TIBA-tiba saya membuka blog Tan Sri Zainuddin
Maidin atau Zam. Zam tidak setuju banget
kedatangan Dr Zakir berceramah dan membanding antara Islam dan agama lain. Itu
dasar tulisannya. Bagi Zam, membanding
antara Islam dan agama lain bukan cara dakwah di Malaysia yang masyarakatnya
berbilang agama. Pada tafsiran saya,
tentulah mendedahkan ‘kesalahan’ agama lain suatu yang sensitif dan menimbulkan
lagi rasa syak atau curiga antara kaum yang berlainan agama.
Tulisan Zam disambut oleh banyak orang yang sama
pendirian.
Saya tidak menghakimi pemikiran Zam itu liberal
atau sekular. Cuma saya suka kita kembali kepada metod
alquran yang merupakan rakaman sejarah dakwah para nabi. Tidak ada cerita nabi
siapa pun yang dakwahnya disambut permaidani merah dan bunga-bungaan oleh
masyarakat sekitarnya. Jika dikata Nabi
Muhammad diraikan tatkala tiba di Madinah, ingat selama 13 tahun di Makkah baginda
dimangsakan oleh masyarakatnya sendiri disebabkan mengajarkan agama yang sangat
berlawanan dengan agama masyarakatnya.
Semua nabi mengajarkan tauhid, mendedahkan
kesyirikan dan kebejatan hidup masyarakat jahiliyah atas nama agama yang mereka
yakini. Sebab itu Allah ceritakan kisah
Nabi Ibrahim memusnahkan berhala-berhala dalam kuil. Tentunya, tindakan itu setelah baginda
berdakwah secara lisan agar masyarakatnya menyembah Allah, bukan batu berhala
yang bisu dan pekak. Perhatikan
sebenarnya kisah pembantaian berhala itu satu ledakan bom minda apabila nabi
Ibrahim meminta masyarakatnya bertanya kepada si berhala yg masih utuh, supaya
berhala itu memberitahu siapa yang memusnahkan
berhala-berhala lain.
Kita membaca kisah-kisah dakwah dan responnya dalam
alquran yang tidak pun dibuat di
Malaysia. Siapa berani memecah berhala
kuil di Malaysia seperti yang dilakukan Nabi Ibrahim? Siapa kaum ateis di unversiti yang berani
pula menabur satu lori rangka-rangka manusia dan mencabar Allah, bagaimana
tulang-tulang manusia ini mahu dihidupkan semula? Helo… ini berlaku dalam
dakwah para nabi yang tercatat dalam alquran.
Memang kita tidak mahu konflik terbuka akibat
dakwah seperti kisah Bilal yang disiksa secara terbuka. Ini tidak bisa berlaku dalam dunia modern
yang kuat anutan demokrasinya. Namun
dakwah dengan menerangkan suatu yang benar
dan salah merupakan prinsip alquran.
Jika alquran menerangkan keindahan dan nikmat syurga Allah, kitab itu
juga menerangkan keterukan dan sengsara neraka Allah. Kenapa kaum liberal dan
sekular panas dengan dakwah yang memaparkan antara yang benar dan salah,
sedangkan mereka lebih dahsyat mendedahkan ‘kejahatan’ parti atau orang yang
tidak disukainya dalam persaingan politik?
Oh sebab politik kalian kata ‘hantam saja…’ jika agama kalian bilang tidak
boleh.
Tidak suka dengan metod Dr Zakir Naik tak mengapa,
tetapi kedatangan beliau membuka satu babak baru dalam dakwah. Dakwah kepada kaum bukan Islam dilakukan
secara terbuka. Ini sudah biasa di
negara jiran. Di Malaysia, yang liberal
dan sekular mahu menjadi jumud dalam hal bandingan agama. Mereka takut apa sih?