Pengikut

Ahad, November 24, 2019

REKAAN terbaru dalam agama?

ORANG berwatak alim agama, sama ada menjaga agama atau merosakkannya.  Di bawah ini contoh rekaan oleh orang berwatak alim agama.  Orang awam pun percaya dan mengamalkannya.  Malah,  menyebarkan pula kepada rakan-rakan,  konon biar dapat untung bersama. 

Lihatlah indahnya rekaan ini.  Namun busuk di sisi Al-Quran dan Sunah Rasulullah.

"Malam ini sekolah aku ada buat solat hajat sempena murid tahun 6 bakal menduduki peperiksaan UPSR.

Teringat pesanan PU Salman ceramah tahun lepas, dia selit satu amalan 'mahal' yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan.

Tak kiralah exam apa sekali pun. UPSR ke, PT3 ke, SPM ke, peringkat Universiti ke. Semuanya boleh.

Ini amalan yang boleh mengelakkan lupa apa jua ilmu yang telah dihafal dan dipelajari. Senang saja amalannya tuan-tuan.

1) Sebaiknya berwuduk dahulu.
2) Ambil segelas air kosong.
3) Baca Surah Al A'la ini.
4) Sampai ayat ke-enam "Sanuk riu ka fala tannsa" ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air.
5) Sambung bacaan hingga akhir ayat.
6) Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.

Sangat baik diamalkan dipagi hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga.

Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan.

Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala.

Silalah #SHARE ilmu mahal ini agar ramai dapat manfaat. Kita usaha, selebihnya serah saja pada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

#MFS
- Memberi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru. - "
.

BENCANA susah yang datang

Allah 'Azza wa Jalla telah berfirman : "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka itu akan dibiarkan mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak akan diuji lagi ?" (QS. Al-Ankabut [29]: 2)

Bergembiralah saudaraku, bagi orang yang sakit atau yang tertimpa musibah atau ujian, yaitu jika mereka bisa menyikapinya dengan ikhlas, sabar, ridha serta tidak buruk sangka kepada Allah Ta'ala, maka mereka itu akan :

(1). DIAMPUNI DOSA-DOSANYA
"Senantiasa ujian itu akan ditimpakan kepada seorang mukmin & mukminah, baik itu pada dirinya, anaknya serta hartanya, sampai dia pun nanti bertemu Allah tanpa mempunyai kesalahan" (HR. At-Tirmidzi, Ahmad serta al-Hakim, lihat Shahiihut Targhiib no. 3414)
"Tidaklah seorang pun muslim yang tertimpa rasa letih, penyakit, bingung, sedih, rasa sakit, duka cita, bahkan duri yang mengenai dirinya, melainkan dengan itu Allah akan gugurkan kesalahan-kesalahannya" (HR. Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

(2). SEMAKIN DICINTAI ALLAH
"Sesungguhnya besarnya pahala akan sesuai dengan besarnya cobaan, dan sesungguhnya apabila Allah telah mencintai suatu kaum mk Dia pun akan menguji mereka. Oleh karena itu, barangsiapa yang ridha, maka baginya keridhaan (Allah), serta barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan (Allah)" (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah, lihat Shahiihut Targhiib wat Tarhiib no. 3407)

(3). DITINGGIKAN DERAJAT
"Sesungguhnya seorang hamba apabila telah ditetapkan oleh Allah Ta'ala suatu kedudukan baginya, kemudian dia tidak dapat mencapai (kedudukan itu) dengan amal perbuatannya, maka Allah pun akan memberikannya ujian pada tubuh, harta atau anaknya, kemudian dia bersabar atas ujian tersebut, hingga Allah Ta'ala menyampaikannya pd kedudukan yang telah ditetapkan untuknya dari Allah" (HR. Ahmad, Abu Dawud, ath-Thabrani dan Abu Ya'la, lihat Shahiihut Targhiib no. 3409)

(4). MENDAPATKAN SURGA
"Allah Subhaanahu wa Ta'ala berfirman : "Wahai anak Adam, apabila kamu bersabar dan ikhlas saat tertimpa musibah, maka Aku tidak akan meridhai bagimu sebuah pahala kecuali Surga" (HR. Ibnu Majah no. 1597, lihat Takhrij Misykaatul Mashaabiih no. 1758)

(5). KESELAMATAN DARI API NERAKA
"Beritakanlah kabar gembira, sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berfirman : "Penyakit itu adalah api-Ku yang Aku telah timpakan kepada hamba-Ku yang mukmin di dunia ini, agar dia dapat selamat dari api Neraka pada hari akhir nanti" (HR. Ahmad II/440, Ibnu Majah no. 3470 dan al-Hakim I/345, lihat Silsilah ash-Shahiihah no. 557)

(6). MENDAPATKAN KEBAIKAN
"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk mendapatkan kebaikan, maka akan ditimpakan musibah (ujian) kepadanya" (HR. Bukhari no. 5645, hadits dari Abu Hurairah)
"Apabila Allah Ta'ala menghendaki kebaikan pada diri hamba-Nya, maka Dia pun akan menyegerakan untuknya suatu ujian di dunia (sebagai pelebur akan dosa-dosanya). Dan apabila Allah menghendaki keburukan pada diri hamba-Nya, mk Dia akan mengakhirkan ujian lantaran dosa-dosanya, hingga dia pun didatangkan dengan membawa dosa-dosa itu kelak pada hari Kiamat" (HR. At-Tirmidzi no. 2396 dan Ibnu Majah no. 4031, lihat Silsilah ash-Shahiihah no. 1220)

(7, 8, 9). MENDAPATKAN KEBERKAHAN DAN RAHMAT SERTA PETUNJUK
"Mereka itulah (yaitu orang2 yang tertimpa ujian atau musibah) yang akan mendapatkan keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, & mereka itulah orang2 yang mendapat petunjuk" (QS. Al-Baqarah [2]: 157)

(10). MENDAPAT PAHALA TANPA BATAS
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas" (QS. Az-Zumar [39]: 10)
"Manusia yang sehat pada hari Kiamat nanti sangat menginginkan kulitnya agar dipotong-potong dengan gunting ketika di dunia, karena mereka melihat betapa besarnya pahala orang-orang yang tertimpa ujian di dunia" (HR. At-Tirmidzi no. 2402, lihat ash-Shahihah no. 2206)

Penulis : ✍ Ustadz Najmi Umar Bakkar

Sabtu, September 28, 2019

CATATAN hadis hamba oleh Imam as Syafie


Imam asy-Syafi'i rhm berkata:
اَلْقَوْلُ فِيْ السُّنَّةِ الَّتِيْ أَنَا عَلَيْهَا وَرَأَيْتُ عَلَيْهَا الَّذِينَ رَأَيْتُهُمْ مِثْلُ سُفْيَانَ وَمَالِكٍ وَغَيْرِهِمَا الْإقْرَارُ بِشَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلَ اللّٰهِ، وَأَنَّ اللّٰهَ عَلَى عَرْشِهِ فِيْ سَمَائِهِ
"Aqidah yang aku yakini dan diyakini oleh orang-orang yang pernah aku temui seperti Sufyan, Malik dan selainnya adalah menetapkan syahadah bahawa tidak ada sesembahan yang berhak diibadahi kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah (pesuruh Allah) dan bahawasanya Allah di atas arasy-Nya, yakni di atas langit."
[I'tiqad al-Imam al-Syafi'i, no. 4, Imam al-Hakari. Dinukilkan oleh Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi dalam Ithbat Sifat al-'Uluww, hlm.123, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam Ijtima' Juyusy al-Islamiyyah, hlm. 164, Imam adz-Dzahabi dalam Mukhtasar al-'Uluw Aliyyil Azhim, hlm. 176 dan Imam al-Suyuti dalam al-Amr bi al-Ittiba', hlm. 313].

Apa yang diucapkan oleh Imam asy-Syafi'i adalah berdasarkan kepada hadis Jariah/ hamba.
وَأَحَبُّ إِلَيَّ أَنْ لَا يَعْتِقَ إِلاَ بَالِغَةً مٌؤْمِنَةً، فَإِنْ كَانَتْ أَعْجَمِيَّةً فَوَصَفَتِ الْإِسْلَامَ أَجْزَأَتْهُ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِلَالٍ ابْنِ أُسَامَةَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْحَكَمِ أَنَّهُ قَالَ: أَتْيْتُ رَسُوْلَ اللّٰهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم فَقُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللّٰهِ إِنَّ جَارِيَةً لِيْ كَانَتْ تَرْعَى غَنَمًا لِيْ فَجِئْتُهَا وَفَقَدْتُ شَاةً مِنَ الْغَنَمِ فَسَأَلْتُهَاعَنْهَا فَقَالَتْ: أَكَلَهَا الذِّئْبُ فَأًسْفْتُ عَلَيْهَا وَكُنْتُ مِنْ بَنِيْ آدَمَ فَلَطَمْتُ وَجْهَهَا وَعَلَيَّ رَقَبَةٌ أَفَأَعْتِقُهَا؟ فَقَالَ لَهَا رَسُوْلُ اللّٰهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم أَيْنَ اللّٰهُ؟ فَقَالَتْ: فِي السَّمَاءِ، فَقَالَ(مَنْ أَنَا؟) فَقَالَتْ: أَنْتَ رَسُوْلُ اللّٰهِ، قَالَ: (فَأَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مٌؤْمِنَةٌ)
"Aku lebih suka agar tidak memerdekakan budak kecuali hamba yang sudah baligh dan mukminah. Seandainya dia bukan arab kemudian bersifat Islam maka sudah mencukupi. Mengkhabarkan kepada kami Malik dari Hilal ibn Usamah dari 'Atha' ibn Yasar dari 'Umar ibn Hakam berkata, "...Saya memiliki seorang hamba wanita yang bekerja sebagai pengembala kambing di Gunung Uhud dan al-Jawwaniyyah (tempat berhampiran Gunung Uhud). Suatu ketika aku pernah menangkap seekor serigala telah memakan seekor kambingnya. Aku termasuk daripada Bani Adam, aku juga marah sebagaimana mereka juga marah, sehingga aku menamparnya, kemudian aku datang kepada Rasulullah s.a.w, ternyata beliau menganggap besar masalah (menampar.) itu. Aku berkata, "Wahai Rasulullah, apakah saya merdekakan hamba itu?" Jawab beliau, bawalah hamba itu kepadaku." Lalu Nabi s.a.w bertanya: "Di mana Allah?' Jawab hamba tersebut, "Di atas langit.' Nabi s.a.w bertanya lagi, 'Siapa aku?" Jawab hamba tersebut: "Engkau adalah Rasulullah". Nabi s.a.w bersabda: "Merdekakanlah hamba ini kerana sesungguhnya dia seorang wanita mukminah."

Dalam sanad Imam Malik tertulis 'Umar Ibn Hakam' sebagai ganti dari Mu'awiyah Ibn Hakam. Para ulama menilai bahawa hal ini merupakan kesalahan Imam Malik. Al-Imam asy-Syafi'i berkata, setelah meriwayatkan hadis ini daripada Imam Malik, yang benar adalah Mu'awiyah Ibn Hakam sebagaimana diriwayatkan selain Malik dan aku menduga bahawa Malik tidak menghafal namanya."
[al-Risalah, hlm. 7-8]

[Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Malik al-Muwaththa' (2/772), Imam Syafi'i dalam ar-Risalah (no.242), Imam Bukhari dalam Sahihnya Juz al-Qira'ah, hlm.70, Imam Muslim dalam Sahihnya (no. 537), Imam Abu Daud (no. 930), Imam al-Nasa'i dalam Sunan al-Nasa'i (no. 1218), Abu 'Awanah (2/141), Imam Ahmad dalam al-Musnad (no. 2247), Imam ad-Darimi (1/353-354), Imam Ibnu Hibban dalam Shahih Ibnu Hibban (no. 165, 2274), Imam Ibnu Abi Syaibah dalam Musannaf (no. 30333), Imam al-Baihaqi (2/249-250) dan lain-lain yang banyak jumlahnya]

Berkata Imam adz-Dzahabi tentang hadis di atas. Hadis ini sahih, dikeluarkan oleh Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i dan imam-imam lainnya dalam kitab-kitab mereka dengan memperlakukannya sebagaimana datangnya tanpa takwil dan tahrif.
[Al-'Uluw lil 'Aliyyil 'Azhim (tahqiq 'Abdullah bin Shalih al-Barrak, 1/248]

Berkata lagi Imam adz-Dzahabi asy-Syafi'i rhm:
وهكذا رأينا كل من يسأل:أين اللّٰه؟ يبادر بفطرته ويقول: في السماء. فقيْ الْخبر مسألتان: إحداهما: مشروعية قول المسلم أيْن اللّٰه؟ وثانيها المسؤول:في السماء. فمن أنكر هاتين المسألتين فإنما ينكر المصطفى.
"Demikian kita melihat setiap orang yang ditanya: Di mana Allah? Nescaya dia akan menjawab dengan fitrahnya: Allah di atas langit. Dalam hadis ini terdapat dua masalah: Pertama, disyaritakannya pertanyaan kepada seorang muslim: Di mana Allah? Kedua, jawapan orang yang ditanya pertanyaan tersebut: Di atas langit. Barangsiapa yang mengingkari dua masalah ini, maka bererti dia mengingkari al-Musthafa (Nabi)."
[Mukhtasar al-'Uluw lil 'Aliyyil 'Azhim, hlm. 81]

Hadis di atas juga diriwayatkan oleh Imam asy-Syafi'i di dalam kitab al-Umm 5/298. Mengenai periwayatan Imam asy-Syafi'i tersebut, Imam Abu 'Utsman ash-Shabuni rhm di dalam kitabnya 'Aqidah Salaf ash-Habil Hadith:
وإنما احنج الشافعي رحمة اللّٰه عليه على المخالفين في قولهم بجواز إعتاق الرقبة الكافرة جهذا الخبر، لا عتقاده أن اللّٰه سبحانه فوق خلقه، وفوق سبع سماواته على عرشه، كما معتقد المسلمين من أهل السنة والجماعة، سلفهم وخلفهم، إذ كان رحمه اللّٰه لا يروي خبرا صحيحا ثم لا يقول به.
"Asy-Syafi'i (Semoga rahmat Allah ke atasnya), berhujah terhadap para penentang yang menyatakan bolehnya memerdekakan hamba kafir dengan khabar hadis ini kerana keyakinan beliau bahawa Allah di atas makhluk-Nya dan di atas tujuh langit di atas arasy-Nya sebagaimana keyakinan kaum muslimin ahlus sunnah wal jama'ah baik yang terdahulu (generasi Salaf) mahupun yang kemudian (khalaf) kerana beliau tidaklah meriwayatkan khabar hadis yang sahih kemudian tidak berpendapat dengan hadis tersebut."

Sabtu, Ogos 24, 2019

ZIKIR sehabis shalat fardu

(Pertama, Bacalah... )

اَسْتَغْفِرُاللهَ  اَللهُمَّ انْتَ السَّلاَمُ,وَمِنْكَ السَّلاَمُ,تَبَارَكْتَ,يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالاْءِكْرَامِ
(Astaghfirullah (3kali) , Allahumma antassalam wa minkassalam tabarakta ya zhal jalali wal ikram)

"Aku memohon keampunan kepada Allah (3kali), Ya Allah, Engkau Mahasejahtera dan daripada-Mu kesejahteraan . Maha suci Engkau , wahai Rabb Pemilik keagungan dan kemuliaan."
(HR.Muslim no.591 (135) , Riwayat Imam Ahmad, HR Abi Dawud, An-Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ad-Darimi dan Ibnu Majah, serta Sahabat Tsauban RA).

(Kedua, sambung ini.... )

سُبْحَانَ اللهِ (33 ×)

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ (33 ×)

اَللهُ أَكْبَرُ (33 ×)

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

Subhanallah (33x)
Al hamdulillah (33x)
Allahu akbar (33 x)

"Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah. Lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qodiir."

Artinya:
“Maha Suci Allah (33 x), segala puji bagi Allah (33 x), Allah Maha Besar (33 x). Tidak ada Rabb (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan. Bagi-Nya pujaan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.”

Faedah: Siapa yang membaca dzikir di atas, maka dosa-dosanya diampuni walau sebanyak buih di lautan.
[HR Imam Muslim,  nomer 597] 
Kata Imam Nawawi rahimahullah, tekstual hadis menunjukkan bahwa bacaan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar, masing-masing dibaca 33 kali secara terpisah.[Syarh Muslim,  5:84]

(ketiga, sambung ini juga..... )
Membaca ayat Kursi.
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Maksud sabda Nabi: "Siapa membaca ayat Kursi setiap selesai shalat, tidak ada yang menghalanginya masuk surga selain kematian." [HR An Nasai dalam Al Kubra 9:84]

Nota:
• lebih baik amalkan sendiri walau asalnya kita shalat berjamaah, sbb kalau imam nak cepat selalunya imam baca alfatihah dan doa. Walhal jika kita zikir yg di atas,  masanya juga hampir sama dgn doa yg imam lafazkan.
• sayang meninggalkan zikir di atas sbb ada jaminan oleh Rasulullah berkenaan penghapusan dosa dan masuk syurga. 

Sabtu, Jun 15, 2019

TIDAK sunah meraup muka setelah doa

Oleh: Ummu Andhe Sukardi


HUKUM MENGUSAP WAJAH SETELAH BERDOA

Hadits-hadits mengenai mengusap wajah setelah berdoa adalah hadits-hadits yang dhoif (lemah) dan tidak dapat saling menguatkan. Sehingga tidak bisa menjadi sandaran untuk amalan mengusap wajah setelah berdoa. Karena amalan ibadah hanya bisa ditetapkan oleh hadits yang maqbul.

Hal ini sebagaimana diutarakan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah,

وَأَمَّا رَفْعُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَيْهِ فِي الدُّعَاءِ: فَقَدْ جَاءَ فِيهِ أَحَادِيثُ كَثِيرَةٌ صَحِيحَةٌ وَأَمَّا مَسْحُهُ وَجْهَهُ بِيَدَيْهِ فَلَيْسَ عَنْهُ فِيهِ إلَّا حَدِيثٌ أَوْ حَدِيثَانِ لَا يَقُومُ بِهِمَا حُجَّةٌ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ

“Adapun mengenai Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam mengangkat tangan dalam berdoa, ini telah diriwayatkan dalam banyak hadits shahih. Sedangkan mengusap wajah, maka tidak ada kecuali satu atau dua hadits saja yang tidak bisa menjadi hujah. Wallahu a’lam.” (Majmu’ Al Fatawa, 22/519)

Ini adalah logika yang cerdas dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Pernyataan ini disebutkan dan diperluas lagi oleh Syaikh Al Albani rahimahullah:
“Adapun mengusap wajah (setelah doa) di luar shalat, maka tidak ada hadits kecuali ini dan yang sebelumnya. Dan tidak benar bahwa hadits-haditsnya saling menguatkan dengan banyaknya jalan (sebagaimana dikatakan oleh Al Munawi) karena terlalu beratnya kelemahan yang ada pada jalan-jalannya. Oleh karena itu Imam An Nawawi dalam Al Majmu’  mengatakan: ‘hukumnya tidak disunnahkan‘, juga dikuatkan oleh perkataan Ibnu Abdissalam (ulama Syafi’iyyah): ‘tidak ada yang melakukannya kecuali orang jahil‘.

Dan yang lebih menguatkan lagi bahwa hal tersebut tidaklah disyariatkan adalah bahwasanya mengangkat tangan dalam dia telah ada dalam banyak hadits shahih, namun tidak ada satupun di dalamnya yang menyebukan tentang mengusap wajah. Maka ini insya Allah menunjukkan pengingkaran terhadap perbuatan tersebut dan menunjukkan itu tidak disyariatkan”. (Irwa Al Ghalil, 2/182)

Wallaahu a’lam bisawab.

Ahad, Jun 09, 2019

ORANG mahu agama yang tulen

PADA saat ada barang tulen dan tiruan [kurang berkualiti], orang mantap mahukan yang tulen,  yang asal, kerna diyakini tepat dan sangat bagus. Begitu juga fitrah manusia sesuai untuk mencari kebenaran beragama. Manhaj beragama yang asal,  tulen dan tepat ada pada generasi yang awal.

Rasulullah ﷺ bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

Sebaik-baik manusia adalah generasiku (iaitu generasi sahabat), kemudian orang-orang yang mengiringinya (iaitu generasi tabi’in), kemudian orang-orang yang mengiringinya (iaitu generasi tabi’ut tabi’in). [ Riwayat Al-Bukhari]

Barang,  semakin lama diolah atau ditokok tambah atau diperbaiki untuk keperluan zaman. Hal itu memang digalakkan untuk menyelesai masalah hidup manusia. Agama tidak boleh ditokok tambah atau dikurangi. Apa rupa ibadah agama pada jaman Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam itulah yang muktamad hingga akhir zaman.

pada firman Allah Ta’ala,

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu.” [QS. Al Ma’idah: 3]

Namun,  berdasarkan sejarah agama yang dibawa para Nabi seperti Nabi Ibrahim,  Nabi Musa dan Nabi Isa,  ada manusia yang menokok tambah ajaran agama untuk kepentingan nafsu. Tepat sekali Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam memberi peringatan berkaitan menambah, mengubah suai ibadah atau seumpamanya.

Baginda Rasulullah ﷺ  bersabda,

مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak.”
[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Sabda baginda ﷺ  lagi

أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

“Amma ba’du. Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad ﷺ. Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (bid’ah) dan setiap bid’ah adalah sesat.”
[Riwayat Muslim]

Kesimpulannya,  beragama yang benar adalah mengikuti yang disebut oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam iaitu zamannya,  sahabat dan selepas sahabat. 

Rabu, Jun 05, 2019

TARAWEH di luar Ramadan?🤔

Sebagian kita bersungguh-sungguh ke masjid untuk bertaraweh, tetapi tidak shalat seperti taraweh setelah tamat Ramadan. Ada yang mengatakan tidak mampu shalat sendiri 23 rakaat dan sebagian berkata, 'kami hanya layak jadi makmum,  takut shalat malam sendiri,  bimbang tak diterima'. Begitulah tinggi tanggapan shalat taraweh ini. Sebenarnya shalat taraweh ini ialah shalat sunat malam. Shalat sunat seperti shalat sunat sebelum atau selepas shalat fardu.

Jika faham begitu,  tidaklah begitu sukar untuk shalat malam setelah tamat Ramadan. Cuma yang afdal,  shalat malam ini dibuat setelah kita tidur,  atau saat bangun awal sebelum masuk waktu Subuh. Jika pada Ramadan,  kita bangun satu jam sebelum Subuh untuk urusan sahur, setelah Ramadan kita bangun waktu yang sama untuk shalat malam.

Mahu baca surah apa? Tidak surah khas dibaca setiap berdiri rakaat. Yang mampu baca surah panjang silakan, yang mampu hanya surah lazim yang pendek, silakan.

Teliti satu hadis daripada riwayat Ibn Umar Radhiallahu anhu,

عَنْ ابْنِ عُمَرَ : " أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَلَاةِ اللَّيْلِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( صَلَاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى ، فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى ) " . رواه البخاري(946) ، ومسلم (749)

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar,  seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam tentang solat malam. Maka Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Shalat malam itu dua rakaat dua rakaat, maka apabila kamu berasa bimbang masuknya waktu Subuh bershalatlah satu rakaat sebagai witir daripada shalat yang telah dilakukan tadi."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada hadis itu,  shalat malam itu dibuat pada sebelum waktu Subuh. Jumlahnya satu kali shalat hanya dua rakaat,  dan salam. Jika  mahu buat lagi,  berdirilah dua rakaat lagi. Malah,  jika kesuntukan waktu, sempatnya hanya buat shalat satu rakaat witir,  maka rebutlah.

Wallahu aklam

Jumaat, Februari 08, 2019

ULASAN buku Para Sahabat menurut akidah Ahli Sunah


Penulis, Dr.  Muhammad bin Abdullah al Wahibiy
Penterjemah,  Abdul Wahab bin Bustami al-Banjari
Penerbit, Perniagaan Jahabesra, Johor Bahru. 
Tahun,  2011
Muka surat,  126
Harga RM 8.90

SAHABAT satu gelaran istimewa kepada orang-orang yang bersama Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam . Sahabat bukanlah kawan atau teman.  Sahabat Rasulullah diertikan sebagai muslim yang hidup pada zaman Rasulullah seperti berjumpa,  mendengar suara baginda walau hanya seketika.  Keistimewaan orang yang digelar Sahabat Rasulullah ini diberikan oleh Allah subhanallahu taala dan dijamin syurga, selain tidak boleh diperlekehkan. Malah jika sejarah merakam para Sahabat terlibat dalam perselisihan sesama mereka,  umat Islam dilarang mempersoalkan atau membicarakannya kerana mereka adalah sebaik-baik manusia selepas Rasulullah, Allah telah mengatur perjalanan hidup para sahabat sesuai dengan jaminan dan keredaan-Nya. 

Buku Para Sahabat Menurut Akidah Ahli Sunah wal Jamaah,  membicarakan hak keistimewaan,  jaminan Allah dan  apa sikap setiap muslim terhadap para Sahabat. Istimewanya para Sahabat ini Allah rakamkan dalam al-Quran surah al-Fath ayat 48, bahawa Allah reda terhadap orang-orang mukmin yang berjanji setia kepada Rasulullah di bawah pohon. Ini merujuk Perjanjian Ridhwan di Hudaibiah untuk berperang bersama Rasulullah walau pun tidak berkelengkapan perang. Rasulullah menyebut dalam hadis riwayat Imam Muslim,  bahawa Sahabat yang berjanji di bawah pohon itu tidak akan masuk neraka. 

Terdapat juga taraf kekananan para Sahabat Rasulullah,  misalnya yang utama ialah mereka yang awal memeluk Islam di Makkah. Ini dibuktikan daripada hadis al-Bukhari dan Muslim,  Rasulullah melarang Khalid al-Walid mencela Abdul Rahman bin Auf,  walhal kedua-duanya adalah sahabat Rasulullah.  Diketahui bahawa Khalid al-Walid memeluk Islam setelah pembukaan kota Makkah,  malah Khalid pernah menjadi pemimpin kaum kafir menyerang umat Islam di Madinah. 

Allah dan rasul-Nya juga memberi keistimewaan kepada para Sahabat yang pada zaman Madinah. Dalam hadis al-Bukhari,  Rasulullah menyatakan salah satu tanda keimanan muslim ialah mencintai golongan Ansar dan munafiklah sesiapa yang membenci Ansar.  Golongan Ansar merupakan pembantu Rasulullah dan muslim dari Makkah,  yang mereka tidak mengharap apa-apa keuntungan duniawi daripada pengorbanannya. 

Menurut kajian ulama Ahli Sunah wal Jamaah, termasuk dalam akidah yang sahih memuliakan para Sahabat Rasulullah disebabkan Allah dan rasul-Nya telah memberi keredaan kepada golongan Sahabat. Apabila Allah subhanallahu taala telah mengiktiraf kemuliaan Sahabat,  maka sesiapa yang ingkar bermakna mengingkari Allah. 

Syeikhul Islam Imam Ibnu Taimiyah mengatakan,  mereka yang mengatakan sebahagian besar Sahabat telah murtad,  maka mereka yang berkata demikian nyata telah kufur sebab berlawanan dengan jaminan Allah terhadap para Sahabat Rasulullah. 

Berdasarkan surah al-Fath ayat 29 yang bermaksud,  "Muhammad ialah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya," Imam Malik menetapkan sebagai kufur orang yang membenci para Sahabat Rasulullah. 

Telah berlaku perang antara Sahabat pada zaman Khalifah Ali,  seperti Perang Siffin dan Perang Jamal. Rasulullah telah membayangkan awal berlakunya perselisihan antara para Sahabat baginda,  malah antara Sahabat yang dijamin syurga. Dalam hadis riwayat ath-Tabrani,  Rasulullah meminta umat menahan lidah daripada mempersoalkan Sahabat-sahabat baginda, sama seperti baginda melarang persoalkan qada dan qadar. 

Penulis mengutip catatan daripada kitab Minhajus Sunnah (6/254) supaya umat Islam memohonkan keampunan kepada para Sahabat Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam. 

Rabu, Februari 06, 2019

KEPADA tukang troll

Foto hiasan

Oleh Dr Kamilin Jamilin

Ada dari kalangan kita yang seakan gembira mempersenda mana-mana tokoh figura yang tidak digemari tanpa kita sedari perilaku tersebut sebahagian dari sukhriyyah (cemuhan) yang ditegah agama.

Pelbagai posting, gambar troll yang muncul.

Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٞ مِّن قَوۡمٍ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak mencemuh (merendah-rendahkan) puak yang lain…” [al-Hujurat: 11].

Walau sejengkel mana sekalipun sikap seseorang itu pada pandangan kita, walau serapuh mana pun ucapannya di pendengaran kita, walau sejelek mana sekalipun perasaan kita terhadapnya, tiada kelonggaran buat kita untuk memperlekeh mana-mana individu muslim dengan editan foto atau video yang buruk lagi menghina.

Editan sedemikian hanyalah menambah ‘perisa’ buruk terhadap insan tersebut, sedangkan perbuatan menambah ‘perisa’ yang tidak wujud pada seseorang juga tidak kurang dahsyat akibatnya dari menambah ‘perisa’ dalam agama yang tercinta.

Firman Allah SWT:
وَٱلَّذِينَ يُؤۡذُونَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ بِغَيۡرِ مَا ٱكۡتَسَبُواْ فَقَدِ ٱحۡتَمَلُواْ بُهۡتَٰنٗا وَإِثۡمٗا مُّبِينٗا ٥٨
“Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata!” [al-Ahzab: 58].

Lalu barangkali ramai yang akan berguling-guling membacanya. Tidak kurang pula yang akan mencerca dan mengutuk di belakang insan yang dipersendakan itu.

Kesemua ini sama sekali menyanggahi sunnah dan agama yang kita perjuangkan. Bahkan akan memberi impak negatif terhadap seruan dakwah yang kita laungkan, bagai menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

Bukanlah sunnah itu sekadar menentang bidaah atau sekadar penampilan. Sikap dan tutur kata juga sebahagian dari tuntutan yang wajib disunnahkan.
Walau pada insan tersebut banyak kekurangan atau kelompongan, agama tetap tidak mengizinkan kita mencalar maruahnya sebagai muslim yang beriman.

Tatkala ‘Aisyah RA sekadar mengisyaratkan tentang fizikal madunya Safiyyah RA yang rendah, Nabi SAW menegurnya seraya berkata: “Kamu telah mengatakan sesuatu yang jikalau ia bercampur dengan air lautan, nescaya ia akan berubah!” [riwayat Abu Dawud].

Moga kelak kita di akhirat, kita tidak termasuk dari kalangan orang-orang yang berkata:
يَٰحَسۡرَتَىٰ عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِي جَنۢبِ ٱللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ ٱلسَّٰخِرِينَ ٥٦
“Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajibanku terhadap Allah serta aku telah menjadi daripada orang-orang yang sungguh memperolok- olokkan (orang).” [al-Zumar: 56].

Selasa, Februari 05, 2019

ULASAN buku Fanatik Mazhab Kesan Kepada Pemikiran Umat


Penulis,  Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Penerbit,  Karya Bestari Sdn Bhd, Shah Alam
Tahun 2007
Muka surat 39
Harga RM3.00

Penulis seorang sarjana berkelayakan Phd dalam hadis juga seorang Mufti di Perlis,  sangat menyedari ketaksuban sebahagian umat Islam telah menimbulkan kesan kesan negatif. Sesuai dengan kedudukan penulis sebagai mufti negeri Perlis yang undang-undang tubuhnya tidak terikat dengan sebarang mazhab fikah,  telah menulis buku  kecil tapi sangat penting.

Penulis telah memulakan mukadimahnya dengan mencatat ayat 8 surah al-Maidah berkenaan kebenaran dan keadilan tidak boleh disembunyikan disebabkan kecintaan seseorang kepada kaum atau kumpulannya. Beliau mengomentari pandangan Prof Dr Muhammad Raft Uthman bahawa seseorang tidak boleh berpegang kepada sesuatu pandangan sedangkan dia tahu pandangan itu lemah atau tidak sahih (ms 2).

Penulis juga mengutip pandangan Dr Said Ramadan al-Buti yang mengatakan tiada dalil syarak yang mewajibkan muqallid beriltizam secara berterusan dalam taklidnya kepada sesuatu mazhab fikah. Malah penulis  menguatkan hujah dengan menggunakan ayat 43 surah an-Nahl yang bermaksud, "maka bertanyalah kamu kepada ahli zikir jika kamu tidak mengetahui.

Antara kesan fanatik mazhab kepada pemikiran umat ialah menyebabkan al-Quran dan Sunnah dipinggirkan.  Hal ini disebabkan pengikut mazhab lebih mengutamakan mazhab beragama sekali pun dalam hal berkenaan pendapat mazhabnya berlawanan dengan nas al-Quran dan Sunnah.

Kesan kedua ialah menyempitkan ruang hukum dan ijtihad. Menurut penulis,  para intelektual dalam sesuatu mazhab hanya akan berijtihad yang sesuai dengan dasar mazhab yang dianuti. Beliau memberi contoh hukum taharah dalam mazhab Syafie dan kehalalan haiwan lsun dalam mazhab Hanafi yang agak membebankan (ms 26).

Kesan ketiga ialah enggan mendengar pendapat lain dan bersikap keras.  Penulis memberi contoh ada segolongan konservatif di Nusantara yang menganggap sesiapa yang tidak bermazhab Syafie dihukum sesat.

Buku kecil ini sesuai dijadikan bacaan ringan tetapi membaqa mesej yang sangat mendalam kepada keintelektualan umah dalam negara.