TANYA semua orang: Apa jadi dengan negara-negara
Arab apabila berdepan dengan negara haram Israe?. Tidak ada yang memberi
jawaban positif terhadap situasi negara-negara Arab. Hakikatnya sekalipun Israel sebuah negara
yang kecil dan dikelilingi negara-negara Arab yang majoriti penduduknya beragama Islam,
Israel sering membuli negara-negara Arab. Bacalah negara Arab sebagai
negara-negara Islam. Ada negara Arab yang
ketua kerajaannya bukan Islam?
Hanya sekali negara-negara Arab bersatu melawan
Israel dan Barat iaitu pada tahun 1974 dengan melakukan embargo minyak. Kesannya
banyak kereta di Amerika berhenti di jalan-jalan kerna kehabisan minyak! Selain itu tidak ada berlaku apa-apa.
Kita boleh ingat apa kutukan kita orang Melayu
terhadap negara-negara Arab.
-
Arab bodoh, kalau bersatu
musnah Israel.
-
Arab tolak Islam sebab itu
berpecah-pecah seperti zaman jahiliah.
-
Arab Saudi sanggup
bekerjasama dengan Amerika agar Amerika menyerang Iraq dan Afghanistan.
-
Kumpulkan air kencing semua
orang Arab boleh banjirkan Israel.
Sejuta kutukan kepada bangsa Arab menggambarkan
kita bangsa Melayu yang beragama Islam sedikit pun tidak menyamai ‘kebodohan’
yang dituduh kepada bangsa itu. Betulkah? Atau orang Melayu pun sama ‘bodoh’
seperti bangsa Arab.
Di Malaysia tercinta ini tidak banyak berbeda
dengan perangai bangsa Arab dan negara-negara Arab. Jika kita melihat
negara-negara Arab, kita lihat di Malaysia sebagai parti-parti politik Melayu. Jika Israel membuli dan menghina bangsa
Arab/Islam, di Malaysia orang bukan Islam/Cina/India pun membuli dan menghina
bangsa Melayu/Islam. Israel menyerang
Palestin di Arab, di negara ini Cina tunjukkan mereka berpesta arak. India pula
memberi kata dua supaya jangan menyembelih lembu korban hari raya!
Orang Melayu menuduh pemimpin-pemimpin Arab bodoh
kerna asyik berkelahi dan menguntungkan Israel, pemimpin Melayu di sini juga
tak berhenti berkelahi dan menyebabkan bukan Islam tertawa besar.
Orang Melayu mengutuk negara Arab yang berpakat
dengan Israel dan Amerika tetapi tidak mahu bersatu dengan negara Arab
lain, parti Melayu/Islam di negara ini
pun relahati berpakat dengan parti yang anti-Melayu/Islam untuk meruntuhkan
kuasa Melayu/Islam.
Antara peribahasa yang sesuai untuk Melayu dan
parti-parti Melayu dalam hal ini ialah: Paku dulang paku serpih, mengata orang
awak yang lebih. Kuman di seberang laut nampak,
gajah di depan mata tak nampak. Bahasa
kasarnya: Cakap tak serupa bikin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan