil Haram, masjid saya ini, dan Masjidil Aqsha.” (HR. al-Bukhari dan  Muslim)

Kami akan ke Madinah dan Makkah. Keutamaan adalah beribadah di kedua-dua masjid. Di Madinah kedapatan makan Kanjeng Nabi s.a.w.  Kami akan menziarah dan berselawat kepada Kanjeng Nabi s.a.w., tidak melebihi daripada yan kami ketahui dan fahami.  Meski seorang guru berpesan supaya berkata-kata kepada  Kanjeng Nabi s.a.w., saya tidak menemukan kekuatan dalil bahawa itu satu keperluan dalam menziarahi makam Kanjeng.  Telah banyak dikhabarkan dalam Kitabullah bahwa Kanjeng Nabi s.a.w. adalah manusia biasa, cuma dipilih sebagai Rasul demi mengemban dkawah kepada umat. Allah membekali mukjizat pada saat hidupnya.

Apabila Kanjeng Nabi s.a.w. wafat, putuslah sudah hubungannya dengan apa yang ada di muka bumi sebagaimana kita juga.

Maksud  firman Allah dalam al-Quran, “Katakankah (Muhammad), ‘Aku tidak kuasa menolak madharat maupun mendatangkan kebaikan kepadamu.’ Katakanlah (Muhammad), ‘Sesungguhnya tidak ada sesuatupun yang dapat melindungiku dari (adzab) Allah dan aku tidak akan memperoleh tempat berlindung selain-Nya.” ( Al-Jin: 21-22)

Cerita Kanjeng Nabi s.a.w. bisa mengkonsultansi permohonan kita terhadap Allah, tidak ada sumber jelasnya.  Meminta penziarah berkata-kata terhadap jasad Kanjeng Nabi s.a.w., tidak diketahui siapa yang memulakannya. Pastinya para sahabat yang paling hebat tidak memberi contoh begitu.


Mulia beragama dengan sunah atau manhaj salafus saleh. Insya Allah.

Ahad, Disember 06, 2015

PEMIKIRAN Dr Faisal Othman boleh diterima sekarang

TAHUN 1989 hingga 1992 nama penulis  Dr  Faisal Othman memang popular sebagai penulis di akhbar Utusan Malaysia. Tahun-tahun berkenaan sebagian daripada zaman pergolakan sengit politik Melayu yang ditunjangi Umno dan Pas. Semenjak Pas di bawah kepemimpinan ulama, perjuangan parti Islam itu ialah melaksanakan undang-undang syariah atau popularnya: Hudud.

Dr Faisal Othman sebagai pensyarah UKM waktu itu memberikan ‘kuliah’ pemkiran Islam dari sudut lain, yang sebenarnya sebagai jawaban kepada semua yang diwarwarkan oleh Pas.  Tulisan-tulisan beliau dalam Utusan Malaysia sebenarnya telah dibukukan dan diterbitkan oleh Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, di bawah tajuk ISLAM DAN PERKEMBANGAN MASYARAKAT, tahun 1997.

Pada zaman penulisan di koran itu, Dr Faisal Othman sering didakw sebagai anak orientalis Barat atau pendukung sekular Barat oleh penyokong-penyokong Hudud.  Namun saya yakin jika tulisan-tulisan beliau dimasukkan semula dalam koran harian, pandangan masyarakat sebelah Pas atau NGO Islam tidaklah seperti dahulu.

Apa yang ditulis Oleh Dr Faisal Othman sebenarnya adaptasi Islam dalam dunia masyarakat majmuk dan kontemporeri.  Beliau menjawab bahawa apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bukan suatu yang terpisah daripada pemahaman ilmuan-ilmuan Islam silam dan semasa.

Antara tajuk rencana yang sudah dibukukan itu:
Islam dan Perkembangan Masyarakat
Permasalahan Akal dan Ijtihad dalam Syariah Islam
Dinamika Ijtihad
Ijtihad Masa Kini dan Akan Datang
Umat Islam Meninggalkan Amalan Ijtihad yang Positif
Permasalahan Islam dan Pemodenan
Umat Islam Tidak Dalam Menghadapi Perubahan Dunia
Masalah pemahaman dan Pelaksanaan Sunah
Asas Perubahan Hukum Dalam Islam
Panduan Asas Bagi Aplikasi Perubahan Hukum
Pengajaran Daripada Perkembangan dan Normatif Islam
Perubahan Nilai yang Diiktiraf oleh Islam
Perubahan Pentafsiran Ayat yang Membawa Perubahan Hukum


Zaman telah berubah, budaya dan pemikiran juga berubah. Penerimaan masyarakat terhadap sesuatu hal juga berubah.

Sabtu, Disember 05, 2015

KENDURI Arwah: Satu terapi hadapi kematian


SETELAH didedahkan dalil al Quran dan Sunah serta kalam ulama besar bahawa amalan kenduri arwah masyarakat Nusantara itu bukanlah ajaran Islam, mengapakan para pengamalnya masih tidak mahu menghentikannya?

Walaupun kenduri arwah itu merupakan adat kematian, namun sebagian orang agama memahaminya sebagai ibadah sunat, malah ada yang yakin kenduri sebegitu merupakan sunah Nabi. Oleh kerna amalan itu sudah sebati diaktifkan oleh orang-orang agama, mereka pun percaya bahawa Nabi s.a.w. dan para sahabatnya juga melakukan kenduri-kenduri arwah, sama dengan apa yang dilakukan oleh masyarakat di sini.  Inna lillahi wa inna ilaihi ra ji’uun.

Kepada masyarakat Nusantara, kematian adalah perpisahan abadi.  Oleh itu rasa sedih perlukan satu terapi untuk dihilangkan.  Pemikiran mereka menanggapi kematian seseorang sebagai permulaan satu kembara jauh, yang sentiasa diperhatikan atau dikenang pemergiannya.  Orang yang pergi mesti diberikan bekalan. Maka itu orang-orang yang hidup mengadakan majlis tahlil atau kenduri arwah.  Kebiasaannya dimulai hari-hari awal kematian seperti setiap malam hingga malam ketujuh, malam ke-40, malam ke-100, malam ke-1000 dan seterusnya pada malam-malam tertentu khamis malam Jumaat.  Keadaan ini sudah menjadi adat, darah daging sejak masyarakat beragama Hindu-Buddha. Apabila mereka menganut Islam, mentera bahasa sanskrit yang dilafaz ketika mengingati si mati diganti dengan ayat-ayat al-Quran terpilih.  Dengan amalan ini berterusan, orang-orang yang ditinggal si mati akan tenang jiwanya kerna yakin perjalanan si mati di alam barzakh menjadi mudah.

Walaupun ustaz dan kiyai-kiyai mempertahankan kenduri arwah itu bukan kewajiban dalam agama, tetapi tidak ada orang miskin atau daif dibiarkan memilih tidak melakukan kenduri arwah terutama sebaik saja berlaku kematian.  Kata mudahnya, kenduri arwah satu kewajiban dalam adat kematian.  Maka ditubuhkan khairat kematian sebagai satu cara mengatasi masalah kewangan keluarga menghadapi kematian.  Wang bantuan khairat kematian, selain untuk urusan penguburan jenazah, juga adalah kos melaksanakan kenduri arwah sekurang-kurangnya tiga malam berturut-turut.

Apakah para pengamal kenduri arwah merupakan pencinta sunah nabi yang tegar? Jawabnya tidak!  Sebagian mereka tidak perduli amalan sunah shalat berjamaah di masjid, namun tidak bisa melepaskan hadir kenduri arwah. Ada yang hadir dari jauh atas alasan hubungan kekeluargaan, atau bimbang dikata tidak bersosial dengan masyarakat.  Kata mudahnya, sebagian besar melakukan hanya kerna masyarakat, bukan sebagai ibadah kepada Allah.

Apabila orang-orang yang berilmu agama dan mendominasi masjid mengatakan kenduri arwah sebagai amalan sunah, itu sangat mendukacitakan.  Apabila sebagian ustaz yang cuba menyedarkan masyarakat mengenai kedudukan kenduri arwah sebagai adat, iaitu bukan ibadah… pihak berkuasa agama membela kenduri arwah dengan fatwa ‘bahawa sesuatu amalan turun-temurun yang dilakukan oleh para ulama tidak boleh dikategorikan sebagabai bid’ah’.  Untuk rekod, maksud bid’ah ialah satu rekaan ibadah yang konsepnya menyamai ibadah sebenar bertujuan untuk menjadikan seseorang pengamal bid’ah lebih mendekatkan diri kepada Allah.


Allahu aklam

Rabu, November 18, 2015

Edisi UPSR: Ilmu tidak boleh disamakan dengan bilangan A.

hiasan

Oleh: Ahmad Firdauz Abdullah

Memang Finns tak peduli pasal exam pun, diorang belajar sebab seronok, sebab hari-hari bermakna. Hari-hari belajar benda baru macam hidupkan api kayu, belajar pasal Malaysia, cara buat robot etc. Why do you think I came to Finland? 9000km away from emak and abah, just to learn the secret of Finnish education system! Bila dah tau, saya rasa kecewa sebab silapnya bukan sebab guru kita tak pandai, bukan sebab org kementerian semua jahat, bukan sebab anak kita bodoh, tapi sebenarnya kita terperangkap dengan sistem sosial kita sendiri.

Kalau nak dengar benda benar, meh saya bagitau benda yang saya belajar setahun lebih belajar pasal education system kat Finland ni. Tapi sila telan sebab pahit:

1) Sekolah adalah tempat belajar bukan medan ranking. Di Finland, sistem exam tiada, sebab semua sekolah di Finland, mempunya satu ranking sahaja, iaitu equal / sama rata. Tiada sekolah terbaik Finland atau sekolah tercorot Finland. Hantar je anak kat mana-mana sekolah dalam Finland, standard dia sama. Takde kelas pandai, takde kelas 'belakang'. Kat Malaysia, kita sibuk dengan ranking sekolah terbaik di Malaysia. Sekolah yang terbaik dapat tajaan, dapat partnership etc dan guru-guru stress sebab nak kekalkan ranking, sebab nanti ibu bapa bising kalau pencapaian merudum. Bila ibu bapa bising-bising, guru besar stress, bila guru besar stress, guru-guru pula stress, diorang paksa murid2 telan ilmu (bukan belajar ilmu) melalui hafalan dan cara jawab exam dan pastu murid-murid pula stress. So bilanya nak belajar? Yang ibubapa sesetengahnya, cakap tak kisah anak dapat berapa A. Tapi lepas tu masih lamenting the fact anak dia 'kurang sikit' dari anak orang lain, sebab tu tak dapat masuk asrama. Come onnnn.

2) Jenis ilmu yang dipelajari. Di Finland, mereka menekankan kepentingan belajar benda yang boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar. Sebab tu banyak project-based. Dari zaman tadika lagi, guru dah bawa masuk hutan untuk belajar pasal jenis-jenis kulit pokok. Seminggu belajar pasal tu je. Dalam kata lain, diorang menggunakan KBAT dalam seharian, tp takde pun diorang labelkan KBAT tu. Kat Malaysia? Heboh dengan KBAT, tp tak paham konsep KBAT. Siap buat exam on KBAT! Really? Tu tak masuk ibu bapa call guru besar sebab kelas anak dia, cikgu tak habis lagi Chapter 9 dalam textbook sebab kelas sebelah dah start Chapter 10. Heboh pula sebab dalam test takde pun keluar sebijik macam textbook?

3) Kat sini takde exam sebab grade bukan penentu kecemerlangan. Di Finland, umur habis tadika pun ramai lagi yang tak reti membaca. Kerja diorang dalam kelas, bermain. Sebab dari main tu lah diorang belajar mengenai interaksi sosial, belajar mengenai akhlak dan etika, belajar mengenai alam, belajar mengenai sains dan matematik dan bahasa. Kat Malaysia, anak kurang dapat A dalam UPSR dah menggelabah sebab tak dapat masuk asrama. Siapa yang buat sistem ranking sekolah berasrama ni in the first place? Siapa yang buat sistem kasta ni? Dan tanya diri sendiri sebagai parents, siapa yang paksa2 anak-anak untuk masuk sistem kasta ni? Tanya betul-betul kat diri sendiri, berapa banyak soalan dalam exam UPSR tu membantu budak-budak mengenali dunia sekeliling? Bila kementerian nak abolish UPSR, masing2 mengamuk. Tapi nak jadi Finland. Truth is, we cannot. Sebab dah jauh terperangkap dalam traps yang kita sendiri bina.

4) Sistem ekonomi di sini membantu rakyat dia untuk fokus mengenali diri sendiri. Duit bukan kepentingan, sebab kat sini kalau lepas graduate tak dapat cari pekerjaan, government akan bayar elaun sementara diorang dapat kerja. Ibu2 melahirkan anak pula cuti setahun, dengan gaji dibayar government. Orang-orang miskin dapat bantuan. Orang-orang yang sakit belakang sebab kerja lama sangat dapat bantuan urut dari health centre. Orang-orang yang stress diberi cuti sehingga hilang stress. 

Pelajar-pelajar pula dapat peluang belajar dari tadika sampai phd - FREE dan dapat elaun bulanan untuk tolong pelajar bayar sewa rumah dan makan. Kat Malaysia?
Look, jangan tersilap yang saya ni cakap orang Finland rasa akademik tak penting. Orang sini majoriti mempunyai minimum masters degree. ILMU tu penting. Grade A yang tak penting.




Selasa, November 17, 2015

LUKAKAN diri satu kebodohan beragama



SEORANG penganut Syiah bangsa Melayu mempertahankan ritual melukakan tubuh pada hari Assyura 10 Muharram. Antaranya: Rasa kesedihan terhadap kesyahidan Saidina Hussein, mahu merasakan derita orang yang sangat dikasihi, sebab itulah kami melukai tubuh-tubuh kami.

Melukai tubuh-tubuh hanya mahu merasakan derita yang pernah dilalui orang terdahulu. Lalu tubuh-tubuh yang sihat dikoyak-koyakkan dengan pedang dan pisau. Darah menyembur di mana-mana, tak ubahnya seperti medan perang - padang berdarah. Anak-anak yang suci murni tidak mengerti apa pun pasal Saidina Hussein, dihiris kepalanya sekalipun anak itu menjerit-jerit ketakutan dan sakit. Kata penganut Syiah, ini semua adalah ritual kebersamaan derita.  Malah itulah kemuncak akidah Syiah!

Hakikatnya semua mereka sakit, luka-luka, menderita, menjerit-jerit dan menuju ke lembah kebinasaan. Akal manusia yang sihat pun menolak perbuatan bodoh kalangan Syiah itu.

Di sisi Allah, dalam al-Quran sangat jelas perbuatan melukakan diri penganut Syiah adalah perbuatan haram!  Maksud ayat 195 surah al Baqarah: "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan". Dan ayat 157 surah al A'raf: "Dan Dia menghalalkan bagi mereka segaa benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk."

Saya membalas kepada si penganut agama Syiah begini: "Itu ikut akal dan nafsu. Islam tidak mewariskan dosa dan pahala kepada generasi kemudian. Selain hussein mati berdarah, nabi zakaria lebih tragis matinya. Kepalanya digergaji hidup-hidup. Sepatutnya nabi muhammad yg hiris hiris kepala sangking sedih dan rasa derita bersama. Kan mereka sama para nabi Allah.

Syiah ikut nafsu saja. Buat hukum2 agama sendiri. Tidak ada harganya di sisi Allah selain menderita luka-luka. Mengapa tidak terus mati saja pada 10 muharam itu sebagaimana saidina husin yg dizalimi dan wafat, kan mau rasa derita yg sama. Lagi mereka pantas ke syurga dan ketemu hussein. Mengapa tidak berani mati terus?"

Khamis, November 12, 2015

TENTANG Protestant, Kaum Muda dan Salafiyah....

EROPAH pernah mengalami zaman kegelapan selama 1000 tahun, pada waktu yang sama tamadun Islam muncul menjadi obor masyarakat dunia. Selama dalam kegelapan itu agama Kristian didakwa sangat kolot dan para peneraju agama tidak mengikuti ajaran dalam kitab suci mereka, Bible.  Maknanya tafsiran oleh pihak di gereja menjadi keutamaan ketimbang teks dalam Bible. Lalu muncul tokoh Kristian di Jerman, Martin Luther yang menyeru umat Kristian kembali kepada ajaran tulen Bible. Seruan Martin Luther meluas di serata Eropah. Umumnya gerakan Reformation oleh Martin Luther dan pasukannya bermula tahun 1510 dan berakhir 1550. Masyarakat Eropah yang terkesan dengan Renaissance sebelumnya dengan mudah menerima idea pembaharuan Martin Luther. Maka agama Kristian terpecah dua: Katolik dan Protestant.


Apakah yang telah berlaku di Eropah sedang berbunga dalam masyarakat Islam di Nusantara? Sebenarnya telah muncul gerakan Islah (pembaharuan) awal abad ke-20 dahulu dipelopori tokoh seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Abas Kalali, Dr Burhanuddin al-Helmi dan lain-lain. Berlaku pertentangan antara gerakan Islah (disebut juga Kaum Muda) dengan golongan ulama tradisionalyg juga disebut Kaum Tua. Isu yang dibawa oleh Kaum Muda ialah masyarakat Melayu zaman itu telah meninggalkan ajaran tulen al-Quran dan Sunah.  Tafsiran ahli-ahli agama tidak menepati inti sebenar Islam telah menyebabkan orang Melayu ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain zaman itu. Sejarah gerakan Islam seperti tidak dicatat kejayaannya, namun idea-idea supaya orang Melayu zaman itu belajar Bahasa Inggeris, Sains Pertanian, Bahasa Melayu, anak perempuan bersekolah dan menerima ilmu-ilmu dari Eropah, telah diterima oleh semua golongan hari ini.  Ya dulu idea Kaum Muda dianggap pengkhianatan terhadap agama dan tradisi bangsa.

Kini, pada zaman siber gerakan pembaharuan mmembuak kembali.  Gerakan Islah tidak disebut Kaum Muda, sebaliknya penggeraknya menyatakan mereka sebagai Salafiyah atau pengikut golongan Salaf. Manakala penentang Salafiyah menyebut mereka sebagai Wahabi.  Prinsip Salafiyah atau Wahabi sama seperti Kaum Muda dahulu. Mereka menyeru masyarakat beragama dengan menuruti al-Quran dan Hadis seperti pemahaman oleh golongan Salaf yang lebih dekat dengan zaman hidupnya Nabi s.a.w. dan para sahabat Nabi.  Salafiyah mendakwa sebagian amalan agama di Nusantara tidak seperti yang difahami golongan Salaf. Untuk pengetahuan generasi Salaf ialah tempoh 300 tahun sejak zaman Nabi s.a.w.

Wujud pertentangan. Itu lumrah terhadap mana-mana idea yang berlainan daripada keadaan asal. Perbedaan pendapat pasti berlaku antara dua kelompok. Namun sejarah di Eropah, masyarakatnya berpecah sehingga berperang antara penganut Katolik dan Protestant tidak bisa berlaku di Nusantara. Biarlah perbedaan dalam masyarakat Sunni (kontradiknya Syiah) sebagai silang balas ilmu, yang pasti berlaku apabila masyarakat terbuka menerima kepelbagaian ilmu.


Ada pilihan agar tidak berlaku perbedaan ini, jalannya pun ada: Tutuplah masyarakat terhadap ilmu sebagaimana di Korea Utara. Di sana mahasiswanya pun tidak tahu apa itu Piramid yang wujud di Mesir.

Selasa, November 10, 2015

HUJAH 'Allah wujud tidak bertempat' - Asya'irah

TELAH banyak disebut Allah wujud tidak bertempat ketika pengajian akidah di masjid-masjid. Memang kebanyakan Pak Kiyai menganut faham Asya'irah dalam akidah.  Kata Allah wujud tidak bertempat sebenarnya pegangan kaum Muktazilah dahulu.  Lihat apa kritikan terhadap hujah yang sering dibawakan kepada khalayak yang 'melongo' saja!


HUJAH ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT
Sesungguhnya telah tersebar dalam masyarakat kita suatu kata-kata yang dinisbahkan kepada Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anhu mengenai Allah wujud tanpa bertempat.

KATA MEREKA:
Imam Ali radhiallahu 'anhu berkata:
كان ولا مكان، وهو الان على كان.
"Adalah Allah, tiada tempat bagi-Nya, dan Dia sekarang tetap seperti semula.”

Baginda (Imam Ali) juga berkata:
إن الله تعالى خلق العرش إظهارًا لقدرته لا مكانا لذاته.
”Sesungguhnya Allah – Maha Tinggi- menciptakan Arsy untuk menampakkan kekuasaan-Nya bukan sebagai tempat untuk Zat-Nya.”[ Al Farqu baina al Firaq:333]

Baginda juga berkata:
من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود.
”Sesiapa menganggap bahawa Tuhan kita terbatas (mahdûd) maka ia telah jahil (tidak mengenal) Tuhan Sang Pencipta.”[ Hilyatul Awliyâ’; Abu Nu’aim al Isfahani,1/73, ketika menyebut sejarah Ali ibn Abi Thalib ra.]

KITA JAWAB:
Ini merupakan pendustaan terhadap Ali Bin Abi Thalib radhiallahu 'anhu. Hal ini dapat dilihat dari beberapa sudut:
Pertama:
Sesungguhnya athar ini dibawakan oleh orang-orang Syi'ah Rafidhah dalam buku-buku mereka tanpa ada sanad sama sekali. Antaranya dalam kitab mereka Al-Kaafi (karya Al-Kulaini). Al-Kulaini berkata:
وَ رُوِيَ أَنَّهُ سُئِلَ ( عليه السلام ) أَيْنَ كَانَ رَبُّنَا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ سَمَاءً وَ أَرْضاً فَقَالَ ( عليه السلام ) أَيْنَ سُؤَالٌ عَنْ مَكَانٍ وَ كَانَ اللَّهُ وَ لَا مَكَانَ
Dan diriwayatkan bahawasanya Ali bin Abi Thalib 'alaihis salam ditanya : Dimanakah Rabb kami sebelum menciptakan langit dan bumi?, maka Ali bin Abi Thalib 'alaihis salaam berkata, "Mana pertanyaan tentang tempat?! padahal Allah dahulu tanpa ada tempat (Al-Kaafi 1/90 dalam بَابُ الْكَوْنِ وَ الْمَكَانِ)

Ternyata memang aqidah orang-orang Asyaa'irah adalah sama dengan aqidah orang-orang Syi'ah Rafidhah dalam masalah di mana Allah.

Kerana memang orang-orang Rafidhah beraqidah mu'tazilah, dan Asya'irah dalam masalah dimana Allah sepakat dengan Mu'tazilah (padahal Mu'tazilah adalah musuh Asya'irah)
Athar ini dibawakan oleh Al-Kulaini dengan tanpa sanad, bahkan dengan sighah "Diriwayatkan" yang menunjukan lemahnya riwayat ini.

Kedua :
Demikian juga yang dinukil dari kitab Al-Farqu bainal Firoq karya Abdul Qahir Al-Baghdadi adalah riwayat tanpa sanad sama sekali.

Abdul Qahir Al-Baghdadi berkata :
"Mereka telah bersepakat bahawasanya Allah tidak diliputi tempat dan tidak berlaku waktu baginya, berbeza dengan perkataan orang-orang yang menyangka bahawasanya Allah menyetuh 'Arsy-Nya dari kalangan Hasyimiyyah dan Karraamiyyah. Amiirul Mukminin Ali –radhiallahu 'anhu- berkata : Sesungguhnya Allah telah menciptakan Al-'Arsy untuk menunjukan kekuasaan-Nya dan bukan untuk sebagai tempat yang meliputi zat-Nya. Beliau berkata juga : Allah dahulu (sendirian) tanpa ada tempat, dan Allah sekarang sebagaimana Dia dulu" (Al-Farqu baynal Firaq hal 33)

Para pembaca yang budiman, ternyata riwayat-riwayat dari Ali bin Abi Thalib yang dibawakan oleh Abdul Qahir Al-baghdadi tanpa ada sanad sama sekali. Dan hal ini tentunya diketahui oleh Asyairah, akan tetapi mereka tetap saja menampilkan riwayat-riwayat dusta dan tanpa sanad ini demi untuk mendukung aqidah mereka yang bathil.

Ketiga :
Selain riwayat-riwayat tersebut tanpa sanad ternyata Abdul Qahir Al-Baghdadi sama sekali tidak dikenal sebagai seorang Muhaddith, namun demikianlah Asyairah tetap sahaja nekad mengambil riwayat dari orang yang tidak dikenali sebagai Muhaddith.

Keempat :
Abdul Qahir Al-Baghadadi tentunya lebih rendah kedudukannya daripada kedudukan gurunya iaitu Abul Hasan Al-'Asy'ari.

Kelima :
Kalau seandainya riwayat-riwayat di atas sahih maka tidak menunjukan bahawasanya Ali bin Abi Thalib mengingkari adanya Allah di atas langit. Paling tidak, dalam riwayat-riwayat di atas baginda –radhialllahu 'anhu- hanyalah mengingkari bahawasanya Allah diliputi oleh tempat, dan pernyataan tersebut adalah pernyataan yang benar.

IKTIQAD KITA AHLUS SUNNAH:
Ahlus sunnah tidak mengatakan bahawa Allah berada di suatu tempat yang meliputi Allah, akan tetapi mengatakan bahawasanya Allah berada di atas, iaitu di arah atas.
Wallahu a'lam.

Disunting dari kajian Ustaz Firanda Andirja oleh Nasiruddin Abdul Aziz.


Sabtu, November 07, 2015

PANDANGAN remajaku terhadap Revolusi Iran 1979

“ZAMAN anak-anak kita sekolah esok mereka belajar Revolusi Iran.”  Itu yang saya katakan pada rakan sekolah semasa Tingkatan Tiga dahulu, tahun 1979. Waktu itu dalam pelajaran Sejarah di Tingkatan Tiga, antara yang ditekuni ialah peristiwa besar dunia seperti Revolusi Perancis 1789, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Bolshevik 1917 di Russia.  Sebab itulah Revolusi Iran (bacalah revolusi agama Syiah) yang menghapuskan dinasti Pahlavi berusia lebih 2,500 tahun bagi kami pelajar Tingkatan Tiga salah satu peristiwa besar.  Kini baru faham, revolusi-revolusi besar telah mengubah sejarah dunia, tapi apakah Revolusi Syiah Iran sama?

Khomeini turun daripada Air France

Saya tulis pengamanan dan pemerhatian sebagai murid sekolah dan remaja mengenai pengaruh Revolusi Syiah Iran.  Saya memang teruja mengetahui berita revolusi di Iran.  Waktu itu Khomeini dalam buangan di Perancis dan rakyat Iran berdemo hari-hari sehingga Raja Iran, Shah Reza Pahlavi dan istrinya Farah Diba terpaksa lari ke Mesir. Khomeini yang digelar Ayatullah Ruhullah, pulang ke Iran dan diangkat sebagai pemimpin agung. Akhbar dalam negara menyebut pemerintahan Mullah di Iran.  Nama Perdana Menteri Mehdi Bazargan pun saya masih ingat dengan fotonya yang saya anggap sangat karismatik.

Tahun  1981, ustaz yang mengajar di Tingkatan Empat memuji-muji Khomeini sebagai pemimpin besar umat Islam semasa. Ustaz mesti menyebut nama Khomeini dengan gelarannya: Ayatullah Ruhullah.  Saya pun tidaklah tahu hal Syiah sangat, kecuali pemahaman mereka lanjutan konflik zaman awal Bani Umayyah dahulu.

Apabila masuk di Tingkatan Enam, seorang guru lepasan Pengajian Islam UKM mengajar saya. Antara kekaguman beliau terhadap revolusi di Iran, saya masih ingat kata-katanya, “Sewaktu Nabi dan para sahabatnya sedang dalam discussion, baginda nabi menyebut, ‘kelak akan bangun umatku mengamalkan Islam’ sambil menepuk paha salah seorang sahabatnya. Sahabat yang ditepuk ialah Salman al-Farisi.”  Namun sampai  saya dewasa sekarang tidak pernah melihat dan membaca hadis itu.

Tahun 1983, Presiden atau Yang Dipertua Pas baru, Haji Yusuf Rawa datang ke kampung saya, Sepintas. Kampung Sepintas sebenarnya seperti tidak ada apa-apa. Haji Yusuf Rawa datang sebab dibawa Haji Hassan Shukri (saya tak tahu apa jawatan Haji Hassan waktu itu). Haji Hassan Shukri adalah anak jati Kampung Sepintas. Haji Yusuf Rawa datang merasmikan Mesyuarat Agung Pas ranting Kampung Sepintas. Haji Yusuf berucap sambil duduk, tapi bersemangat dan kuat tanpa pembesar suara (waktu itu kampung Sepintas belum ada bekalan elektrik).  Antara lain beliau berkata, “Ada pihak menuduh Pas hendak memerintah seperti revolusi di Iran, dan saya mengimport revolusi itu ke Malaysia, sebab saya bekas duta ke Iran.”

Tahun-tahun selepas kejayaan Revolusi Syiah Iran memang nampak kesannya dalam Pas. Ceramah-ceramah pun selalu menyebut ‘ini zaman kebangkitan Islam’.  Media arus perdana tidaklah memberi gambaran zaman kebangkitan Islam. Media kecil seperti Watan dan Mingguan Tanahair menjadi pilihan saya.  Pas perasan mendapat sokongan besar umat Islam apabila setiap kali ceramah, pengunjungnya ribu-ribu orang. Namun dalam PRU 1985, gagal di Kelantan dan hanya mendapat satu kerusi Parlimen iaitu Pangkalan Chepa.  Namun pengaruh revolusi Syiah Iran memang ketara dengan konsep kepemimpinan ulama. Kata para penceramah lebih kurangnya, “Ulama yang lebih tahu soal hukum-hakam agama, maka ulama yang paling baik memerintah negara.”  Ini semua mengambil semangat dan contoh Iran yang memberi meletakkan para mullahnya sebagai pemerintah tertinggi.  Kebanyakan pemimpin Pas mesti berjubah putih dan berserban ketika berceramah sekalipun mereka bukan golongan ustaz.  Hari ini pemimpin yang dahulunya berjubah ke sana-sini, memakai semula tali lehernya sewaktu bertahaluf siasi dengan DAP.


Hemat saya, dahulu kebanyakan orang Islam kita tidak faham akidah Syiah yang sebenarnya bukan Islam.  Maka tidak hairan sebilangan ahli agama melihat Syiah sebagai masalah kecil dalam umah.  Hari ini sebagian sudah sedar Syiah tersesat jauh atau bukan sama sekali Islam!  Perbualan saya dengan murid sekolah, mereka boleh memberikan contoh cara ibadah Syiah yang bagi mereka pun sangat pelik.  Ini tentulah maklumat yang mudah diakses di mana-mana.  Mereka pun tahu tahtbih iaitu mencederakan diri dengan darah-darah sebagai perbuatan gila, akal pun menolak logiknya. Apa lagi agama!

Rabu, November 04, 2015

PERHATIKAN akidahnya, sekalipun berwatak orang shalih

KALI ini biar foto bercerita pasal akidah.  Kita selalu melihat penampilan seseorang berpakaian dalam membuat kesimpulan.  Orang yang berjilbab pastinya dikatakan kuat iman dan takwanya kerna sanggup berjilbab pada saat wanita-wanita jaman moden mendedahkan rambutnya.  Juga lelaki-lelaki yang memakai songkok putih atau kopiah merupakan lelaki yang punya ilmu agama.

Perhatikan akidah kita dan mereka. Kita muslim dan beriman kerna pengakuan dan amalan daripada 'Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah rasul Allah'.


berkopiah, tapi mengusung berhala. Inilah penganut agama syiah

berjubah dan berserban menyiram air yg didakwa suci untuk keberkatan?
Bukan ajaran Islam

Akhbar melapor mereka (berpakaian orang shalat) menyiram air suci
untuk menghindari bencana di kawasan berkenaan

Mereka dikatakan dari sekolah agama, melakukan ritual agama di tepi jalan
konon supaya Allah menghentikan keburukan di jalan itu

Ahad, November 01, 2015

MASJID dingin, ribuan orang datang...?

SEBUAH masjid di daerah saya telah dilawati Baginda Sultan Selangor lebih setahun yang lalu.  Oleh kerna asalnya sebuah masjid desa terbuat daripada kayu, dan sudah berusia pula maka diperbaiki fizikalnya hampir  50 persen tetapi tidak diubah struktur asalnya.  Sejak pembaikan itu orang desa dapatlah menikmati kesejukan hawa dingin di masjid. Untuk rekod, adalah satu atau dua buah rumah saja yang mempunyai alat pendingin hawa daripada beratus-ratus rumah di desa. Ini desa tradisional, ekonominya pertanian dengan rumah-rumah kayu atau separa batu.

hanya hiasa 

Sebenarnya, ruang yang disediakan pendingin hawa ialah ruangan dewan shalat utama. Ada 30 paratus ruang di belakang tidak menerima hawa sejuk itu. Manariknya setelah masjid ditambah baik dengan alat pendingin hawa, rupa-rupanya jumlah ahli shalat berjamaah tidaklah bertambah dengan mendadak. Jelasnya, masyarakat tidak pun menganggap sejuknya hawa di masjid menjadi motivasi baru mereka shalat di masjid.  Kata orang agama, apa-apa hal…. Petunjuk Allah juga!

Baru-baru ini diumumkan keputusan mesyuarat Panitia masjid untuk membeli alat pendingin hawa baru, untuk mendinginkan pula ruang belakang dalam masjid. Nanti, dengan sempurnanya projek, bermakna 100 persen masjid menjadi dingin seperti masjid-masjid di Eropah.  Panitia membuka peluang  ahli jamaah berjihad infak untuk membeli alat itu.  Katanya sehingga RM6,000.00.

Moga-moga kerja murni menjadikan masjid semakin selesa dimudahkan Allah.

Selepas ini sepatutnya Panitia  mengambil keputusan atau tindakan mengumpul dana baru, menjayakan projek ‘ayuh ke masjid’. Tidak ada pilihan lain kepada para pemikir dalam masjid, mesti menyertakan sebanyak mungkin orang shalat di masjid selain hari Jumaat dan maghrib.

Antaranya, pihak panitia bisa menubuhkan panitia kecil projek ‘ayuh ke masjid’.  Panitia ini mesti dibiayai dana secukupnya untuk menziarahi ahli berpotensi dan memberi hujah baru, mengapa mereka mesti shalat di masjid. Bisa ambil semangat ahli jamaah dakwah tabligh yang beberapa kali mampir di sana.

Panitia projek juga bisa menerbitkan buletin mingguan yang mesti sampai ke semua rumah dalam desa. Maklumat berkenaan jaminan bahagia dan ancaman berkenaan shalat fardu di masjid mesti disebarkan.  Tanpa maklumat, orang tidak bisa berfikir dan mengambil keputusan.

Panitia masjid juga sepatutnya sudah mewujudkan grup dialog menggunakan telefon pintar, sebab orang desa lebih pantas berubah dalam pemilikan telefon, menyamai budaya orang di bandar. Imam dan panitia mesti sudah bersedia menjadi peneraju itu.  Orang desa lebih percaya ahli-ahli agama ketimbang pemilik-pemilik warung kopi di simpang jalan.


Setelah kepenatan begitu barulah, kita berkata…. “akhirnya semua kerna petunjuk Allah”.

Selasa, Oktober 20, 2015

JIKA mahu barang tulen, tentulah mahu agama yang tulen

SUNGGUH banyak orang menyatakan kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sehingga berasa senang dan ‘bangga’ (mungkin saja) dengan menampal pelekat di kenderaan atau kereta.  Sungguh, saban tahun orang menyambut Maulidur Rasul atas sebab cinta kepada Nabi akhir jaman itu. Malah ada yang membuat majlis itu di luar Rabi’ul Awal, kerna katanya hari-hari mahu melahirkan cinta kepada seorang nabi, penutup nubuwah itu.


Allah pun telah mengesahkan yang Nabi Muhammad, Rasululullah s.a.w. itu satu ikutan yang benar. Maksud firman Allah, “Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berdzikir kepada Allah.” (Al-Ahzab: 21)

Ayat 21 itu perlukisan Allah untuk menguatkan semangat para pejuang agama sewaktu perang Khandak atau al-Ahzab. Sebelumnya Allah mengkritik golongan yang takut dan berjiwa kerdil untuk berperang bersama nabi malah hanya mahu masuk ke dusun-dusun saja  dengan membiarkan Nabi dan pasukan yang beriman bertahan menghadapi kepungan 1000 tentara al-Ahzab. Maka itu Allah memuliakan Nabi dan memberi motivasi besar kepada pasukan (dan umah) perihal ketahanan mental, jiwa dan fisikal Nabi tatkala berdepan kesulitan. Ibnu Katsir menyatakan ayat itu menjadi dalil meneladani Rasulullah baik dalam ucapan, perbuatan atau pun sepak terjang kesehariannya.

Ayat itu pun kekal sebagai dalil mencintai Rasulullah.  Kata orang bercinta atau pacaran, orang yang dicintai itu umpama sehabis-habis yang diingat-ingat dan sangat dirnduinya. Mahu-mahunya seseorang itu akan berbaju sama warna dengan baju pacarnya, mahu mendengar suaranya di mana pun, mahu mengikuti ajakan kekasih hati kerna itu kemahuan kekasih…. dan mahu meninggalkan tabiatnya yang tidak disukai oleh sang kekasih!

Tidak dapat tidak, meneladani Rasulullah bermula dengan keimanan. Setelah mengakui ‘tiada tuhan (sesembahan) selain Allah’ maka pengakuan muslim ialah ‘Muhammad adalah Rasul (utusan) Allah’.  Pengakuan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah berarti, penerimaan sunah Rasulullah dalam kehidupan kita semua.  Setelah penerimaan dengan iman, maka wajib pula muslim mencari pengetahuan semua segi (sebaik-baiknya) kehidupan Rasulullah, terutama bab berakidah dan beribadah.  Tidak ada hak untuk mempersoal mengapa Rasulullah membuat itu dan ini, sementara tidak pula melakukan itu dan ini. Urusan agama adalah daripada Allah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah, “Wahai Rasulullah, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu.” (sebagian ayat 67 surah al-Ma’idah)

Rasulullah tidak berdusta atau menyembunyikan seruan Allah yang mesti diketahui oleh hamba-hamba-Nya. Tuntas, Islam padat dan lengkap sebelum Rasulullah wafat.  Maksud firman Allah, “Pada hari ini Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukukan nikmat-Ku dan Aku reda Islam menjadi agamamu.” (ayat 3 surah al-Ma’idah)

Mungkin kerna jaman Islam sudah lama dan melewati sejarah yang berliku-liku, maka banyaklah orang yang memahami daripada pelbagai sudut. Namun jangan pula dinafikan hak dan kehendak mereka yang mahu meneladani Rasulullah saja dalam akidah dan ibadahnya.   Sekalipun nanti kelihatan mereka yang hanya meneladani Rasulullah itu ‘hanya beramal itu dan ini saja, kok sedikit amat…’ biarlah kerna itu kefahaman mereka dalam meneladani Rasulullah.


Tentulah golongan yang meneladani Rasulullah benar-benar mahu menjaga ketulenan agama dan membuktikan kecintaan kepada nabi akhir jaman itu saat umah sudah banyak dan pelbagai ragamnya pula.

Sabtu, Oktober 03, 2015

TIDAK ada yang aminkan Tarhim sebelum Subuh


TARHIM dilaungkan dari menara-menara masjid sebelum dilaungkannya azan subuh. Tarhim adalah susunan ayat berupa doa kepada Allah. Daripada doa untuk kebaikan umah terhadap Sang Khalik sehinggalah berkenaan khalifah selepas kewafatan Rasulullah: Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.  Jika Tarhim itu sebagai doa, mengapakah tidak ada orang mengaminkan bacaan Tahrim pada sebelum subuh itu?

Bacaan Tarhim yang berulang-ulang sebelum Subuh merupakan adat Melayu untuk menghiasi hening sebelum subuh.  Orang  pun tidak tahu Tarhim satu susunan doa, maka tidak ada orang yang mengaminkannya. Orang yang sedang beriktikaf dalam masjid pun tidak mengaminkannya.  Konon dengan laungan Tahrim, maka orang akan terbangun daripada tidur, kemudian akan ke masjid untuk shalat Subuh berjamaah. Jika itu tujuan membaca Tarhim, patut benar kandungannya diubah kepada ayat yang membangunkan manusia tidur.  Atau dibariskan doa-doa agar Allah menjadikan mereka yang mendengar Tarhim segera bangun.  Itu sepatutnya bisa dibuat sebab tarhim bukan aturan daripada Nabi, itu aturan kita sendiri.

Mengikut sunah Nabi s.a.w., memanggil orang ke masjid untuk solat ialah dengan azan. Dalam azan ada laungan ‘marilah shalat..marilah shalat’. Malah untuk membangunkan orang tidur, dalam azan subuh telah ada seruan ‘Shalat lebh baik daripad tidur’.

Dalam sejarah, ada kisah bagaimana Khalifah Usman menyedarkan orang yang dalam kesibukan untuk ke masjid. Itu terjadi di Madinah, pada hari Jumaat. Jaman belum ada jam dan pembesar suara, medium yang dipilih oleh Khalifah Usman adalah azan.  Maka beberapa waktu sebelum masuknya waktu zuhur pada hari Jumaat, seorang telah berdiri di tengah-tengah pasar Madinah, melaungkan azan. Tujuannya untuk menyedarkan manusia supaya bersiap ke masjid, kerna tidak lama lagi ada majlis Shalat Jumaat. Namun azan di pasar Madinah itu bukan azan syariat beribadah sebagaimana azan sesudah masuknya waktu-waktu shalat. 

Sepatutnya, jika tujuan Tarhim untuk menyedarkan manusia daripada tidur untuk segera ke masjid kerna tidak lama kemudian akan masuk waktu Subuh, mengapa tidak dilaungkan azan kira-kira 40 menit sebelum azan subuh yang sebenar?  Contoh di jaman sekarang pun ada dan semua ahli agama tahu, iaitu di masjid Madinah dan Masjidil Haram Makkah dilakukan begitu. Di beberapa masjid dalam negara juga melakukan hal yang sama. Pejabat-pejabat agama tidak harus hanya pandai menutup Tarhim saja, sebaliknya menggantikan dengan amalan sunah.


Jadi mau apa lagi kita ini?

Khamis, Oktober 01, 2015

KATA khutbah masjid: DAP menentang Islam!


MEMANG khutbah shalat iduladha di Pahang berbau politik kepartaian. Secara terang khatib membacakan teks yang menyebut nama-nama parti politik. DAP secara jelas didakwa menentang Islam. Teks khutbah ini merupakan satu contoh istimewa terhadap penggunaan mimbar masjid untuk politik. 

Ada dua sudut yang boleh dilihat dalam kasus ini. Pertama khutbah memang mengajak umah menuju kebaikan, iaitu meminta umah bersatu sikap dan pendirian terhadap isu Islam walaupun berbeda parti politik.  Teks khutbah menyebut ahli-ahli parti Pas, Umno, GHB dan PKR yang mmuslim patut bersatu.  Ini tidak menjadi isu politik sebab tidak ‘mencederakan’ mana-mana parti politik yang disebut itu.

Kedua, khutbah telah mencederakan DAP sebagai parti yang sedang giat mempromosikan parti kepada umat Islam. DAP didakwa menentang Islam. Ini telah mencederakan parti politik itu. Memang ada sebab DAP marah. Sebagai andaian, satu khutbah di Selangor yang menyebut Umno parti yang menggalakkan rasuah, tentulah pemimpin Umno menjadi marah sebab teks khutbah telah mencederakan parti Melayu itu.

Sebenarnya khutbah hari raya atau penggunaan masjid untuk  politik kepartaian itu bukan menghairankan mata. Semua parti Melayu/Islam secara sedar telah menggunakan masjid untuk meraih keuntungan politik.  Majlis-majlis penyampaian sumbangan  di masjid yang secara jelas banyak logo parti politik telah berlaku. Ceramah atau kuliah agama yang semua isinya sama seperti ceramah politik (tetapi tidak disebut nama parti dan ahli politiknya) lagi banyak berlaku.  Pernah dahulu polis tidak membenarkan perhimpunan politik tanpa permit, lalu perhimpunan itu dibawa ke dalam masjid. Dalam masjid itu 100 persen adalah ceramah politik. Sebut nama parti yang dibenci dan agungkan tokoh politik tertentu.  Itu berdasarkan pengalaman mata saya sendiri.

DAP juga telah mengunakan masjid untuk dilhat mesra orang Melayu apabila wakil-wakil rakyatnya memberi ucapan dalam masjid, walaupun bukan ceramah politik.  Sekilas ikan di air, orang tahu jantan betinanya.

Alah, isu DAP marahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan hilang begitu saja seperti isu wakil rakyat perempuan  DAP  memberi ucapan dalam masjid. Isu pemimpin parti tidak beragama Islam masuk beranda masjid tanpa membuka kasut pun tidak menjadi kudis.


Politik, apa saja boleh berlaku dan tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan sekalipun kelakuan itu tidak ada adab sopan langsung. Pemimpin politik merupakan orang yang tidak akan terus mempertahankan sikapnya. Mereka umpama lalang. Semua begitu, sama ada yang kepala botak, bersongkok, berserban, bertudung kepala atau yang suka berseluar pendek!

Selasa, September 22, 2015

SYAITAN, memang kamu setan!


SYAITAN tidak akan merayu imam masjid atau ahli agama ke sarang sundal, sekalipun memang syaitan tahu zina satu dosa besar yang boleh menyebabkan seseorang dihantar ke neraka. Syaitan tahu ada bahagian dalam kehidupan beragama itu yang boleh dijadikan dosa yang bakal menjadikan seseorang itu ke tempat siksaan paling sadis.  Dari sejelek-jelek dosa seperti berzina, meminum arak, syirikkan Allah sehingga yang tampak bagus seperti mempamerkan tubuh badan di khalayak dan membuat bid’ah agama, semua dalam pengetahuan dan perancangan rapi syaitan atau iblis.

Iblis telah berikrar dan pasti menunaikan ikrarnya. “Iblis menjawab, ‘beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan’. Allah berfirman, ‘Sesungguhnya kamu termasuk yang diberi tangguh.’ ‘Kerna Engkau telah menghukum saya sesat, maka saya benar-benar akan (menghalangi) mereka daripada jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari hadapan dan belakang, kanan dan kirinya.  Dan Engkau mendapati kebanyakan mereka tidak bersyukur (taat kepada-Mu).’ ” (maksud firman Allah ayat 14-17 surah Al-A’Araf)

Telah tegas dan sempurna peringatan Tuhan mengenai syaitan sebagai musuh utama manusia. “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu, maka anggaplah mereka musuh (kamu), kerna sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (maksud firman Allah ayat 6 surah al Fathir)

Apa saja keburukan atau kejelekan adalah daripada syaitan.  Anak-anak yang malas belajar dan sekolah adalah kerna gangguan syaitan. Kelak anak-anak ini akan tercicir daripada sekolah, menjadi anak terbiar tanpa pengetahuan. Kebodohan mereka adalah atas usaha syaitan. Dengan kebodohan itu syaitan akan mendorongkan pula anak-anak itu (setelah besar) melakukan kerja-kerja jahat dan dosa. Mencuri dan menipu menjadi pekerjaan yang dipikirkan betul. Mencuri menjadi indah dengan panduan syaitan.

Syaitan pasti mempertahankan kesesatan beragama manusia termasuk yang melakukan syirik terhadap Allah.  Penyembah-penyembah berhala di kuil, tokong dan biara-biara sentiasa dijaga oleh syaitan agar istiqamah dengan kesesatannya. Sang manusia penyembah berhala dan musyrik itu tidak sadar kesesatannya, dan mereka merasakan keagamaan mereka benar dan indah. Tidak lain syaitan sentiasa memberi khabar palsu yang dilihat indah oleh manusia yang sudah disesatkan.

Tidak ada bedanya juga kepada ahli-ahli agama Islam, yang merasakan indah dan baik mempertahankan bid’ah.  Mereka sadar sedang melakukan bid’ah (perbuatan baru dalam agama) tetapi memberi khabar indah kepada orang lain dengan istilah keikhlasan kepada Allah dan hal-hal yang baik.

“Dan demikianlah berhala-berhala mereka (syaitan) menjadikan terasa indah bagi banyak orang musyrik membunuh anak-anak mereka, untuk membinasakan mereka dan mengacaukan agama mereka sendiri.  Dan kalau Allah mengkehendaki, nescaya mereka tidak akan mengerjakannya.  Biarkanlah mereka bersama apa (kedustaan) yang mereka ada-adakan.” (Maksud firman Allah ayat 137 surah Al An’am)

Perkataan-perkataan yang indah juga dipilih supaya tidak dilihat haram atau dosa. Hubungan sulit menggantikan zina, faedah menggantikan riba, bid’ah hasanah menggantikan bid’ah, hak asasi berpolitik menggantikan perpecahan dan pelbagai lagi.


Demikianlah.

Selasa, September 15, 2015

MALAYSIA setiap 16 September



TANGGAL 16 September merupakan Hari Persekutuan Malaysia.  Negara persekutuan Malaysia terhasil  melalui gabungan empat wilayah iaitu Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tanggal 16 September 1963. 

Gagasan Persekutuan Malaysia telah disebut awal oleh pemimpin Melayu, Dato Onn Jaafar pada jaman penjajahan British lagi.  Kemudian pada tahun 1961 Perdana Menteri Negara Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra telah menyebutnya semula di Singapura.  Rancangan Persekutuan Malaysia ialah Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.  Kemudian berlaku kemarahan oleh Parti Rakyat di Brunei dan Sultan Brunei menarik diri daripada menyertai Malaysia.

Persekutuan Malaysia

Yang paling mengesankan ialah Singapura. Pemimpin di Singapura  yang paling kuat menyokong Malaysia ialah Lee Kuan Yew.  Melalui proses pungutan suara di pulau itu, lebih 70 persen penduduk mahu Singapura menyertai Malaysia.  Di Sabah dan Sarawak, setelah melalui penyelidikan oleh Suruhan Jaya Cobbold dan Suruhan Jaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), majoriti besar penduduknya mahu menyertai Malaysia.  Namun Sabah dan Sarawak meminta beberapa kuasa autonomi untuk menjamin keutuhan negeri, lalu dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia.  Singapura tidak meminta apa-apa.

Maka tanggal 16 September 1963 telah rasmi negara besar Malaysia terhasil daripada kerelaan, pengorbanan dan tolak ansur empat wilayah: Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Perlembagaan kemerdekaan Tanah Melayu 1957 telah dipersetujui menjadi asas penulisan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Cabaran pertama Malaysia ialah Konfrontasi Indonesia yang dilancarkan oleh Presiden Soekarno. Indonesia menuduh Malaysia merupakan negara penjajah baru apabila menguasai wilayah Singapura, Sabah dan Sarawak. Unit-unit tentara Indonesia telah digerakkan di sempadan Sabah, Sarawak termasuk ke Johor dan Selangor.  Komando tentera Indonesia juga didaratkan di Singapura, dan mereka terkorban!

Filipina juga membantah negara Malaysia dengan sebab Sabah dikatakan sebagai sebagian negara Filipina.  Alasan Filipina ialah timur Sabah dulunya dalam kuasa Kesultanan Sulu yang berpusat di Mindanao. Apabila Mindanao masuk Filipina, maka hukumnya Sabah mesti masuk Filipina.  Tantangan Filipina tidak gencar, hanya dengan suara.

Konfrontasi Indonesia tamat apabila Jeneral Soeharto menjadi Presiden Indonesia menggantikan Soekarno.  Tun Abdul Razak mewakili Malaysia dan Tun Adam Malik mewakili Indonesia menandatangani perjanjian tamat sengketa dua negara serumpun.

Singapura dipisahkan daripada Malaysia pada 15 Ogos 1965 disebabkan pemimpin di Singapura tidak memenuhi janji sewaktu membentuk Malaysia.  Jika dulunya Lee Kuan Yew menerima konsep perbedaan rakyat untuk peribumi dan bukan pribumi, setelah dalam Malaysia beliau kerap berteriak. Ini menjadi jalan permusuhan kaum. Tidak ada pilihan dari Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, maka Singapura dikeluarkan.  Mungkin semua sudah dalam rencana British dan Lee Kuan Yew sewaktu memulakan rancangan Malaysia. LKY menerima semua syarat untuk masuk Malaysia, kemudian berteriak-teriak untuk dibebaskan. Dengan itu beliau berjaya mempergunakan Malaysia untuk menaikkan diri sebagai salah seorang pemimpin sebuah negara.  Sejarah sedang mengadilinya.

Syukur kepada Tuhan, Malaysia terus berjaya sekalipun tetap menempuh cabaran.  Rakyat sudah faham, keutamaan adalah keselamatan dan kedaulatan negara. 


Terus maju Malaysia!

Selasa, September 08, 2015

ISLAM melarang beribadah di kuburan

beribadah di kuburan wali?
ANTARA kebimbangan Kanjeng Rasulullah s.a.w. terhadap umatnya adalah pemujaan kubur, terutama kubur orang-orang terkenal atau ahli agama yang sangat disanjungi sewaktu hidupnya.  Pemujaan ini tentulah menyembah kubur!  Itu ekstrim dan orang yang menyatakan ‘Tidak ada tuhan selain Allah ‘pasti tidak menyembah kubur!

Pemujaan kubur  juga berarti menjadikan kubur itu sangat istimewa, satu tempat yang sentiasa dikenang-kenang dan mesti diziarahi sebagai tanda sangat berarti dalam hidup atau kepercayaannya.   Penziarah akan duduk-duduk di sisi kuburan, membaca surah yasin, bertahlilan atau berwirid.  Bentuk ibadah itu dilakukan di atas kuburan itu kerna sangat yakin bahawa kuburan itu paling istimewa, dan dipercayai segala aktiviti keagamaan itu lebih disukai Allah ketimbang melakukan hal yang sama di rumah atau di masjid-masjid.

tilawatil qur'an di atas kubur?
Kemudian ditentu-tentukan hari berkumpul secara besar-besaran misalnya setahun sekali bertepatan hari lahir atau matinya.  Saat perkumpulan penziarah dalam gelombang besar, dirasakan jauh lebih afdal dan paling membawa rahmat Allah.  Dan akhirnya penziarah menjadi percaya ada keberkahan atau kebaikan-kebaikan dalam agama apabila berada dalam majlis besar-besaran di kuburan berkenaan.  Sesudah itu, mereka akan sanggup mati pula mempertahankan kuburan itu daripada ditutup atau mahu dipindahkan!  Apakah begitu ajaran Allah dan rasul-Nya?

Bahawa dahulu pada jaman jahiliyah ada orang alim bernama Al-Lata, berbakti memberi makanan kepada para jamaah haji. Kerna jasa dan sanjungan orang, kuburnya dijadikan tempat istimewa. Dibangunkan pula binaan yang bersesuaian dengan kehendak penziarah jaman itu. Lama-lama, berganti generasi, kubur itu dipuja dan dibuatkan pula patung sebagai tugu peringatan manusia bernama Al-Lata. Patung itu kemudiannya dipindahkan ke sisi Kaabah. Maka sempurnalah kesyirikan kepada Allah.

Bahawa Ibnu Abas r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. melaknat para wanita yang berziarah kubur dan orang-orang yang menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, serta membuat penerangan di atasnya.” (HR Abu Dawud 3236, Ibnu Majah 1575, At-Tirmizi 320, An-Nasa’I 4/77 dan Ahmad 1/229)

Malah baginda Rasulullah s.a.w. juga bersabda (artinya), “Ya Allah, janganlah Engkau menjadikan kuburku sebagai berhala  yang disembah.  Alangkah murkanya Allah kepada orang yang menjadikan kubur-kubur orang salih sebagai tempat beribadah.” (Sahih, diriwayatkan oleh Imam Malik, Bazzar secara mausul dalam kitab Kasyful Atsar 440)

Membuat penerangan di kuburan pun dilarang Kanjeng Nabi s.a.w.  Hari ini banyaklah orang  berasa aneh jika setelah mengubur jenazah, lantas semua berdiri sebentar dan berdoa untuk keampunan si mati.  Setelah itu pulang.  Tidak, mereka tidak yakin sekadar itu, lalu mereka membaca surah Yasin, bertahlilan, berzikir dan membuat ucapan-ucapan pula di situ.  Ada ucapan memberitahu apa yang jenazah akan hadapi dan peringatan untuk manusia yang masih hidup.  Itulah yang dipercayai benar, walhal itulah yang dilarang oleh Kanjeng Nabi s.a.w.. 

Bukankah kita bersaksi Muhammad adalah Rasulullah?


Allahu ‘aklam