TERBAHARU, Tuan Guru mengatakan ahli sebuah parti
politik solatnya tidak mendapat pahala.
Menerangkan lebih lanjut, beliau menjelaskan sebenarnya sesiapa yang
‘menolak Islam’ bermakna solatnya itu tidak mendapat pahala. Ini bermaksud, seseorang itu sekalipun
sempurna segala rukun dan bacaan solatnya jika ‘menolak Islam’ solatnya dikira
kosong di sisi Allah. Istilah mudahnya,
solatnya hanya dapat penat, tiada setitik pun ada nilai di apabila dilihat
dalam buku catatan amal salihnya!
Biarlah maksud ‘menolak Islam’ itu dijelaskan oleh
Tuan Guru berkenaan, kerna beliau jauh lebih arif berkenaannya. Begitu juga, bagaimana seseorang yang
bersyahadah dan menunaikan solat masih dikira menolak Islam, biarlah diterangkan
oleh insan berkenaan.
Perkara solat yang diterima Allah atau hanya
sia-sia, ada juga disebut dalam hadis Nabi s.a.w. Misalnya berkaitan tuntutan seseorang lelaki
muslim solat berjamaah di masjid, ada hadis yang berupa amaran daripada Nabi
s.a.w. bahawa solatnya di rumah tidak mendapat ganjaran atau pahala!
Maksud sabda Nabi “Sesiapa mendengar azan dan
tidak memenuhinya, maka tidak ada solat baginya.” (HR Ibnu Munzir
daripada Ibn Abbas)
Lilat pula perkataan sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
yang merupakan hasil tarbiyah baginda s.a.w. Maksud kata-kata Saidina Ali Abi
Talib “Sesiapa daripada tetangga masjid mendengar seruan azan, kemudian
dia tidak memenuhinya sedangkan dia sihat, maka tidak ada solat baginya.”
(HR Ahmad daripada Ibn Mas’ud)
Kata Abu Musa al-Ansari, “Sesiapa mendengar
azan, maka tidak menjawab (memenuhi seruannya) dengan tidak ada uzur, tidak ada
solat baginya” (HR Ahmad dan Ibn Hazam)
Daripada dalil-dalil itu bolehlah difahami sesiapa
yang sengaja tidak solat berjamaah di masjid setelah tahu ada seruan azan, maka
tidak ada pahala solat jika dia solat dalam jamaah itu. Di situ Baginda Nabi s.a.w. dan sahabatnya
tidak memberi batas untuk ahli sesebuah kabilah atau zaman sekarang disebut
parti politik.
Ada lagi hadis Nabi s.a.w. yang jauh lebih
menjelaskan adanya amal ibadah (bukan hanya solat) yang dilakukan tetapi di
sisi Allah tidak berguna sesen pun, tiada pahala. Maksud hadis Nabi s.a.w. “Sesiapa yang
mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami (urusan agama) perkara yang tidak
ada padanya, maka ia (ibadah baru) itu tertolak.” (HR al-Bukhari)
Oleh itu jika ada sesiapa yang melakukan solat yang
tidak berdasarkan dalil al-Quran dan sunah yang sahih, maka solat itu tidak ada pahala
atau sia-sia di sisi Allah. Misalnya
zaman sekarang orang kerap melakukan zolat hajat secara berjamaah, sedangkan
solat secara itu tidak ada contoh pun daripada sunah nabi s.a.w. Hanya ada satu hadis yang boleh dijadikan
sandaran untuk solat hajat, itu pun tidak disebut secara berjamaah. Dan hadis itu sebagai bukti solat hajat pun
lemah.
Dalam buku
Panduan Solat Sunat Cara Nabi (2008) oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus dirakamkan
begini:
Menurut Faaid bin Abdul Rahman yang
meriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Aufa, Rasulullah bersabda (maksudnya), “Sesiapa
yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang bani Adam (manusia)
hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya, kemudian solat dua rakaat.
Terus (setekah solat) hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi
s.a.w. kemudian dia mengucapkan doa……. “
Menurut Abi ‘Isa ini adalah hadis ‘garib’ dan dalam sanadnya terdapat
nama Faaid bin Abdul Rahman yang daif (lemah) dalam hadis dan Faaid dia adalah
Abu al-Waruqa.” (HR Imam al-Tirmizi
dalam Sunannya Kitab As-Solaah).
Kesimpulannya, adalah lebih baik hendak mengatakan
solat mana yang sia-sia tana pahala di sisi Allah, ialah dengan memberikan
bukti dalil yang jelas. WA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan