BULAN Ramadan juga
bulan orang membanyakkan membaca al-Quran sebagai ibadah khusus kepada
Allah. Telah banyak ditemui bahawa
al-Quran merupakan panduan hidup manusia.
Namun gagasan al-Quran rupa-rupanya bukanlah senantiasa menyertai
keputusan pemikiran dan perasaan manusia.
Malah para pembaca akan menemui banyak ayat al-Quran yang tidak cocok
dengan kebiasaan kita manusia. Namun itulah
gagasan al-Quran untuk manusia. Ini
antaranya….
Kita kikir atau
kedekut! Memang antara
sifat manusia ialah kikir untuk menginfakkan sebagian hartanya ke jalan Allah.
Sedekahkan wang kepada fakir miskin atau anak-anak yang sedang menuntut
ilmu. Sedekah bermakna akan mengurangkan
harta yang dimiliki. Allah memberi
penjelasan bahawa sedekah tidak dirugikan, malah digandakan ganjarannya. Soal utama ialah kepercayaan bahawa gandaan
sedekah itu kalau tidak di dunia adalah pada hari akhirat. Hari akhirat itulah yang selalu membuat
manusia tidak sabar dan mengambil sikap kikir di dunia ini.
Maksud surah al-Baqarah: 261.
“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir
biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji.
Allah melipatgandakan bagi siapa yang
Dia kehendaki, Dan Allah Maha luas dan Maha Mengetahui.”
Dalam dunia yang dikatakan tanpa sempadan, kita kerap
diajak untuk bertindak pantas dan saling berlumba-lumba. Tidak sedikit yang
merasakan perhitungan di hadapan jauh daripada kehendak Allah. Jika mahukan sesuatu tuntutan itu ditunaikan
oleh seseorang, ada yang mendesak dengan membuat demontrasi dan ugutan. Walhal Allah mengajarkan kita supaya berhemah
dan bertenang. Sangat berbeda kehendak
manusia yang mahukan kepantasan dan hiruk-pikuk sedangkan Allah membimbing
manusia supaya memohon dengan aman damai.
Maksud
surah al-Baqarah: 153. “Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan
(kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang
sabar.”
Perasaan
marah kita mudah menggelojak.
Kadang-kadang kerna berita kecil yang tidak menyenangkan hati
menyebabkan perasaan marah itu membuak-buak terutama apabila ada ‘batu api’
yang mengada-ada berita sejengkal menjadi sehasta. Selalunya benci terhadap seseorang
menyebabkan orang yang dibenci itu menjadi mangsa untuk dimanipulasi dalam
banyak hal. Teknologi digital memungkinkan foto seseorang diubah suai untuk
tujuan buruk itu. Al-Quran menahan kita daripada bersikap
begitu.
Maksud
surah al-Ahzab: 58. “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin
laki-laki dan perempuan, tanpa ada kesalahan
yang mereka perbuat, maka sungguh, mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang
nyata.”
Dalam
bulan Ramadan ini tampak banyaknya orang melaksanakan pemindahan pahala kepada
seseorang. Selalunya pahala dipindahkan
kepada orang yang sudah mati. Namun
konsep pemindahan pahala sekarang sudah difahami pula sebagai boleh dipindahkan
kepada orang yang masih hidup. Bukan
rahsia pula aliran wang beraku dalam proses pemindahan pahala iaitu upah-upah
kepada si pembaca al-Quran. Banyak yang
fikir itu betul tetapi tidak kepada Allah.
Maksud
surah Fusilat 46. “Siapa yang mengerjakan kebajikan, maka (pahalanya) untuk
dirinya sendiri, dan barang siapa berbuat jahat, maka (dosanya) menjadi tanggungan
dirinya sendiri. Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hamba-hamba (Nya).”
wa
..perasaan manusia tak boleh ikut sangat, nanti melekat dan jadi tabiat.
BalasPadam