Pengikut

Sabtu, Jun 02, 2018

APABILA jenayah orang besar disucikan

DALAM negeri Antah Berantah, orang-orang besar ada yang sedang mendekam dalam sel atau sedang dalam proses keadilan mahkamah, telah dihapuskan semua hukuman dan diputihkan rekodnya, hanya kerna mereka 'ahlul bait' elit pemerintah. Sungguh telah diceritakan dalam filem P Ramlee, Musang Berjanggut. Boleh hayati dialog antara Puspawangi si perempuan cantik dengan Mantri Nikah Kahwin.


“Kekanda, boleh dinda bertanya sedikit?” tanya Puspawangi kepada Datuk Nikah Kahwin.

“Tanyalah, banyak pun boleh,” jawab Datuk Nikah Kahwin.

“Undang-undang dalam negeri, kalau lelaki masuk ke rumah perempuan bukan muhrim. Apakah menjadi kesalahan?”

“Oooo…. Itu kesalahan besar itu.”

“Jadi kanda ni salah laa...” usik Puspawangi

“Salah jugak. Tapi undang-undang dalam negeri kanda yang punya, kanda yang buat. Boleh dipadam itu”

Ini ada hadis peringatan daripada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam perihal kehancuran negara sebelum zaman baginda dahulu.

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ أَخْبَرَنَا اللَّيْثُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ قُرَيْشًا أَهَمَّهُمْ شَأْنُ الْمَرْأَةِ الْمَخْزُومِيَّةِ الَّتِي سَرَقَتْ فَقَالُوا مَنْ يُكَلِّمُ فِيهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا وَمَنْ يَجْتَرِئُ عَلَيْهِ إِلَّا أُسَامَةُ حِبُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَلَّمَهُ أُسَامَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ ثُمَّ قَامَ فَاخْتَطَبَ فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا وَفِي حَدِيثِ ابْنِ رُمْحٍ إِنَّمَا هَلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ

(Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda), "Apakah kamu hendak memberi syafa'at (keringanan) dalam hukum daripada hukum-hukum Allah?"
Kemudian beliau berdiri dan berkhutbah, sabdanya: "Wahai sekalian manusia, bahawa yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah, ketika orang-orang terpandang (terkenal)  mereka mencuri, mereka membiarkannya (tidak menghukum), sementara jika orang-orang biasa daripada mereka mencuri mereka menegakkan hukuman had. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sungguh aku sendiri yang akan memotong tangannya." Dan dalam hadis Ibnu Rumh disebutkan, bahawa yang menyebabkan kebinasaan orang-orang sebelum kalian. [HR. Muslim No.3196].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan