Pengikut

Rabu, Mac 20, 2013

AKHIRNYA ceramah ialah cerita jelek orang


CERAMAH agama di masjid tidak mendapat sambutan sebagaimana ceramah politik. Catatan isu agama di Facebook kurang mendapat layanan rakan-rakan berbanding dengan catatan isu politik. Tidak ada akhbar yang bertemakan agama, sebaliknya banyak akhbar sebagai lidah parti politik.  Satiap saat, denyut nadi orang ialah politik. 

Walaupun politik itu asalnya bersih dan murni, tetapi tema politik murni atau suci tidak ada penggemarnya.  Percayalah, tidak banyak khalayak yang hadir ceramah politik yang menerangkan gagasan-gagasan partinya dalam pentadbiran negara, tetapi jika ada ceramah politik yang mendedahkan keburukan, kebejatan dan kejelekan pasti ditunggu-tunggu.  Lebih ditunggu-tunggu kalayak jika penceramah secara khusus mendedahkan kejelekan peribadi musuh politiknya!

Sama ada urusan politik atau kekeluargaan atau lingkungan sosial apa pun, tidak bisa lari daripada prinsip-prinsip Islam yang jelas dalam al-Quran dan sunah nabi. Kita seronok membedah aib dan cela orang, hingga ada yang kaya disebabkan menulis aib orang dalam buku.  Namun perhatikan akhirnya nasib orang yang demikian.

Maksud sabda nabi s.a.w.  “Janganlah kalian menyakiti hati hamba-hamba Allah, jananlah membuka aib mereka, janganlah mencari-cari aurat (kejelekan) mereka. Kerna sesiapa yang mencari-cari kejelekannya  saudaranya, nescaya Allah akan mencari kejelekannya  sehingga Dia (Allah) akan mempermalukannya (sekalipun) di rumahnya sendiri.”
(HR Ahmad)

Alangkah baiknya jika kita tidak terpedaya dengan lakonan banyak pihak atas  nama politik sedangkan selamanya dia hanya memberi malu hamba-hamba Allah.  Apa saja yang dicatat, foto-foto yang dimuat naik ke laman sosial sentiasa diberi kapsyen untuk memalukan orang yang tidak disukainya.

Akhirnya, semua kembali kepada Allah, meninggalkan puluhan ribu orang yang menyanjungnya sebagai hero pendedah skandal manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan