MELETAKKAN
sutrah atau penghadang di hadapan tempat solat merupakan amalan sunah nabi
s.a.w. yang kurang diambil perhatian sedangkan nabi s.a.w. memberi satu
penegasan ‘janganlah...’. Semoga kita dipermudahkan untuk
mengamalkan sunah nabi s.a.w. sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda.
(Maksud
sabda) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah kamu
solat melainkan dengan menghadap sutrah dan jangan biarkan seorang pun melintas
di hadapanmu (di antara dirinya dengan sutrah). Apabila orang tersebut tetap
berkeras untuk melintas, maka halanglah dia kerana dia ditemani syaitan.” (Shahih
Muslim, no. 506. Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 800)
Imam
Ibnu Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H) meletakkan hadis ini dalam bab:
“Larangan Solat Tanpa Menghadap Sutrah.”
Sutrah
ialah penghalang atau sempadan antara orang yang solat dengan kawasan
lain. Contoh mudah ialah orang yang bersolat di hadapannya ada tiang atau
almari. Tiang atau almari itu adalah sutrah. Maka sesiapa yang melintas di
sebelah tiang atau almari, tidaklah menjadi kesalahan. Yang menjadi
kesalahan ialah melintas di kawasan antara tiang dan orang yang sedang solat.
Orang
juga boleh dijadikan sutrah. Misalnya orang yang sedang duduk, baring atau
berdiri menunaikan solat. Kita bersolat di belakang orang yang berdiri, maka
orang yang berkenaan adalah sutrah solat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan