SEBAGAIMANA dalam tulisan lepas berkenaan menggegar dunia ego, saya berhasrat dapat memaparkan cerita orang yang ego mengantar emel kepada saya. Ini bukan cerita dongeng zaman dahulu walaupun plotnya hampir sama dengan cerita-cerita hantu. Malah dapat juga dikatakan bahawa sejak saya membangunkan blog ini rupa-rupanya ada hantu yang senantiasa memantau semua tulisan saya. Dalam hal ini saya suka juga sebab blog saya ada peminat tetapnya. Mengapa saya kata hantu? Hantu menjadi kepercayaan di kalangan orang Melayu. Orang tidak pernah menemui hantu pun takut dengan hantu. Insya Allah saya bukan termasuk orang yang takutkan hantu walaupun saya percaya hantu itu wujud jika yang dimaksudkan hantu ialah iblis. Iblis ada tetapi tidak dapat dilihat. Saya percaya kerana cerita iblis ada dalam alquran. Saya beriman dengan ayat-ayat alquran walaupun cerita iblis, syaitan dan jin.
Pengirim emel ini macam hantu sebab muncul dengan hasrat menganggu saya. Kepercayaan orang Melayu bahawa hantu mesti menganggu orang. Mana ada dipercayai hantu menolong orang belajar sampai pandai, tolong masak nasi atau tolong kejutkan kita untuk solat subuh. Jadi, sejak saya buka blog ini pada bukan November 2007 pengirim emel yang macam hantu ini ahbhma@yahoo.com akan menghantar emel mencerca saya jika saya menulis hal salafi. Misalnya apabila tulisan kedua saya apabila blog ini dibuka ialah bab akidah. Maka ahbhma@yahoo.com menuduh saya wahabi. Wahabi dikatakan sesat dan kafir, dan sesiapa yang beriktikad Allah semayam di arasy atau Allah di langit kata hantu ini telah kafir!
Maka berlarut pula dia membuat tuduhan saya hanya mencari ilmu agama dengan membaca dan kalau berguru pun guru yang tidak siqah. Tentulah saya membalas emel karut dia ini. Saya pasti ahbhma@yahoo.com tidak tahu peribadi dan sejarah hidup saya, tetapi kerana dia bersifat hantu yang kerjanya mengganggu orang, maka dia sanggup membuat tuduhan buruk kepada saya. Betullah dia kaki fitnah macam iblis atau hantu. Apabila saya minta senarai buku yang saya baca sebagai bukti dia mendakwa saya belajar agama tak berguru hanya membaca buku, tiada apa-apa balasan. Lagi, apabila saya cabar supaya memberi tujuh ciri ulama siqah, satu ciri pun dia tidak tahu apa dia. Permintaan saya untuk dia menyenaraikan nama 10 ulama yang siqah di Kuantan dan 10 lagi di Sabak Bernam (dua tempat tinggal saya), lagi dia kelu dan membodoh diri. Betul-betul macam iblis atau hantu.
ahbhma@yahoo.com sebenarnya tidak menjadi apa-apa kepada saya dan anda semua. Orang yang macam peribahasa “baling batu sembunyi tangan” ini akhirnya saya tahu peribadinya. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya, dia ini bukalah budak gelandangan yang baru sunat. Orang menerima dia sebagai ustaz yang mengajar akidah. Namanya tercatat sebagai pengajar di Masjid Pekan Pahang. Dia memang aktivis kepada ayat “Allah wujud tidak bertempat” dan memang antisalafi nombor wahid. Lantaran itulah kalau tulisan saya ada kaitan dengan salafi, muncul mesejnya dalam inbox emel saya. Untuk mengesahkan dia berwatak hantu (hantu mesti penakut) saya mencabar dia mengesahkan namanya ialah Ahmad Hafiz bin Muhammad Alwi. Seperti yang saya duga hantu tidak berani memberi identiti dalam apa juga keadaan. Hantu mesti mengganggu orang dan akan diam apabila kita bacakan ayat-ayat Allah.
Saya sebenarnya ada pengalaman dengan nama yang dakwakan kepada ahbhma@yahoo.com , pernah bertemu di Pejabat Perkim Kuantan dan selepas itu menelefon dia kerana masalah dakwah terhadap seorang saudara baru. Dia memang memberi pengalaman buruk kepada saya, dan saya buat tidak perduli orang macam ini.
Berikut adalah contoh ‘kata-kata hikmat’ dia:
Tauhid tiga tu wahabi punya ustaz....hati-hati....jangan kita belajar dengan wahabi yang sesat tu. (terima 07 Jan 2008)
"ALLAH ADA TANPA BENTUK DAN TANPA BERTEMPAT DAN BUKAN ALLAH ITU DUDUK / BERSEMAYAM DIATAS ARASY SEPERTI SANGKAAN KUFUR FAHAMAN YAHUDI DAN WAHABI" (Terima 08 Jan 2008)
Dialah yang senantiasa menghantar emel dengan mengkafirkan orang berfikrah wahabi dan mesej Allah wujud tidak bertempat, termasuk menggunakan nama Jabatan Mufti Pahang dan Jabatan Agama untuk mengugut saya. Saya akan dedahkan kemudian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan