Pengikut

Selasa, Ogos 11, 2009

PENDEKAR Cina membela Melayu

SAYA tidak faham jika orang yang berjuang untuk menjaga maruah umat Islam tidak tersentak hatinya dengan penghinaan oleh orang bukan Islam terhadap seorang Islam. Jelas Dr Ridhuan Tee dihina sebagai pencuri, perompak, penyejayah atau penyangak, malah dikatakan anak haram oleh seorang ahli politik bukan Islam. Apa ertinya semua ini kalau bukan kerana kebencian terhadap Islam dan umatnya.

Dr Ridhuan hanya menulis dalam Mingguan Malaysia 27 Julai 2009 bertajuk Nasib Melayu di bumi Melayu, tanggal 2 Ogos 2009 bertajuk Bila kacang lupakan kulit dan pada 9 Ogos 2009, Bahaya matlamat menghalalkan cara. Sekalipun bertegas dengan kedudukan dirinya berketurunan Cina namun Dr Ridhuan membela orang Melayu yang beragama Islam. Dia membela Islam dan umat Islam, yang kebetulan orang Melayu. Pembelaannya terhadap umat Islam atau Melayu sekaligus meminta orang bukan Melayu sedar diri tinggal dalam negara yang sejak sekian lama dipunyai oleh orang Melayu.

Seperti kata Dr Ridhuan, dia memilih untuk berhadapan dengan risiko mendedahkan kesilapan orang Melayu dan sikap kiasu bukan Melayu. Kebanyakan pemimpin Melayu (tentu orang politik dalam Umno, Pas dan PKR) sudah tidak berani bersuara mengenai nasib orang Islam dan Melayu kerana sangat takut kehilangan sokongan orang bukan Melayu.

Bohonglah orang Melayu yang duduk dalam mana-mana parti politik tidak merasa cemas dengan kedudukan dan suasana orang Melayu masa kini. Masing-masing sudah terperangkap dengan jerat yang mereka pasang, jadi sekarang kaki mereka sudah terikat. Maka tinggal orang Cina seperti Dr Ridhuan yang lantang menyuarakan hak orang Melayu. Lelaki Cina membela nasib orang Melayu sambil memarahi kaum Cina!

Marilah memberi sokongan moral kepada Dr Ridhuan yang berkorban untuk membela nasib umat Islam atau Melayu. Janganlah berbohong dengan mengatakan tidak akan berjuang atas nama Melayu, tetapi atas nama Islam. Keadaan yang berlaku sekarang sudah membuktikan manakah yang retorik dan hakikat. Segala kekuatan dan kelemahan orang Melayu dalam mana-mana parti politik sudah terbuka dan dinilai dengan adil. Baik orang Melayu dalam Umno, Pas dan PKR, semua sudah berpeluang menjadi pemerintah dan melaksanakan dasar parti. Rakyat sudah tahu, dan ahli politik Melayu tidak perlu lagi beretorik ‘Melayu itu asabiah’ atau ‘perjuangan Islam kamu sempit’.

Luculah kalau orang Pas menyalahkan masalah orang Islam kerana dasar Umno. Kemudian Umno menyalahkan Pas yang tidak tahu berpolitik dan menjaga kepentingan umah. Namun itulah susahnya orang politik, semua akan dilelong kerana ego dan serakah.

Alamat blog Dr Ridhuan Tee seperti berikut: http://ridhuantee.blogspot.com/

3 ulasan:

  1. Perjuangan Islam melampaui bangsa . Dalam Islam tiada istilah bangsa kerana semuanya sama. Dalam konteks negara Malaysia , orang melayu adalah majoriti . Oleh itu parti politik terbesar tentunya dianggotai oleh orang melayu dan parti ini pula akan menentukan dasar politik negara . Dalam politik orang melayu yang hampir 100% beragama Islam , sudah tentu meletakkan Islam sebagai teras perjuangan mereka.

    Malangnya apabila kekuatan berpolitik itu sepatutnya menjadi kelebihan kepada orang melayu berbanding dengan minoriti bukan melayu, orang melayu pula berpecah kepada kelompok yang lebih kecil. Malahan ada pula yang menanggotai parti-parti minoriti ini. Ini menjadikan orang bukan melayu yang jumlahnya minoriti tetapi menjadi kuasa penentu terutamanya dalam pilihanraya. Ini terbukti dalam PRU 12 yang lalu, parti DAP menjadi penentu kemenangan Pakatan Rakyat di negeri Perak dan Selangor. Di Perak , kalau bukan disebabkan soal Undang -Undang Tubuh Negeri, MB sepatutnya seorang bukan melayu.

    Kisah sedih Sdr Ridhuan Tee dihina itu sepatutnya menjadi titik tolak kepada orang melayu untuk bersatu demi agama Islam . Setakat ini apa yang parti-parti politik melayu ini buat ? Reaksinya berbelah bagi . Tapi nampaknya tak ada pemimpin yang berani untuk mengadaikan jawatan dan kuasa politik demi agama. Parti politik melayu Islam telah terbayangkan kuasa yang bakal mereka dapat kononnya selepas PRU 13 nanti. Kenyataan pemimpin parti melayu Islam setakat ini amat mengecewakan . Kasihan Sdr Ridhuan Tee .

    BalasPadam
  2. Masalahnya kebanyakan NGO melayu Islam ditunjangi orang politik menyebabkan tindakan NGO ini macam sayap parti politik. Orang Melayu pula tidak menguatkan NGO yg nonpartisan kerana menganggap tidak ada keupayaan. Pemikiran ini terhasil akibat pendapat apa parti pun yang memerintah pastinya orang Melayu. Maka mind-setnya ialah pemimpin Melayu itu pemimpin politik, bukan NGO. Jadi hampir semua orang Melayu berharap kepada pemimpin politik utk selesaikan semua masalah mereka.

    Masalah besarnya ialah pemimpin Melayu tidak dapat lari daripada jerat musuh Islam dan Melayu. Jadi yang berlaku ialah orang Islam sudah terjerat sama dalam hal ini.

    Ada jalan keluar? Harap orang Melayu jangan bergantung kepada pemimpin politik utk suarakan pandangan dan hak. Maka orang Melayu mesti memupuk dan membina NGO yang bebas daripada pengaruh politik (sama ada Umno, Pas dan PKR). Selamat berjuang!

    BalasPadam
  3. Negara Malaysia masih jauh lagi untuk mencapai tahap seperti negara Amerika di mana NGO nya kuat hingga boleh menentukan siapa patut jadi Presiden. Yg membimbangkan ialah apa akan jadi dengan maruah bangsa melayu dan agama Islam dalam tahun mendatang ini. Suka tak suka orang melayu kenalah bergantung dengan parti politik yang ada . Malangnya senario politik semasa menunjukkan parti politik melayu Islam lebih mirip mahu mempertahankan kuasa politik mereka dari berjuang mempertahankan Islam .Adakah kita mahu menunggu sehingga maruah Islam diinjak-injak ke tanah baru nak bertindak ? Tengok saja apa Nik Aziz kata apabila ditanya mengenai kenyataan pemimpin DAP yang menghina Islam . Nik Aziz bolehlah diibaratkan sebagai orang yang bertanggungjawab menggalakkan persundalan politik di kalangan orang bukan melayu untuk seterusnya menidakkan kuasa melayu di negara ini dan mencemarkan agama Islam yang suci ini.

    BalasPadam