Lama dulu saya pernah ngobrol dengan teman-teman perihal umno yang tidak disukai oleh ‘orang agama’ atau para ustaz. Sebenarnya politik itu hanya persepsi atau tanggapan mudah. Maka dengan kian banyaknya Pas menuduh Umno sebagai parti Melayu yang sekular, tidak memberi jaminan akhirat, maka persepsi dalam kalangan anak-anak berpendidikan agama ialah Umno tidak mensejahterakan.
Sebenarnya tasawur orang Melayu sangat mudah. Mudah cakapnya, lihatlah Pas menghazam tasawur Melayu Islam dalam kalangan pemimpinnya. Orang Melayu terutama di desa-desa bukan mahukan kemegahan kereta mewah dan puluhan lot saham dalam BSKL, mereka cukup senang diketuai oleh orang yang solatnya terjaga dan sering merendah diri. Inilah kesilapan Umno dan kemenangan Pas menarik jutaan sokongan orang Melayu.
Tidak bolehkah pemimpin-pemimpin Umno yang acapkali ke
Seperkara ialah perepsi umum bahawa Umno adalah lonjakan untuk menjadi kaya! Maka dalam minda rakyat, semua pemimpin Umno sekalipun peringkat cawangan merupakan pelahap ekonomi. Mereka melihat, yang dahulunya sekolah pun tidak ke mana, apabila menjawat Ketua Pemuda Cawangan senang-senang memiliki Mercedes Benz, walhal rakan-rakan yang berjaya masuk universiti sekadar Proton Waja!
Semua ini sebenarnya terlalu susah untuk diubah dalam Umno. Mereka boleh mengubah perlembagaan parti untuk membolehkan banyak menyertai pemilihan pemimpin, tetapi tidak mudah menukar
Pengorbanan apa pemimpin Umno boleh tunjukkan kepada semua rakyat Melayu? Misalnya ada ratusan pemimpin mereka yang memang sekadar cukup makan, tidak mewah dan tidak berlakon menjalani kehidupan sederhana tetapi merekalah yang membantu ribuan-jutaan anak Melayu sehingga menjadi intelektual dan jutawan. Bolehkah ini dicapai 10 tahun dari sekarang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan