Saya hendak memaparkan dua hadis sahih yang tidak
ada kalimat ‘haram’, namun pengertiannya sangat mendalam. Daripada situ ahli ilmu membawakan
hadis-hadis ini sebagai hujah terhadap haramnya suatu perbuatan.
Dalam bab larangan bersentuhan antara lelaki dan
perempuan ajnabiyah, penceramah lelaki atau perempuan kerap membawa hadis ‘diitusuk
jarum besi’ sebagai dalil tidak bisa lelaki-perempuan bukan mahram bersalaman.
Daripada Ma’qil bin Yasar r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda (maksudnya): “Sekiranya kepala salah seorang daripada
kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu
menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (HSR ath-Thabrani, Mu’jam
al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)
Kerna itu, banyak muslim dan muslimah menghindari
sentuhan antara mereka. Malah di sebagian kaunter bayaran ada petugas perempuan
yang memakai sarung tangan untuk menghindari sentuhan kulit antara dia dengan
yang diharamkan.
Satu hadis lagi berkenaan ‘duduk di atas bara api’
sebagai pengharaman duduk di atas kubur.
Oleh kerna masyarakat muslim kita kerap berlama-lama di kuburan (ada yang membawa tikar), maka
hadis ini jarang sekali dibincangkan. Tampak di sini adat seakan-akan menutupi
kebenaran agama. Entah kapan hadis ‘duduk
di atas bara api’ akan popular seperti hadis ditusuk jarum besi’?
Daripada Abu Hurairah r.a., bersabda Rasulullah
s.a.w. (maksudnya), “Lebih baik salah seorang antara kamu duduk di atas bara api
sehingga membakar pakaian dan kulitnya daripada duduk di atas kubur. (HSR
Muslim. No. 971)
Perlukah lama-lala di atas kuburan? Jika kita berkuasa fizikal, silakan tetapi
bukan duduk-duduk seperti kebanyakan orang sekarang. Namun daripada firman Allah dalam al-Quran
surah At-Taubah ayat 84, ada pengertian aturan di kubur mesti berdiri termasuk
masuk waktu berdoa kepada Tuhan.
“Dan
janganlah engkau (Muhammad) melaksanakan solat untuk seseorang yang mati antara
mereka (kaum munafik), selama-lamanya dan janganlah
engkau berdiri (mendoakan) di atas kuburnya. Sesungguhnya mereka ingkar kepada Allah dan rasul-Nya dan mereka
mati dalam keadaan fasik.”
Daripada ayat itu jelas Nabi kerap berdiri di atas
kubur dan berdoa. Untuk kubur orang munafik, Allah larang Nabi s.a.w.
berdoa (berdiri dan berdoa).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan