TANPA disedari antara kita amat menjaga
pengertian satu maksud hadis nabi dan menganggap hadis-hadis lain sebagai tidak
begitu bernilai. Hadis melarang
berkata-kata ketika khatib berkhutbah sangat diingat-ingatkan kepada
khalayak. Hadis larangan melintasi orang
solat dan solat dengan berhadangan (sutrah) bagai tidak diketahui, sebab banyak
berlaku perlanggaran larangan Nabi s.a.w.
Walhal, semua aturan sunah itu untuk setempat iaitu masjid!
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau
berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda (artinya),
“Barangsiapa
yang berwudhu, lalu memperbagus wudhunya kemudian ia mendatangi (solat) Jumaat,
kemudian (saat khutbah) ia betul-betul mendengarkan dan diam, maka dosanya
antara Jum’at saat ini dan Jum’at sebelumnya ditambah tiga hari akan diampuni.
Dan barangsiapa yang bermain-main dengan tongkat, maka ia benar-benar melakukan
hal yang batil (lagi tercela) ” (HR. Muslim no. 857)
Daripada Abu Darda' r.a. dia berkata: "Nabi
s.a.w. sedang berkhutbah kepada manusia, kemudian baginda membacakan sepotong
ayat. Ketika itu aku berada di samping Ubay bin Kaab, maka bertanyakan
kepadanya:"Wahai Ubay, bilakah ayat ini diturunkan?" Akan tetapi dia
enggan berbicara denganku, maka aku mengulangi pertanyaanku dan dia masih
enggan berbicara denganku, sehinggalah Nabi s.a.w. turun (dari mimbar). Kemudian
Ubay mengatakan kepadaku: Engkau tidak memperoleh apa-apa pun dari (solat)
Juma'atmu melainkan perkataan-perkataan yang sia-sia. Selepas solat, aku menemui Nabi s.a.w. dan
mengadukan kepadanya tentang peristiwa tadi. Lantas Baginda bersabda:
Ubay benar, apabila engkau mendengar imam berkhutbah maka dengarlah dan
diamlah sehingga habis dia khutbahnya" (HR Ahmad no 20780, Ibn
Majah no 1111)
Begitu banyak orang melakukan solat
sendirian (solat sunat) di masjid tanpa sutrah atau hadangan di depannya. Tahu-tahu mereka berdiri dan bertakbir,
walhal jelas Nabi s.a.w. melarang solat tanpa sutrah atau hadangan di
hadapannya. Kalau tidak mahu membawa hadangan
seperti kayu atau kotak, carilah tempat yang berhadangan seperti tiang, dinding
atau langsir.
Ibnu Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H)
berkata, Nabi s.a.w. bersabda (artinya):
“Janganlah kamu solat melainkan dengan
menghadap sutrah.”
An-Nabi s.a.w. telah melarang seseorang
yang hendak melaksanakan solat melainkan dengan menghadap sutrah. Oleh itu,
mana mungkin beliau melakukan sesuatu yang beliau sendiri larang?” (Shahih Ibnu
Khuzaimah, 2/27 -Al-Maktab al-Islami)
Nabi s.a.w. juga melarang sesiapa
melintasi orang solat. Jangan melewati
di hadapan orang solat, hukumnya haram!
Ini maksud sabda Nabi s.a.w.
“Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini”. Berkata perawi: “aku tidak tahu samada Nabi menyebut 40 hari atau bulan atau tahun" ( HR al-Bukhari)
Maksud sabda Nabi s.a.w. yang lain pula,
“Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah syaitan" ( HR al-Bukhari)
Kesimpulannya, jika beriman dengan hadis larangan berkata-kata sewaktu khatib berkhutbah, maka beriman juga dengan larangan bersolat tanpa sutrah. Apa lagi larangan melintasi orang solat!
nice blog
BalasPadam