PERHATIKAN orang solat di ruang besar, kebanyakannya tidak mempunyai hadangan di depannya. Hanya sebilangan orang yang mencari-cari hadangan atau sutrah ketika mahu solat sunat. Mereka yang memahami erti sutrah dalam solat pasti tidak akan solat sunat di lapangan terbuka sebab keadaan ini membuat orang lain ‘mesti’ melintas di hadapannya sekalipun jauh bermeter-meter. Saya menemukan kajian ahli Facebook mengenai sutrah dan solat. Selamat membaca dan memahaminya.
HUKUM SUTRAH SOLAT
ADALAH WAJIB
By Zainudin Ahmad
(facebook)
Bismillah, Di
antara para ulama yang menegaskan kewajibannya adalah seperti Imam Ahmad dalam
salah satu pendapat beliau, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hazm, Ibnu Hajar al-Haitami,
asy-Syaukani, al-Albani, dan selainnya.
Ibnu Khuzaimah
rahimahullah (Wafat: 311H) berkata, “Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam
bersabda:
ا تصلوا إلا إلى سترة وقد زجر صلى الله
عليه
وسلم أن يصلي المصلي إلا إلى سترة فكيف
يفعل ما يزجر عنه صلى الله عليه وسل
“Janganlah kamu solat
melainkan dengan menghadap sutrah.”
Beliau Shallallahu
‘alaihi wa Sallam telah melarang seseorang yang hendak melaksanakan solat
melainkan dengan menghadap sutrah. Oleh itu, mana mungkin beliau melakukan
sesuatu yang beliau sendiri larang?” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/27 -Al-Maktab
al-Islami)
Ibnu Hajar al-Haitami
rahimahullah (Wafat: 974H) berkata:
السترة واجبة عند جماعة من العلماء
“Sutrah adalah wajib
di sisi sebahagian besar ulama.” (al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 2/141– Daar
ul-Fikr) Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata:
قوله فليُصلِ إلى سترة فيه أن اتخاذ السترة
واجب
“Perkataan beliau
(Rasulullah), “Maka solatlah menghadap sutrah” padanya terdapat petunjuk bahawa
mengenakan sutrah (ketika solat) adalah wajib.” (Nail ul-Authar, 3/2 –Daar
ul-Hadits)
Syaikh Muqbil b. Hadi
al-Wadi’i rahimahullah berkata:
أما اتخاذ السترة فالصحيح الوجوب لقوله صلى
الله عليه وسلم إذا صلى أحدكم فليصل إلى سترة وليدنُ منها
“Adapun persoalan
meletakkan sutrah (ketika solat), maka hukumnya yang tepat adalah wajib
berdasarkan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Apabila salah seorang di
antara kamu solat, maka solatlah menghadap sutrah dan mendekatlah kepadanya.”
(Dalam muhadharah beliau, As-ilah al-Ikhwati min Amrika)
Syaikh al-Albani
berpendapat di dalam Kitabnya:
والسترة لا بد منها للإمام والمنفرد؛ ولو
في المسجد الكبير. قال ابن هانئ في مسائله عن الإمام أحمد: رآني أبو عبد الله
(يعني:
الإمام أحمد) يوماً وأنا أصلي، وليس بين
يدي سترة – وكنت معه في المسجد الجامع – ؛ قال لي: استتر بشيء. فاستترت برجل
ففيه إشارة من الإمام إلى أنه لا فرق في اتخاذ السترة بين المسجد الصغير
والكبير، وهو الحق. وهذا مما أخل به جماهير المصلين من أئمة المساجد وغيرهم في كل
البلاد التي طفتها؛ ومنها السعودية التي أتيحت لي فرصة التطواف فيها لأول
مرة في رجب هذه السنة 1410 هـ فعلى العلماء أن ينبهوا الناس إليها، ويحثُّوهم عليها،
ويبيِّنوا لهم أحكامها، وأنها تشمل الحرمين
الشريفين أيضاً
(Aku katakan),
“Sutrah dalam solat
menjadi kewajiban bagi imam dan orang-orang yang solat sendirian, sekalipun di
dalam masjid besar. Demikianlah pendapat Ibnu Hani’ dalam Kitab Masa’il dari
Imam Ahmad. Kata Ibnu Hani’, Pada suatu hari aku solat tanpa sutrah di
hadapanku yang mana ketika itu aku melaksanakan solat di dalam masjid Jami’.
Imam Ahmad melihat hal tersebut, lalu beliau pun berkata kepadaku, “Pasanglah
(letaklah) sesuatu sebagai sutrahmu!” Aku pun menjadikan seseorang sebagai
sutrah solatku.”
Peristiwa ini
adalah isyarat dari Imam Ahmad bahawa orang yang solat di masjid besar atau
masjid kecil tetap berkewajiban mengenakan sutrah di hadapannya. Pendapat
inilah yang benar, tetapi kebanyakan orang-orang yang solat telah mengabaikan
sunnah ini termasuk para imam-imam masjid besar & kecil, surau,
madrasah, tempat lapang dan selainnya di setiap tempat termasuk di masjid
Haramain di ‘Arab Saudi .
Sepatutnya para
ulama mengingatkan masyarakat tentang perkara ini, menganjurkan supaya
mengamalkan-nya, dan menjelaskan hukum berkaitan dengannya. Kewajiban sutrah
ini juga turut berlaku di dua tanah Haram (Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi).”
(Ashlu Shifati Sholatin Nabi, 1/116-117 – al-Maktabah al-Ma’arif) Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan