BERJUDI
merupakan satu kesalahan jenayah yang tercatat dalam al-Quran. Kerajaan
negeri Selangor telah menjadikan satu undang-undang bertulis apabila dijadikan
Enakmen Jenayah Syariah 1995.
BAHAGIAN
III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA
Seksyen
17. Berjudi.
(1) Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Tiada seorang pun boleh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini kerana didapati berada di tempat yang merupakan rumah judi jika dia memuaskan hati Mahkamah bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin tahu bahawa tempat itu ialah rumah judi.
(3) Dalam seksyen ini, "rumah judi" ertinya mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup , yang digunakan atau disimpan bagi maksud penjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran nasib dan kemahiran, sama ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapat wang atau nilai wang.
Saya
hendak mendedahkan taktik kaki judi muslim di pekan Sabak (Sabak Bernam) yang
berhelah semasa membeli nombor ramalan. Jika anda berdiri di pintu
Maybank berdekatan stesyen minyak Mobil akan kelihatan sebuah kedai kopi
bangunan kayu dan sebuah kedai nombor ramalan berwarna kuning. Antara dua
premis perniagaan itu ialah sebuah bengkel membaiki motorsikal.
Kaki
judi muslim tahu dirinya boleh ‘dipegang’ oleh penguatkuasa syariah jika berada
di dalam kawasan kedai nombor itu sama ada sedang membeli nombor atau sekadar
melihat-lihat apa yang ada. Oleh itu kebanyakan kaki judi muslim akan
berkumpul di kedai kopi milik seorang Tionghua. Kemudian, ada seorang
Tiongua (lelaki atau perempuan) sebagai ‘runner’ yang mengambil wang daripada
pelanggan yang ‘ngopi’ di kedai itu untuk membelikan nombor-nombor judi di
kedai judi bersebelahan bengkel motorsikal.
Agaknya
mereka berhujah, “Kami tidak membeli nombor ekor, orang Tionghua itu yang
memberlinya.”
Saya
teringat cerita dalam al-Quran mengenai helah kaum Yahudi yang dilarang
menangkap ikan pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan menjadikan
banyak ikan di laut (tepi pantai) pada hari Sabtu. Oleh itu mereka berhelah
dengan membuat terusan yang menyebabkan ikan yang begitu banyak pada hari Sabtu
akan terperangkap dalam terusan yang dibina. Benar, mereka tidak
menangkap ikan pada hari Sabtu, tetapi itulah helah mereka memerangkap ikan
pada hari Sabtu yang dilarang oleh Allah itu. Akhirnya Allah menghukum
mereka menjadi ‘kera’.
Begitulah,
kedai judi nombor yang katanya untuk memenuhi permintaan kaum bukan Islam telah
menjadi masalah kepada masyarakat Islam pula. Orang bukan Islam tahu muslim
tidak boleh berjudi, tetapi atas permintaan muslim itu orang bukan Islam
membantunya.