Pengikut

Jumaat, Ogos 29, 2008

JEJAK merdeka (iii) agama Islam dan adat Melayu

BANYAK pihak mengatakan British tidak mencampuri urusan agama dan adat Melayu kerana hal itu telah diserah kepada raja-raja Melayu. Tindakan British ini bukan secara tidak sengaja, malah terancang setelah membuat kajian mendalam. Pegawai pengkaji timur yang dikenali sebagai orientalis telah mengkaji kedudukan agama Islam dan adat Melayu dalam masyarakat Melayu. Sebab itu Perjanjian Pangkor (1874) yang ditawarkan kepada Raja Abdullah dari Perak begitu tepat sekali.

Jangan kata British tidak menganggu hal agama kerana hal-ehwal Islam di bawah kuasa raja-raja. Cara British menyusun pentadbiran ‘agama Islam’ itu sudah jelas satu agenda untuk merosakkan Islam yang kaffah dan indah. Dengan undang-undang itu, agama Islam yang disusun bersama adat telah terkunci rapat.

Akibatnya apa yang dahulu hanya diperkenalkan oleh British semasa penjajahan semakin lama diterima sebagai satu sistem pengukuhan dan terlembaga. Lihatlah kerja British memberi kuasa hal agama dan adat resam kepada Raja-raja Melayu, akhirnya diterima sebagai satu lembaga yang sah. Kini seolah-olahnya apa yang dilembagakan dalam Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu bagi setiap negeri adalah Islam seperti yang diajarkan oleh alquran dan sunah. Akidah dan ibadah dicantumkan dengan adat Melayu sehingga sukar untuk diperjelaskan sejauhmana adat sepatutnya berada di sisi akidah dan ibadah Islam.

Lantaran itu kebanyakan adat Melayu seperti pakaian, songkok, jamuan kematian, perkahwinan, persilatan, sambutan menerima bayi dan pelbagai lagi dianggap sebagai adat-adat Islam. Ayat-ayat alquran dan doa diserapkan dalam adat-adat itu sehingga akhirnya diterima pula sebagai unsur ibadah dalam Islam.

Ciri bangsa itu dilihat pada adat budayanya, dan bangsa Melayu sudah sebati dengan adat yang disatukan dengan agama Islam. Maka fahamlah apabila dikatakan orang Melayu itu mesti beragama Islam. Sebatinya antara ibadah Islam dan adat Melayu sehingga golongan agama yang sedar perlunya pemisahan antara ibadah dan adat ini, bagai tidak terdaya melaksanakan misi pengislahan.

Inilah asasnya di Malaysia yang telah membawa pengertian setiap orang Melayu itu mesti beragama Islam dan maksud ini dicatat dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

2 ulasan:

  1. Tuan Nurul Mubin. Belajar dulu Sejarah Melayu..baru bagi Komen..Ok ? Saya tak mahu memberi penjelasan panjang lebar di sini..Saudara Nurul Mubin usahakan sendiri..kerana sekarang saudara perlu Belajar BerGuru dari Sanadnya tentang Sejarah Melayu..
    -
    Jangan main baca buku nukilan orang Puteh dgn Tulisan Rumi..lepas tu Beri pendapat MENGARUT.
    -
    Orang Melayu BerTulisan Jawi. Saudara, tahu tak apa perBezaan Tulisan Arab dengan Tulisan Jawi ?..Jadi.Saudara.pergilah Rujuk Sejarah Melayu yang BerTulisan Jawi Klasik, ada Arkib Negara sekarang Sejak puluhan tahun yang akhir..Ianyai adalah Catatan Sejarah Melayu yang Sebenar yang diwarisi lebih Seribu Tahun yang diAmbil dan dikumpulkan dari pondok-pondok dan Pasetran di Nusantara ini. Contoh: Kedah Annal. 100% catatan yang terbaik untuk tauladan Anak-cucu Melayu.
    -
    Saudara Belajarlah dulu Ilmunya dari manhaj yang benar. Kalau tidak, saudara terus-menerus mengHimpun Dosa-dosa menjadi Besar dengan Internet dan Blog ini. Na'uzubillah

    BalasPadam
  2. tulisan saya tidak mengarut malah berfakta. Jika anda berminat mendebat untuk menidakkan catatan saya, dipersilakan mendebat isi catatan saya bukan mendebat peribadi saya. (Apa yang anda lakukan ialah mendebat peribadi saya bukan isi catatan saya). Kesimpulannya setakat ini semua isi catatan saya masih utuh tak bergoyang.

    BalasPadam