Pengikut

Isnin, Mei 28, 2018

MARA diteropong bukan Melayu


Pemerintahan sistem Malayan Union (MU) 1946, ditubuhkan oleh British untuk menghapuskan kuasa raja dan kerajaan negeri. Orang bukan Melayu diberi kerakyatan secara mudah. Ini semua utk kepentingan ekonomi dan politik British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia kedua.

Parti Umno ditubuhkan thn 1946 untuk menentang MU. Untuk mengelakkan pemberontakan Melayu, British memenuhi kehendak Umno. Tahun 1948 MU dimansuhkan dan ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu, yg mengembalikan kedudukan raja dan mengetatkan syarat orang bukan Melayu menjadi warga negara.

Parti Komunis Malaya (PKM) yg banyak anggotanya orang Cina memberontak mulai tahun 1948. Salah satu cara British mengatasi pemberontakan PKM ialah menawarkan kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu. Ini menimbulkan kemarahan Umno dan orang Melayu. Tapi British memujuk Umno supaya menerima hakikat, lambat laun orang bukan Melayu terus tinggal di Tanah Melayu dan menjadi warga negara. Dato Onn membuat syarat bahawa orang Melayu boleh menerima orang bukan Melayu dengan tukaran bantuan khas yang terjamin untuk pendidikan dan ekonomi Melayu. British bersetuju, maka ditubuhkan RIDA tahun 1949 (kemudian ditukar kpd MARA) dengan Dato Onn menjadi Pengarahnya. Itulah 'kontrak sosial' antara orang Melayu dengan bukan Melayu yg menjadi asas masyarakat majmuk. Orang bukan Melayu menghormati kedudukan orang Melayu sebagai penduduk asal dengan ada keistimewaan yang ditulis dalam perlembagaan 1948 serta dijaga oleh raja-raja Melayu.

Apakah MARA sebagai tukaran itu akan difaraidkan juga kepada orang bukan Melayu?

Selasa, Mei 15, 2018

HARAPAN tinggi rakyat kepada PH


TAKDIR Tuhan berlaku sudah, tanggal 9 Mei 2018 partai Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sejak merdeka tahun 1957 kalah dalam PRU14 kepada partai (belum legal) Pakatan Harapan (PH). Maka nama partai baru dan Perdana Menteri baru (baru menjabat semula).

Harapan rakyat tentu mahu PH menunaikan semua janji yamg ditawarkan sepanjang kempen PRU14 itu. Sudah bertahun-tahun PH menggambarkan kesengsaraan rakyat diperintah BN, maka rakyat diminta memilih PH untuk keluar daripada 1001 sengsara itu. Maka sekarang rakyat berdoa dan menunggu seolah-olah 'dewa sakti membawa hadiah'.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai ganti Datuk Seri Najib, bukanlah PM baru. Beliau telah dahulu menjawat PM selama 22 tahun. Rakyat menanti kabar gembira daripada PM lama berjawatan baru.

Ini semua telah menjadi catatan rekod politik. Tun M dahulu dimusuhi pihak oposisi, hari ini oposisi itulah yang bekerja keras menaikkan semula Tun M ke jawatan PM. Kata syair lagu lama, anak sungai pun berubah ini pula hati orang. Doa rakyat ialah hidup dalam zaman 100 persen baru ketimbang zaman BN yg dikatakan penuh kedurjanaan.

Muslim memberi wala atau ketaatan kepada siapa? Kekal memberi wala kepada pemerintah baru. PM Tun M seorang muslim, maka muslim wajib mentaati PM dalam hal makruf, tidak taat pada yang mungkar. Jika pun ada kesilapan PM dalam tadbir urus, biarlah orang yang ahli memberi nasihat kepada PM. Rakyat yang jauh dari Putrajaya tidak perlu ngomel atau ngomen salahnya PM di mimbar atau di kaki lima toko.

Doa adalah senjata mukmin, maka kita dianjurkan berdoa untuk kebaikan pemimpin dan rakyat.

Selasa, Mei 01, 2018

HIMBAUAN Allah vs demokrasi

Foto hanya hiasan

Pilihan Rayu Umum (PRU) dianggap pesta atau kenduri besar amalan politik demokrasi. Inilah medan terbesar untuk menzahirkan perbedaan pendapat, partai-partai dan semua cara untuk meraih undi sokongan. Maka pada PRU pendapat yang menyeru kesatuan umah, berlapang dada untuk perpaduan dan bersatu bersama pemerintah pantas diperlekeh menggunakan hujah dalil demokrasi. Malah ada yang tidak segan mengatakan, jangan gunakan nas agama untuk hal pilihan raya yang keduniaan. Atau, ada yang mengatakan nas-nas dalil hanya untuk ibadah khusus, politik hal keduniaan yang tidak terikat kuat dengan nas al-Quran dan Sunnah.

Maka jadilah PRU itu medan debat, propaganda, manipulasi keadaan dan fakta atau terbukanya ruang mentakwil suatu peristiwa atau ucapan. Hasilnya, hanyalah perbalahan dan perpecahan dalam masyarakat. Tidak ada ulama besar yang meminta masyarakat jangan beriman sepenuhnya terhadap demokrasi, maka golongan prodemokrasi tidak membaca ayat yang menyeru kesatuan umah dan mentaati pemerintah.

Maksud firman Allah, "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Ali Imran:103)

Sedangkan orang-orang beriman berselisih pendapat pun ditegur oleh Allah, lihat firman-Nya yang bermaksud,
"Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya." (An-Nisaa:88)

Kembali ke pangkal jalan adalah jalan Allah dan rasul-Nya. Umat mesti bersama pemerintah muslim walaupun negara mengamalkan demokrasi berpilihan raya. Sangat jelas Allah menyerukan perpaduan, dan PRU hanyalah satu cubaan terhadap umat.

Maksud firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (An-Nisaa:59)