SEMASA saya bersekolah rendah dahulu di Darjah Empat
ada mata pelajaran Tawarikh (zaman sekarang disebut Sejarah). Antara kandungan isi buku berkenaan ialah bab
Agama Kristian. Di muka pertama bab itu dipaparkan lukisan wajah ‘Nabi Isa’
yang dikatakan pengasas agama Kristian.
Tidak tahulah, sama ada penukaran buku tawarikh seterusnya memang kerana
perubahan kurikulum Sejarah atau ada bantahan daripada umat Islam yang sedar
mengenai kesalahan berkenaan.
Hari
ini mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran wajib dari Tingkatan Satu
hingga Tingkatan Lima. Khabarnya pada peringkat SPM akan diwajibkan pula lulus mata
pelajaran Sejarah sebagai syarat mendapat sijil SPM!
Antara
kandungan mata pelajaran Sejarah di Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ialah
mengenai sejarah manusia. Dalam buku
teks sejarah, sejarah manusia dimulakan
mengikut zaman iaitu zaman Paleolitik, kemudiannya Mesolitik, Neolitik dan
Logam. Zaman permulaan manusia hidup
dicatat sebagai zaman Paleolitik iaitu zaman manusia hanya bercawat dan ilmu
hidupnya sangat minimum. Mereka
dikatakan tidak ada pemahaman agama kecuali apa yang dinamakan anamisme,
manakala ekonominya hanya mengutip buah-buah.
Mereka berteduh di bawah pokok besar atau dalam gua dalam kumpulan-kumpulan
nomad yang keci kira-kira lima
orang. Nampaknya kehidupan manusia zaman
itu lebih baik sedikit daripada kehidupan haiwan jenis beruk. Inilah gambaran
kehidupan manusia yang awal diajarkan kepada murid-murid Tingkatan satu
(diulang secara ringkas di Tingkatan Empat).
Al-Quran
mengajarkan manusia adalah sebaik-baik makhluk yang dicipta oleh Allah. Sekalipun kita sering memberi gambaran yang
baik tak berbuat dosa adalah malaikat, Allah rakamkan ‘sebaik-baik ciptaan’
adalah manusia. Boleh lihat maksud ayat
4 surah At-Tiin: “Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk
yang sebaik-baiknya.” Mungkin
itu dihujah sebagai sebaik-baik fizikal makhluk. Namun di sisi penciptanya, manusia adalah
makhluk yang berilmu (pengetahuan). Kita
boleh perhatikan maksud ayat 31 surah al-Baqarah: “Dan Dia ajarkan Adam
nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia melihat kepada para malaikat seraya
berfirman ‘Sebutkan kepada-Ku semua nama (benda) ini, jika kamu yang benar.” Begitulah Sang Pencipta manusia mengajar ilmu
kepada manusia yang awal iaitu Nabi Adam.
Jika
ilmu sejarah (mengikut sains Barat) mengatakan manusia zaman awal (Paleolitik)
tidak ada pegangan agama sebagaimana pemahaman agama hari ini
(sekurang-kurangnya jika tidak dirujuk kepada Islam, mungkin boleh Yahudi atau
Kristian). Maksud mudah ialah manusia
zaman itu tidak mengenal Tuhan sebagai pencipta (tauhid Rububiyah).
Al-Quran
menjelaskan manusia pertama iaitu Adam seorang manusia yang tahu siapa
Tuhannya. Adam patuh dengan arahan Allah dalam syurga sehingga dia (dan Hawa) terlaku
salah akibat hasutan syaitan. Kerna itu Adam dihantar ke bumi, tetapi Allah
menerima permintaan taubat Adam. Lihat maksud ayat 36-37 al-baqarah: “Lalu
syaitan memperdaya kedua-duanya dari syurga sehingga kedua-duanya dikeluarkan
dari (segala kenikmatan) ketika kedua-duanya berada di sana. Dan Kami berfirman ‘Turunlah kamu, sebagian
kamu menjadi musuh bagi yang lain. Dan
kamu ada tempat tinggal dan kesenangan di bumi sampai waktu yang
ditentukan. Kemudian Adam menerima
beberapa kalimat dari Tuhannya, lalu Dia pun menerima taubatnya. Sungguh Allah
Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.”
Apakah
penulis buku sejarah untuk murid-murid tidak tahu bahawa manusia pertama dan
kedua ialah Adam dan Hawa? Mustahil tidak tahu.
Mengapa pula mereka tidak mencatat sejarah manusia bermula dengan Adam dan hawa?
Saya
menduga, inilah hasil kompromi pendidikan supaya tidak terlihat ada unsur indoktrinasi
Islam terhadap anak-anak bukan Islam di Malaysia. Hanya untuk menjaga ‘hati dan perasaan’ kaum
bukan Islam, fakta sejarah manusia yang jelas diabaikan. Oleh itu pengajaran sejarah manusia di
sekolah-sekolah memenuhi kehendak penyembah berhala atau yang tidak percaya
mana-mana agama, bukan penganut Islam mahupun Kristian.
Tidakkah
pemahaman bahawa manusia yang awal itu seperti haiwan tidak mencederakan
akidah? Sedangkan jelas menurut
al-Quran, manusia yang paling awal ialah Adam.
Adam seorang yang berilmu dan menerima Allah sebagai Tuhannya.
"Paleolitik" bererti "Zaman Batu Silam." Ini merupakan Zaman Batu terawal. Zaman Paleolitik Awal (Lower Paleolithic) sebelum Homo sapiens, bermula dengan Homo habilis dan pengunaan terawal perkakas batu sejak 2.5 juta tahun dahulu. Homo sapiens berasal sekitar 200,000 tahun dahulu, membawa masuk Zaman Paleolitik Pertengahan. (Di petik dari sumber Wikipedia). Bermaksud, rekod penemuan menunjukan Homo Habilis (bukan manusia moden) bolehlah dianggap sebagai orang gua yang buku sejarah maksudkan. Manakala manusia moden (Adam dan Hawa) hanya muncul sekitar 200,000 (dua ratus ribu) tahun yang lalu. Sebelum Adam dan Hawa di turunkan, telah ada makhluk yang menyerupai manusia tinggal di muka bumi ini. Mereka inilah orang purba yang diceritakan.
BalasPadamIslam pula mengikut catatan sejarah bermula pada abad ke-7 di Arab, diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W, seorang Arab, berasaskan ajaran/kitab sebelumnya seperti Taurat (Nabi Musa, bahasa Ibrani), Zabur (Nabi Daud, bahasa Qibti) dan Injil (Nabi Isa, bahasa Suryani).
Maka dengan itu catatan Al-Quran mengatakan Adam sebagai manusia yang paling awal adalah sejajar dengan sejarah yang diajar. Kerana orang purba SEBELUM kemunculan Adam, bukanlah Homo sapiens (manusia).
Teori mengatakan rangka Perak Man berusia 11,000 tahun dan peralatan yang dijumpai menunjukkan manusia telah menginap digua-gua di Malaysia sekitar 100,000 tahun yang lalu. Jika kita buat pengiraan pada tahun 100,000 yang lalu hanya terdapat 2 orang manusia sahaja jadi dengan pertambahan penduduk malaysia (2.3% setahun). tapi saya buat pengiraan hanya 0.1% setahun dengan ini penduduk Malaysia sepatutnya
BalasPadam50,937,968,160,051,300,000,000,000,000,000,000,000,000,000 padahal penduduk Malaysia pada 15 april 2014 ialah 29,806,400 (29 juta).Ini menunjukkan teori zaman Paleolitik hanyalah satu pembohongan barat.Berbalik kepada Zaman nabi Noh yang hidup sekitar 9000 tahun yang lalu lebih tepat dan masuk akal dengan jumlah penduduk dunia 7 Bilion. X caya kira….
Sekadar mencari logik…..
umur nabi Noh = 950 tahun
Masa Nabi Noh Dengan Nabi Ibrahim = 2200 tahun
Umur Nabi Ibrahim = 200 tahun
Jarak Masa Nabi Ibrahim dengan nabi musa =900 tahun
Umur Nabi Musa = 120 tahun
Jarak masa nabi musa dengan Nabi isa =1900 tahun
Umur Nabi Isa = 33 tahun
Jarak Nabi Isa Dengan Nabi Muhammad SAW=620 tahun
Tahun 2014- 633 Masihi = 1381 tahun
Dari zaman nabi noh hingga 2014 = 8304 tahun
selepas peristiwa Banjir Besar Nabi Noh manusia hidup 80 -100 orang
pertambahan penduduk dunia setahun 0.33%
Pengiraan yang dibuat mengandaikan 0.22% sahaja
penduduk dunia pada tahun2014 ialah 7,000,000,000.00 (7 bilion)
cara kira guna exell (ini menunjukkan kisah nabi tepat)
Zaman Paleolitik 100,000 hanya rekaan barat . Sebenarnya zaman ini wujud kerana ada suku-suku yang lari dari tamadun wujudlah manusia yang menggunakan batu sebagai alat memburu…
….. sekadar berkongsi
Zaman Paleolitik bukan rekaan barat.Banyak orang yang membuat kajian di tempatan itu orang Islam melalui radiocarbon dating.Ada sesetengah imam yang berpendapat bahawa ada makhluk Allah yang hinggap di dunia ini sebelum nabi adam.Sebenarnya kiraan anda tidak logik.Anda juga perlu mengira berapa banyak orang yang telah meninggal dunia.
Padamsebenarnya zaman ini tidak wujud krana allah jadikan kita sebaik baik nya siapa orang pertama kat bumi mestilah nabi adam
Padam