Halaman

Jumaat, Oktober 17, 2014

ADAKAH Arab dan Melayu sama bodoh?

TANYA semua orang: Apa jadi dengan negara-negara Arab apabila berdepan dengan negara haram Israe?. Tidak ada yang memberi jawaban positif terhadap situasi negara-negara Arab.  Hakikatnya sekalipun Israel sebuah negara yang kecil dan dikelilingi negara-negara Arab  yang majoriti penduduknya beragama Islam, Israel sering membuli negara-negara Arab. Bacalah negara Arab sebagai negara-negara Islam.  Ada negara Arab yang ketua kerajaannya bukan Islam?
 
kebanggaan mereka melakukan pesta arak di tengah-tengah kritikan umat Islam
Hanya sekali negara-negara Arab bersatu melawan Israel dan Barat iaitu pada tahun 1974 dengan melakukan embargo minyak. Kesannya banyak kereta di Amerika berhenti di jalan-jalan kerna kehabisan minyak!  Selain itu tidak ada berlaku apa-apa.

Kita boleh ingat apa kutukan kita orang Melayu terhadap negara-negara Arab.
-          Arab bodoh, kalau bersatu musnah Israel.
-          Arab tolak Islam sebab itu berpecah-pecah seperti zaman jahiliah.
-          Arab Saudi sanggup bekerjasama dengan Amerika agar Amerika menyerang Iraq dan Afghanistan.
-          Kumpulkan air kencing semua orang Arab boleh banjirkan Israel.

Sejuta kutukan kepada bangsa Arab menggambarkan kita bangsa Melayu yang beragama Islam sedikit pun tidak menyamai ‘kebodohan’ yang dituduh kepada bangsa itu. Betulkah? Atau orang Melayu pun sama ‘bodoh’ seperti bangsa Arab.

Di Malaysia tercinta ini tidak banyak berbeda dengan perangai bangsa Arab dan negara-negara Arab. Jika kita melihat negara-negara Arab, kita lihat di Malaysia sebagai parti-parti politik Melayu.  Jika Israel membuli dan menghina bangsa Arab/Islam, di Malaysia orang bukan Islam/Cina/India pun membuli dan menghina bangsa Melayu/Islam.  Israel menyerang Palestin di Arab, di negara ini Cina tunjukkan mereka berpesta arak. India pula memberi kata dua supaya jangan menyembelih lembu korban hari raya!

Orang Melayu menuduh pemimpin-pemimpin Arab bodoh kerna asyik berkelahi dan menguntungkan Israel, pemimpin Melayu di sini juga tak berhenti berkelahi dan menyebabkan bukan Islam tertawa besar.

Orang Melayu mengutuk negara Arab yang berpakat dengan Israel dan Amerika tetapi tidak mahu bersatu dengan negara Arab lain,  parti Melayu/Islam di negara ini pun relahati berpakat dengan parti yang anti-Melayu/Islam untuk meruntuhkan kuasa Melayu/Islam.


Antara peribahasa yang sesuai untuk Melayu dan parti-parti Melayu dalam hal ini ialah: Paku dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.  Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.  Bahasa kasarnya: Cakap tak serupa bikin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan