Pengikut

Isnin, November 10, 2008

WUDUK Nabi pun wahabi!

Kebiasaannya cara masyarakat muslim kita berwuduk atau mengambil air sembahyang ialah antaranya membuat sentuhan ke rambut atau mana-mana sebahagian kepala sebanyak tiga kali. Jika sesiapa yang tidak melakukan demikian dan memilih cara seperti dalam satu hadis sahih riwayat Imam Bukhari, besar kemungkinan individu itu akan dilabel wahabi! Maknanya para sahabat Nabi saw yang mengajarkan wuduk ini juga boleh dilabel wahabi. Dahsyat sungguh…….

Dari Amr bin Yahya dari ayahnya, katanya: Aku menyaksikan Amr bin Abu Hasan bertanya kepada Abdullah bin Zaid mengenai wuduknya Nabi saw. Kemudian Abdullah meminta sebuah bejana berisi air, terus berwuduk untuk diajarkan kepada orang banyak. Dia menuangkan air di atas kedua-dua tangannya kemudian membasuhnya tiga kali, kemudian mamasukkan tangannya ke dalam bejana, terus berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung lalu menyemburkan tiga kali dengan tiga kali cedokan air. Setelah itu dia pun memasukkan tangannya ke dalam bejana lagi, kemudian membasuh muka tiga kali, seterusnya memasukan lagi tangannya ke dalam bejana lalu membasuh tangannya sampai ke siku dua kali (setiap satu). Selanjutnya dia memasukan tangannya dalam bejana lalu membasuh kepalanya yang dimulai dari bagian (atas) muka mengusap kedua-dua tangannya sampai ke tengkuk dan membelakangkannya, iaitu mengusap kepala itu kembali dari belakang terus sampai di kepala bagian atas muka tadi. Sehabis itu dia memasukkan tangannya dalam bejana lalu membasuh kedua-dua kakinya sampai ke mata kaki (buku lali). Hadis riwayat Bukhari Bab Mengusap kepala dengan sekali usap, hadis nombor 184.

Berwuduk berdasarkan hadis ini diajarkan pula kepada para jemaah haji kerana dikatakan jika berwuduk dengan cara begini apabila tersentuh mana-mana perempuan yang bukan mahramnya tidak batal wuduknya. Jika di Makkah berwuduk secara biasa orang Nusantara, kalau bersentuh dengan perempuan batal wuduknya. Adakah nabi pernah memberi syarat-syarat begitu? Tidak!

Namun jika dihujah bahawa hukum Islam itu sama saja baik di Makkah atau di Kuala Lumpur, iaitu tidak batal wuduk dengan sekadar tersentuh perempuan, bersedialah untuk dilabel wahabi.

4 ulasan:

  1. Salam, saya dah lama amal wuduk macam ni, walaupun ketika itu saya tak pernah tahu tentang wahabi. Rasanya dah 20 tahun saya amalkan. Tak pernah sekalipun orang mengatakan saya wahabi. Saudara suparjo ni agak prejudis. Pernah ke orang kata saudara wahabi semasa saudara ambil wuduk macam tu? Ada seorang ustaz wahabi yang agak sering menimbulkan hal bahawa wahabi sering ditohmah, walaupun hal yang dikatakan itu sebenarnya tak wujud pun. Cara ini seolah-olah nak menutup kelemahan wahabi yang suka mengutuk amalan orang lain (berdasarkan hadis daif).

    BalasPadam
  2. Kalau macam ni tak payah mengulas disini.,,,hai tanpa nama,,buang masa

    BalasPadam
  3. saya paparkan isu masyarakat. Antara yg terkena dan prejudis ialah anda sendiri.

    BalasPadam
  4. Banyak guru agama di sekolah melarang anak muridnya yang cerdik ikut sunnah daripada mengajar amalan sunnah dan membenteras bid,ah dikalangan rakannya di sekolah.Guru-guru ini akan beri amaran suruh ikut sukatan pelajaran.Jangan cuba buat pandai.Ini berlaku kepada anak saya yang berada di tahun 6 atas sekolah agama yang mengamalkan sunah usap kepala secara keseluruhan dari depan ke belakang+telinga sekali dan cuba beritahu kawan-kawannya lafaz niat "usalli" tu bid'ah. Malah ada yang diluku kepala oleh ustaz sebab amabil wudhu macam tu. Inilah keadaan yang berlaku...

    BalasPadam