Pengikut

Rabu, Julai 20, 2011

SAKI-baki ajaran Hindu-Buddha dalam agama orang Melayu

HARI ini hampir tidak ada lagi orang Islam yang melakukan upacara Mandi Safar.  Mandi Safar ialah mandi di pantai pada hari Rabu pertama dalam bulan Safar, salah satu daripada bulan-bulan Islam. Kepercayaan orang yang melakukan Mandi Safar ialah mandi untuk menolak bala, iaitu dipercayai orang yang melakukan Mandi Safar tidak akan terkena apa-apa musibah sepanjang tahun berkenaan sehingga dia melakukan Mandi Safar tahun berikutnya.

 Candi Borobudur, kuil Buddha terbesar di dunia terletak di Jawa Tengah, Indonesia

Asal-usul Mandi Safar ialah daripada pengaruh agama Hindu, iaitu penganut Hindu yang melakukan mandi suci di Sungai Ganga di India.  Mandi di Sungai Ganga dipercayai sebagai pembersihan dosa oleh penganut Hindu.

Tidak beberapa lama dahulu berlaku perdebatan mengenai adat persandingan pengantin sama ada hukumnya harus atau haram.  Ahli-ahli agama cenderung mengatakan umat Islam dilarang melakukan persandingan pengantin kerana dikatakan adat itu berasal daripada tradisi agama Hindu.  Bagi yang ingin mempertahankan adat bersanding, mereka telah memberi ‘fatwa’ supaya pengantin perempuan tidak mendedahkan auratnya.  Sebab itulah hari ini masih ada majlis persandingan tetapi pengantin perempuannya tetap bertudung.  Bagi yang berpegang kepada pendapat bahawa persandingan daripada adat agama Hindu dan wajib dihindari, pengantin hanya dibenarkan memakai pakaian pengantin  dan makan bersama ahli keluarga, tidak ada upacara duduk di pelamin.

Ada lagi adat daripada agama Buddha yang menjadi amalan orang Islam, khasnya keturunan Jawa, tetapi tidak didedahkan atas alasan tidak tahu atau menganggap adat itu sudah sebati dalam kehidupan beragama Islam pula.  Seolah-olah itulah ajaran dalam agama Islam.

Kepada masyarakat keturunan Jawa di Malaysia, ketika kematian pasti ada adat kenduri arwah yang ditetapkan hari-harinya seperti hari ketiga, hari ketujuh, hari ke-40, hari ke-100 dan hari kesetahun.  Ada pula yang melakukannya lagi tepat pada hari ke-1000!  Bilangan hari-hari berkenaan sebenarnya tidak ada apa-apa kaitan dengan ajaran agama Islam, rupa-rupanya sangat jelas daripada amalan orang beragama Buddha.

Dalam adat beragama Buddha, pada setiap hari-hari berkenaan selepas kematian ahli keluarga, mereka akan pergi ke kuburan si mati.  Di atas kuburan itu ahli keluarga si mati akan membawa makanan, buah-buahan, lilin, dupa, rumah-rumahan (bentuk rumah yang diperbuat daripada kertas) dan wang kertas akhirat.  Semua itu diletakkan di atas kuburan sebagai penghantaran kepada roh si mati dengan harapan roh si mati akan menikmati semua yang dibawa pada hari-hari berkenaan.

Rumah-rumahan dan wang kertas perak akhirat akan dibakar di kuburan sebagai pengiriman bahan-bahan itu kepada roh si mati.  Ahli yang hadir akan bergerak mengelilingi api yang membakar bahan-bahan itu.  Kepada mereka, itulah caranya orang yang hidup menghargai orang mati, dan percaya bahan-bahan yang dibakar sampai kepada roh si mati dan si mati itu menikmati kehidupan yang lebih baik di akhirat.

Untuk lebih jelas boleh lihat di situs ini

Mengapa ada kaitan ajaran agama Hindu dan Buddha dalam masyarakat Melayu, khasnya Jawa?  Islam hanya mula dianut oleh orang-orang Melayu (Jawa) pada kurun ke-15 dan 16.  Sebelum agama Islam diterima oleh orang-orang Melayu, agama Hindu dan Buddha sudah  lama berakar dalam kehidupan orang-orang Melayu.  Kerajaan Srivijaya (kurun ke-7 hingga ke-12) yang beragama Buddha berpusat di Palembang dan wilayah kerajaan beragama Buddha itu sehingga ke seluruh Tanah Melayu.  Kesan kuil Buddha zaman Srivijaya masih ada di Kedah hari ini.

Di Pulau Jawa, kerajaan Sailendra juga menjadi pusat ajaran Buddha sehingga dibina sebuah kuil Buddha terbesar di dunia.  Kuil atau candi Borobudur dibina di Jawa Tengah selama 75 tahun pada kurun ketujuh masehi.  Ini bermakna kuil Buddha itu sehingga sekarang berusia 1300 tahun!   Setelah keruntuhan kerajaan Srivijaya dan Sailendra, muncul pula kerajaan Hindu Majapahit di Jawa.  Kekuasaan Majapahit meliputi hampir ke seluruh Asia Tenggara termasuk di Tanah Melayu.  Majapahit berkuasa antara kurun ke-12 hingga ke-14.  Selama 200 tahun Majapahit menjadi pusat ajaran Hindu di Jawa menyebabkan hari ini masih terdapat berpuluh-puluh kuil Hindu kuno zaman Majapahit.  Hari ini Pulau Bali di timur Jawa masih kekal mengamalkan ajaran Hindu sebagaimana zaman Majapait dahulu.

Demikianlah  sangking lamanya zaman Buddha dan Hindu di alam Melayu  khasnya di Pulau Jawa, menyebabkan saki-baki ajaran agama-agama itu masih diamalkan oleh orang kita yang sudah beragama Islam.  Orang-orang yang masih mengamalkan adat Hindu-Buddha tidak perasan bahawa itu adalah sebagian adat agama berkenaan kerana adat itu sudah dicampur dengan ajaran Islam.

Misalnya, apabila orang-orang Jawa melakukan kenduri pada hari ke-3, ke-7, ke-40, ke-100 dan ke-1000, semuanya yang hadir membaca ayat-ayat al-Quran dan doa yang ditujukan kepada roh si mati.  Adat dalam agama Buddha yang dimasukkan ayat-ayat al-Quran itu yang menyebabkan generasi Islam hari tidak percaya lagi bahawa asal-usulnya daripada ajaran agama Buddha.

Kesimpulannya, adat sudah menjadi satu cara hidup dan akan kekal jika adat itu diterima sebagai ajaran agama pula.  Moga-moga orang yang kuat jiwa beragamanya, akan meneliti adat agamanya agar terselamat daripada saki-baki agama jahiliah orang-orang dahulu kala.

Wallahu ‘aklam

25 ulasan:

  1. Katalah kita bertoleransi dan membenarkan sejarah yang ditulis oleh golongan salafi ini mengenai majlis tahlilan tersebut, sekali lagi umpamanya diketemukan sejarah yang benar/authentik dari zamannya para Da’i ke Indonesia yaitu meneruskan adat Hindu ini dengan mengarahkan kepada amalan-amalan dzikir/tahlilan yang ditujukan untuk yang hadir dan si mayit apanya yang salah dalam hal ini ?
    Para Da’i merubah dan mengarahkan adat Hindu yang keliru ini yang mempercayai akan marahnya ruh kerabat-kerabat mereka yang baru wafat bila tidak diberi sajian-sajian kepada si mayyit ini selama 1-3-7 hari kepada adat yang dibolehkan dan sejalan dengan syari’at Islam. Dengan demikian adat-adat hindu yang masih dilakukan oleh orang-orang yang baru memeluk agama Islam/ muallaf ini, diteruskan dengan bacaan-bacaan dzikir serta do’a-do’a pada Allah swt. yang bisa bermanfaat untuk si mayyit. Sedangkan sajian-sajian yang biasanya oleh kaum Hindu disajikan kepada ruh si mayyit, dirubah oleh para Da’i untuk disajikan kepada para kerabat mereka atau kepada para hadirin yang ada disitu.
    Sedangkan waktu pelaksanaan berdzikir dan berdo’a kepada Allah swt. untuk si mayyit selama 1-3-7 hari atau lebih banyak hari lagi, ini semua boleh diamalkan. Karena didalam syari’at Islam tidak ada larangan setiap waktu untuk berdzikir dan berdo’a kepada Allah swt. yang ditujukan baik untuk orang yang masih hidup maupun yang sudah wafat. Malah sebaliknya banyak riwayat-riwayat Ilahi dan hadits Rasulallah saw. yang menganjurkan baik secara langsung maupun tidak langsung untuk berdzikir dan berdo’a setiap saat, lebih banyak waktu yang digunakan untuk berdzikir dan berdo’a itu malah lebih baik!!
    Sekali lagi bahwa para Da’i waktu itu bukannya mengadopsi adat-adat hindu sebagaimana pandangan golongan pengingkar tetapi mengajari pengikut adat Hindu ini kepada jalan yang benar yang dibolehkan oleh syari’at Islam. Dua kata-kata mengadopsi dan mengajari itu mempunyai arti yang berbeda!
    Jika pikiran golongan pengingkar yang telah dikemukakan dituruti, beranikah mereka ini menuduh puasa sunnah ‘Asyura (10 Muharram) yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. dan beliau anjurkan kepada para sahabatnya sebagai perbuatan meniru-niru orang Yahudi atau sebagai adopsi dari kaum ini? Karena puasa sunnah ‘Asyura dianjurkan oleh Rasulallah saw. setelah beliau melihat kaum Yahudi di Madinah puasa pada hari 10 Muharram tersebut. Beliau saw. bertanya kepada kaum Yahudi mengapa mereka ini berpuasa pada hari itu ? Mereka menjawab; Pada hari ini Allah swt. menyelamatkan nabi mereka dan menenggelamkan musuh mereka. Kemudian Nabi saw. menjawab: Kami lebih berhak memperingati Musa dari- pada kalian! (Nahnu aula bi muusaa minkum).
    Begitu juga Nabi saw. pernah ditanya mengenai puasa sunnah setiap hari Senin, beliau saw. menjawab; ‘Pada hari itu aku dilahirkan dan pada hari itu juga (Allah swt.) menurunkan wahyu kepadaku’. Mengapa golongan pengingkar ini tidak menuduh puasa sunnah hari Senin yang dilakukan Nabi saw. untuk memperingati hari kelahiran beliau dan menghormati turunnya wahyu yang pertama, sebagai perbuatan meniru-niru golongan Kristen yang memperingati hari kelahiran Yesus ?

    BalasPadam
  2. Pertama: Jika kanjeng nabi yang memerintah agar dilakukan puasa atau solat (ibadah) itu tidak bisa diungkit lagi sama ada kebersamaan dengan ajaran lain atau tidak. Hak Allah untuk menetapkan ibadah dan kanjeng nabi memperjelas. Adakah kita akan mengatakan lagi kanjeng nabi terpaksa mengalah kepada Yahudi yang hari besarnya Sabtu dan Nasrani hari Ahad, maka 'terpaksalah' muslim memilih Jumaat? Oh, jangan sampai berpikiran begitu.

    Kedua: Berakidah muslim dan beragama Islam itulah yang membedakan dengan manusia beragama lain. Bukankah sejarahnya kaum arab di Makkah telah menawarkan toleransi antar muslim dan musyikin, yang satu masa muslim patut bersama menyembah berhala dan satu masa lain musyrikin solat bersama kanjeng nabi. Allah menjawab dalam seluruh surah al-Kafirun: Bagi kamu (musyrikin) agama kamu dan bagi kami (muslimin) agama kami. Ini pin pondisi akidah, yang mahu membedakan antar muslim dan sebaliknya.

    Coba sekarang lihat, akibat toleransi dai jaman dahulu yang sekadar menutupi ibadah hindu dengan ayat2 alquran, telah ratusan tahun tidak hilang atau difahami bahawa itu hanya tempelan atau mahu mendidik mualaf daripada hindu kepada muslim. Sampai-sampai sekarang sudah menjadi kukuh dan dikatakan pula bilangan hari-hari mengadakan kenduri arwah itu ajaran islam. Tidakkah ini meroskkan ketulenan Islam?

    BalasPadam
  3. Candi kat kedah bukan candi Sriwijaya, tapi candi Kedah Tua/Langkasuka.

    BalasPadam
  4. memang salah kenduri arwah jika di lakukan.dengan menyelitkan tahlilan dan .. kerana tidak ada contoh yang di perlakukan oleh Nabi Muhammad saw.
    kata ulama ulama ikutilah amalan dari pada nya Nabk Muhammad saw.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. kenduri arwah tak pernah di lakukan Nabi Muhammad saw.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Melayu Bukan Semuanya Islam. Non-Muslim Malays are agnostic, practise witchcraft, converted or profess animist, atheist, Buddhist, Catholic, Christian, Hindu, pagan or free thinker. Reference: Google

    This is the testimony of Senator Tunku Aziz: "My family history goes back several hundred years. We can trace our origins from the days of the Hindu kingdom. My ancestors were Hindu before they became Muslim." thenutgraph.com/hindus-first-before-becoming-muslim

    BalasPadam
  9. -
    2) Contoh: Adat menDo'akan keSejahteraan si Mati dan mengingati orang Hidup tentang Kematian pada Bilangan hari-hari tertentu adalah berasal dari Agama Buddha.

    -- Ini juga satu Pendapat PALSU yang Berdasarkan Ilmu yang tersangat cetek tanpa Merujuk Manhaj (Jalan Ilmu) yang Benar. (satu Kesilapan besar akibat berguru dengan Guru yang Salah)

    Yang sebenarnya: Semasa penyebaran Agama Islam dahulu, Para Ulama’ silam telah melihat salah satu aktiviti Sosial asal orang-orang Melayu yang diceritakan oleh saudara Nurul Mubin, seolah-olah seperti pemujaan orang mati. Aktiviti ini dianggap oleh para Ulama’ silam sebagai Fitrah, menjadi satu Budaya setempat ‘Urf” yang boleh dijadikan sumber Hukum yang diPraktikan sebagai satu Aktivi Sosial yang Sihat. Orang-orang awam Melayu [erlu mengikuti adat ini tanpa perlu mempersoalakan asal-usulnya, tetapi hanya PERLU diBuang Unsur-unsur Kekufuran dan KeSyririkannya sahaja.

    Setelah diBuang Unsur-unsur Unsur-unsur Kekufuran dan KeSyririkannya Maka wujud satu Adat Rasam Malayu seperti Berikut: ( Syarak mengata, Adat Menurut )

    1) Mendo’akan untuk kesejahteraan si Mati pada Hari Kematiannya dan pengebumian, InsyaAllah, boleh Terima do’a tersebut. Bacaan Talkin, Ayat-ayat & surah-surah Utama Al-Quran dengan Do’a Kebaikan dan Pesanan dan panduan untuk siMati yang melalui Pengalaman Alam Brazakh. Semua yang disebut juga adalah untuk Panduan orang-orang yang hidup yang hadhir semasa pengembuian siMati..

    2) Bilangan Hari-hari yang diTENTUkan untuk Aktivit Do’a ini DiKEKALkan sebagaimana yang Asal sebagai satu peluang untuk Mayarakat Melayu terus berSosial dengan cara Baik. Hari-hari tersebut ke-3, ke-7, ke-40, ke-100 dan ke-1000 digunakan sebagai Peluang membaca Al-Quran dan Do’ Kesejahteraan, Ingat dengan pengalaman bersama si Mati sewaktu Hidupnya, yang Buruk diJadikan Sempadan dan Yang baik dijadikan Tauladan. Dipanggil Majlis Tahlil.

    3) MengHormati tetamu yang hadhir, yang Sudi sama-sama mendo’akan SiMati. Sedikit Jamuan diadakan sebagai tanda TerimaKasih, kerana ramai-ramai telah MenDo’akan untuk kebaikan SiMati. Allah hendak terima atau Tidak, Terserah kepada Allah. Moga-moga siMati beroleh Rahmat dan Keampunan.

    --------- Kesimpulan ------------

    Jangan menuduh Keputusan para Ulama’ Silam yang telah menentukan Piawaian (Adat Rasam) untuk Kehidupan Orang Melayu Islam (Jawi) sebagai Satu Kesilapan.
    Kerana Adat Bersendi Hukum, Hukum Bersendi Kitabullah adalah satu Bentuk Aslamisasi yang telah membuatkan nenek-moyang orang-orang Melayu menerima Agama Islam, yang telah menjadi Sebab-musabab kepada Tuan dan saya lahir dan dibesarkan sebagai orang Islam, bermula sebagai orang Awam Islam. –
    -
    Kita hanya orang Awam yang terus belajar. bukan Ulama’. Untuk mengHukum sesuatu perkara seseorang itu Wajib tahu 6,000+ ayat Al-Quran, 20,000+ hadis, Ijma’ dan Qias Ulama’ yang sedia ada. Jika seseorang itu tahu satu atau dua ayat sahaja , dia hanya perlu menyampaikan sahaja, Bukan MengHukum, kerana.mengHukum tanpa Ilmu yang Benar adalah BerDosa Besar. Perbuatan menyampaikan dan menghukum adalah Dua perkara yang jauh berBeza.-
    -
    Begitulah adanya. Hanya Allah yang lebih tahu yang tersembunyi .
    Sekian, Wassalam.

    BalasPadam
  10. Banyak kesilapan BESAR dalam nukilan sauadara Nurul Mubin. Contoh-contoh kesilapan Besar adalah pendapat-pendapat beliau Berdasarkan Kajian beliau sendiri yang merujuk kepada orang-orang JAHIL yang BUKAN dari Keturunan Jawi (Jawa Islam, yang berasal dari keturunan Kasta Tinggi (Brahmin) Agama Hindu Buddha ( Versi Hindu di Nusantara dahulu) yang telah menerima Agama Islam melalui Keagungan Islam itu sendiri yang akhirnya melahirkan para Ulama' Awal Agama Islam di Tanah Jawi ini.

    Contoh-contoh kesilapan BESAR saudara Nurul Mubin:

    1) Contoh: Adat bersanding orang Melayu berasal dari Agama Hindu.
    Pendapat ini adalah Maklumat dari kajian Orang Inggeris (British) yang mengkaji bidang ilmu Antropology (TANPA Manhaj (Jalan Ilmu) yang Benar), iaitu pendapat dari pandangan Oreantalist-oreantalist berbangsa Inggeris, mereka telah menerbitkan buku yang ditulis oleh professor-professor dalam bidang tersebut dahulu. Adat Bersanding berasal dari Agama Hindu..ini adalah satu KePALSUan.

    ILMU YANG SEBENAR:
    1) Asal Usul Adat Besanding merujuk kepada Perbilangan: Adat Bersendi Hukum, Hukum Bersendi Kitabullah. Hukum Mengata, Adat Memakai..Di Sesetengah Negeri: Adat Bersendi Syarak, Syarak Bersendi Kitabullah. Syarak Mengata, Adat Memakai. Syarak dan Adat sandar-sandaran, atau disebut juga Syarak Mengata, Adat Menurut, sandar menyandar bagai Aur dengan Tebing. Syarak Hidup, Adat Hidup. Dan Pelbagai lagi perbilangan yang diwarisi oleh orang-orang Jawi (Melayu Islam) tentang Rasam Malayu ini.

    2) Waktu nenek-moyang Umat Melayu dahulu menerima Agama Islam, Alim Ulama' dimasa itu Menganggap Adat yang sedia ada "Bersanding" adalah satu Keharusan kepada orang Awam, iainya boleh dianggap sebagai Fitrah dalam bentuk satu budaya setempat "Urf" juga satu sumber Hukum yang diPraktikan sebagai Piaiwaian "Adat" atur cara Masyarakat Melayu atau Rasam Malayu, tetapi PERLU dibuang semua Unsur-unsur Kekufuran dan KeSyirikannya. Tanpa perlu orang-orang Awam memperSoalkannya. Hanya perlu amalkan sahaja bila tiba masa perkahwinan menurut kemampuan masing-masing. Kenapa ?

    ----- Dalam Satu-satu kampung dan mukim , masyarakat kampung dan mukim juga adalah saudara-mara yang mana saudara mara terdekat selalunya adalah jiran-jiran sendiri. Siapa Kahwin dengan Siapa perlu diketahuai oleh semua ahli masyarakat sebagai pengetahuan utama dalam perhubungan keluarga dan masyarakat. (Syarak mengata, Adat menurut)

    ---- Menuduh orang yang tidak berzina sebagai PenZina tanpa saksi adalah Berdosa Besar dan boleh diSebat (Syarak)..Menuduh tanpa Bukti lebih Besar Hukum Dosanya dari orang yang BerZina sendiri. Oleh Kerana, Takut berlaku syak-wasangka atau perTuduhan tanpa Usul periksa kepada pasangan-pasangan yang sebenarnya telah berkahwin, yang boleh di lihat dijalan-jalan atau ditempat awam. Maka, untuk itu Adat bersanding diadakan (adat Melayu TAK ada Kena mengena dengan Hindu, perhatikan sendiri Unsur-unsur Kufur & syirik yang menjadi Kesalahan Besar dalam Agama Islam yang diamalkan dalam Adat perkahwinan Agama Hindu). (Syarak mengata, Adat menurut)

    ---- Semua orang kampung dijemput makan kenduri dan Pasangan orang yang telah berkahwin (pengantin) ini diPAMIRkan supaya semua hadhirin dapat mengetahui SIAPA kahwin dgn SIAPA...Agar TIDAK berlaku FITNAH nanti bila pasangan ini dijumpai berjalan-jalan dikhalayak ramai , TIDAK diTuduh Penzina..dan Orang ramai TIDAK mendapat Dosa kerana menuduh. (Syarak mengata, Adat menurut)

    Ini semua kerana Zaman dahulu TIDAK ADA Teknology Mudah untuk Buat POSTER Besar Gambar Pasangan Pengantin untuk dilihat oleh orang ramai pada hari Perkahwinan seperti Sekarang.

    Begitulah secara Ringkasnya asal usul Adat Resam Perkahwinan Orang Melayu.

    BalasPadam
  11. 2) Contoh: Adat menDo'akan keSejahteraan si Mati dan mengingati orang Hidup tentang Kematian pada Bilangan hari-hari tertentu adalah berasal dari Agama Buddha.

    -- Ini juga satu Pendapat PALSU yang Berdasarkan Ilmu yang tersangat cetek tanpa Merujuk Manhaj (Jalan Ilmu) yang Benar. (satu Kesilapan besar akibat berguru dengan Guru yang Salah)

    Yang sebenarnya: Semasa penyebaran Agama Islam dahulu, Para Ulama’ silam telah melihat salah satu aktiviti Sosial asal orang-orang Melayu yang diceritakan oleh saudara Nurul Mubin, seolah-olah seperti pemujaan orang mati. Aktiviti ini dianggap oleh para Ulama’ silam sebagai Fitrah, menjadi satu Budaya setempat ‘Urf” yang boleh dijadikan sumber Hukum yang diPraktikan sebagai satu Aktivi Sosial yang Sihat. Orang-orang awam Melayu [erlu mengikuti adat ini tanpa perlu mempersoalakan asal-usulnya, tetapi hanya PERLU diBuang Unsur-unsur Kekufuran dan KeSyririkannya sahaja.

    Setelah diBuang Unsur-unsur Unsur-unsur Kekufuran dan KeSyririkannya Maka wujud satu Adat Rasam Malayu seperti Berikut: ( Syarak mengata, Adat Menurut )

    1) Mendo’akan untuk kesejahteraan si Mati pada Hari Kematiannya dan pengebumian, InsyaAllah, boleh Terima do’a tersebut. Bacaan Talkin, Ayat-ayat & surah-surah Utama Al-Quran dengan Do’a Kebaikan dan Pesanan dan panduan untuk siMati yang melalui Pengalaman Alam Brazakh. Semua yang disebut juga adalah untuk Panduan orang-orang yang hidup yang hadhir semasa pengebumian si Mati..

    2) Bilangan Hari-hari yang diTENTUkan untuk Aktivit Do’a ini DiKEKALkan sebagaimana yang Asal sebagai satu peluang untuk Mayarakat Melayu terus berSosial dengan cara Baik. Hari-hari tersebut ke-3, ke-7, ke-40, ke-100 dan ke-1000 digunakan sebagai Peluang membaca Al-Quran dan Do’ Kesejahteraan, Ingat dengan pengalaman bersama si Mati sewaktu Hidupnya, yang Buruk diJadikan Sempadan dan Yang baik dijadikan Tauladan. Dipanggil Majlis Tahlil.

    3) MengHormati tetamu yang hadhir, yang Sudi sama-sama mendo’akan SiMati. Sedikit Jamuan diadakan sebagai tanda TerimaKasih, kerana ramai-ramai telah MenDo’akan untuk kebaikan SiMati. Allah hendak terima atau Tidak, Terserah kepada Allah. Moga-moga siMati beroleh Rahmat dan Keampunan.

    --------- Kesimpulan ------------

    Jangan menuduh Keputusan para Ulama’ Silam yang telah menentukan Piawaian (Adat Rasam) untuk Kehidupan Orang Melayu Islam (Jawi) sebagai Satu Kesilapan.

    Adat Bersendi Hukum, Hukum Bersendi Kitabullah adalah satu Bentuk Islamisasi yang telah membuatkan nenek-moyang orang-orang Melayu menerima Agama Islam, yang telah menjadi Sebab-musabab kepada Tuan dan saya dilahirkan dan dibesarkan sebagai orang Islam, bermula sebagai orang Awam Islam.

    Kita hanya orang Awam yang terus belajar. bukan Ulama’. Untuk mengHukum sesuatu perkara seseorang itu Wajib tahu 6,000+ ayat Al-Quran, 20,000+ hadis, Ijma’ dan Qias Ulama’ yang sedia ada. Jika seseorang itu tahu satu atau dua ayat sahaja, dia hanya perlu menyampaikan sahaja, Bukan MengHukum, kerana.mengHukum tanpa Ilmu yang Benar membawa kepada Dosa Besar. Perbuatan menyampaikan dan menghukum adalah Dua perkara yang jauh berBeza.-

    Begitulah adanya. Hanya Allah yang lebih tahu yang tersembunyi.

    Sekian, Wassalam.

    BalasPadam
  12. Jawaban saya. Bab bersanding sebagai amalan hindu, yg dkatakan saya mengambil ilmu daripada orang jahil. Jika itu yang dikatakan kepada saya, ketahuilah bahawa banyak orang bergelar ustaz dan ulama di Malaysia secara sedar mendakwa adat bersanding itu adalah amalan Hindu. Jelaslah di sini bahawa semua ustaz dan ulama yg berkata demikian adalah jahil. Dan kejahilan mereka diwarisi sekian banyak umat Islam di Malaysia.

    Bagaimana dengan adat mandi safar yang menjadi acara wajib di Indonesia? Daripada amalan Hindu atau hanya amalan turunan secara evolusi tanpa diketahui asal usulnya? Jawab dong!

    Tahlilan yg dibacakan sebagian ayat atau surah alquran kemudian ditentukan hari-harinya sebagai amalan baik. Jika ini amalan ibadah yang baik tentu saja sudah ditunjukkan oleh Rasulullah. Sekurang-kurangnya ada hadis sahihnya apabila baginda mendengar kabar kematian sahabatnya, maka baginda membacakan surah alfatihah yang pahalanya dihantar kepada sang roh itu. Ada begitu?

    Anda mendakwa hal itu baik, tentu percaya kebaikan atas nama ibadah agama adalah kebaikan di sisi Allah. Membaca sekian ayat dan surah dalam tahlilan memang satu kepercayaan agama orang melayu. Semua pahalanya dikira dapat memberi manfaat kepada si mati, juga kepercayaan ibadah orang Melayu. Adakah dalam alquran Allah memberitahu pahala dan dosa boleh dipindahkan kepada orang lain sama ada yg hidup atau sudah mati? Sila buka ayat 46 suraf al-Fusilat.

    Kaedah menentukan hukum ibadah dan keduniaan seperti yg ditulis oleh imam Ibn Qayyim adalah seperti berikut (analoginya menepati alquran dan sunah): Hukum asal amal ibadah khusus adalah haram melakukannya tanpa ada suruhan/dalil Allah dan rasul-Nya. Hukum hal keduniaan adalah halal atau bebas melakukannya sehingga ada batasan dalil daripada Allah dan rasul-Nya.

    Itu pemahaman saya daripada berguru. Saya bukan membuat hukum agama sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, sekali lagi terpaksa saya ulangi tentang Larangan (Dosa Besar) jika mengHukum sesuatu perkara tanpa mengetahui Manhaj nya, kerana untuk mengHukum, para Ulama' sepakat iaitu seseorang WAJIB tahu 6,000+ Ayat Al-Quran, 20,000+ hadis, Ijma' dan Qias Ulama' yang sedia ada.

      Adakah Saudara Mubin BerTaraf Ulama' ?

      Ada Bulan Safar kah dalam Kalendar Agama Hindu ? Kenapa saudara cenderung mengaitkan Mandi Safar dengan Agama Hindu ? Adakah saudara memang tahu asal-usul orang Jawi/Melayu mandi Safar atau sekadar sangka-sangka sahaja ?

      Sebelum saya mengambil keputusan menghuraikan asal-usul mandi Safar dan kepincangan Akidah yang terdahulu dan sekarang, serta keputusan-keputusan Ulama Silam tentang Kewajiban untuk Syarak mengata dan Kewajiban untuk Adat menurut.

      Terlebih dahulu, Saya Minta Saudara Mubin Usahakan sendiri punca amalan Mandi Safar . Boleh kan ?

      Saudara hanya tahu Satu Hadis sahaja tentang Rasulullah S.A.W hanya berdo'a sekali selepas mendapat tahu seorang sahabat telah meninggal. Adakah saudara telah membuat keputusan yang Rasulullah S.A.W Tidak lagi berDo'a kepada Sahabat selepas itu ??? Sila Jawab ..

      Soalan dari saya kepada saudara pula. Kenapa AhluSunnah WalJamaah BerSolat Tarawih Sunat Lengkap 20 Rakaat.? dari mana asal-usul Hukum Sunat Lengkap 20 Rakaatnya ? Mana Hadis nya ? Mana Ayat Qurannya ?

      Bagi Ahli Sunnah WalJamaah Tidak Pernah ada Hukum Sunat Lengkap Solat Tarawih adalah 8 Rakaat ? Kenapa pula ? sila Jawab.

      Soal Sampai atau Tidak Pahala Bacaan Fatihah kepada SiMati TIDAK Timbul langsung..itu hanya satu persoalan dari orang yang belajar Agama Islam TANPA Displin (Tata-Susila) Pengajian Islam. Iaitu orang yang Belajar dari Guru yang TIDAK berSanad atau Tidak BerSanad lagi Tidak Bernasab, yang Terkeluar dari Manhaj Ilmu juga yang memberi pendapat-pendapat sendiri berdasarkan Akal semata-mata.

      Untuk pengetahuan saudara: MenDo'akan kesejahteraan si Mati dengan Al-Fatihah dan sebagainya untuk Do'a Kesejahteraan, InsyaAllah, akan diMakbulkan. Terserah kpd Allah. Saudara pula siapa hendak mempertikaikan Makbul atau Tidak berDo'a untuk kesejahteraan si Mati dengan Al-Fatihah ?

      Ijma' Ulama' mengatakan Al-Fatihah juga Ayat Do'a KeSejahteraan, saudara tahu kah ?

      Ada tak Hadis atau ayat Al-Quran yang melarang kita memilih hari hari tertentu untuk menDo;akan keSejahteraan ahli Keluarga, sahabat, orang-orang Islam dan Beriman yang hidup maupun yang telah mati sebagai satu Kesalahan yang bercanggah dengan Akidah? Sila tunjukkan hadis atau ayat Al-Quran yang melarang ?

      Hari-hari untuk BerDo'a kesejahteraan si Mati bukan satu Ibadat, yang menjadi Ibadatnya adalah Do'a itu sendiri. Bila harinya kita nak berDo'a untuk kesejahteraan si Mati adalah Harus, Bukan Haram. Bukan juga Makruh. tapi diGalakkan (Sunnat) untuk berDo;a sebaik sahaja berita kematian diterima. Kenapa saudara hendak bertelingkah tentang perkara Furu', (Cabang) ?

      Bersambung di bawah

      Padam
    2. Bersambung dari Atas:

      Adakah saudara ingin mengHukum HARAM tindakan Ulama' Silam telah menghukum HARUS memilih hari-hari yang sedia ada dalam 'URF yang asal (Budaya yang menjadi Fitrah dalam satu-satu Ummat (Bangsa) iaitu Ahli-ahli keluarga yang Hidup memPamirkan Kasih-sayang kepada Ahli Keluarga yang telah Mati ) untuk diadakan Majlis Do'a Selamat untuk Arwah (Majlis Tahlil), untuk Ummat Melayu bersosial dengan berDo'a beramai-ramai. Adakah ini HARAM bagi saudara ? Saudara ini seorang Ulama' kah ? Tahukah saudara yang Saudara sebenarnya TIDAK ada kelayakan langsung untuk ber-ijtihad

      Kenapa Saudara Tidak mengHukum Ibadat Haji sebagai HARAM ? Ibadat Haji telah diAMALkan oleh orang Arab sejak beratus-ratus tahun lalu sebelum Nabi Muhammad diLahirkan lagi ? Ibadat Haji juga adalah Amalan Arab Jahiliah (Penyembah Berhala dan pemakan babi).

      Apakah yang telah diperBuat oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada Ibadat Haji dalam 'URF yang Asal bagi bangsa Arab hingga ianya menjadi WAJIB bagi orang Islam yang Mukallaf dan ada Kemampuan ?

      Kenapa Saudara Tidak mengharamkan ibadat haji ?

      Kelihatannya Saudara Mubin juga berJuang untuk mengHARAM kan perkara-perkara 'URF yang Asal yang telah diHARUSkan oleh Ijma' Ulama Silam di Nusantara seperti tindakan Ahli Keluarga memPAMIRkan pasangan yang baru berNikah untuk diLihat oleh para hadirin "SIAPA nikah dengan SIAPA", sebagai satu usaha Ahli-Keluraga pasangan yang baru bernikah untuk mengelak timbulnya Dosa Besar dalam kalangan ahli masyarakat iaitu meNuduh pasangan yang telah berNikah sebagai PenZina, jika pasangan ini dilihat berjalan-jalan bersama atau bersunyi-sunyian dalam bilik nanti.

      Apa nama Ulama' yang MengHaramkan tindakan "pamiran" ini ? Dalam Kitab Usul Fekah muka surat berapa ?
      Kitab Munakahat muka surat berapa ? Sila Nyatakan
      Sila kemukakan juga hadis atau Ayat Quran yang Melarang tindakan 'pamiran" ini ?
      Di Manakah unsur unsur Syirik atau Kufur dalam tindakan 'pamiran' ini ?
      Adakah para hadirin disuruh menyembah Pasangan yang baru bernikah sebagai Tuhan yang selain Allah ? Sila nyatakan.

      Sila nyatakan juga Ijma' Ulama dengan menyatakan nama-nama Ulama' yang mengHARAMkan tindakan pamiran ini ?

      Apa nama pondok atau pasetran tempat saudara belajar dulu ? juga apa nama mudir nya ?
      Dari tahun berapa hingga ke tahun berapa saudara belajar disana ? Sila nyatakan ...

      Juga, sila jawab semua soalan-soalan saya yang di atas.

      Adakah saudara seorang Ulama' ? Jika tidak, sila berTaubat sebelum ditimpa Kifarat. Atau, jika diTimpa Kifarat nanti, saudara banyak-banyaklah Muhasabah diri...kerana Kifarat juga adalah pengampunan dari Allah. MengHUKUM sesuatu perkara TANPA ilmu adalah BerDosa, Dengan Kemudahan Internet disalah-guna untuk menyebarkan ILMU BATHIL, maka bertambah-tambah dosa nanti, Na'uzubillah.

      Sekian terimakasih.

      Wassalam

      Padam
  13. sila search dalam blog saya 'dalil kenduri arwah' di sana ada dalil utk kita sama-sama nyaman berkenduri arwah. tidak diragukan lagi. silakan.

    BalasPadam
  14. search juga 'bid'ah'. saya memang membenci bid'ah.

    BalasPadam
  15. Saya sudah biasa mendapat balasan hujah oleh orang sepert di atas, dan sangat yakin dia tidak akan mengunakan nama sebenar, tidak akan memberitahu di mana tempat tinggalnya. Ya, saya yakin juga dia adalah orang berpendidikan agama atau ulama. Tulisan beliau yang mendesak-desak agar saya memberitahu siapa guru saya dan pesantren mana, serta mendabrak saya bukan ulama sangat jelas membuktkan dirinya adalah orang berilmu agama atau ulama. Dia adalah ulama yang sudah tercedera dengan tulisan saya yang menggugat kepercayaannya terhadap amalan agamanya, lalu saya dihantam!

    Dia ulama muda, darahnya panas. Ilmu dan daerahnya adalah pesantrenan atau kepondokan. Hujahnya sedang memberitahu kita semua.

    Perhatikan hujah dia mempertahankan amalan agama yang tidak ada sumber atau dalil alquran dan hadis sahih. Dia (dan kumpulanya) bermati-matian berdalil amalan baik turun-temurun. Tidak ada salahnya ulama memberi hujah demikian, namun sebagai ulama adalah menjadi keutamaan mengajar agama dengan mengutamakan dalil alquran dan sunah nabi. Siapa lagi yang akan berhujah dengan dalil alquran dan sunah nabi kalau bukan ulama, kalau bukan para santri?

    Saya tidak mahu meladeni hal-hal yang dikembangkan termasuk soal rakaat tarawih atau hantamanya terhadap peribadi saya. Hantamlah peribadi saya, saya memang bukan mufti atau mudir yg serbannya sebesar gendang. Saya juga akan mati, namun matikan hujah saya dengan dalil alquran dan sunah supaya pembaca mendapat sumber ilmu yang sangat dasar dalam agama. Kalau agama bukan bersumber alquran dan sunah, jadilah seperti agama bikinan manusia seperti Buddha dan hindu.

    sambung di bawah.

    BalasPadam
  16. Saya sudah biasa mendapat balasan hujah oleh orang sepert di atas, dan sangat yakin dia tidak akan mengunakan nama sebenar, tidak akan memberitahu di mana tempat tinggalnya. Ya, saya yakin juga dia adalah orang berpendidikan agama atau ulama. Tulisan beliau yang mendesak-desak agar saya memberitahu siapa guru saya dan pesantren mana, serta mendabrak saya bukan ulama sangat jelas membuktkan dirinya adalah orang berilmu agama atau ulama. Dia adalah ulama yang sudah tercedera dengan tulisan saya yang menggugat kepercayaannya terhadap amalan agamanya, lalu saya dihantam!

    Dia ulama muda, darahnya panas. Ilmu dan daerahnya adalah pesantrenan atau kepondokan. Hujahnya sedang memberitahu kita semua.

    Perhatikan hujah dia mempertahankan amalan agama yang tidak ada sumber atau dalil alquran dan hadis sahih. Dia (dan kumpulanya) bermati-matian berdalil amalan baik turun-temurun. Tidak ada salahnya ulama memberi hujah demikian, namun sebagai ulama adalah menjadi keutamaan mengajar agama dengan mengutamakan dalil alquran dan sunah nabi. Siapa lagi yang akan berhujah dengan dalil alquran dan sunah nabi kalau bukan ulama, kalau bukan para santri?

    Saya tidak mahu meladeni hal-hal yang dikembangkan termasuk soal rakaat tarawih atau hantamanya terhadap peribadi saya. Hantamlah peribadi saya, saya memang bukan mufti atau mudir yg serbannya sebesar gendang. Saya juga akan mati, namun matikan hujah saya dengan dalil alquran dan sunah supaya pembaca mendapat sumber ilmu yang sangat dasar dalam agama. Kalau agama bukan bersumber alquran dan sunah, jadilah seperti agama bikinan manusia seperti Buddha dan hindu.

    BalasPadam
  17. Oleh kerna dia sangat bersikeras mempertahankan uruf amalan yang baik sebagai dasar melakukan amal ibadah, ya fokus saya memang kenduri tahlilan arwah yang saya keras mengatakan ini bukan amalan ibadah Islam. Bukan anjuran sunah nabi, malah ketetapan hari ke-3, ke-7, ke-40, ke-100 setahun itu jelas daripada agama hindu. Hindu! Namun kata ulama muda yang panas ini tahlilan itu baik dan sudah disusun diamalkan ulama sejak jaman silam. Ya, semua bacaan dalam tahlilan orang nusantara adalah baik. Saya juga bilang baca alftihah baik, alikhlas baik, zikir baik doanya baik. Namun adakah nilaian akal manusia mengatakan baik maka boleh dibikin satu amal ibadah baru?

    Begini saja. Saya buat analogi paling mudah atau gampang. Satu rakaat dalam solat adalah baik. Baca alfatihah baik, baca takbir ya baik, bactasbih ya baik. Mana ada bacaan dalam satu rakaat solat yang buruk? Semua baik. Tuan ulama muda pasti setuju dengan saya, itu semua baik. Nah jika tuan ulama pesantren juga setuju kata setiap rakaat solat itu baik, silakan tuan tambahkan satu rakaat lagi untuk solat subuh! Silakan!

    Saya tidak akan melakukan solat subuh menjadi tiga rakaat kerna petunjuk sunahnya ialah subuh dua rakaat. Pemahaman saya dan yang mencintai sunah nabi, sekalipun akal mengatakan satu perbuatan menyerupai ibadah itu baik tidak bisa diangkat sebagai cara beribadah jika tidak ada petunjuk alquran dan sunah.

    Kalau tuan ulama dan yang sepaham dengannnya tetap mempertahankan bacaan surah dalam tahlilan itu baik dan bisa menjadi satu ibadah dalam agama sekalipun tidak diberikan contoh dalam sunah nabi, maka tuan dn yang sepaham dengannya pasti tidak ragu untuk menambah satu rakaat solat subuh. Jika tuan mengatakan itu bukan keputusan tradisi ulama silam, percayalah jika tuan dan para santri melakukannya hari ini…. 500 tahun akan datang orang agama akan mengatakan tuan adalah ulama silam yang berkeputusan baik. Tidakkah tuan merasa rugi jika gagal mewariskan satu amalan agama untuk manusia 500 tahun akan datang? Ini samalah beruntungnya ulama sila 500 tahun dahulu membuat keputusan membuat susunan ayat tahlilan arwah yang tuan ulama sangat pertahankan itu. Dan para santri memuji ulama silam 500 atau 700 tahun dahulu.

    Jika tuan ulama muda dan santri tidak berani melakukan solat subuh yang ditambahi satu lagi rakaat kerna tidak ada perintah daripada Allah dan rasul-Nya, tuan sudah sama pendirian dengan saya dalam bab agama. Bahawa: Amalan ibadah agama wajib ada dalil alquran dan sunah, jika tidak amalan itu dusta dan tertolak.

    Adakah tuan ulama dari pesantrenan memahami agama seperti saya memahami agama?

    BalasPadam
  18. (Pasal 1) Analogi yang saudara berikan iaitu perbandingan kedudukan Solat Subuh = Kedudukan Majlis Tahlil adalah hasil dari KeJAHILan saudara dalam pelajaran Agama Islam itu sendiri. Tiada satu pun ilmu saudara dalam blog saudara berasal dari Jalan Ilmu sebenar, Hanya berdasarkan Sangka-sangka saudara semata-mata. Yang paling asas pun saudara telah GAGAL.

    Yang JELASnya saudara Tidak tahu perBEZAan antara WAJIB, SUNAT, HARUS, SAH, BATAL, MAKRUH dan HARAM dan sebagainya, yang mana Hukum-hukum Fekah adalah Hasil dari penghayatan dan kajian para Ulama' (Pewaris Nabi) yang melalui Jalan Ilmu Islam Sebenar setelah mempelajari Al-Quran (6,000+ ayat), Al-Hadis (20,000+), semua Ijma' Ulama' & Qias yang Sedia ada di Zaman mereka. Tidak ada Manusia yang lahir pada zaman selepas para Sahabat yang belajar langsung dari Nabi Muhammad S.A.W, sebab itu Jalan Ilmu adalah penting, iaitu Ilmu yang berSUSUR-GALUR daripada Nabi Muhammad sendiri. Jadi bacalah yang berikut kesemuanya dan pelajarilah ilmunya dari guru-guru yang bersanad.

    Menanam Akidah Tauhid dan Syariat dengan memBUANG Unsur-unsur Syirik dan Kekufuran dalam ‘Urf yang Asal satu-satu kaum adalah WAJIB. Maka perkataan “Sembahyang” dirujuk sebagai Solat iaitu Sembah – Yang memilik sifat-sifat MAHA Kesempurnaan, iaitu menyembah Tuhan Yang memiliki sifat Maha Esa, Maha Agung, Maha Pemcipta dan sebagainya, maka Allah adalah Tuhan yang berhak diSembah kerana Dia lah yang sebenarnya memilik Sifat-Sifat MAHA kesempurnaan, "Puasa" pula diRujuk sebagai Siyam‘ amalan yang ditujukan kepada Allah., dan sebagainya.

    ‘URF yang asal (Budaya yang telah menjadi Fitrah) yang BUKAN melibatkan Akidah tetapi mampu mengukuhkan Syari'at terus diTETAPkan dalam satu-satu kaum dalam usaha Da’wah Islamiah adalah SUNNAH, itulah cara Nabi Muhammad serta para sahabat berDa’wah memperkembangkan Agama Islam dahulu di Tanah Arab (satu contoh: majlis "Belah mulut" bayi yang baru lahir dan menamakan anak pada hari ke7 adalah 'URF yang asal yang juga diwarisi Bangsa Arab Quraisy sebelum Nabi Muhammad SAW dilahirkan), cara Dakwah Nabi Muhammad dicontohi oleh Para Ulama’ Silam bila perkembangan Agama Islam diusahakan di Nusantara ini suatu ketika dulu.

    Golongan Hindu dari kasta Brahmin & Kesatriya juga ada ‘URF yang asal “majlis Belah Mulut” ini. Para Ulama’ Silam TIDAK pernah mengUsahakan agar Orang Jawa menjadi Orang Arab, mereka mengusahakan agar orang Jawa menjadi Orang Islam sahaja. Darah kacukan Jawa/Arab atau Arab/Jawa adalah darah yang mengalir dalam tubuh para Ulama’ Awal. Di Nusantara ini. Alhamdulillah, Allah Ta’ala telah menJAYAkan Usaha mereka, Sebab itulah, Kita semua, termasuk saudara, diLAHIRkan sebagai orang Islam (Orang Awam islam), Tetapi, sekarang saudara memperTIKAIkan pula usaha para Ulama’ Silam yang banyak Jasa mereka.

    Usaha dan Kejayaan para Ulama’ silam ini telah diSadur kepada perBilangan, Adat bersendi Syarak, Syarak bersendi Kitabullah, Syarak Mengata, Adat Menurut, Hidup Syarak, Hiduplah Adat, Syarak Tak Mati bila Anak Mati, Biar Mati Anak jangan Mati Adat. Dan sebagainya.
    -
    bersambung di bawah:

    BalasPadam
  19. ( Pasal 2 ) Saudara berdolak dalih KONONnya saudara belajar dari Ulama., sedangkan saudara hanya belajar baca buku dan kitab yang asas, lepas itu dapat tahu beberapa ayat Al-Quran dan hadis, terus memberi HUKUM sendiri menurut Akal sendiri (jenis Mu’tazilah) padahal TIDAK ADA Ijma' atau Qias Ulama' yang bersependapat dengan saudara, jelasnya yang paling Asas pun saudara GAGAL. Pendapat-pendapat saudara juga adalah berasal dari pemikiran Karut-Marut.

    Sebab itu saudara TIDAK mahu menjawab soalan-soalan saya . Saya TIDAK mahu tahu nama saudara. Saya cuma ingin mengetahui nama-nama Ulama' dan tempat belajar yang saudara cakap dalam posting awal yang telah mengajar saudara untuk menghukum tentang majlis Tahlil dan Talkin ini. Kenapa nak berdolak dalih dengan tidak mahu menjawab soalan saya ?

    Saudara cari guru Agama Islam yang ada sanadnya dan belajarlah:
    Tidak ada Kilaf Ulama’ Ahlissunnah Wal Jamaah (ASWJ) : Semua Ulama’ sepakat: Solat Subuh adalah Solat Ibadat WAJIB, dibuat dalam Waktunya adalah WAJIB, diBuat 2 Rakaat WAJIB. Membaca Al-Fatihah (Pembukaan sebagai Do’a Kesejahteraan) dalam setiap Rakaat adalah WAJIB. Rukun Solat adalah WAJIB. Mengurangi perkara-perkara WAJIB dalam keadaan Sedar, maka BATAL lah Solatnya. Tidak berSolat Subuh maka BerDosa Besarlah, HARAM meninggalkan Solat Subuh jika seseorang Itu Cukup syarat-syaratnya. Dan sebagainya yang SUNAT, HARUS, MAKRUH yang menjadi Kilaf Ulama’.
    Maka, jika seseorang memilih untuk bersolat Subuh, 3 rakaat, maka BATALlah Solat tersebut, Tidak berlaku Solat Subuh tersebut. Jika Tidak dilakukan Solat Subuh menurut rukunnya dalam dalam Waktunya, maka berDosa Besarlah orang itu, HARAM perbuatan meninggalkan Solat Subuh sedangkan seseorang itu ada syarat-syarat yang cukup.

    BIDA’AH dalam Agama Islam adalah Perkara-perakara diReka-reka dalam peribadatan.

    Tindakan saudara menyamakan kesalahan memilih untuk melakukan Solat Subuh 3 Rakaat dengan perbuatan seorang anak soleh memilih untuk menDo’akan agar Allah memberi Rahmat kepada Arwah Ibu-bapa/Nenek-Moyang pada bilangan hari-hari tertentu dalam ‘Urf yang Asal (Budaya yang menjadi Fitrah) adalah satu KEJAHILAN dalam Agama Islam.

    bersambung Di bawah

    BalasPadam
  20. (Pasal 3) Para Ulama’ telah menentukan juga Tanpa Kilaf bahawasnya ada 3 Jenis bentuk Utama Ibadat:

    1) Ibadat Khas ( Rukun Islam yang 5 ) atau disebut juga Fardhu Ain. Yang ada hukum-hukum Fekahnya. WAJIB dilakukan oleh setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya.

    2) Ibadat Am, iaitu amalan-amalan ibadat di Luar Fardhu Ain juga dalam perhubugan mnusia dengan Allah yang bersangkutan dengan kesinambungan umat manusia di Dunia dan Akhirat. Fardhu Kifayah. Jika seseorang dalam masyarakat melakukannya maka terlepaslah tanggungjawab keatas orang-orang Islam yang lain. Satu-satu masyarakat WAJIB berusaha menyediakan orang-orang tertentu untuk melakukan Ibadat-ibadat Fardhu Kifayah ini. Seperti Kerja-kerja persiapan Jenazah, penghafalan Al-Quran, tanam Padi/gandum, Buat Rumah/bangunan, pengajar sekolah, keJuruteraan yang pelbgai, Bidan, pembersihan, pembentungan dan sebagainya

    3) Semua aktiviti harian juga dikira Ibadat yang bertunjang kepada Tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat, termasuk Buang Air Besar. Memberi makan untuk Anak-anak, sentiasa Senyum dan sebagainya. Tanpa Kilaf Ulama’ Hukumnya HARAM melepaskan Amanah dan tanggungjawab, iaitu berDosa Besar jika seseorang itu TIDAK bertanggungjawab kepada anak-anaknya. Hukumnya SUNNAT untuk sentiasa Senyum. Hukum asal SUNNAT berKahwin, SUNNAT berubat, dan sebagainya, perkara yang sama Boleh jatuh kepada hukum WAJIB dalam keadaan tertentu (tidak dihuraikan di sini).

    Tanpa Kilaf, para Ulama’ bersepakat bersetuju: Anak-anak yang menDo’akan kesejahteraan Ibu-bapa yang telah meninggal dunia, membuatkan Pahala untuk siMati (ibubapa) ini TIDAK PUTUS. Selain dari sedekah Jariah dan Ilmu yang menafa’at.

    Do’a kesejahteraan Al-Fatihah dalam Solat adalah dihukum WAJIB, tanpa Kilaf Ulama’, jika tidak dibaca Al-Fatihah maka BATAL lah solatnya. Do’a Al-Fatihah jika dibuat di luar Solat hukumnya HARUS, Bila masa nak dibuat juga adalah HARUS, perbuatan membaca Al-Fatihah itu sendiri hukumnya SUNNAT. HARAM jika membaca Do’a Al-Fatihah ketika membuang air kecil/besar dan sebagainya. Begitu juga kedudukan ayat-ayat al-Quran yang lain, SUNNAT dibaca dalam solat, HARAM dibaca ketika membuang air kecil/besar.

    Dalam satu-satu masyarakat tidak semestinya do’a anak-anak ini Allah akan makbul, mungkin kerana anak-anak sendiri Tidak tahu berDo’a, jadi untuk hidup dalam masyarakat yang saling bantu-membantu..Do’akan kesejahteraan arwah beramai-ramai (dalam Jemaah = majlis Tahlil) boleh membuatkan Do’a menjadi lebih kuat dengan penuh harapan Allah termima Do’a mereka. Tetap kita berserah kepada Allah Ta’ala. Masing-masing BEBAS untuk melakukannya atau Tidak = HARUS. Para Ulama’ silam memutuskan bilangan hari-hari untuk menDo’akan kesejahteraan siMati yang berasal dari ‘Urf yang Asal, sebagai Hari-hari “KeUtamaan” pada Adat untuk Masyarakat agar terus Bergaul seperti biasa dalam aktiviti menDo’akan kesejahteraan siMati. Samalah seperti Adat masyarakat bila tiba hari Lebaran, maka menjadi “KeUtamaan” menyediakan Kuih-Muih untuk meRa’ikan tetamu. Berdosakah kita kalau Tak buat kuih-muih pada hari Lebaran ? Berdosakah kita kalau kita menolak tetamu ? Sila jawab ..

    Nota Pentting: TIDAK Timbul langsung Masaalah Bida’ah dalam Majlis Tahlil. Hanya orang yang JAHIL sahaja akan mengaitkan Majlis Tahlil dengan Bida’ah.

    Hanya Allah yang lebih mengetahui yang lebih tersembunyi dari dari yang tersebut.

    Sekian Wassalam

    BalasPadam
  21. Saya masih melayan utk kali terakhir jawaban ulama begini: Pertahankan amalan agama yg tidak ada sumber alquran dan sunah. Saya jelas: Bahawa Tahlil arwah kirim pahala kepada orang mati tidak ada ada sumber dalam alquran dan sunah. Itu adalah bid'ah dan haram. Perbuatan membuat amalan agama tanpa sumber naql adalah seperti pembuatan amal agama dalam agama hindu, buddha dan kristen. Jika si ulama pesantren tidak memberikan dalil alquran dan sunah perihal sunahnya bertahlil arwah, saya tidak akan melepaskan postingnya yg karut marut. Ingat itu hai ulama berserban!

    BalasPadam
  22. hem...................tak habis-habis dengan berbahas

    BalasPadam
  23. Saya banyak setuju dengan Nurul Mubin, sbbnya saya dengar almarhum tok guru nik aziz mengajar macam ni jugak.

    BalasPadam