BANGSA Eropah senantiasa dalam perubahan! Tanpa diduga kini, sebagian negara Eropah
bersedia menerima pengungsi muslim dari Syria.
Bukankah sebelum ini sebagian negara Eropah seperti Perancis dan Jerman
begitu pesimis dengan kehadiran masyarakat muslim sekalipun sudah menjadi
rakyatnya.
Dahulu bangsa-bangsa Eropah bermusuhan, berperang yang memakan korban puluhan juta. Perang Dunia
Pertama dan Perang Dunia Kedua dimulakan di Eropah. Perang yang sangat mengesankandan merugikan
itu tidaklah terlalu lama untuk dijadikan bahan sejarah sahaja, sebaliknya
hampir semua negara di Eropah bersatu membentuk kesatuan. Seakan-akan nasionaisme negara diketepikan
untuk bersatu membentuk satu mata wang, satu pasaran tungal dan membuka
sempadan negara kepada semua bangsa Eropah yang lain. Keadaan itu membayangkan seperti benua itu
tidak pernah dllanda perang paling besar
dalam sejarah manusia.
Sejarah hubungan Eropah dengan dunia Islam bukanlah
sejarah indah. Perang Salib, jelas perlawanan antara Islam dan Kristian. Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol ratusan
tahun dahulu sebelum direbut kembali oleh kaum Kristian sebagian daripada sejarah
tidak mesra antara Eropah dan dunia Islam.
Dendam Eropah terhadap Islam juga terbuka dengan pembunuhan kaum muslim
di Bosnia oleh pengganas Serbia tahun 1990-an dahulu.
Hari ini Eropah membuka pintu yang luas kepada
pengungsi atau penghijrah muslim! Ini
jelas sedang berlaku revolusi dalam pemikiran bangsa-bangsa di Eropah. Dan perlu diingat juga bahawa rekod yang ada dan
unjuran masa depan Islam adalah di Eropah. 30 tahun akan datang, kota-kota
besar seperti London dan Paris bakal menjadi kota yang majoritinya muslim. Sama
ada muslim yang berhijrah dari Asia atau daripada bangsa kulit putih sendiri.
Hanya bangsa yang berilmu sahaja yang sedia membuka
minda untuk melakukan perubahan dalam hidup.
Bangsa Eropah tidak menoleh ke belakang untuk maju ke hadapan. Zaman Gelap 1000 tahun dahulu, siri perang
besar…cukup sebagai sempadan dan pengajaran.
Bangsa Asia… sebaliknya pula.
Persengketaan dan perselisihan menjadi agenda. Ada wilayah yang mahu
merdeka sekalipun kecil sedangkan negara-negara Barat yang besar sedang
membentuk kesatuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan