Pengikut

Jumaat, November 30, 2007

dua sesi solat Jumaat!

BUNYINYA aneh, tapi praktikal di kota-kota besar. Melaksanakana solat Jumaat dua sesi sebenarnya hasil pemikiran di luar kotak. Kebiasaannya solat Jumaat dilakukan sekali, dan hampir tidak pernah para pegawai tinggi agama negeri cuba melontarkan idea dua sesi untuk mengatasi kesesakan dalam masjid. Lazim untuk mengatasi itu, ruang tambahan atau bangsal dibina.

Membesar-besarkan masjid semata-mata untuk menampung ledakan jemaah juga tidak praktikal kerana memerlukan kos besar di samping memerlukan kawasan baru. Di kota besar, nilai tanah amat tinggi dan terhad pula. Ironisnya, solat lima waktu yang lain, hanya dihadiri kira-kira 30 hingga 100 orang jemaah. Menambah besar masjid hanya penyelesaian jangka pendek, namun masalah kesesakan di jalan-jalan, para muslim yang mengejar waktu untuk ke masjid, kemudian terburu-buru ke tempat kerja tidak selesai. Percayalah keadaan di kota besar seperti Johor Bahru dan Kuala Lumpur lebih mencemaskan semata-mata untuk menunaikan solat Jumaat ini. Mereka yang bekerja di KL dan rutin Jumaatnya di Masjid Jamek Jalan Tun Perak akan tahu keadaan sebenar.

Bukankah Islam membawa kesejahteraan? Terburu-buru untuk solat Jumaat dalam kesesakan penuh risiko, masihkah kaedah solat satu sesi membawa maksud sejahtera dan tenang menghadap Ilahy? Solat sehingga di jalan-jalan dan tepi-tepi longkang dalam terik mentari. Dan bukan tidak pernah pula sedang solat tiba-tiba hujan lebat. Ingat, selepas solat mereka akan segera ke tempat kerja pula!

Bagaimana kaedahnya dua sesi itu? Sesi pertama seperti biasa, katakan bermula jam 1.15 petang, sebaik saja masuk waktu zuhur dimulakan azan untuk solat Jumaat. Sesi kedua dimulakan kira-kira 30 minit setelah tamat solat sesi pertama. Kaedah ini dapat memberi peluang kepada mereka yang asalnya tidak boleh ke masjid seperti anggota polis, bomba, pekerja kilang dan pasukan keselamatan.

Idea ini akan cuba dipatahkan dengan alasan akan menyebabkan orang ponteng solat Jumaat. Kita akur jika selama ini usaha membanteras muslim ponteng solat memang giat dijalankan. Kerana itu, muslim memang takut sekali ponteng solat, khasnya solat Jumaat. Jika terbukti tidak ada usaha menangkap dan menghukum muslim yang ponteng mana-mana solat fardu, tolak saja alasan retorik ini.

Pada Ramadan yang lalu Perlis telah cuba melakukan dua sesi solat tarawih. Kita tidak pasti negeri manakah yang akan mula melakukan percubaan solat Jumaat dua sesi. Namun tampaknya Perlis belum mempunyai kota sekompleks Kuala Lumpur. Mungkin saja kerana aliran salafinya, Perlis akan menawarkan contoh kepada kota-kota di luar negeri utara itu.

5 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum,

    Solat Jumaat Dua Sesi sebagaimana dikatakan sebagai berfikir di luar kotak apakah itu sahaja jalan penyelesaiannya ? Mungkin benar menambah besar masjid sebenarnya adalah penyelesaian jangka pendek.

    Bagaimana kalau kita berfikir dalam kotak kembali ? Kerana kotak itu masih memiliki ruang yang luas perlu diisi, sebelum kita teruskan untuk berfikir di luar kotak.

    Pandangan saya, isu dan situasi kesesakan dan keterburuan dalam mengejar waktu solat jumaat dan seterusnya menikmati ketenangan dalam solat jumaat bisa dilunasi dengan menjadikan hari jumaat itu sebagai cuti hujung minggu sebagaimana yang dipraktikkan di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

    Kesannya adalah lebih bermakna jika diapplikasikan di kota besar dan negeri yang paling sibuk urusan hariannya. Bayangkanlah bagaimana keadaan kesesakan Masjid Jamek yang akan berkurangan lantaran bukan semua orang yang berkerja di KL itu dari KL. Sudah pasti waktu cuti sebegini mereka akan berada di tempat tinggal masing-masing dan dapat menunaikan solat jumaat di masjid yang berdekatan dengannya. Bukan sahaja masalah kesesakan ketika solat jumaat dapat diselesaikan bahkan masalah kebanjiran masjid-masjid yang kurang jemaahnya turut selesai berikutan para jemaah solat jumaat berada ditempat masing-masing.

    Hasilnya, ketenangan dan kesejahteraan dalam ibadah solat jumaat turut dapat dinikmati.

    Sekian
    Wallahualam

    BalasPadam
  2. Terima kasih sdr. Memang secara mudah ialah cuti Jumaat sebagaimana yg sdr catatkan. Namun kuasa pentadbiran di negeri berkenaan tidak berminat dengan cuti Jumaat, maka alternatif lain daripada 'orang agama' ialah kaedah memudahkan solat pada hari tidak cuti itu. Kaedah itu, mungkin sementara menunggu hak bercuti pada hari Jumaat. Ironisnya, dahulu Johor dan Perlis bercuti pada Jumaat, tetapi telah menukarnya kepada Ahad. Kuasa mendesak (baca Pas) untuk bercuti Jumaat di Johor pula tidak kuat, Perlis mungkin ada ummph sikit. KL pula jauhlah ceritanya. Ini disebabkan kuasa berkenaan 'Islam' di bawah kerajaan negeri, bukan Persekutuan.

    BalasPadam
  3. Terima kasih sdr Suparjo, saya rasa kaedah alternatif solat jumaat dua sesi mungkin lebih praktikal di kota-kota besar sahaja seperti KL. Teatpi saudara bagaimana dari sudut hukumnya sebab saya kurang arif hal ini. Tidakkah ini menjadi satu perbuatan yang menyalahi sunnah ?

    BalasPadam
  4. Maksud saya, hanya kaedah yang ditawarkan ada perubahan: dua kali atau dua sesi. Dari sudut menepati sunah itu biasa saja, azan sekali sewaktu khatib sudah duduk di mimbar dan seterusnya. Kalau kita kembali melihat bagaimana ada dua kali azan Jumaat sekarang, adalah hasil kaedah pada zaman Saydina Usman. Waktu itu manusia kian banayak dan urusan di kota Madinah sibul (belum ada jam atau pembesar suara). Khalifah Usman memerintahkana agar dilaungkan azan di tengah-tengah pasar yang sibuk jahuh sebelum masuknya waktu zuhur hari jumaat. Azan ini bukan satu syariat, tetapi satu peringatan bahawa hari itu Jumaat dan patut bersedia ke masjid. Yang sunahnya tetap berjalan di masjid seperti berlaku pada zaman Rasulullah, Saydina Abu Bakr dan Saydina Umar. Di kota-kota yg padat penduduk seperti di negara Pakistan telah biasa dilakukan solat Jumaat dua sesi menurut mereka yang berpengalaman di sana.

    BalasPadam
  5. Salam. Sosh..dia ni saja nak promote fahaman Wahabi dia je... Sifat golongan mereka ini ialah kuat dengan pendapat mereka sahaja, tidak mudah menerima pandangan orang, tidak ada teloran untuk meraikan pandangan orang walaupun mereka tahu pandangan mereka hanya akan merenggangkan ikatan ukhuwwah masyarakat. Tuan baca semua tulisan dia...dan tuan akan tahu pendirian dia.

    BalasPadam