SEKARANG musim peperiksaaan dan hari ini keputusan UPSR tahun 2007 diumumkan. Pendidikan tetap isu dan agenda penting kepada negara. Pendidikan adalah penentu kejayaan pembinaan tamadun, maka di balik itu ialah kegagalan pendidikan bermakna proses keruntuhan tamadun.
Masyarakat zaman sebelum turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad dikenali sebagai masyarakat Arab Jahiliyyah. Catatan sejarah dan hadis-hadis nabi yang sahih menggambarkan kebejatan yang bukan kepalang kepada bangsa Arab ini. Adakah bangsa Arab pra-Islam tidak pernah maju? Tidak, catatan sejarah juga terbukti di Yaman terdapat kerajaan Saba yang mempunyai tamadun. Salah satu surah al Quran dinamakan surah Saba. Di sana ada empangan el-Ma’arib yang menjadi nadi ekonomi dan pembangunan. Di sana juga munculnya kisah Puteri Balqis yang dikaitkan dengan Nabi Sulaiman.
Namun keruntuhan empangan ini pada tahun 300M menjadi titik tolak kemunduran dan bermulanya zaman jahiliyyan baru kepada bangsa Arab. Puncanya, kelengahan dan pengabaian dalam pendidikan. Ilmu dan teknologi yang pernah dimiliki tidak diwarisi generasi muda. Begitulah kebejatan satu bangsa sehingga dididik semula oleh Allah melalui pemberian wahyu al Quran bermula pada tahun 610M. Dengan bimbingan wahyu, bangsa Arab menggantikan bangsa-bangsa yang sebelumnya menguasai dunia.
Eropah pun sama, pernah menerima nasib kejahilan seperti disebut The Dark Ages atau Zaman Gelap. Zaman Gelap Eropah muncul kerana pengabaian ilmu dan tamadun yang pernah dihasilkan oleh Tamadun Yunani dan Rom. Mulai tahun 476M hingga tahun 1450M bangsa-bangsa Eropah dalam dunia dungu dan bobrok (sebaliknya dunia Arab sedang cemerlang dengan tamadun Islam). Hanya kebangkitan yang dimulai dengan renaissance yang memunculkan ilmuan dan seterusnya memacu Eropah mengungguli tamadun kebendaan, seterusnya menguasai dunia berabad-abad.
Dikaji secara mikro, pendidikan bukanlah bermula di tadika atau Tahun Satu sekolah rendah. Para pakar pendidikan Islam telah sepakat pendidikan anak-anak bermula dengan pemilihan pasangan suami isteri. Daripada suami isteri inilah akan menghasilkan zuriat anak-anak. Logik akalnya pun mudah, kalau mahukan produk tani yang terbaik, pertama carilah tanah yang paling sesuai untuk tanaman itu. Maka sesiapa yang mahukan anak-anak cemerlang, binalah kecemerlangan diri dahulu kemudian carilah pasangan yang cemerlang juga. Nanti dulu, maksud cemerlang bukan ditanda dengan ijazah berkeping-keping. Cukuplah jika seseorang dapat mengetahui dan menjalankan peranannya sebagai manusia yang mendapat amanah Allah. Jadilah hamba Tuhan yang betul, maka dia cemerlang. Carilah pasangan atau bentuklah pasangan yang sebagaimana diri kita sudah cemerlang.
Berdasarkan teori pertumbuhan kanak-kanak dan pembinaan minda, para pendidik tidak sukar mengenalpasti tahap pencapaian akademik murid-muridnya. Sebab itu, di peringkat sekolah rendah berkali-kali pentadbiran sekolah membuat permuafakatan dengan ibu bapa untuk sama-sama menjana pendidikan murid-murid. Namun kebanyakan amalan permuafakatan ini dilakukan setelah murid berada dalam Tahun Enam, tahun untuk UPSR. Jika ada ibu bapa yang baru sedar peranannya, bermakna mereka sudah dikira terlewat. Anak itu sepatutnya sudah didik sejak dalam rahim ibunya lagi.
Sekolah tidak dipertangggung jawabkan untuk menyelaraskan pendidikan murid-murid di rumah. Namun sekolah terpaksa merayu ibu bapa agar bersama-sama melihat perkembagan anak-anak mereka, sebab akhirnya nanti penilaiaan jaya atau gagalnya diukur melalui proses persekolahan.
Cerita pendidikan anak-anak dengan pengukuhan tamadun sangat berkait rapat. Sebab itu budaya sesuatu masyarakat dijadikan satu prasyarat jaya gagalnya menghasilkan generasi yang berkualiti. Kondusifnya budaya di desa, bandar atau kawasan perumahan bakal menjadi pusat perkembangan fizikal dan minda anak-anak yang berjaya. Kebobrokan budaya sekitaran akan menyumbang kegagalan pembentukan anak-anak berkualiti. Gagal atau jayanya anak-anak, adalah petanda nasib tamadun negara pada masa depan.
Kembali kepada kejatuhan tamadun bangsa Arab dan Eropah, ditandai dengan kegagalan anak-anak dalam pendidikan. Lihat saja kemajuan pendidikan di Eropah setelah Zaman Gelap, menjadikan bangsa-bangsa Eropah bermaharaja lela di Asia, Afrika dan Amerika Latin dalam proses penjajahan.
Ada orang tidak percaya catatan Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu berkenaan pendekar-pendekar Melaka yang terpinga-pinga dengan peluru bom Portugal. Para pendekar-pendekar itu saling bertanya, “mana tajamnya, dapat membunuh pula?” Pengarang Sejarah Melayu mencatat berita itu sebagai tanda perbedaan besar ilmu yang dikuasai oleh rakyat Portugal dan rakyat Melaka. Sebab itu dua buah kapal Portugal saja dapat mengalahkan satu empayar kesultanan yang telah gah selama lebih 100 tahun!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan