Pengikut

Sabtu, Disember 30, 2017

MAHU berdoa sama imam atau tidak?


ADA satu hadis menjelaskan imam shalat adalah untuk diikuti. Ada yang memahami mengikuti imam itu sehingga dia habis berzikir dan berdoa yang diaminkan.  Ada yang mengatakan selepas habis shalat,  semua bebas hendak bangun atau berzikir, sekalipun imam sedang berzikir. Malah jika sang imam hendak bangun setelah tamat shalat pun tidak mengapa. Ini hanya kelihatan aneh pada adat bangsa,  bukan pada agama.

Imam asy-Syafie menerangkan:
  ثم يقوم وإن قام قبل ذلك أوجلس أطول من ذلك فلا شيء عليه، وللمأموم أن ينصرف إذا قضى الإمام السلام قبل قيام الإمام
".... Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu atau duduk lebih lama di situ, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam , sebelum imam bangun...."
- Mausu’ah al-Imam asy-Syafie: al-Umm, jilid 1, ms. 355.

Kenyataan Imam asy-Syafie ini berlandaskan kepada hadith berikut:   عَنْ جَابِرِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ الأَسْوَدِ عَنْ أَبِيهِ, أَنَّهُ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةَ الصُّبْحِ فَلَمَّا صَلَّى انْحَرَفَ.  Jabir bin Yazid Ibnu Aswad berkata, daripada ayahnya bahawa dia pernah shalat bersama Rasulullah Shallallu Alaihi Wasallam dalam shalat Subuh. Setelah selesai shalatnya, baginda segera meninggalkan tempat shalatnya.
- Shahih Sunan an-Nasa’i, no. 1334.

Jumaat, Disember 15, 2017

KE MADINAH untuk shalat, bukan....


Al-Ustadz Abu Omar Idris Sulaiman mengingatkan kami perihal niat ke kota Madinah. Niat yang jitunya ialah untuk menziarahi Masjid Nabawi , seterusnya shalat di sana.  Hal ini memandangkan, banyak orang telah mengutamakan niat ke Madinah untuk menziarahi maqam Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ziarah maqam Nabi Shallallahu alaihi wasallam itu adalah yang seterusnya,  seperti ke maqam Baqi. Yang utamanya adalah shalat di Masjid Nabawi.

Seterusnya ke Makkah untuk menunaikan umrah dan shalat di Masjidil Haram.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِى هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

“Shalat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1000 shalat di masjid lainnya selain Masjidil Haram.” (HR. Bukhari no. 1190 dan Muslim no. 1394, daripada Abu Hurairah)

Dalam riwayat lain, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِى أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلاَةٌ فِى الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ

“Shalat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih utama daripada 1000 shalat di masjid lainnya selain Masjidil Haram. Shalat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 shalat di masjid lainnya.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah no. 1406, dari Jabir bin ‘Abdillah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Lihat Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 1173)

Jumaat, Disember 08, 2017

BERSELAWAT pada hari Jumaat

Foto hiasan, Tuanku Sultan
 berkhutbah Jumaat

HARI Jumaat, sangat Istimewa dalam Islam dan budaya hidup orang Melayu. Dalam agama, disunatkan banyak berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam.

Daripada hadis Abi Umamah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَةً

“Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Juma’at kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Juma’at.

Maka siapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.” [Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 5995. Dinilai hasan oleh Al-Albani]