MEMANG sekarang musim perkahwinan, dan patut benar SS Tuan Mufti Perlis mengulas mengenai perkahwinan dari sudut alquran dan sunah. Dan sesungguhnya upacara perkahwinan itu sebenarnya lebih merupakan adat budaya bangsa. Hanya pernikahan yang diwajibkan oleh syariat, manakala hal kenduri menjamu hadirin merupakan sunat. Rasulullah pernah meminta supaya dibuat juga majlis perkahwinan yang mengundang orang hadir dan menjamunya, meskipun lauknya hanya seekor kambing! Kenduri kecil saja…
Dalam masyarakat Melayu memang meletakkan pernikahan suatu yang penting sehingga majlis itu dipandang suci apabila dilaksanakan dalam masjid, walhal rumahnya jauh lebih mewah dan indah berbanding masjid yang dipilihnya.
Untuk memeriahkan majlis dan menggembirakan itulah akal fikiran dengan kreatif mencipta pelbagai upacara atau protokol yang diterima sebagai adat. Islam tidak mengharamkan adat untuk kemeriahan majlis itu asalkan tiada berlaku pembaziran, hal-hal haram atau syirik. Lantaran itu segolongan pihak begitu tegas mengatakan bahawa persandingan pengantin sebagai haram kerana didakwa berasal daripada agama Hindu. Telah lama juga penulis mencari-cari bukti sahih bahawa persandingan itu sah merupakan salah satu ritual dalam ibadah Hindu, namun setakat ini belum menemui fakta yang sahih. Mereka yang mengharamkan persandingan itu cukup sekadar mengatakan sanding salah satu rukun agama Hindu.
Hujah lain untuk mengharamkan persandingan ialah pendedahan aurat pengantin perempuan. Maka sekarang mana-mana pengantin perempuan yang memang biasa bertudung, tetap mengenakan tudung sewaktu bersanding. Kemudian hujah lain yang dikemukakan ialah tabaruj iaitu hiasan atau persolekan yang dikenakan terhadap pengantin perempuan. Hal ini nampaknya belum ada yang menyahutnya! Penulis akan ketawa jika ada mak andam menyerahkan pengantin perempuan kepada umum tanpa solekan! Gincu, bedak dan celak itu rukun solekan, dan solekan itu rukun besar pengantin! Eh bagus juga jika mak andam buat begitu, buatlah...
Oleh itu, harus atau haram pengantin bersanding masih menjadi perdebatan. Ulama yang relatifnya tua-tua akan cenderung mengharamkan terus persandingan ini, manakala golongan yang masih muda melihat ada kelonggaran untuk melakukannya. Agaknya orang muda, masih ada peluang bersanding lagi!
Terbaru penulis menghadiri satu majlis perkahwinan dua pasang pengantin. Majlisnya meriah kerana ada beberapa event yang dikatakan adat perkahwinan Melayu dan ditambah kreativiti orang zaman moden. Apabila tiba jamuan pasangan pengantin, hanya sepasang saja yang menjamu selera secara rasmi itu. Rupa-rupanya yang sepasang lagi membuat satu bantahan kepada pihak tuan rumah kerana menyempurnakan perkahwinan kedua-dua anaknya serentak dalam setahun (Tahun Hijrah). Puak ini rupanya masih percaya akan berlaku sial atau mala petaka apabila dua anak dinikahkan dalam setahun. Menurut kepercayaan karut itu, sepatutnya anak yang seorang lagi sepatutnya dinikahkan setelah tamat bukan Zulkaedah ini, maknanya telah berganti tahun!
Kasihan, dalam zaman manusia berilmu tinggi, diajar berfikiran rasional, diterapkan kajian ilmu sains, ada lagi pemikiran kuno zaman sebelum Islam yang diwarisi dan diperjuangkan. Jadi, tinggal begitu sajalah lafaz laa ilaaha illalaah beribu-ribu kali setiap malam Jumaat dan majlis Tahlilan tanpa memberi apa-apa faedah keselamatan akidah. Seribu kali lebih baik masyarakat diberi kefahaman mengenai erti ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’ berbanding mengajarkan ratib kalimah itu beribu-ribu kali.
Ibu penulis kata, dahulu ada puak tidak berani menikahkan anaknya pada bulan Safar. Menurut riwayat adat Melayu, bulan itulah bulan sial. Inilah sebagian adat yang menyusahkan perkahwinan sedangkan Islam memberi jalan yang mudah untuk melaksanakan urusan itu.
Sebab itu ada gerakan untuk kembali kepada ajaran sunah, yang berpaksi pada alquran dan sunah atau hadis sahih. Apabila ada konflik antara adat-adat yang menyalahi alquran dan sunah, muslim tidak ada pilihan kecuali mengutamakan wahyu dan sunah nabi itu. Perlu diingat bahawa dalam masyarakat Melayu, sebagian adat telah dianggap pula sebagai ibadah agama. Ini yang perlu penjelasan sekalipun sensitif bunyinya.

Heran saya,mengapa generasi yang diwajib hadir kursus perkahwinan tidak diberi ilmu cara membuat kenduri,cara menututp aurat,cara didik anak cucu agar jadi orang Islam tulin.Pengantin perempuan berpakaian macam pengantin perempuan Kristian,ada iring kanak perempuan pakai skrit putih.Cuma bezanya tak pi Gereja.Scop dan modul kursus kahwin perlu ditambah.Sedih saya lihat ibu yang lahir anak pergi wat bersalin atau datang melawat anak di hospital berpakaian macam baju tidur dengan suami..
BalasPadam