KEPADA
yang akan berkurban haiwan pada Hari Raya Haji (Idul Adha) nanti, silakan membaca
maklumat sunah di bawah.
Bagi
mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting
rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Zulhijjah sehingga dia
melaksanakan ibadah korban tersebut.
Sabda
Nabi SAW: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara
kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya
walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1977).
Larangan
memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara
yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan. Menurut Imam al-Nawawi r.a: "Yang
dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan
menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara
sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur,
memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut
dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu
bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain". (Rujuk Kitab Syarh
Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Dinukil dari kitab Ahkaam
al-'Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh 'Ali bin Hassan al-Halabi
al-Atsari, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98).
Bagi
mereka yang sengaja atau tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum
melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah dengan
bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan