Pengikut

Khamis, Ogos 05, 2010

SURAT pengampunan dosa dalam Islam?


(Tulisan semula daripada iklan di atas)
MENCARI REDHA ILAHI DAN MENEBUS DIRI DARIPADA API NERAKA DI BULAN RAMADAN
·         Terdapat pelbagai cara yang boleh anda ikhtiarkan untuk membantu ahli keluarga anda yang telah meninggal dunia bagi menyempurnakan amal ibadah mereka yang berkemungkinan telah ditinggalkan atau terbatal dan tidak sempat di qadha atau dibuat ketika mereka masih hidup.
·         Antaranya ialah dengan cara anda membayar FIDYAH ataupun membaca TAHLIL (Lailahaillallah) sebanyak 70,000 kali dan pahala amalan itu disedekahkan kepada mereka.
·         Tahlil dituntut oleh Nabi supaya kita menyempurnakannya sebanyak 70,000 kali dalam hidup anda agar menjadi benteng dan menebus diri anda dari api neraka. Kami menerima upah membuat tahlil samada untuk anda sendiri atau untuk ahli keluarga anda yang telah meninggal dunia ataupun yang masih hidup.
·         Hubungilah kami sekarang untuk keterangan lanjut dan upah amalan-amalan tersebut di atas. Ia hanya serendah RM65. Lakukan SEKARANG! Kami sedia membantu anda pada bila-bila masa untuk melaksanakan apa yang perlu dan penting untuk anda lakukan sementara anda masih lagi berada di dunia ini. Jangan tunggu hingga ianya sudah terlambat. "RUGI DI DUNIA HANYA SEMENTARA TETAPI RUGI DI AKHIRAT KEKAL SELAMA-LAMANYA"

UNTUK KETERANGAN LANJUT/UPAH SILA HUBUNGI
013-XXXXXX (USTAZ XXXX) / 019-XXXXXX (USTAZAH XXXX)
SEMPURNAKANLAH AMAL IBADAT KITA KETIKA MASIH DI DUNIA SUPAYA IA MENJADI SAHAM KEKAL KITA DI AKHIRAT SANA

KOMENTAR: Di Eropah pada zaman pertengahan (kurun ke-5 - ke-12) pihak gereja menawarkan kepada penganut Kristian untuk membayar atau menebus dosa melalui pihak gereja.  Dengan pembayaran itu pihak gereja akan berdoa kepada Tuhan agar dosa si pembayar diampunkan.  Si pembayar akan diberi surat seperti sijil yang membuktikan dosanya sudah 'diampun'.  Perbuatan ini Surat Pengampunan Dosa atau Indulgence ditentang oleh Paderi Jerman, Martin Luther.  Akibatnya agama Kristian berpecah kepada dua: Satu yang asal yang mengekalkan Indulgence sebagai Katholik dan satu lagi Protestan.

Adakah al-Quran dan Sunnah menyuruh muslim membuat surat pengampunan dosa seperti itu?  Martin  Luther  terpengaruh dengan mesej Islam sehingga melawan penyelewengan gereja, kita yang muslim mahu menghidupkan amalan itu?  

4 ulasan:

  1. macam ad yg xkena kat iklan tu.btl ke yg menerbitkan iklan 2 berstatus ustaz? kiamat dah semakin hampir.perkara tentang dosa dan pahala pun leh diniagakan.........masyaallah.....

    BalasPadam
  2. betul ustaz dan ustazah. siapa nak percaya dn bayar upah hal ghaib ni kalau tak guna status org agama. Tapi, eloklah kembali kpd ajaran quran dn sunnah.

    BalasPadam
  3. ayat alquran sebagai panduan hidup. Dalam Tafsir Ibn Katsir dicatat bahawa Imam Syafie mengatakan tidak sampai pahala bacaan orang hidup kepada si mati kerna setiap orang hanya menanggung pahala dan dosa sendiri2.

    Maksud ayat 18 surah al-Fatir, “Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang dibebani berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul bebannya itu tidak akan dipikulkan sedikitpun, meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat engkau beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada (azab) Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihat-Nya dan mereka juga melaksanakan solat. Dan barang siapa mensucikan dirinya, sesungguhnya dia mensucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allah tempat kembali.”

    BalasPadam
  4. Saya ucapkan terima kasih atas sumbangan maklumat dalam semua respon. Untuk makluman tuan2, saya telah mengalami percambahan hujah ini sejak tahun 1986 lagi, bukan baru setahun dua. Ini saya mula2 pelajari di sebuah madrasah di Kuala Pilah. Jadi salahlah jika ada yang mendakwa saya ini mujtahid. Saya orang kampung saja.

    Dan kerana telah lama dan meneliti hujahan kedua-dua belah pihak, saya terima hujahan yang dikira paling kuat terutama yang didasari ayat-ayat al-Quran. Sebab itulah saya menyatakan ayat2 alquran sebagai dasar pemahaman saya. Kalau tidak ada ayat2 alquran ini, saya akan meneruskan saja pemahaman nenek moyang yang sedia ada.

    Saya hendak beri hujah akal pula. Ini hujah sampingan, yang hendak dibuang pun boleh. Hanya akal! Saya percaya Islam agama yang membawa keadilah. Sebagaimana semua ayat alquran yang saya nyatakan, keadilan yang saya fahami ialah: Setiap orang hanya menerima balasan baik atau buruk berdasarkan amalan masing-masing. Jika saya menerima pemahaman orang-orang mati dapat menerima manfaat daripada ibadah dan kebajikan yang dilakukan oleh orang hidup, bermakna itu sudah melanggar prinsip diri sendiri bertanggung jawab terhadap perbuatan masing2.

    Kerna pemahaman orang mati boleh mendapat manfaat daripada hasil ibadah orang hidup, sekarang orang mula berfikir untuk menebus dosa atau menambah koleksi pahala arwah keluarganya. Caranya dengan memberi upah kepada orang2 yang sanggup beribadah yang pahala ibadahnya diserahkan kepada arwah. Sekurang2nya setiap satu kes tahlilan upahnya RM10.00. Dan ada yang mengupah orang pandai mengaji quran RM3000.00 untuk khatam 30 juzuk, yang pahalanya dihantar kepada si mati.

    Jika begitu, kita tak dapat menghalang orang kaya daripada mengupah sekian banyak orang pandai agama mengkhatamkan bacaan quran asalkan bacaan itu dapat dimanfaatkan oleh si mati. Maka di mana keadilan kepada orang2 miskin yang tidak mampu mengupah orang membacakan alquran kepada arwah keluarganya. Ini juga seolah2, pahala itu boleh ditentukan dengan banyaknya wang! Saya tidak percaya ini ajaran Islam.

    Terpulanglah kepada tuan2 menilai semua maklum balas saya. Pada saya Islam tidak menyuruh umatnya beramal tanpa pengetahuan atau bertaklid saja. Adalah menjadi hak kepada setiap individu muslim beribadah berdasarkan ilmunya.

    Jika pun hal ini masih dalam perbincangan, ini meragukan kepada orang awam seperti saya. Jika kita membuka ayat 36 surah al-Isra, cukuplah bahawa kita boleh meninggalkan perkara yang kita sendiri tidak jelas lagi. Maksud ayat itu “Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak ketahui. Kerna pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabkan.”

    Wallahu ‘aklam

    BalasPadam