Oleh: Saiful Islam
SEJARAH MENGAJAR TENTANG MANUSIA
“Itulah tugas pelajar sejarah. Sejarah bukan untuk dihafal nama dan tarikhnya. Sejarah adalah belajar tentang manusia. Jika psikologi menganalisa manusia secara individu, Sejarah pula menganalisa manusia secara kolektif, skala makro yang lebih besar”, kata Prof.
Ya. Memang benar kata Prof. Setelah satu semester menghadam perilaku manusia di dalam sejarah Eropah Moden, saya semakin yakin bahawa manusia tetap manusia. Tidak kira apa agamanya, penyakit-penyakit yang berpunca dari sikap, akan menimpa sesiapa sahaja. Manusialah yang menghidup serta mematikan watak dan idea Eropah. Manusia juga yang mendukung Islam. Walaupun menganut fakta yang berbeza, sikap mereka sama dan hasil sikap itu juga sama.
PENCERAHAN, POSITIF ATAU NEGATIF?
“Habis, kesan era Pencerahan itu positif atau negatif?”, tanya Prof kepada kelas.
Jawapan yang berlegar di fikiran saya, tidak sesuai untuk saya lontarkan di hujung kuliah hari itu kerana kesuntukan masa. Kami sudah sampai ke penghujung semester dan Prof. perlu segera menghabiskan silibus subjek ini. Saya hanya diam... walaupun kepala ligat berfikir.
“Memang benar era Pencerahan itu telah menghasilkan pelbagai kesan yang positif. Paling dibanggakan oleh Eropah, adalah Revolusi Industri yang telah memberikan Eropah kewibawaan untuk memimpin dunia”, kata Prof.
Saya juga bersetuju dengan Prof. Era Pencerahan Eropah yang berasaskan kepada kekuatan idea dan pemikiran itu, memang banyak kesan positifnya. Tetapi Prof sendiri mahu kami semua menilai, sejauh manakah kebaikan Revolusi Industri? Sejauh manakah kehidupan hakiki seorang insan menjadi lebih baik di era moden ini? Tuntutan komersil untuk menghasilkan apa yang menguntungkan manusia ramai, telah membinasakan alam ini dan semua terpaksa percaya bahawa kemusnahan alam dan keracunan persekitaran ini sebagai sesuatu yang terpaksa diadakan. Demi kemodenan.
Itu sudah cukup menjelekkan.
Tetapi, ada satu petikan kata yang membingungkan saya. Petikan yang menyebabkan saya gementar dengan realiti hari ini.
“REASON PROMOTES DOUBT, ENFEEBLES THE WILL, AND HINDERS INSTINCTIVE, AGRESSIVE ACTION”
Ini adalah kesimpulan Eropah terhadap kehancuran dan kebinasaan dunia selepas Perang Dunia Pertama. Kesimpulan ini sudah pun disebut oleh Nietsche jauh lebih awal dari itu tetapi selepas Perang Dunia Pertama, kebijaksanaan Eropah rupa-rupanya berakhir dengan kehancuran. Eropah sangkakan, dengan reason dan rationalism, mereka sudah cukup bertamadun. Tetapi 'kepandaian' orang Eropah itu telah menjadi sebab mereka berlaga semasa mereka. Tidak pernah Eropah menyangka, bahawa bangsa mereka berupaya berkelakuan ganas dan kejam, menjelangnya Perang Dunia Pertama. Mereka sangat kecewa dengan diri sendiri dan akhirnya, mereka menyalahkan reasons, di samping punca-punca yang lain.
Segalanya bermula begini...
Eropah menyangkakan bahawa dengan tradisi pencerahan yang berdalil itu, mereka sudah maju lagi bertamadun. Tetapi apabila tradisi Pencerahan itu disalahgunakan, ia telah mengundang bencana. Charles Darwin (1809 – 1882) telah mengimplimentasikan teori geologi datuknya kepada biologi kehaiwanan.
Tidak lama selepas itu, teori haiwan itu diaplikasikan pula oleh ahli kaji sosial kepada manusia. Jika spesis binatang bersaing untuk hidup, dan yang lemah akan pupus, maka ada pula manusia yang percaya bahawa spesis dan keturunannya lebih berhak untuk hidup berbanding dengan keturunan yang lain. "Penjajahan adalah fenomena biologi yang semulajadi", kata mereka.
Akhirnya, golongan Social Darwinist telah menyuntik kesombongan ke dalam diri bangsa Eropah. Renung sahaja kata-kata Karl Pearson, seorang profesor matematik British,
“Sejarah hanya menunjukkan kepada saya satu jalan. Iaitu satu-satunya jalan yang telah membawa kepada bangunnya tamadun yang tinggi. Jalan itu adalah jalan persaingan bangsa dengan bangsa, dan berakhir dengan kemenangan bangsa yang lebih baik mengatasi yang bangsa yang rendah” (National Life from the Standpoint of Science – 1900)
Nilaikan pula kata-kata seorang senator Amerika Syarikat bernama Albert J. Beveridge:
“Kita mesti patuh terhadap ketentuan kualiti darah (kemuliaan bangsa) kita, lantas perlulah dikuasai pasaran-pasaran yang baru. Dan jika perlu, tanah air yang baru”
Daripada tradisi Pencerahan yang mencerdikkan Eropah, ia telah melahirkan manusia seperti golongan itu tadi. Fahaman Social Darwinism inilah yang mempromosikan kesombongan Anglo-Saxon (British dan Amerika) serta Teutonic (Jerman).
Lanjutan daripada itu, bermulalah gerakan-gerakan yang memporak-perandakan Eropah. Fahaman Nasionalisma berleluasa dan masing-masing mula percaya kepada teori Volkish bahawa setiap satu bangsa ada rohnya sendiri, yang lebih mulia dari roh bangsa lain.
Malang sekali, kesemua golongan ini masih merasakan bahawa mereka sedang menghidupkan tradisi Enlightenment yang dibanggakan walaupun rasional mereka sedang membinasakan masyarakat.