Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
“Ustaz! Ini kali pertama saya dengar para sahabat nabi TAK PUASA ketika berlakunya perang Badar. Biasanya kita ditegur kerana lemah dan lembik ketika puasa, sedangkan para sahabat nabi yang berpuasa tetap gagah perkasa menentang musuh dalam perang Badar. Saya sangsi, betulkah apa yang ustaz sebut?”
Semalam (2 Jun 2017, Jumaat) saya dijemput tazkirah Ramadhan bertajuk “RAMADHAN: HADIAH ALLAH KEPADA KITA” di Pejabat Ana Muslim di Desa Melawati, Selangor. Semasa sessi soal jawab, seorang kaki tangan Ana Muslim bertanya soalan di atas.
Perlu kita sedar dan tahu bahawa Islam adalah agama untuk manusia yang sangat logik. Agak sukar bertempur menghayun pedang, berlari mengelakkan serangan musuh dan sebagainya jika orang Islam berpuasa. Tentang adakah benar atau tidak baginda dan para sahabat berbuka puasa dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah dan perang Badar, cukuplah nass hadith ini menjawab:
سَافَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى مَكَّةَ وَنَحْنُ صِيَامٌ قَالَ فَنَزَلْنَا مَنْزِلًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكُمْ قَدْ دَنَوْتُمْ مِنْ عَدُوِّكُمْ وَالْفِطْرُ أَقْوَى لَكُمْ فَكَانَتْ رُخْصَةً فَمِنَّا مَنْ صَامَ وَمِنَّا مَنْ أَفْطَرَ ثُمَّ نَزَلْنَا مَنْزِلًا آخَرَ فَقَالَ إِنَّكُمْ مُصَبِّحُو عَدُوِّكُمْ وَالْفِطْرُ أَقْوَى لَكُمْ فَأَفْطِرُوا وَكَانَتْ عَزْمَةً فَأَفْطَرْنَا
Ertinya: Abu Sa’id al-Khudri berkata, kami pernah musafir dengan Rasulullah SAW ke Mekah dalam keadaan kami berpuasa. Kami pun singgah di suatu tempat, setelah itu baginda SAW bersabda: “Kamu sudah hampiri musuh kamu, sedangkan berbuka puasa lebih menguatkan kamu (untuk menghadapi musuh).” Cadangan nabi itu menjadi pilihan kepada kami, ada yang berbuka manakala ada juga yang meneruskan puasa. Setelah kami sampai ke tempat persinggahan yang lain, baginda bersabda lagi: "Kamu sedang berhadapan dengan musuh kamu, buka puasa itu lebih kuat untuk kamu maka berbukalah". (Abu Said al-Khudri berkata): Maka itu sudah menjadi satu kewajipan, maka kami pun berbuka (Sahih Muslim & Sunan Abu Dawud).
Dalam riwayat lain, ‘Umar bin al-Khattab turut menceritakan perkara yang sama:
أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ غَزَوْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ غَزْوَتَيْنِ يَوْمَ بَدْرٍ وَالْفَتْحِ فَأَفْطَرْنَا فِيهِمَا
Ertinya: ‘Umar RA berkata: Kami berperang dalam 2 buah perang (Badar dan Pembukaan Kota Mekah) bersama Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan, LALU KAMI BERBUKA PUASA PADA KEDUA PERANG TERSEBUT (Sunan al-Tirmidhi).
Semoga 2 nass ini menjawab soalan yang diajukan. Islam adalah agama yang sesuai untuk manusia. Ketika keadaan terdesak seperti saat perang, musafir dan sebagainya, Allah MEMBERI HADIAH RUKHSAH ATAU KELONGGARAN KEPADA KITA UNTUK BERBUKA. Ia jelas menunjukkan rahmat Allah:
وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْ