Pengikut

Ahad, Januari 27, 2013

BUKU Mujarrobat ke arah syirik dan kufur!


SAYA cuma hendak menyampaikan maklumat mengenai buku ini, tajuk MUJARROBAT MADINATUL ASROR, tanpa penulis atau penyusunnya.  Buku in diterbitkan oleh M.A. Jaya Jakarta Indonesia, 1980.  Buku ini mudah diperoleh di pasar-pasar malam dan ada pembelinya.

Bukan mahu promosi buku ini, tetapi menyampaikan satu nilaian yang memang buruk!  Buku ini mengandungi cara-cara berubat atau mendapatkana hajat peribadi dengan cara yang sangat cenderung ke arah syirik atau menduakan Allah.  Saya yakin,  kandungan buku ini mudah mempengaruhi pemikiran pembaca muslim kerna di dalamnya dimasukkan juga ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis nabi (tanpa riwayat, yang terdedah kepada kepalsuan), kisah nabi termasuk susunan huruf Arab yang dilihat seperti ajaran sah daripada agama. 

Mari hayati maksud firman Allah, “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” ( An-Nisaa’: 116)

Juga maksud hadis Nabi s.a.w. sebagai peringatan bersama, “Barangsiapa yang mati dalam keadaan berbuat syirik (mempersekutukan Allah) dengan sesuatu apapun, maka ia akan masuk neraka.”  (HSR. Al-Bukhari) 

Antara lain dalam buku Mujarrobat ialah cara-cara membuat tangkal dengan menggunakan susunan huruf Arab yang dipercayai boleh memberi sesuatu kebaikan kepada penggunanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan