MAKSUD firman Allah ayat 1-3 surah al-Mukminun,
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam
solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan)
yang tidak berguna.”
Kata Ibnu Abbas r.a., yang diartikan dengan ‘khusyuk
dalam solat’ ialah merasa takut kepada Allah dan memiliki ketenteraman batin
pada saat melaksanakan solat.
Kata Al-Hassan al-Basri pula, khusyuknya orang yang
beriman ialah pada hatinya nuraninya.
Tambahnya, orang-orang yang punya sifat khususk dalam hati mampu menjaga
pandangan mata daripada hal-hal yang diharamkan Allah, serta mempunyai perasaan
rendah diri. Khusyuk dalam solat hanya
dapat dimiliki oleh orang yang mengosongkan hatinya daripada hal yang menyibukkan
fikirannya, lalu mengutamakan solat daripada kepentingan-kepentingan lain (hal
dunia).
Maksud sabda Nabi s.a.w., “Aku dijadikan
mencintai wangi-wangian dan wanita (isteri), dan dijadikan kesejukan hati dalam
solat.” (HR Ahmad dan an-Nasai, dan disahilkan oleh Syeikh al-Albani)
Berapa banyak kita perhatikan orang yang bersolat
bagai mahu segera beres dan meninggalkan tempat sujudnya, terutama orang
muda. Dalam fikirannya, segera bereskan
solat dan melakukan kerja-kerja
kehidupan yang sedang menunggunya.
Keadaan ini tentu hal-hal kerja atau rutin harian sebagai manusia masih
bersarang dalam mindanya sewaktu solat.
Kemudian, solat-solat sunatnya pun tidak terjaga sebab mengejar waktu
untuk memberesi urusan kerja harian.
Walhal, solat itu bukan hanya satu pergerakan anggota dari berdiri
sehingga duduk, melainkan rasa kerendahan jiwa terhadap Tuhannya!
Sungguh tidak elok dengan fikiran, “asalkan solat
beres.” Bahawa Nabi s.a.w. menjelaskan
bahawa solat itu menyejukkan hati atau membawa ketenteraman, suatu keadaan yang
sangat berbeda dengan hiruk-pikuk kerja dunia.
Maka jika solatnya pun sudah dalam ‘segera beres atau hiruk-pikuk’ juga,
apa lagi nilai solat pada dirinya?
Hari ini orang suka mendengar lawak jenaka, sebab
itu program lawak di kaca TV mendapat sambutan besar. Akhirnya orang berceramah agama juga terpaksa
membuat banyak lawak supaya hadirin sentiasa hadir kepadanya, menyaingi kaki-kaki
lawak yang sudah dibayar mahal. Entah
mana satu lawak yang dikatakan menghampiri ‘perbuatan tidak berguna’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan