BEBERAPA hari lepas di sebuah pekan kecil saya ditakdirkan melihat satu upacara ritual agama penyembah berhala. Ritual agama ini merupakan satu cara mereka mendekatkan diri dengan tuhan dan menjadi sebaik-baik penganut agama berkenaan. Dalam upacara yang aman tetapi agak bising dengan paluan gendang, ada ikon yang berpakaian hanya menutupi bahagian paling dimalui dan pipinya ditembusi besi panjang. Ada grup pemain gendang, seorang penyanyi dan dua orang pembawa berhala yang dijunjung di atas kepala. Yang lain sebagai pengikut dalam kemeriahan berkenaan.
Yang menjadi ikon itu tampak tidak siuman lagi, termasuk seorang yang menjunjung sebuah berhala!
Mereka itu semua adalah keturunan Nabi Adam dan Hawa. Mereka adalah manusia yang kejadiannya dimuliakan oleh pencipta agung iaitu Allah. Keperluan hidup mereka yang menyembah berhala adalah sama dengan yang muslim dan beriman kepada Allah. Tetapi demikianlah, iblis telah menyesatkan mereka dalam beragama dan mereka berkeyakinan pula untuk menjadi hamba Tuhan mestilah melalui kepayahan yang pelbagai itu.
Marilah kita berfikir dengan rasional sahaja mengenai hal-hal sebegini. Dalam amalan budaya hidup manusia bertamadun, pakaian merupakan unsur penting yang menaikkan martabat manusia. Namun penganut agama itu memilih untuk mendedahkan tubuh badannya yang menjelekkan martabat tamadun sosial manusia. Akal rasional manusia mudah mengerti pekerti mulia melalui pakaian, anehnya ada ajaran agama yang menyarankan sebaliknya. Berdasarkan akal rasional yanag sihat, adakah kepercayaan seperti itu satu kebenaran?
Dalam ilmu kesihatan, sebaik-baik manusia ialah yang sempurna fizikal dan mindanya. Mudahnya, orang yang fizikalnya sihat tetapi tidak siuman bukanlah manusia yang sempurna. Dalam kehidupan biasa, semua orang mahu sentiasa sihat mentalnya, tidak dalam kelupaan apa lagi jika menjadi gila, tidak siuman. Jika ada yang berkeadaan demikian, orang berkenaan akan dirawat. Sepanjang dirinya menjadi ‘gila’ maruahnya runtuh sama sekali.
Tidakkah orang berfikir soal benar atau salah dengan kepercayaan agama yang memuliakan orang yang tidak siuman? Rugilah orang-orang itu memilih agama yang memuliakan orang tidak siuman, yang sepatutnya dimasukkan dalam hospital sakit mental.
Adakah jalan pencerahan terhadap kepalsuan beragama ini? Jawabnya ada dan Islam adalah pilihan yang menjaga segala hak, maruah, kesihatan mental dan fizikal.
Jika penganut agama itu memilih untuk menjadi tidak siuman agar diampunkan dosanya, penganut Islam ditawarkan kemuliaan dan kesihatan zahir batin orang-orang yang bertaubat. Untuk bertaubat dalam Islam, cukup dengan meninggalkan perlakuan dosa dan berazam tidak mahu mengulanginya.
Islam begitu menjaga kemurnian akal manusia, bukan memusnahkannya! Malah dalam al-Quran Allah meminta manusia menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kejadian-kejadian di alam ini. Ini amat berlawanan sekali dengan penganut agama berkenaan yang memuliakan orang tidak berakal.
Maksud firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 190-191: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pertukaran siang dan malam ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal. Itulah orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sewaktu mereka berdiri, duduk, berbaring, mengiring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi (sambil berkata) ‘wahai Tuhan kami, Engkau tidak menjadikan semua benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab api neraka!
Harap-harap orang-orang yang tersesat dalam memilih jalan agama, berfikir dengan akal yang waras, membandingkan tawaran Islam yang mudah ditemui di sekitaran mereka. Sesungguhnya, untuk menjadi hamba Tuhan yang baik atau merasa dekat dengan Tuhan bukanlah boleh dilakukan dengan mengikut kehendak perasaan, sebaliknya mesti menurut peraturan atau disiplin yang ditetapkan oleh Tuhan melalui utusan-utusan-Nya.
Kepada umat Islam, jangan bermegah dengan perbandingan ini kerana jika tidak waspada iblis juga akan menyesatkan amalan beragama yang disangka amalan terbaik untuk menjadi hamba Allah yang mulia. Bid’ah dalam beragama merupakan jalan iblis yang menampakkan keindahan beribadah, walhal amalan itu palsu dan tidak berguna di sisi Allah.