Pengikut

Isnin, Ogos 04, 2008

MENYINDIR al Quran dan Sunah

SEORANG pemimpin politik beragama Hindu pernah menyindir mereka yang mahu mentadbir negara berpandukan alquran dan sunah dengan mengatakan ayat berikut: “Mana ada cerita bagaimana hendak membina jalan raya dalam alquran, jadi bagaimana hendak gunakan alquran untuk mentadbir negara?”

Atas sikapnya seorang aktivis Hindu dan anti-Islam memang bagai diduga dia akan bersikap sinis dan mempersendakan alquran. Kalau di Kem Guantanamo, diberitakan alquran disumbat ke lubang tandas sebagai satu cabaran penghinaan kepada para tahanan yang menjadikan alquran sebagai teman. Di Iraq ada bukti seorang tentara kufar menjadikan naskhah alquran sebagai objek latihan menembak!

Ada juga seorang tokoh dalam negara yang menyindir pelaksanaan hukum potong tangan kepada pencuri dengan mengatakan bahawa umat Islam akan bertambah mundur akibat banyak tangan muslim yang dipotong kerana kesalahan mencuri. Maksudnya, dia tahu bahawa banyak banduan dalam penjara kerana kesalahan mencuri. Maka kalau hukuman syariah itu dilaksanakan, banyaklah banduan yang dipotong tangannya. Sebagai ahli ekonomi, dia meramalkan adanya masalah besar dengan sebagian tenaga buruh yang cacat anggota!

Suka atau tidak, secara jelas hukuman itu memang tersedia dalam alquran. Alquran adalah wahyu Allah. Menyindir alquran, bermakna menyindir Allah!

Kemudian baru-baru ini penulis menghadiri ceramah oleh seorang Ustaz bergelar Datuk. Dalam sekian banyak tutur bicara yang disampaikan, tersentuh juga mengenai ibadah membaca Yaasin pada malam Jumaat. Secara sengaja pula dia membangkitkan pihak yang tidak mahu membaca Yaasin pada malam Jumaat kerana didakwa tidak ada petunjuk dalam sunah.

Antara ayat Datuk berkenaan ialah, “Mereka bacakan hadis Nabi yang bermaksud setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan masuk neraka. Jadi membaca Yaasin katanya adalah bid’ah, jadi tak perlulah baca Yaasin sebab kalau baca Yaasin nanti masuk neraka!” Begitu katanya sambil ketawa dan tawanya disambut pula oleh hadirin!

Penulis faham Datuk berkenaan tidak bersetuju pendapat segolongan yang tidak mahu membaca Yaasin pada setiap malam Jumaat. Penulis pun mengikuti perbahasan berkenaan, namun kepastiannya hadis yang bacakan itu adalah sahih, bukan hadis palsu. Hadis sahih adalah benar sabda Rasulullah, ucapan Nabi, manusia yang dipimpin khas oleh Allah.

Amat dikesalkan ucapan Nabi dijadikan bahan senda kerana tidak bersetuju dengan tafsiran hadis berkenaan. Apabila orang yang diberi gelar Datuk dan ustaz bersikap demikian, maka akan menjangkitlah kepada si jahil apabila hadis berkenaan dibacakan. Maka akan berleret-leretlah sindiran dan tawa orang terhadap maksud hadis Rasulullah itu sambil menyangka perbuatannya adalah bagus di sisi agama!

Astaghfirullah…

7 ulasan:

  1. mayb tidak paham maksud bid'ah itu sndiri...membca yasin bukan bid'ah sb itu ayat suci al-quran...yg jd bid'ah 2 sb pahaman org melayu sahaja.....

    Apa2 pn akan jd bid'ah klau xkena pada niat.Trima kasih kepada penulis kerana membuat entry blog ini...sy begitu kagum dgn blog ini

    BalasPadam
  2. Sebenarnya saya tidak suka menulis mana bid'ah atau tidak. Rencana itu merakam ulasan seorang penceramah, dia yang menyebut hal bid'ah. Saya lebih suka menerima saja ajaran alquran dan sunah, tanpa memberi definisi kepada yang tidak menurut kedua-dua sumber itu. Tapi hanya pendekatan saya, bukan ketetapan. wa.

    BalasPadam
  3. Jo....kalangan kamu (golongan salafi) selalu guna hadith itu untuk menghentam orang yang membaca yasin malam jumaat, membaca tahlil arwah, mengadakan maulud nabi, menyambut isra' mi'raj, atas alasan ia diada-adakan dalam agama. Maksud mudah tak ada dalam qur'an dan Nabi tak suruh. Jadinya bermaksud sesat...masuk neraka!
    Padahal kau orang tak baca dan fahami hadith tu dari awal. Supaya kamu faham yang dilarang adalah bila sesuatu itu jelas terang bercanggah/ melanggar Al Qur'an, sunnah serta 12 asas pengambilan hukum dalam Islam, sebagaimana yang terdapat dalam kitab Ar Risalah/ Al Umm, Imam Syafie. Kan dalam Islam sumber hukum bukan sekadar dua (Al qur'an dan Sunnah), tapi ada 10 lagi selain dua perkara tersebut.

    BalasPadam
  4. Faham ke tidak mamat ni apa yang sdr Hidayat cakap nih ? Jangan jadi macam orang munafik bila orang bagi hujah, sumbat telinga....pulak!!

    BalasPadam
  5. "Penulis pun mengikuti perbahasan berkenaan, namun kepastiannya hadis yang bacakan itu adalah sahih, bukan hadis palsu. Hadis sahih adalah benar sabda Rasulullah, ucapan Nabi, manusia yang dipimpin khas oleh Allah."
    Memang hadith tu sahih. Tapi kena baca dari awal, bukan ambil ayat yang hujung je Jo oi....
    Kamu hentam orang baca yasin malam Jumaat tu...ada ke ayat Al Qur'an dan hadith sahih yang melarang baca yasin malam Jumaat..?
    Ke...kamu dah jumpa ayat dan hadithnya sedang orang lain tak jumpa..?

    BalasPadam
  6. Bukan mempersenda Al Qur'an hadith, tapi memperli golongan orang yang memberikan kefahaman salah terhadap hadith.
    Rosulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam bersabda ; “Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah ucapan Allah, dan sebaik-baik ajaran adalah ajaran Rosulullah shollallahu 'alaihi wasallam. Sejelek-jelek perkara adalah apa yang diada-adakan dalam dien karena setiap yang diada-adakan dalam dien adalah bid‘ah, dan setiap bid‘ah adalah kesesatan, dan setiap yang sesat di neraka.” (Diriwayatkan oleh Muslim, An-Nasa‘i dan Ahmad)
    Kamu kena faham asas hadith ini. Ia berpaksikan kepada 'sebaik-baik ucapan' dan 'sebaik-baik ajaran' iaitulah AlQur'an dan Sunnah. Selagi sesuatu itu tidak melanggar AlQur'an dan Sunnah ia tidak boleh dihukum sesat. Apatah lagi dalam hadith ini disebutkan kesan dari sesat itu balasannya Neraka. Mana mungkin orang yang nak baca yasin malam Jumaat masuk neraka? Mengadakan majlis memperingati Rasulullah dan berselawat didalamnya, masuk neraka? Berzikir ramai-ramai selepas solat masuk neraka?
    Lagi pula sumber hukum dalam Islam bukan sekadar dua (Al-Qur'an dan sunnah sahaja). Ada lagi Ijma' Ulama, Qias, Istishab, Istihsan, Maslahatul mursalah, Al 'uruf, Sattuzzaraie, Amal ahli Madinah, Ash Syar'u man qablana dan Mazhab sahabi.
    fahami ...dan jangan sewenang-wenang menuduh orang lain sesat. Sebab sesat padahnya Neraka.

    BalasPadam
  7. Sekolahkan si salafi sekor ni En. Hamid.
    Kalu tidak, ikut suka dia tibai orang. Kalau lepas sekolahkan, dia degil, masih tibai, biar giliran saya maki dia kaw-kaw.

    BalasPadam