Pengikut

Khamis, Ogos 05, 2010

JANGAN tak tahu agenda British terhadap Melayu Islam.

SEORANG pelajar bertanya: Mengapa Brunei tidak mengamalkan konsep raja berperlembagaan seperti di Malaysia, sebaliknya terus sebagai raja yang berkuasa mutlak?

Untuk menjawabnya, semua kena kembali kepada proses penjajahan kuasa barat terhadap negara-negara Asia khasnya wilayah yang dahulunya kesultanan Islam.  Sebelum ini eloklah difahami sejarah Perang Salib antara tentera Islam dan Kristian di Asia Barat.  Sama ada Portugal, sepanyol, British, Belanda dan Itali, semuanya menjajah kerana dendam terhadap Islam.  Jika dengan penjajahan itu dapat memiskinkan umat Islam, dijadikan umat Islam miskin.  Jika peluang untuk menjadikan kuasa Islam itu menjadi minoriti, maka gunalah apa cara untuk menjadikan kuasa Islam kian lenyap.


Portugal berjaya memusnahkan kota Melaka (1511) dan selepas itu empayar Melayu Islam Melaka terus hilang.  Jika dengan cara empayar Melayu Islam yang ada dipecah-pecah supaya lemah dan kian mengecil, maka dibuat Perjanjian British-Belanda 1824 yang membahagikan Nusantara muslim kepada dua perjalanan sejarah menjadi Malaysia dan Indonesia, maka itulah yang dilakukan.  Jika dengan perjanjian Bangkok 1909 dapat memusnahkan terus kerajaan Melayu Islam Pattani, maka itulah yang dilakukan oleh British dan Siam.

Universiti-universiti di Britain kurun ke-17 dan ke-18 mempunyai beberapa fakulti kajian dunia Timur atau oriental untuk melatih pegawai-pegawai British yang akan bertugas di Asia termasuk Nusantara. Fakulti-fakulti itu juga membuat kajian sejarah, politik dan budaya setiap kerajaan Islam.  Dari sanalah keluar saranan dan strategi yang perlu dilakukan untuk melemahkan politik dan pengaruh wilayah dan ideologi  wilayah yang dijajahnya.  Jika kekuatan pengaruh budaya dan ideologi wilayah yang dijajahnya lemah, maka tentulah kelangsungan penjajahan British terus gemilang.

Fahamlah British membawa masuk pendatang India dan Cina ke Tanah Melayu, untuk mengurangkan kekuatan pengaruh bangsa Melayu Islam.  Yang dibawa masuk itu bukan India Islam dan Cina Islam, sebabnya untuk merendahkan peratusan penduduk Melayu Islam.  Lihatlah hari ini, penduduk Islam di Malaysia sekadar 60 peratus walhal sebelum kedatangan orang Cina dan India 100 tahun dahulu, Tanah Melayu 100 peratus Islam!

British merangka Perlembagaan Tanah Melayu melalui Suruhanjaya Reid, yang dimasukkan sistem demokrasi berparlimen. Dalam sistem ini pilihanraya digunakan untuk memilih kerajaan. Gambarannya ialah system demokrasi dengan pilihan raya jauh lebih baik daripada amalan pemerintahan feudal raja-raja Melayu.

Amalan demokrasi ala-British ini sebenarnya satu alat untuk meruntuhkan kuasa politik Melayu. Gugurnya kuasa politik Melayu, maka lenyaplah pengaruh Islam di negara kita.  Melalui demokrasi berparlimen ini, kuasa-kuasa Raja semakin dihadkan dan akhirnya hanya sebagai simbol.  Bukankah dengan pindaan Perlembagaan (1993), rang undang-undang yang dibentang di Parlimen mesti diluluskan oleh Yang Dipertuan Agong sama ada baginda menandatangani atau tidak? Ha, ya la.

Dengan pilihan raya, parti-parti politik ditubuhkan.  Atas nama kebebasan menubuhkan persatuan yang dijamin dalam perlembagaan (Perkara 10) maka orang Melayu boleh menubuhkan Umno, Pas dan PKR.  Melayu boleh juga memasuki DAP, Gerakan dan PPP.  Akibatnya berlaku perpecahan pengaruh politik Melayu. Kerana demokrasi dan parti politik, bangsa Melayu berpecah-belah dan tidak mungkin terus berkuasa.  Akan sampai masanya orang bukan Melayu (bukan Islam) akan menguasai pentadbiran di negara yang dahulunya 100 peratus Melayu Islam.  Itulah hasrat British dan Barat terhadap negara kita ini. Singapura sudah mendahului kes ini. 

Sekarang sangat jelas, agenda British dan Barat melalui penjajahan dan blue print pasca kemerdekaan memastikan kuasa dan pengaruh Melayu Islam tidak akan kembali seperti pada zaman Kesultanan Melaka yang menjadi pusat dakwah dan politik Islam Asia Tenggara.

Belanda pun melakukan kerja-kerja pemusnahan pengaruh Melayu Islam di Indonesia.  Barat tahu besarnya jumlah penduduk Islam di Indonesia, maka sejak awal-awal lagi institusi beraja yang sebelumnya sebagai paksi politik dan pengaruh Islam dihapuskan sama sekali.  Hari ini, biar pun Indonesia mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di dunia, Islam tidak dicatat pun sebagai agama negara  seperti Islam sebagai Agama Persekutuan bagi Persekutuan Malaysia.

Mengapa British mengekalkan kuasa mutlak raja di Brunei yang merdeka tahun 1982?  Brunei negara kecil dan penduduknya tidak sampai pun sejuta.  Walaupun kaya dengan minyak, lambat laun Brunei akan  ‘mengecil’ apabila minyaknya kering.  Negara kecil, jumlah penduduk kecil dan kelak tanpa minyak, tidak penting sama ada rajanya ada kuasa apa, dan negaranya ada pilihan raya atau tidak.  Kepada Barat, jika raja berkuasa mutlak mampu memberi keuntungan kepadanya, biarlah Brunei terus begitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan