Pengikut

Ahad, Januari 31, 2016

BERAPA lama Nuraisyah kekal ngetop 1Malaysia?

Cikgu Sa Farid bersama Nuraisyah
SELIBRITI murid sekolah Nuraisyah binti Syahrin, 13 tahun, orang Sabak Bernam.  Ada beberapa sebab dia ngetop satu Malaysia. Pertama dia cedera parah akibat kecelakaan jalan raya ketika pulang dari sekolah. Kedua, dia insan kecil tergilis oleh lori tanah yang agam.  Ketiga, dia baru minggu keempat bersekolah menengah Tingkatan Satu.  Tapi yang menyebabkan seluruh orang merasa hiba terhadapnya ialah dia cacat seumur hidup, tanpa kedua-dua kaki.

Lalu semua pihak meladeninya. Syukur kepada Tuhan.

Saya juga menggunakan jalan yang dilalui Nuraisyah. Sejak jalan itu dirajai lori-lori tanah, minda saya berfikir ‘siapakah yang bakal menjadi mangsa lori-lori ini’.  Dan yang saya fikirkan sudah berlaku. Pastinya Nuraisyah bukan lagi satu nama murid sekolah yang ditimpa malang. Nuraisyah menjadi satu tanda nama kajian dan tindakan pelbagai pihak.  Pihak yang terkesan dan mahu mengatasinya adalah Jabatan Pengangkutan Jalan. Kes ini merembet ke situasi lain pula. Pastinya menjadi rumit dan mungkin akan hilang begitu saja. Sebabnya Nuraisyah hanya muncul di Parit 17 Sungai Panjang Sabak Bernam, bukan Subang Jaya atau Putrajaya!

Nuraisyah dan kakaknya berusia 13 dan 15 tahun menunggang motorsikal ke sekolah, tanpa lesen memandu. Mengapa?  Khidmat bas sekolah sudah lama ditutup kerna tiada pelanggan. Kos bayaran bulanan yang tinggi menyebabkan ibu bapa mencarikan sebuah motorsikal untuk diguna dua anaknya, sehingga mereka tamat bersekolah.  Motorsikal tentu kenderaan lain ketika tidak bersekolah.

Mengapa bapanya tidak menghantar anak ke sekolah? Ini masalah ekonomi pula. Orang desa menjana pendapatan sesuai dengan masa kerjanya. Jarak antara rumah Nuraisyah ke sekolahnya ialah 20 kilometer dengan masa 30 minit. Ini bermakna sehari selama dua jam diguna bapa untuk menguruskan persekolahan anak. Tidak bekerja selama dua jam sehari bermakna pengurangan pendapatan.

Pihak sekolah tidak memberi kesedaran keselamatan di jalan raya?  Perlu diketahui hal-hal di luar pagar sekolah tidak menjadi tanggung jawab pihak sekolah.  Namun Jawatan Kuasa Keselamatan di sekolah memberi maklumat dari masa ke semasa termasuk membawa pihak polis memberikan maklumat berkenaan. Ini standard keselamatan semua sekolah.

Apakah selepas Nuraisyah, keadaan telah berubah. Lori tanah tidak laju-laju mengejar trip, bapa menghantar anak-anaknya ke sekolah, murid memilih basikal sebagai ganti motorsikal dan jalan raya sentiasa dipantau kerosakannya? Jangan terlalu ideal dalam harapan, apatah lagi Nuraisyah hanya di Sungai Panjang bukannya Subang Jaya atau Purtajaya!

Kita tidak berapa sedar, gerakan membangunkan ekonomi desa supaya tidak jauh dengan ekonomi kota membentuk pula budaya hidup baru di desa. Kawasan rumah Nuraisyah asalnya kawasan paling sunyi di negeri Selangor. Dengan pembangunan asas seperti jalan raya, air, elektrik dan sistem komunikasi, masyarakat membina perkampungan di sana. Tidak ada kenderaan awam, maka motorsikal menjadi pilihan. Selain faktor risiko tinggi berbasikal, tidak mampu mengejar masa, sebuah keluarga bisa mampu memiliki dua atau tiga buah motorsikal. Bermotorsikal budaya. Maka terjadilah Nuraisyah.


Jika pihak polis mahu kempen keselamatan diperhebat, kita juga wajib mengubah suasana dan sistem yang mewujudkan tragedi Nuraisyah. Jika sistem itu kekal, tidak ada apa yang boleh diubah. Siapa yang mahu mengundur sistem ekonomi yang menggerakkan wang ke dalam poket?

Isnin, Januari 25, 2016

MASA depan Syiah cerah di sini...


JUMLAH penduduk Malaysia  hanya 30 juta orang dan daripada itu kira-kira 70 peratusnya beragama Islam. Perkembangan baru pula menggambarkan kemungkinan ada hampir sejuta orang daripada penganut Islam telah bertukar akidah Islam kepada agama Syiah.  Dari sudut teknikal, Syiah boleh dianggap sebagian Islam, tetapi secara akidahnya syiah bukan dalam Islam.

Syiah mengembangkan ajarannya kepada penganut Islam kerna  ada persamaan sejarah. Syiah sendiri asalnya daripada Islam, tetapi akibat amalan bid’ah yang besar dalam akidah dan ibadah, maka Syiah bukan Islam. Ratu Syiah Indonesia sendiri mengakui bahwa Tuhannya Muhammad (Nabi s.a.w.) bukanlah tuhannya mereka kaum Syiah.  Sekian banyak pula ritual ibadah syiah adalah bid’ah, atau rekaan dalam rangka mengabdi kepada tuhan.

Namun kaum Syiah tidak jelas membedakan diri dalam masyarakat Islam Sunnah.  Konsep taqiah atau berpura-pura (munafik) menjadi amalan mereka dalam menyelamatkan diri ketimbang bersusah-payah menjawab mengapa dirinya beragama Syiah.  Sekalipun kaum Syiah di Malaysia mengatakan Ali bin Abi Talib sebagai Nabi akhir zaman atau mengatakan sahabat Nabi itu sebagai tuhan, itu bukanlah terzahir secara konkrit.  Soal dalam agama mereka tidak ada shalat Jumaat dan tidak ada shalat lima waktu, mereka dengan senang menyelinap dalam masyarakat muslim yang memang banyak berkelakuan begitu.

Penganut Syiah hanya dapat dikesan tatkala mereka melakukan ritual agama secara terbuka.  Misalnya jika berkumpul dan mengadakan diskusi agama, pastilah mereka menyatakan kesedihan atas kematian cucu Nabi s.a.w., Saidina Hussein bin Abi Talib. Mereka bersedih menangis dan melagukan irama sesal dan marah terhadap kematian Hussein. Jelas mereka penganut Syiah.

Belum ada penganut Syiah di Malaysia yang melukakan diri pada hari Asyura 10 muharam sebagaimana di Iran, Iraq dan beberapa negara luar sana.  Di Indonesia dan Malaysia, saat hari Asyura mereka menyanyi kesedihan dan menampar-nampar dada.  Sang Syiah tegar dari Indonesia jika mahu melukan diri saat itu, masih perlu ke negara Syiah seperti Iran.

Satu perkara, penganut Syiah di Malaysia atau Indonesia akan menafikan amalan Syirik dan bid’ah dalam agama mereka sebagai dasar.  Jika kita katakan penganut Syiah melukakan diri, menyembah berhala imam mereka atau membuat perlakuan seperti penganut Nasrani dan Hindu, mereka pantas menafikan itu adalah dasar agamanya. Mereka akan berkata, ajaran Syiah yang sebenar bukanlah seperti yang kita katakan kepada mereka. Acara melukakan diri pada 10 muharam yang terkenal dan sebagai tanda rasa sepenanggungan terhadap Hussein juga dinafikan sebagai ajaran asas agama Syiah. Begitulah munafiknya mereka.

Penganut Syiah begitu marah dengan sesiapa yang bersikap dan berdakwah kepada ajaran Islam yang tulen: Al-Quran dan Sunah sahih. Kebetulan negara yang kuat menjaga ajaran Islam seperti yang ada pada jaman Nabi dan para Sahabat adalah Arab Saudi, maka semua penganut Syiah mencela pemerintah dan dasar negara dua tanah suci itu.  Perkataan ‘wahabi’ adalah kewajiban untuk menggambarkan kebencian Syiah kepada sesiapa yang menolak atau melawan agama Syiah.

Pandangan saya, Syiah punya masa depan di Malaysia dan Indonesia kerna masyarakat Islamnya berpegang kuat amalan bid’ah yang dikatakan hasanah.  Asalkan seseorang itu menerima konsep bid’ah dalam agama, pintu masuk ajaran agama Syiah sudah ada.  Syiah itu berkembang kerna penerimaan terhadap rekaan konsep akidah dan ibadah. Rekaan dalam agama itulah bid'ah.


Sudah ada orang yang disebut guru agama mengatakan Nabi Muhammad jauh lebih besar daripada Allah swt. Itu dikatakan untuk membela sambutan Maulidur rasul.  Ada lagi yang mengatakan ‘ada sebagian hadis nabi yang hanya dihafal sahabat dan ulama, tidak ditulis dalam mana-mana sunah hadis’, itu ketika dia membela bid’ah hasanah.  Golongan yang mendakwa keturunan Nabi yang melakukan ibadah di kubur pula sedang diberikan ruang luas menyebarkan ajaran sufinya.  Ini sebagian petanda syiah punya peluang dan akan berkembang di Malaysia.  Tentulah Indonesia mendahului Malaysia dalam hal berkembangnya Syiah.

Sabtu, Januari 16, 2016

"JANGAN ikut cara ibadahnya orang Arab."


Di mana kalian mahu mencari sumber atau contoh sebenar bagi kenderaan jenama Toyota? Kalian mesti ke Jepun, bukan ke Thailand sekalipun Toyota yang kalian gunakan dipasang di Thailand.  Di manakah kita mahu menemui contoh sebenar ajaran Nabi Muhammad s.a.w.?  Kita pasti ke Madinah dan Makkah, kerna di situlah Nabi s.a.w. menerima dan menyampaikan wahyu yang menjadi panduan umat beragama. Kita tidak mungkin ke Indonesia sekalipun negara itu mempunyai jumlah penduduk muslim terbanyak di dunia!


Apabila dikhabarkan bagaimana penduduk Madinah dan Makkah mengurus jenazah, sebagian penduduk Nusantara tidak suka dibanding-banding dengan Madinah dan Makkah.  Sehingga keluar perkataan, “tidak boleh meniru caranya orang Arab beragama.”  Walhal Nabi s.a.w. dan para sahabatnya adalah orang Arab kecuali sedikit yang ajam.  Yang ajam juga berbahasa Arab seperti Nabi s.a.w.

Ketika usia pertengahan awal abad ini, saya berkesempatan ke Madinah dan Makkah. Oleh kerna usia di bawah 40 dan peribadi orang desa yang kuat berjalan, saya sering di hadapan saat shalat di Masjid Nabawi. Persis di daerah kecil yang dikhaskan oleh imam dan pengiringnya.  Ruang imam dan pengiring diletakkan beberapa rehal supaya tidak diguna oleh jamaah lain. Kemudian setelah shalat, dibuka pintu sebelah, bahagian tepi mihrab imam, di situ sudah tersedia jenazah yang akan dishalati. Imam terus ke situ dan shalat jenazah.

Habis shalat, jenazah terus dibawa keluar ke makam Baqi dengan pantas. Saya sekali mengikuti pembawaan jenazah untuk pemakaman. Waktunya selepas shalat subuh. Lampu bersinar di kawasan Baqi, jadi tampak banyak lubang kubur sudah tersedia untukdiguna kapan-kapan saja.  Tidak seperti di desa kita, jika ada kematian baru digali tanah kubur. Dan tidak akan ada lubang kubur  begitu saja berhari-hari.

Jenazah terus dimakamkan seperti juga di desa kita, tidak ada acara lain. Habis jenazah dimakamkan, orang berdiri sebentar (berdoa) dan berangkat pergi.  Tidak ada seperti di negeri kita, orang membentang tikar dan imam berkhutbah tentang kematian, pengajaran terhadap mayat di kubur. Ada tahlilan, bacaan yassin dan menabur bunga-bunga serta menyiram air di pusara.  Kemudian di tanda dua kayu nisan.  Mungkin sebulan kemudian ditinggikan kuburan dan disimen, ditulis pula ayat surah al-Fatihah.

Berkenaan dakwaan orang Madinah itu wahabi bab kubur, eloklah ditatap hadis nabi.

Ummu Habibah dan Ummu Salamah menceritakan kepada Rasulullah s.a.w.  tentang sebuah gereja di negeri Habsyah. Di dalam gereja itu terdapat gambar.
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya), “Sesungguhnya  jika ada seorang salih yang meninggal dunia di antara mereka, mereka membangunkan atas kuburannya masjid (tempat ibadah).  Lalu mereka membuat gambar-gambar (orang salih) tersebut dalam masjid itu.  Mereka itulah orang-orang yang paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat.” (Hadis sahih al-Bukhari dan Muslim)

Adapun orang-orang di desa kita lebih kepada adat bangsa dan suku kaum yang dihiasi ayat-ayat agama.


Nota: Pada ziarah Disember 2015 yang lalu, saya meladeni kedua-kedua orang tua di tanah suci, maka tidak ada kesempatan untuk menyertai pemakaman di Baqi. Entah seperti 14 tahun yang lalu atau tidak.

Khamis, Januari 07, 2016

POLIGAMI bukan sunah, tapi boleh dilakukan

foto hiasan

Allah Ta’ala berfirman:
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil [265], Maka (kawinilah) seorang saja [266], atau budak-budak yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. (QS. An Nisa’ : 4)
[265] Berlaku adil ialah perlakuan yang adil dalam memenuhi isteri seperti pakaian, tempat, giliran dan lain-lain yang bersifat lahiriyah.
[266] Islam memperbolehkan poligami dengan syarat-syarat tertentu. sebelum turun ayat Ini poligami sudah ada, dan pernah pula dijalankan oleh para nabi sebelum nabi Muhammad ayat Ini membatasi poligami sampai empat orang saja.
– Apakah Disunnahkan Poligami Dalam Islam ?
Poligami ini disunnahkan bila seorang laki-laki dapat berbuat adil di antara istri-istrinya berdasarkan firman Allah Ta’ala:
فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً
Namun bila kalian khawatir tidak dapat berbuat adil maka nikahilah satu wanita saja” (QS. An Nisa: 3)
Dan juga bila ia merasa dirinya aman dari terfitnah dengan mereka dan aman dari menyia-nyiakan hak Allah dengan sebab mereka, aman pula dari terlalaikan melakukan ibadah kepada Allah karena mereka. Allah Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ
Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya istri-istri dan anak-anak kalian adalah musuh bagi kalian maka berhati-hatilah dari mereka“. (QS. At Taghabun: 14)
Di samping itu ia memandang dirinya mampu untuk menjaga kehormatan mereka dan melindungi mereka hingga mereka tidak ditimpa kerusakan, karena Allah tidak menyukai kerusakan. Ia mampu pula menafkahi mereka. Allah Ta’ala berfirman:
وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ
Hendaklah mereka yang belum mampu untuk menikah menjaga kehormatan dirinya hingga Allah mencukupkan mereka dengan keutamaan dari-Nya” . (QS. An Nur:33)
(Dinukil dari “Fiqh Ta’addud Az Zawjaat”, hal. 5)
Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi’i pernah ditanya tentang hukum poligami, apakah sunnah? beliau menjawab: “Bukan sunnah, akan tetapi hukumnya jaiz (boleh)“.
Sebuah Petikan Tentang Keadilan Salaf
Ibnu Abi Syaibah Rahimahullah berkata dalam “Al Mushannaf” (4/387): Telah menceritakan kepada kami Abu Dawud Ath Thayalisi dari Harun bin Ibrahim is berkata: Aku mendengar Muhammad berkata terhadap seseorang yang memiliki dua istri: “Dibenci ia berwudlu hanya di rumah salah seorang istrinya sementara di rumah istri yang lain ia tidak pernah melakukannya“. (Atsar ini shahih)
Selanjutnya beliau berkata: Telah menceritakan kepada kami Jarir dari Mughirah dari Abi Muasyir dari Ibrahim tentang seseorang yang mengumpulkan beberapa istri : “Mereka menyamakan di antara istri-istrinya sampaipun sisa gandum dan makanan yang tidak dapat lagi ditakar/ditimbang (karena sedikitnya) maka mereka tetap membaginya tangan pertangan“. (Atsar ini shahih dan Abu Muasyir adalah Ziyad bin Kulaib, seorang yang tsiqah)
Peringatan !!!
Di antara manusia ada yang tergesa-gesa dan bersegera melakukan poligami tanpa pertimbangan dan pemikiran, sehingga ia menghancurkan kebahagiaan keluarganya dan memutus ikatan tali (pernikahannya) dan menjadi seperti orang yang dikatakan oleh seorang A’rabi (dalam bait syairnya):
Aku menikahi dua wanita karena kebodohanku yang sangat
Dengan apa yang justru mendatangkan sengsara
Tadinya aku berkata, ku kan menjadi seekor domba jantan di antara keduanya
Merasakan kenikmatan di antara dua biri-biri betina pilihan
Namun kenyataannya, aku laksana seekor biri-biri betina yang berputar di pagi dan sore hari diantara dua serigala
Membuat ridla istri yang satu ternyata mengobarkan amarah istri yang lain
Hingga aku tak pernah selamat dari satu diantara dua kemurkaan
Aku terperosok ke dalam kehidupan nan penuh kemudlaratan
Demikianlah mudlarat yang ditimbulkan di antara dua madu
Malam ini untuk istri yang satu, malam berikutnya untuk istri yang lain, selalu sarat dengan cercaan dalam dua malam
Maka bila engkau suka untuk tetap mulia dari kebaikan
yang memenuhi kedua tanganmu hiduplah membujang
namun bila kau tak mampu, cukup satu wanita, hingga mencukupimu dari beroleh kejelekan dua madu
Bait syairnya yang dikatakan A’rabi ini tidak benar secara mutlak, tetapi barangsiapa yang takalluf (memberat-beratkan dirinyamelakukan poligami tanpa disertai kemampuan memberikan nafkah, pendidikan dan penjagaan yang baik, maka dimungkinkan akan menimpanya apa yang dikisahkan oleh A’rabi itu yaitu berupa kesulitan dan kepayahan.
Wallahu A’lam
(sumber dari kitab : Al Intishar lihuhuqil Mu’minat. Karya : Ummu Salamah As Salafiyyah Hal. 154 -. Penerbit darul Atsar Yaman Cet. I Th. 2002. Telah diterjemahkan dengan judul buku : Persembahan untukmu Duhai Muslimah Cet. Pustaka Al Haura’ Yogyakarta)