BUNYINYA aneh, tapi praktikal di kota-kota besar. Melaksanakana solat Jumaat dua sesi sebenarnya hasil pemikiran di luar kotak. Kebiasaannya solat Jumaat dilakukan sekali, dan hampir tidak pernah para pegawai tinggi agama negeri cuba melontarkan idea dua sesi untuk mengatasi kesesakan dalam masjid. Lazim untuk mengatasi itu, ruang tambahan atau bangsal dibina.
Membesar-besarkan masjid semata-mata untuk menampung ledakan jemaah juga tidak praktikal kerana memerlukan kos besar di samping memerlukan kawasan baru. Di kota besar, nilai tanah amat tinggi dan terhad pula. Ironisnya, solat lima waktu yang lain, hanya dihadiri kira-kira 30 hingga 100 orang jemaah. Menambah besar masjid hanya penyelesaian jangka pendek, namun masalah kesesakan di jalan-jalan, para muslim yang mengejar waktu untuk ke masjid, kemudian terburu-buru ke tempat kerja tidak selesai. Percayalah keadaan di kota besar seperti Johor Bahru dan Kuala Lumpur lebih mencemaskan semata-mata untuk menunaikan solat Jumaat ini. Mereka yang bekerja di KL dan rutin Jumaatnya di Masjid Jamek Jalan Tun Perak akan tahu keadaan sebenar.
Bukankah Islam membawa kesejahteraan? Terburu-buru untuk solat Jumaat dalam kesesakan penuh risiko, masihkah kaedah solat satu sesi membawa maksud sejahtera dan tenang menghadap Ilahy? Solat sehingga di jalan-jalan dan tepi-tepi longkang dalam terik mentari. Dan bukan tidak pernah pula sedang solat tiba-tiba hujan lebat. Ingat, selepas solat mereka akan segera ke tempat kerja pula!
Bagaimana kaedahnya dua sesi itu? Sesi pertama seperti biasa, katakan bermula jam 1.15 petang, sebaik saja masuk waktu zuhur dimulakan azan untuk solat Jumaat. Sesi kedua dimulakan kira-kira 30 minit setelah tamat solat sesi pertama. Kaedah ini dapat memberi peluang kepada mereka yang asalnya tidak boleh ke masjid seperti anggota polis, bomba, pekerja kilang dan pasukan keselamatan.
Idea ini akan cuba dipatahkan dengan alasan akan menyebabkan orang ponteng solat Jumaat. Kita akur jika selama ini usaha membanteras muslim ponteng solat memang giat dijalankan. Kerana itu, muslim memang takut sekali ponteng solat, khasnya solat Jumaat. Jika terbukti tidak ada usaha menangkap dan menghukum muslim yang ponteng mana-mana solat fardu, tolak saja alasan retorik ini.
Pada Ramadan yang lalu Perlis telah cuba melakukan dua sesi solat tarawih. Kita tidak pasti negeri manakah yang akan mula melakukan percubaan solat Jumaat dua sesi. Namun tampaknya Perlis belum mempunyai kota sekompleks Kuala Lumpur. Mungkin saja kerana aliran salafinya, Perlis akan menawarkan contoh kepada kota-kota di luar negeri utara itu.