Pengikut

Selasa, Ogos 21, 2018

IBADAH korban, NGO kemboja tolong muslim Malaysia.


Catatan ini untuk memberitahu sebagian anak muda yg baru keluar dari gua,  setelah tidur lebih 300 tahun,  ala-ala ashabul kahfi di Jordan.

Negara Kemboja merdeka drpd Perancis pada 9 November 1953. Empat tahun kemudian,  1957 barulah Tanah Melayu merdeka.  Sejarah lampaunya Kemboja memang hebat, candi Angkor sebagai buktinya.

Maka tidak hairanlah Kemboja terus memacu kejayaan dan kemakmuran berbanding Tanah Melayu/Malaysia. Pemberontakan komunis,  pertikaian kaum dan siri demontrasi faktor besar negara dan rakyat negara kita mundur dan miskin. 61 tahun,  pemerintah Melayu Islam  di negara kita sangat lemah dan korup,  pendidikan dan teknologi semua bidang pun teruk.  Kini puluhan ribu anak Melayu Islam masih di sekolah usang,  tiada buku teks,  apa lagi makmal sains. Ada jutaan lagi yang tidak bersekolah.

Lihatlah sekarang,  banyaknya NGO negara Kemboja datang ke negara kita untuk membuat ibadah sembelihan korban lembu. Orang kemboja telah kaya sebab mewarisi kejayaan kerajaan Angkor dan sejak merdeka para pemimpinnya bertungkus lumus menyetarakan negara seperti China,  Korea dan Jepun.

Lembu sangat murah di negara kita,  itu pun rakyat muslim kita hanya makan daging sekali dua dlm setahun.

Kebanyakan NGO kemboja dan jutawan sana membantu sekolah agama dan membina pam air.

Tidak tahulah berapa puluh tahun lagi negara kita boleh setaraf Kemboja hari ini. Kita tak pernah selesai berbalah,  berperang sebab kuasa politik. Tak bolehkah pemimpin daerah,  negeri,  kaum,  ideologi dan agama kita duduk di meja rundingan agar negara aman dan ekonomi dibangunkan.

Kita rakyat berharap satu hari NGO Malaysia akan membawa puluhan juta ringgit ke negara² miskin untuk melakukan ibadah korban seperti yg NGO Kemboja lakukan sekarang. Adakah harapan untuk anak² kecil kita yg sekarang masih tidak berkasut dan tanpa baju? 😀😀😀😀

Khamis, Ogos 02, 2018

KERNA bid'ah hasanah muncullah Kristian

TIDAK banyak ahlul agama kita suka atau sanggup membicarakan bab bid'ah di ceramah terbuka,  seperti di masjid atau surau. Mereka bukan tidak suka bid'ah itu difahami secara jelas termasuk contoh dan kesannya,  tetapi tidak sanggup mengharungi dan melihat wujudnya perbedaan pendapat yang ada. Membicarakan bid'ah secara jujur, pastilah disebutkan contoh-contoh yang paling hampir supaya khalayak agama dapat menerima maklumat yang tuntas dari semua sudut.


Bid'ah itu sangat serius kesannya,  sekalipun cuba disusutkan isunya dalam mempelajari agama. Ini sebagian daripada teks hadis Rasulullah Syallallahu alaihi wasallam berkenaan ancaman bid'ah.
"Amma ba'du,  maka sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, seburuk-buruk perkara adalah perkara bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat. " (riwayat Imam Muslim).

Apa itu bid'ah?
".... Dan jauhkanlah diri kalian daripada  perkara-perkara yang baru dalam agama,  kerana setiap perkara yang baru dalam agama adalah bid'ah  dan setiap bid'ah adalah sesat." (riwayat Imam Abu Dawud,  At Tirmidzi dan Ibn Majah.)

Kata Imam Syatibi dalam kitab al I'tisam,  bid'ah adalah ritual ibadah rekaan yang menyerupai ibadah sebenar dan tujuan direka ibadah itu pun untuk lebih khusuk terhadap Allah. Ya,  pasti akal akan menyokong bid'ah sebab bentuk,  cara diamalkan serta tujuannya baik,  malah ikhlas kerana Allah. Cumanya,  itu rekaan manusia selepas kewafatan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam.

Mengapa tidak boleh beribadah yang bid'ah?
"Sesiapa yang mengamalkan suatu amalan yang tidak termasuk dalam urusan kami,  maka hal itu tertolak." (riwayat Imam Muslim)

Mengapa besarkan hal furu?
Virus bid'ah bukan hal furu atau ranting agama,  tapi ancaman terhapusnya ketulenan agama Allah.  Lihat apa sudah jadi ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Isa? Di tangan ahlul agama yang mendewakan akal serta nafsu,  kedua-dua ajaran nabi Allah itu ditokok tambah hingga syariat asal yang diajarkan oleh kedua-dua nabi Allah itu jauh daripada yang tulen.

Ambil saja akidah triniti dalam Kristen, tuhan itu tiga,  tiga dalam satu. Manusia pula dikatakan menanggung dosa Nabi Adam.  Semua ini masih satu ajaran agama bertujuan menjadikan manusia dekat kepada Allah,  tetapi itu rekaan bukan akidah dan ibadah yang diajarkan oleh nabi Isa. Dalam pemahaman umat Islam,  rekaan syariat dalam agama nabi Musa dan nabi Isa disebut bid'ah hasanah.  Bid'ah hasanah adalah rekaan tatacara beragama yang tujuannya untuk lebih khusuk beragama.

Ambillah iktibar terhadap kecurangan membuat bid'ah hasanah dalam agama nabi Musa dan nabi Isa, untuk umat Islam menjaga ketulenan agama yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam. Cuba,  kuatkan minda untuk siap sedia menerima penjelasan dan dialog berkenaan bid'ah dalam agama Allah. Sungguh jika dikaji dalam-dalam,  agama yang disebut sebagai Kristian,  Yahudi,  Hindu dan Buddha merupakan hasil inovasi atau bid'ah dalam agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul zaman dahulu.