Pengikut

Khamis, April 08, 2010

AHLI Bid'ah hasanah membunuh Sahabat Nabi

BAGUS diperhatikan maksud hadis sahabat ini untuk melihat sejarahnya siapakah yang ingkar Sunah Nabi dan kemudian menjadi penentang dan pembunuh Sahabat-sahabat Nabi pula. (foto hanya hiasan)
Dalam satu atsar Sahabat Nabi, yang sahih riwayat ad-Darimi,Abu Musa Al-Asy'ari r.a. memberitahu Ibn Mas'ud r.a. bahawa beliau melihat di masjid sekumpulan lelaki sedang duduk dalam halaqah-halaqah (bulatan) zikir untuk bertakbir, bertahlil dan bertasbih dengan menggunakan biji-biji batu mengikut cara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan juga para Sahabat r.a..
“Mendengar yang demikian itu, Ibn Mas'ud menuju ke masjid itu lantas menegur mereka dengan katanya: “Hitunglah amalan buruk kamu itu kerana aku jamin bahawa amalan baik kamu tidak akan hilang sedikitpun. Celakalah kamu wahai umat (Nabi) Muhammad! Alangkah cepatnya kebinasaan kamu, para Sahabat Nabi s.a.w. masih ramai, baju baginda inipun masih belum hancur dan bekas makanannya pun belum pecah. Demi yang nyawaku di Tangan-Nya! Adakah sesungguhnya kamu berada di atas agama yang lebih baik dari agama Muhammad atau kamu sebenarnya pembuka pintu kesesatan?”
Mendengar kata-kata Ibn Mas'ud itu, mereka menjawab: “Demi Allah, wahai Abu Abd Ar-Rahman, tujuan kami hanya untuk kebaikan”.
Mendengar jawapan mereka itu, Ibn Mas'ud berkata: “Berapa ramai orang yang bertujuan baik tetapi tidak kena (caranya). Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu kami: Bahawa ada satu kaum yang membaca al-Quran tidak melebihi kerongkong mereka. Demi Allah, aku tak tahu boleh jadi kebanyakan mereka itu adalah dari kalangan kamu”.
Menjelaskan kata-kata Ibn Mas'ud ini, Amr Ibn Salamah berkata (maksudnya): “Kami melihat semua lelaki yang berada dalam halaqah itu menyertai puak Khawarij lalu menyerang kami pada hari peperangan An-Nahrawan
Peristiwa di atas berlaku setelah kewafatan Rasulullah. Setelah Rasulullah, para Sahabat baginda merupakan golongan yang paling mulia dan mereka sangat menjaga peninggalan atau sunah baginda terutama dalam berakidah dan beribadah. Nama-nama seperti Abu Musa al-Asya’ari, Ibnu Mas’ud dan Amr Ibn Salamah adalah nama-nama Sahabat Nabi yang masyhur.
Ada sekumpulan orang Islam dalam masjid yang berzikir dan cara mereka berzikir dengan menggunakan hitungan anak-anak batu. Oleh kerana cara berzikir itu tidak diajar oleh Rasulullah maka Sahabat sangat marah. Inilah sikap orang yang cintakan Nabi dan sayangkan sunah Nabi. Lihat jawaban puak yang mengada-adakan cara baru dalam berzikir (menghitung anak batu. Mungkin sekarang biji tasbih!) ‘Tujuan kami hanya untuk kebaikan.’ Jawaban ini juga banyak diguna oleh orang hari ini. Siapa kata berzikir buruk? Berzikir dan bertahlil itu baik. Sekalipun baik, namun Sahabat Nabi mengutuknya kerana cara berzikir itu menyalahi ajaran Rasulullah.
Hari ini perkara yang dilakukan oleh kumpulan berzikir itu memberikan ‘falsafah bid’ah hasanah’ iaitu cara-cara beribadah yang tidak diajarkan oleh Rasulullah tetapi dikatakan baik. Atas falsafah bid’ah hasanah atau ‘tujuan kami hanya untuk kebaikan’ maka banyaklah rekaan ibadah dilakukan oleh orang Islam.
Siapakah mereka? Dalam hadis berkenaan dijelaskan bahawa kumpulan yang ingkar sunah nabi dan mengamalkan bid’ah hasanah merupakan penentang Sahabat-sahabat Nabi pula. Mereka adalah golongan Khawarij yang memerangi Khalifah Ali Abi Talib. Malah antara ahli Khawarij itu, ada yang akhirnya Berjaya membunuh Khalifah Ali.
Tentulah ada yang mengatakan ‘alahai…, ini perkara remeh-temeh, kecil sahaja.’ Ya, ucapkanlah kata-kata sindirin itu untuk Sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan