Pengikut

Isnin, Disember 24, 2018

PENDAKWAH tak berilmu?

"Berapa ramai yang menuntut ilmu di Madinah tetapi pulangnya mereka ke tanah air, adakah semuanya berdakwah dan menyampaikan ilmu?"
Khalayak dakwah? 
Tidak semua penuntut ilmu mampu menyampaikan ilmu apa yang mereka pelajari tetapi kewajipan menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim baik ikhwah mahupun akhwat.

Sebagaimana firman Allah azza wa jalla,

ٱقْرَأْ كِتَـٰبَكَ كَفَىٰ بِنَفْسِكَ ٱلْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًۭا
"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu".
(Surah Al Isra' 17 : 14)

Ilmu yang kita ambil dan pelajari serta kita amalkan akan menjadi penghisap di akhirat nanti. Sebagaimana dalam hadis soheh menerangkan ilmu yang bermanfaat yang kita amalkan menjadi cahaya penerang dikala menuju titian sirat yang penuh kegelapan. Inilah antara kepentingan menuntut ilmu syarie.

Adapun dakwah perlu adanya ilmu yang luas. Dakwah yang pertama dan wajib di dakwahi adalah ilmu tauhid. Mengajari sekian manusia mentauhidkan Allah. Inilah dakwah para Rasul dari zaman Nuh alaihi salam sehingga Nabi terakhir Muhammad sallahu alaihi wa sallam yang diwarisi dan terus diperjuang oleh ulama-ulama' yang bermanhaj salaf sehingga kini.

Dakwah juga perlukan pengorbanan yang kuat, jiwa yang kental dan semangat juang yang tinggi. Sebab itu tidak semua umat Islam berdakwah. Allah memilih beberapa hamba-Nya untuk berdakwah. Namun begitu Allah telah memerintah agar umat Islam sentiasa ingat-mengingati, pesan-memesan antara satu sama yang lain agar kebaikkan sentiasa terus terjaga dan terlaksana.

Janganlah ada sikap antara kita untuk tidak melakukan kewajipan menuntut ilmu (ilmu syarie) kerana tanpa ilmu kita sangat terhinakan. Ada pun dakwah, dakwah itu bukan kerja semua orang namun perlu ada di sanubari untuk ada sifat menyampaikan ilmu walaupun sepotong ayat.

Muhammad Faiz,
Untuk Lajnah Makalah Agama PENA

Isnin, 16 Rabiul Akhir 1440H
24 Disember 2018M

Ahad, Disember 02, 2018

AKIBAT pilih musuh sebagai pemimpin

Pilih musuh,  tergadai masa aman

Al Quran telah memberi peringatan kepada muslim dalam memilih pemimpin atau orang yang diberi tugas, mestilah daripada kalangan sefaham iman kepada Allah,  bukan mereka yang jelas punya rekod atau sejarah memusuhi orang Islam.  Demikian Islam mengatur hidup manusia agar kerukunan hidup dinikmati.

Terbukti sudah apabila orang yang tidak beriman atau yang punya sejarah memusuhi umat Islam dipilih sebagai pemimpin atau orang yang dipercayai,  maka mereka melakukan onar kepada muslim.

Maksud firman Allah ayat 118, Ali Imran "Wahai orang-orang beriman,  janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalangan kamu (kerna) mereka tidak henti-henti (menimbulkan)  kemudaratan   kepada kamu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu.  Telah jelas kebencian  daripada mulut mereka,  dan apa yang disembunyikan dalam hati mereka lebih besar lagi."

Ahad, November 25, 2018

BAGAIMANA nabi bertahlil arwah?

BERAGAMA dan menata jalan hidup,  muslim tiada pilihan kecuali menuruti Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam. Itu berarti, tiada peluang masih menyimpan amalan ibadah yang tidak jelas sumbernya,  kendatipun kita hanya mengatakan "ini sudah turun temurun dan mantap dalam kalangan kita".

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” [Ali ‘Imran: 31]

Berkata Imam Ibnu Katsir rahimahullah (wafat th. 774 H): “Ayat ini adalah pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah namun tidak mau menempuh jalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka orang itu dusta dalam pengakuannya tersebut hingga ia mengikuti syari’at dan agama yang dibawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam semua ucapan dan perbuatannya.” [Tafsir Ibnu Katsir, cetakan Darus Salaam]

Setelah para kiyai kita mengatakan,  "ya betul tahlilan itu tiada pada jaman Nabi,  tapi kebiasaan ibadah ini sangat lama", mahu memilih apa kita? 

Kerap kita berpikir,  "rugi waktu yang ada tidak dibikin tahlilan", sekalipun kiyai ada menyatakan cinta Nabi itu nerima dengan polos daripada Kanjeng Nabi. Ada diambil,  tiada...., maka kita tidak membuat yang baru. 

Khamis, November 22, 2018

FATWA Imam Asy Syafie tentang tahlilan


Fatwa Imam Asy Syafi’i tentang Kenduri Arwah, Tahlil, Yasin dan doa Selamat.

Foto untuk hiasan
Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, pada hari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa-fatwa daripada Imam Asy Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telah mengharamkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini.
Di dalam kitab ( اعان ة الط البین ) juz 2. hlm. 146, tercatat pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:
وَیَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْیَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ
“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan”.

Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar ( ائم ة العلم اء الش افع یة ) yang berpegang
kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si mati adalah jiran, kerabat si mati atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si mati) sebagaimana fatwa Imam asy Syafie:
وَاُحِبُّ لِجِیْرَانِ الْمَیِّتِ اَوْذِيْ قَرَابَتِھِ اَنْ یَعْمَلُوْا لاَھْلِ الْمَیِّتِ فِىْ یَوْمِ یَمُوْتُ وَلَیْلَتِھِ طَعَامًا مَا
یُشْبِعُھُمْ وَاِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ.
“Aku suka kalau jiran si mati atau saudara mara si mati menyediakan makanan untuk keluarga si mati pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”.
Fatwa Imam Asy Syafie di atas ini adalah berdasarkan hadis sahih:
قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنِ جَعْفَرَ : لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرِ حِیْنَ قُتِلَ قَ الَ النَّبِ ي صَ لَّى اللهُ عَلَیْ ھِ وَسَ لَّمَ :
اِصْنَعُوْا لآلِ جَعْفَرِ طَعَامًا فَقَدْ اَتَاھُمْ مَایُشْغِلُھُمْ . (حسنھ الترمزى وصححھ الحاكم)
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”.
Menurut fatwa Imam Asy Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si mati, terutama jika si mati termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnya haram. Telah dinyatakan
juga di dalam kitab ( اعانة الطالبین ) jld. 2. hlm. 146:
وَقَالَ اَیْضًأ : وَیَكْ رَهُ الضِّ یَافَةُ مِ نَ الطَّعَ امِ مِ نْ اَھْ لِ الْمَیِّ تِ لاَنَّ ھُ شَ رَعَ فِ ى السُّ رُوْرِ وَھِ يَ
بِدْعَةٌ
“Imam Asy Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid’ah”.

Seterusnya di dalam kitab ( اعان ة الط البین ) juz. 2. hlm. 146 – 147, Imam Asy Syafie rahimahullah berfatwa lagi:
وِمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فَعْلُھُ مَا یَفْعَلُ النَّاسُ مِنَ الْوَحْشَةِ وَالْجَمْعِ وَاْلاَرْبِعِیْنَ بَ لْ كَ لُّ
ذَلِكَ حَرَامٌ
1 H/R Asy-Syafie (I/317), Abu Dawud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad I/205. Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim.
“Dan antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) pada hari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haram”.

Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan dan yasinan beramai-ramai) pada hari pertama kematian, hari ketiga, hari ketujuh, hari keempat puluh, hari keseratus, setelah setahun kematian dan pada hari-hari seterusnya sebagaimana
yang diamalkan oleh masyarakat Islam sekarang adalah perbuatan haram dan bid’ah menurut fatwa Imam Asy Syafie. Oleh itu, mereka yang mendakwa bermazhab Syafie sewajarnya menghentikan perbuatan yang haram dan bid’ah ini sebagai mematuhi wasiat imam yang agung ini.

Seterusnya terdapat dalam kitab yang sama a ( اعانة الط البین ) juz 2. hlm. 145-146, Mufti yang bermazhab Syafie al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan rahimahullah menukil fatwa Imam Syafie yang menghukum bid’ah dan mengharamkan kenduri arwah:
وَلاَ شَكَّ اَنَّ مَنْعَ النَّاسِ مِنْ ھَذِهِ الْبِدْعَةِ الْمُنْكَ رَةِ فِیْ ھِ اِحْیَ اءٌ لِلسُّ نَّة وَاِمَاتَ ةٌ لِلْبِدْعَ ةِ وَفَ تْحٌ
لِكَثِیْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الْخَیْرِ وَغَلْقٌ لِكَثِیْرٍ مِنْ اَبْ وَابِ الشَّ رِّ ، فَ اِنَّ النَّ اسَ یَتَكَلَّفُ وْن تَكَلُّفً ا كَثِیْ رًا
یُؤَدِّيْ اِلَى اَنْ یَكُوْنَ ذَلِكَ الصُّنْعُ مُحَرَّمًا .
“Dan tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang (mencegah) manusia daripada perbuatan bid’ah yang mungkar demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan (menghapuskan) bid’ah, membuka banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu pintu keburukan dan (kalau dibiarkan bid’ah berterusan) orang-orang (awam) akan terdedah (kepada kejahatan) sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haram”.

Kenduri arwah atau lebih dikenali dewasa ini sebagai majlis tahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutama pada hari khaul ( خ ول ). Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci, ditegah, diharamkan dan dibid’ahkan oleh Imam Asy Syafie rahimahullah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:
مَا یَفْعَلُھُ النَّاسُ مِنَ اْلاِجْتَمَاعِ عِنْدَ اَھْلِ الْمَیِّتِ وَصُنْعِ الطَّعَامِ مِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ
“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul di rumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”.
Di dalam kitab fikh ( حاش یة القلی وبي ) juz. 1 hlm. 353 atau di kitab ( – قلی وبى – عمی رة
حاش یتان ) juz. 1 hlm. 414 dapat dinukil ketegasan Imam ar-Ramli rahimahullah yang mana beliau berkata:
2 Lihat: اعانة الطالبین juz 2 hlm. 145.
قَالَ شَیْخُنَا الرَّمْلِى : وَمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فِعْلُھَا كَمَا فِى الرَّوْضَةِ مَا یَفْعَلُھُ النَّاسُ
مِمَّا یُسَمَّى الْكِفَارَةَ وَمِنْ صُنْعِ طَعَامِ للاِجْتَمَاعِ عَلَیْھِ قَبْلَ الْمَوْتِ اَوْبَعِ دَهُ وَمِ ن ال ذَّبْحِ عَلَ ى
الْقُبُوْرِ ، بَلْ كُلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ اِنْ كَانَ مِ نْ مَ الٍ مَحْجُ وْرٍ وَلَ وْ مِ نَ التَّركَ ةِ ، اَوْ مِ نْ مَ الِ مَیِّ تٍ
عَلَیْھِ دَیْنٌ وَتَرَتَّبَ عَلَیْھِ ضَرَرٌ اَوْ نَحْوُ ذَلِكَ.
“Telah berkata Syeikh kita ar-Ramli: Antara perbuatan bid’ah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab “Ar-Raudah” iaitu mengerjakan amalan yang disebut “kaffarah” secara menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si mati sama ada sebelum atau sesudah kematian, termasuklah (bid’ah yang mungkar) penyembelihan untuk si mati, malah yang demikian itu semuanya haram terutama jika sekiranya dari harta yang masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si mati atau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas) atau seumpamanya”.

Di dalam kitab ( الفقھ على المذاھب الاربعة ) jld.1 hlm. 539, ada dijelaskan bahawa:
وَمِنَ الْبِدَعِ الْمَكْرُوْھَ ةِ مَ ا یَفْعَ لُ الآن مِ نْ ذَبْ حِ ال ذَّبَائِحَ عِنْ دَ خُ رُوْجِ الْمَیِّ ت اَوْ عِنْ دَ الْقَبْ رِ
وَاِعْدَادِ الطَّعَامِ مِمَّنْ یَجْتَمِعُ لِتَّعْزِیَةِ .
“Termasuk bid’ah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si mati telah keluar dari rumah (telah dikebumikan). Ada yang melakukan sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang berkumpul untuk takziyah”.

Kenduri arwah pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau menghadiahkan pahala melalui pembacaan al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si mati. Mungkin persoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu’, masalah cabang atau ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan oleh kalangan mubtadi’ (مبت دع ) “pembuat atau aktivis bid’ah” sehingga amalan ini tidak mahu dipersoalkam oleh
pengamalnya tentang haram dan tegahannya daripada Imam Syafie rahimahullah dan para ulama yang bermazhab Syafie.

Pada hakikatnya, amalan mengirim atau menghadiahkan pahala bacaan seperti yang dinyatakan di atas adalah persoalan besar yang melibatkan akidah dan ibadah. Wajib diketahui oleh setiap orang yang beriman bahawa masalah akidah dan ibadah tidak boleh dilakukan secara suka-suka (tanpa ada hujjah atau dalil dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya), tidak boleh berpandukan pada anggapan yang disangka baik lantaran ramainya
masyarakat yang melakukannya, kerana Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah memberi amaran yang tegas kepada mereka yang suka bertaqlid (meniru) perbuatan orang ramai yang tidak ada dalil atau suruhannya dari syara sebagaimana firmanNya:
وَاِنْ تُطِ ع اَكْثَ رَ مَ ن فِ ى اْلاَرْضِ یُضِ لُّوْكَ عَ ن سَ بِیْلِ اللهِ اِنْ یَّتَّبِعُ وْن اِلاَّ الظَّ نَّ وَاِنْ ھُ مْ اِلاَّ
یَخْرُصُوْنَ
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan diri kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”. (QS. Al-An’am, 6:116)
Begitu juga sesuatu amalan yang disangkakan ibadah sama ada yang dianggap wajib atau sunnah, maka ia tidak boleh ditentukan oleh akal atau hawa nafsu, antara amalan tersebut ialah amalan kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) maka lantaran ramainya orang yang mengamalkan dan adanya unsur-unsur agama dalam amalan tersebut seperti bacaan al- Quran, zikir, doa dan sebagainya, maka kerananya dengan mudah diangkat dan dikategorikan sebagai ibadah. Sedangkan kita hanya dihalalkan mengikut dan mengamalkan apa yang benar-benar telah disyariatkan oleh al-Quran dan as-Sunnah jika ia dianggap sebagai ibadah sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:
ثُمَّ جَعَلْنَ اك عَلَ ى شَ رِیْعَةٍ مِ نَ اْلاَمْ رِ فَاتَّبِعْھَ ا وَلاَ تَتَّبِ عْ اَھْ وَاء الَّ ذِیْنَ لاَ یَعْلَمُ وْنَ . اَنَّھُ مْ لَ نْ
یُّغْنُوْا عَنْكَ مِنَ اللهِ شَیْئًا
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan yang wajib ditaati) dalam urusan (agamamu) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil). Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak diri kamu sedikitpun dari siksaan Allah”. (QS. Al-Jatsiyah, 45:18-19)

Setiap amalan yang dianggap ibadah jika hanya berpandukan kepada andaian mengikut perkiraan akal fikiran, perasaan, keinginan hawa nafsu atau ramainya orang yang melakukan tanpa dirujuk terlebih dahulu kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar yang sahih untuk dinilai sama ada haram atau halal, sunnah atau bid’ah, maka perbuatan tersebutadalah suatu kesalahan (haram dan bid’ah) menurut syara sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat di atas dan difatwakan oleh Imam Syafie rahimahullah. Memandangkan polemik dan persoalan kenduri arwah kerapkali ditimbulkan dan ditanyakan kepada penulis, maka ia perlu ditangani dan diselesaikan secara syarii (menurut hukum dari al-Quran dan as-Sunnah) serta fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dari kalangan Salaf as-Soleh yang muktabar.

Dalam membincangkan isu ini pula, maka penulis tumpukan kepada kalangan para ulama daripada mazhab Syafie kerana ramai mereka yang bermazhab Syafie menyangka bahawa amalan kenduri arwah, tahlilan, yasinan atau amalan mengirim pahala adalah diajarkan oleh Imam Syafie dan para ulama yang berpegang dengan mazhab Syafie.
Insya-Allah, mudah-mudahan tulisan ini bukan sahaja dapat menjawab pertanyaan bagi mereka yang bertanya, malah akan sampai kepada mereka yang mempersoalkan isu ini, termasuklah mereka yang masih tersalah anggap tentang hukum sebenar kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) menurut Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Rabu, Oktober 31, 2018

MELANTIK pegawai bukan muslim?

Wala wal bara,  mencintai apa yang Allah cintai,  membenci apa yang Allah benci.  Untuk mengetahui apa yang Allah cinta dan benci, informasinya daripada Al-Quran dan sunah Nabi Shallallahu alaihi wasallam. 

Ketika Abu Musa (seorang pegawai Khalifah Umar al Khattab) memilih setia usaha yang beragama Nasrani,  Umar berkata kepadanya,  "Semoga Allah membinasakanmu,  tidakkah kaumendengar Allah berfirman,  'Hai orang-orang yang beriman,  janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (kamu), sebagian mereka adalah pemimpin bagi sebagian yang lain.   Barang siapa antara kamu Mengambil mereka menjadi pemimpin,  maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.' (al Maidah: 51) kenapa kamu tidak mengangkat seorang yang Hanif (Muslim)?"
Abu Musa menjawab,  "Wahai amirul mukminin,  untukku tulisannya dan untuknya agamanya."
Maka Umar berkata,  "Aku tidak akan memuliakan mereka kerna Allah menghinakan mereka. aku tidak akan menghormati mereka tatkala Allah sudah merendahkan mereka.  Aku tidak akan mendekati mereka tatkala Allah sudah menjauhkan mereka. Dan kita tidak akan merasa aman daripada mereka kerna Allah telah menganggap mereka sebagai pengkhianat."
Atsar ini dihasankan oleh Syaikh Al Albani. 

Khamis, Oktober 18, 2018

DUSTA kian indah hidup

JUJUR itu berkata benar,  lawannya dusta atau tipu. Kerna dusta itu sudah melata,  hingga orang bisa tertawa tatkala bercerita dia berdusta untuk meraih untung dalam hidup. Hakikatnya dusta itu dosa.


Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam , dalam hadis yang dibawakan oleh Ibnu Mas’ud radhiyallahu anhu , bersabda :

إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِى إِلَى الْبِرِّ، وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِى إِلَى الْجَنَّةِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ(وفى رواية لمسلم: إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ) حَتَّى يَكُوْنَ صِدِّيْقًا. وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِى إِلَى الْفُجُوْرِ، وَإِنَّ الْفُجُوْرَ يَهْدِى إِلَى النَّارِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ(وفى رواية لمسلم: وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ) حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّاباً. رواه البخاري ومسلم .

Sesungguhnya kejujuran akan membimbing (seseorang)  menuju kebaikan, dan kebaikan akan membimbing menuju surga. Sesungguhnya seseorang akan bersungguh-sungguh berusaha untuk jujur, sampai akhirnya ia menjadi orang yang benar-benar jujur. Dan sesungguhnya kedustaan akan membimbing menuju kejahatan, dan kejahatan akan membimbing menuju neraka. Sesungguhnya seseorang akan bersungguh-sungguh berusaha untuk dusta, sampai akhirnya ia benar-benar tertetapkan di sisi Allâh sebagai pendusta. [HR. Bukhari dan Muslim. Lafal di atas adalah lafal Bukhari]

Wallahul musta'an

Khamis, Oktober 04, 2018

MUSLIM tidak beribadahnya kaum syirik

Surah ini merupakan surah Makkiyah dan mengandungi enam ayat. Ia dinamakan Al-Kafirun kerana terdapat perkataan Al-Kafirun dalam ayat pertamanya.
Foto untuk hiasan
Surah ini memutuskan harapan orang kafir untuk memujuk Rasul Sallallahu ’alaihi wasallam agar berkompromi dengan mereka dalam aspek penyembahan, peribadatan dan din.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيم

قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١

Katakanlah: “Wahai orang kafir

لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢

Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah

وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣

Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah

وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤

Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah

وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥

dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah

لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦

Untukmu dinmu dan untukku dinku”

Pengajaran

Surah ini memaparkan bahawa terdapat tiga aspek yang tiada titik pertemuan dan persamaan di antara Islam dan kufur.

Dalam aspek penyembahan. Bahawa, antara Nabi Sallallahu ’alaihi wasallam dan orang mukmin dengan golongan kuffar tiada titik pertemuan dalam aspek penyembahan. Sesungguhnya golongan mukmin hanya menyembah atau mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wata’ala yang Maha Esa. Mereka tidak mempersekutukan-Nya. Manakala golongan kuffar pula menyembah sembahan yang lain daripada Allah Subhanahu wata’ala. Mereka menyembah berhala, patung, sesama manusia, malaikat, bintang dan berbagai lagi sembahan yang terdapat dalam ajaran mereka.

Dalam aspek peribadatan. Bahawa, antara Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dan orang mukmin dengan golongan kuffar tiada titik pertemuan dalam aspek peribadatan. Sesungguhnya golongan mukmin beribadah kepada Allah Subhanahu wata’ala dengan penuh ikhlas kepada-Nya dan mengikut tatacara syari’at-Nya. Mereka tidak syirik kepada-Nya dan tidak menukar syari’at-Nya. Manakala golongan kuffar, jelas mereka melakukan syirik dalam peribadatan dan mereka beribadat mengikut cara ciptaan akal mereka sendiri atau mengikut hawa nafsu mereka.

Sebenarnya semua aliran kekufuran merupakan satu millah (agama yang satu), khususnya dalam konteks menentang Islam. Ini kerana hanya Islam merupakan din yang diakui oleh Allah Subhanahuwata’ala. Asas bagi seluruh ajaran Islam dan peraturannya adalah tauhid kepada Allah Subhanahu wata’ala. Manakala semua aliran kekufuran pula berasaskan hawanafsu atau akal pemikiran yang terbatas. Islam merupakan sistem hidup yang berasaskan sumber Rabbani (sumber wahyu daripada Allah Subhanahu wata’ala), manakala sistem kufur pula bersumberkan dengan sumber-sumber dunia yang cacat dan tercela. Orang yang mengamalkan ajaran Islam menuju kepada Allah Subhanahu wata’ala, manakala orang yang mengamalkan ajaran kufur semakin jauh daripada Allah Subhanahu wata’ala.

Daftar Rujukan Tafsir:

Wahbah Al-Zuhaily, Tafsir Al-Munir, Juz 30 (Terjemahan), Penerbit: Persatuan Ulama Malaysia dan Intel Multimedia and Publication, Selangor, 2001.

Sayyid Quthb, Tafsir Fi Zhilalil Qur’an (Di Bawah Naungan Al-Qur’an), Penerbit: Gema Insani, Jakarta, 2001.

Syaikh Muhammad Ali Ash-Shabuni, Mukhtashar Tafsir Ibn Katsir (Ringkasan Tafsir Ibn Katsir),Penerbit: Jabal, Bandung, 2013.

Dr Muhammad Mahmud Hijazi, Tafsir Al-Wadih (Terjemahan), Penerbit: Pustaka Salam, Kuala Lumpur, 2005.

Sumber: www.dakwahtarbiyah.com

Isnin, September 24, 2018

SATU cara diampuni dosa-dosa


MANUSIA sememangnya lemah. Ada waktunya tahap iman kepada Allah tinggi,  waktu yang lain imannya lemah. Saat imannya tinggi,  dia merayu-rayu kepada Allah,  mencari keampunan semua dosa.  Saat seperti itu, tiada yang sangat berharta dalam hidupnya melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya. 

Ada satu jaminan daripada Allah yang DIA pasti mengampuni dosa hamba-Nya,  iaitu menuruti saja apa yang diucapkan oleh kekasihnya,  Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam.  Artinya, setelah tahu begitu dan begini kehendak atau contoh Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, terus saja diikuti tanpa ditakwil apa-apa pun.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“(Wahai Muhammad) Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” [Surah Ali ‘Imran: 31]

Bukan sahaja petunjuk Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam itu dalam hal ibadah,  malah dalam hal cari makan hari-hari.  Ini contohnya,  berkenaan penipuan dalam perniagaan.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam lalu berdekatan dengan selonggok makanan lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam longgokan itu. Tiba-tiba jari baginda terkena sesuatu yang basah. Baginda bertanya: “Apa semuanya ini wahai tuan punya makanan? Orang itu menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya orang ramai dapat melihatnya. Sesiapa yang menipu maka dia bukan daripada kalanganku. (HR Muslim, al-Tirmizi)

Adakah kita muslim yang tahu banyak dosa bakal diampuni Allah? Tentu saja hanya yang benar-benar membenci amal dosa, lalu bertaubat maka hapuslah dosa-dosanya. Jika masih ada yang berbangga dengan dosanya, tentulah belum dibersihkan oleh Allah.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنَ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

"Seluruh umatku akan diampuni, kecuali orang-orang yang melakukan dosa secara terang-terangan. Dan sesungguhnya termasuk (hukum) melakukan dosa secara terang-terangan, iaitu seseorang yang melakukan perbuatan (dosa) pada waktu malam, dan Allah telah menutupinya, kemudian pada waktu pagi dia mengatakan,  'Hai Fulan, malam tadi aku telah melakukan ini dan itu,'  padahal Rabb-nya telah menutupi dosa pada waktu malam, tetapi pada waktu pagi dia membuka tabir yang Allah tutup terhadapnya."
(HR al Bukhari dan Muslim) 

Isnin, September 10, 2018

WUDHU, sapulah seluruh kepala

Antara kesalahan ketara semasa wuduk yang diamal oleh masyarakat Islam di tanah air adalah tatacara menyapu kepala, iaitu  sekadar menyapu sedikit saja daripada rambutnya atau kepalanya.


https://youtu.be/FZ-O9fThAcc

Yang sahih hendaklah menyapu seluruh kepalanya dengan tangan yang basah iaitu bermula dari bahagian hadapan kepalanya kemudian diteruskan sampai ke belakang di bahagian bawah kepala dekat dengan tengkuk, setelah itu dia tarik semula ke hadapan, kemudian terus menyapu cuping telinga, ini dikira satu sapuan. Cukup dilakukan sekali kerana begitu contoh daripada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.

Kata Imam al-Syafii rahimahullah:

وَأُحِبُّ أَنْ يَتَحَرَّى جَمِيعَ رَأْسِهِ وَصُدْغَيْهِ يَبْدَأُ بِمُقَدَّمِ رَأْسِهِ، ثُمَّ يَذْهَبُ بِهِمَا إلَى قَفَاهُ، ثُمَّ يَرُدُّهُمَا إلَى الْمَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ
Maksudnya: "dan aku suka  supaya dia berusaha menyapu semua kepalanya bermula di bahagian hadapan (ubun²) kemudian dibawa ke belakang, kemudian ditarik semula kedua-dua tangannya ke tempat dia mula menyapukan (air) ". [Mukhtasar al-Muzanni, daripada al-Umm 8/94]

Kata Imam al-Nawawi rahimahullah:

الْعَاشِرَةُ: اسْتِيعَابُ الرَّأْسِ بِالْمَسْحِ. وَالسُّنَّةُ فِي كَيْفِيَّتِهِ: أَنْ يَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى مُقَدَّمِ رَأْسِهِ، وَيُلْصِقُ سَبَّابَتَهُ بِالْأُخْرَى، وَإِبْهَامَيْهِ عَلَى صُدْغَيْهِ، ثُمَّ يَذْهَبُ بِهِمَا إِلَى قَفَاهُ، ثُمَّ يَرُدُّهُمَا إِلَى الْمُبْتَدَأِ، فَالذَّهَابُ وَالرَّدُّ مَسْحَةٌ وَاحِدَةٌ.
Maksudnya: "Sunat yang ke-10: menyapu semua bahagian kepala dan yang sunnah dalam caranya: hendaklah dia meletakkan tangannya di bahagian hadapan kepala dan dia lekatkan jari telunjuknya satu sama lain dan dua ibu jari dilekatkan di tepi kepala (dekat dgn mata) kemudian dia menolak tangannya sehingga ke belakang kepala (dekat dengan tengkuk) kemudian dia tolak semula ke hadapan di tempat mulanya, tarik dan tolak ini dianggap satu sapuan". [Raudah al-Tolibin].

Dalilnya hadis Abdullah bin Zaid radiallahu 'anh dalam Sahihain berkenaan sifat wudhu Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam:

 ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ بِيَدَيْهِ، فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ، بَدَأَ بِمُقَدَّمِ رَأْسِهِ حَتَّى ذَهَبَ بِهِمَا إِلَى قَفَاهُ، ثُمَّ رَدَّهُمَا إِلَى المَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ
Maksudnya: "kemudian baginda menyapu kepalanya dengan kedua-dua tangannya, bermula dari bahagian hadapan dibawa kedua-duanya ke belakang (kepala dekat dengan tengkuk) kemudian baginda menolak kedua-duanya kembali ke tempat ia mula (hadapan kepala)". [HR al-Bukhari & Muslim].

Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Maidah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَٰكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (jamban) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.”

Oleh Muhammad Asri Sobrie,  dengan sedikit suntingan dan tambahan ayat al-Quran dan pautan video.

Ahad, September 09, 2018

AZAN subuh patut dua kali

Foto hiasan
TELAH banyak muslim dalam negara yang shalat di tanah haram,  Makkah dan Madinah. Maka mereka maklum berlaku dua kali azan sebelum umat mengerjakan shalat subuh. Di beberapa masjid dalam negara kita juga ada yang mengamalkannya.  Demikian itu adalah sunah yang jelas. Dan jumhur ulama tidak berselisih pendapat mengenainya. 

Daripada A’isyah radhiyallahu anha beliau berkata:

أَنَّ بِلاَلاً، كَانَ يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ كُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ، فَإِنَّهُ لاَ يُؤَذِّنُ حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ

Maksudnya: Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam. Maka Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Makan dan minumlah kalian sehinggalah Ibn Ummi Maktum azan, kerana sesungguhnya dia tidak melaungkan azan sehinggalah terbitnya fajar.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 1918)

Di dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma beliau berkata:

كَانَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مُؤَذِّنَانِ بِلاَلٌ وَابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ الأَعْمَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ إِنَّ بِلاَلاً يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَلَمْ يَكُنْ بَيْنَهُمَا إِلاَّ أَنْ يَنْزِلَ هَذَا وَيَرْقَى هَذَا

Maksudnya: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mempunyai dua orang muazzin (tukang azan) iaitu Bilal dan Abdullah Ibn Ummi Maktum seorang yang buta. Maka Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam. Maka makan dan minumlah kalian sehingga Ibn Ummi Maktum azan.

Kata Abdullah Bin Umar radhiyallahu anhuma: Tidaklah jarak di antara kedua-dua azan itu melainkan seseorang itu turun (dari menara azan) dan seseorang yang lain pula naik (ke menara tersebut).
(Hadis Riwayat Muslim, 1092)

Jarak waktu antara dua azan itu diperselisihkan sebab petandanya naik turun menara. Di Madinah misalnya,  jarak antara dua azan itu satu jam. Taswib,  'assyalatu khairum minan naum' dilafazkan bila?  Syeikh Al Albani mengatakan pada azan pertama manakala Syeikh Bin Baz dan Syeikh Al Utsaimin (ulama Saudi) mengatakan pada azan kedua.  Dan kami di madrasah di Kuala Pilah dahulu melantunkan azan yang ada kalimat 'asyalatu khairum minan naum' pada azan pertama,  manakala pada azan kedua yang sudah masuk waktu subuh kekal seperti azan empat waktu yang lain. 

Semoga masjid yang mengamalkan dua azan ini menjadi contoh amalan sunah,  dan menggantikan lantunan bacaan alquran atau nasyid sebelum azan waktu subuh. 

Selasa, Ogos 21, 2018

IBADAH korban, NGO kemboja tolong muslim Malaysia.


Catatan ini untuk memberitahu sebagian anak muda yg baru keluar dari gua,  setelah tidur lebih 300 tahun,  ala-ala ashabul kahfi di Jordan.

Negara Kemboja merdeka drpd Perancis pada 9 November 1953. Empat tahun kemudian,  1957 barulah Tanah Melayu merdeka.  Sejarah lampaunya Kemboja memang hebat, candi Angkor sebagai buktinya.

Maka tidak hairanlah Kemboja terus memacu kejayaan dan kemakmuran berbanding Tanah Melayu/Malaysia. Pemberontakan komunis,  pertikaian kaum dan siri demontrasi faktor besar negara dan rakyat negara kita mundur dan miskin. 61 tahun,  pemerintah Melayu Islam  di negara kita sangat lemah dan korup,  pendidikan dan teknologi semua bidang pun teruk.  Kini puluhan ribu anak Melayu Islam masih di sekolah usang,  tiada buku teks,  apa lagi makmal sains. Ada jutaan lagi yang tidak bersekolah.

Lihatlah sekarang,  banyaknya NGO negara Kemboja datang ke negara kita untuk membuat ibadah sembelihan korban lembu. Orang kemboja telah kaya sebab mewarisi kejayaan kerajaan Angkor dan sejak merdeka para pemimpinnya bertungkus lumus menyetarakan negara seperti China,  Korea dan Jepun.

Lembu sangat murah di negara kita,  itu pun rakyat muslim kita hanya makan daging sekali dua dlm setahun.

Kebanyakan NGO kemboja dan jutawan sana membantu sekolah agama dan membina pam air.

Tidak tahulah berapa puluh tahun lagi negara kita boleh setaraf Kemboja hari ini. Kita tak pernah selesai berbalah,  berperang sebab kuasa politik. Tak bolehkah pemimpin daerah,  negeri,  kaum,  ideologi dan agama kita duduk di meja rundingan agar negara aman dan ekonomi dibangunkan.

Kita rakyat berharap satu hari NGO Malaysia akan membawa puluhan juta ringgit ke negara² miskin untuk melakukan ibadah korban seperti yg NGO Kemboja lakukan sekarang. Adakah harapan untuk anak² kecil kita yg sekarang masih tidak berkasut dan tanpa baju? 😀😀😀😀

Khamis, Ogos 02, 2018

KERNA bid'ah hasanah muncullah Kristian

TIDAK banyak ahlul agama kita suka atau sanggup membicarakan bab bid'ah di ceramah terbuka,  seperti di masjid atau surau. Mereka bukan tidak suka bid'ah itu difahami secara jelas termasuk contoh dan kesannya,  tetapi tidak sanggup mengharungi dan melihat wujudnya perbedaan pendapat yang ada. Membicarakan bid'ah secara jujur, pastilah disebutkan contoh-contoh yang paling hampir supaya khalayak agama dapat menerima maklumat yang tuntas dari semua sudut.


Bid'ah itu sangat serius kesannya,  sekalipun cuba disusutkan isunya dalam mempelajari agama. Ini sebagian daripada teks hadis Rasulullah Syallallahu alaihi wasallam berkenaan ancaman bid'ah.
"Amma ba'du,  maka sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, seburuk-buruk perkara adalah perkara bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat. " (riwayat Imam Muslim).

Apa itu bid'ah?
".... Dan jauhkanlah diri kalian daripada  perkara-perkara yang baru dalam agama,  kerana setiap perkara yang baru dalam agama adalah bid'ah  dan setiap bid'ah adalah sesat." (riwayat Imam Abu Dawud,  At Tirmidzi dan Ibn Majah.)

Kata Imam Syatibi dalam kitab al I'tisam,  bid'ah adalah ritual ibadah rekaan yang menyerupai ibadah sebenar dan tujuan direka ibadah itu pun untuk lebih khusuk terhadap Allah. Ya,  pasti akal akan menyokong bid'ah sebab bentuk,  cara diamalkan serta tujuannya baik,  malah ikhlas kerana Allah. Cumanya,  itu rekaan manusia selepas kewafatan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam.

Mengapa tidak boleh beribadah yang bid'ah?
"Sesiapa yang mengamalkan suatu amalan yang tidak termasuk dalam urusan kami,  maka hal itu tertolak." (riwayat Imam Muslim)

Mengapa besarkan hal furu?
Virus bid'ah bukan hal furu atau ranting agama,  tapi ancaman terhapusnya ketulenan agama Allah.  Lihat apa sudah jadi ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Isa? Di tangan ahlul agama yang mendewakan akal serta nafsu,  kedua-dua ajaran nabi Allah itu ditokok tambah hingga syariat asal yang diajarkan oleh kedua-dua nabi Allah itu jauh daripada yang tulen.

Ambil saja akidah triniti dalam Kristen, tuhan itu tiga,  tiga dalam satu. Manusia pula dikatakan menanggung dosa Nabi Adam.  Semua ini masih satu ajaran agama bertujuan menjadikan manusia dekat kepada Allah,  tetapi itu rekaan bukan akidah dan ibadah yang diajarkan oleh nabi Isa. Dalam pemahaman umat Islam,  rekaan syariat dalam agama nabi Musa dan nabi Isa disebut bid'ah hasanah.  Bid'ah hasanah adalah rekaan tatacara beragama yang tujuannya untuk lebih khusuk beragama.

Ambillah iktibar terhadap kecurangan membuat bid'ah hasanah dalam agama nabi Musa dan nabi Isa, untuk umat Islam menjaga ketulenan agama yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam. Cuba,  kuatkan minda untuk siap sedia menerima penjelasan dan dialog berkenaan bid'ah dalam agama Allah. Sungguh jika dikaji dalam-dalam,  agama yang disebut sebagai Kristian,  Yahudi,  Hindu dan Buddha merupakan hasil inovasi atau bid'ah dalam agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul zaman dahulu.

Ahad, Julai 08, 2018

SOMBONG sifat ahli neraka

Foto hanya hiasan

NABI Shallallahu alaihi wasallam menyebut maksud "sombong" sebagai menolak kebenaran. Tentulah kebenaran itu alquran dan sunnah Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ditinggalkan dalil Allah dan rasul-Nya, namun diutamakan nafsu atau kepentingan hidupnya.  Apa maksud "meremehkan" orang lain? Tentulah memandang seseorang seperti tiada harga, memberi gelar 'bodoh', mencemuh nasab, menghina ilmu, rezeki dan apa saja yang membawa maksud merendahkn taraf sosialnya seseorang. Tentulah orang yang menggelar seseorang dengan hinaan, merasakan dirinya jauh lebih mulia, pintar, cantik, kaya dan lain-lain. Hal ini pun satu maksud sombong. Maka patutlah Nabi Shallallahu alaihi wasallam menyatakan orang yang sombong tidak masuk syurga.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud lradhiyallahu ‘anhu daripada Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda,

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“ (HR. Muslim no. 91)

Jumaat, Jun 08, 2018

MUSLIM menyembah batu Kaabah?

"KATANYA muslim tidak menyembah batu atau berhala.  Bahkan muslim menghadap Kaabah yang terbuat daripada batu,  malah di Masjidil Haram itu mereka sujud pada Kaabah!"


Bagaimana menangkis tuduhan musuh muslim seperti di atas? Dr Khalid Basalamah dari Jakarta memberi panduan menangkis soalan provokasi seperti itu.  Menurut beliau,  muslim shalat menghadap Kaabah disebabkan perintah Tuhan,  iaitu Allah.  Jika diperintah shalat menghadap laut,  nescaya muslim shalat menghadap laut. Jika ditakdir Kaabah runtuh pun,  muslim tetap menghadap tapak atau sisanya Kaabah.

Ini telah diperintah dalam al -Quran.

 قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا
 فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar daripada Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah daripada apa yang mereka kerjakan." (Al Baqarah:144)

Muslim mentaati perintah Allah dan yang ditunjukkan oleh nabi Allah,  Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam,  tanpa menyoal apa-apa.

Bahawa Umar bin al Khattab ketika mahu mencium hajar aswad di kaabah dia berkata,

إِنِّى لأُقَبِّلُكَ وَإِنِّى أَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ وَأَنَّكَ لاَ تَضُرُّ وَلاَ تَنْفَعُ وَلَوْلاَ أَنِّى رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَبَّلَكَ مَا قَبَّلْتُكَ
“Sesungguhnya aku menciummu dan aku tahu bahwa engkau adalah batu yang tidak bisa memberikan mudarat (bahaya), tidak bisa pula mendatangkan manfaat. Seandainya bukan kerna aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menciummu, maka aku tidak akan menciummu.” (HR. Muslim no. 1270).

Pengajaran lain,  kita tidak campur urusan agama atau ibadah.  Apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam seperti lafaz,  susunan ayat al-Quran, pergerakan,  tempat,  waktu dan lain,  itulah yang dilakulan oleh muslim orang beriman.  Tiada satu apa pun contoh daripada baginda Shallallahu alaihi wasallam,  tiada boleh sesiapa membuat ibadah baru. 

Sabtu, Jun 02, 2018

APABILA jenayah orang besar disucikan

DALAM negeri Antah Berantah, orang-orang besar ada yang sedang mendekam dalam sel atau sedang dalam proses keadilan mahkamah, telah dihapuskan semua hukuman dan diputihkan rekodnya, hanya kerna mereka 'ahlul bait' elit pemerintah. Sungguh telah diceritakan dalam filem P Ramlee, Musang Berjanggut. Boleh hayati dialog antara Puspawangi si perempuan cantik dengan Mantri Nikah Kahwin.


“Kekanda, boleh dinda bertanya sedikit?” tanya Puspawangi kepada Datuk Nikah Kahwin.

“Tanyalah, banyak pun boleh,” jawab Datuk Nikah Kahwin.

“Undang-undang dalam negeri, kalau lelaki masuk ke rumah perempuan bukan muhrim. Apakah menjadi kesalahan?”

“Oooo…. Itu kesalahan besar itu.”

“Jadi kanda ni salah laa...” usik Puspawangi

“Salah jugak. Tapi undang-undang dalam negeri kanda yang punya, kanda yang buat. Boleh dipadam itu”

Ini ada hadis peringatan daripada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam perihal kehancuran negara sebelum zaman baginda dahulu.

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ أَخْبَرَنَا اللَّيْثُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ قُرَيْشًا أَهَمَّهُمْ شَأْنُ الْمَرْأَةِ الْمَخْزُومِيَّةِ الَّتِي سَرَقَتْ فَقَالُوا مَنْ يُكَلِّمُ فِيهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا وَمَنْ يَجْتَرِئُ عَلَيْهِ إِلَّا أُسَامَةُ حِبُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَلَّمَهُ أُسَامَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ ثُمَّ قَامَ فَاخْتَطَبَ فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا وَفِي حَدِيثِ ابْنِ رُمْحٍ إِنَّمَا هَلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ

(Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda), "Apakah kamu hendak memberi syafa'at (keringanan) dalam hukum daripada hukum-hukum Allah?"
Kemudian beliau berdiri dan berkhutbah, sabdanya: "Wahai sekalian manusia, bahawa yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah, ketika orang-orang terpandang (terkenal)  mereka mencuri, mereka membiarkannya (tidak menghukum), sementara jika orang-orang biasa daripada mereka mencuri mereka menegakkan hukuman had. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sungguh aku sendiri yang akan memotong tangannya." Dan dalam hadis Ibnu Rumh disebutkan, bahawa yang menyebabkan kebinasaan orang-orang sebelum kalian. [HR. Muslim No.3196].

Isnin, Mei 28, 2018

MARA diteropong bukan Melayu


Pemerintahan sistem Malayan Union (MU) 1946, ditubuhkan oleh British untuk menghapuskan kuasa raja dan kerajaan negeri. Orang bukan Melayu diberi kerakyatan secara mudah. Ini semua utk kepentingan ekonomi dan politik British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia kedua.

Parti Umno ditubuhkan thn 1946 untuk menentang MU. Untuk mengelakkan pemberontakan Melayu, British memenuhi kehendak Umno. Tahun 1948 MU dimansuhkan dan ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu, yg mengembalikan kedudukan raja dan mengetatkan syarat orang bukan Melayu menjadi warga negara.

Parti Komunis Malaya (PKM) yg banyak anggotanya orang Cina memberontak mulai tahun 1948. Salah satu cara British mengatasi pemberontakan PKM ialah menawarkan kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu. Ini menimbulkan kemarahan Umno dan orang Melayu. Tapi British memujuk Umno supaya menerima hakikat, lambat laun orang bukan Melayu terus tinggal di Tanah Melayu dan menjadi warga negara. Dato Onn membuat syarat bahawa orang Melayu boleh menerima orang bukan Melayu dengan tukaran bantuan khas yang terjamin untuk pendidikan dan ekonomi Melayu. British bersetuju, maka ditubuhkan RIDA tahun 1949 (kemudian ditukar kpd MARA) dengan Dato Onn menjadi Pengarahnya. Itulah 'kontrak sosial' antara orang Melayu dengan bukan Melayu yg menjadi asas masyarakat majmuk. Orang bukan Melayu menghormati kedudukan orang Melayu sebagai penduduk asal dengan ada keistimewaan yang ditulis dalam perlembagaan 1948 serta dijaga oleh raja-raja Melayu.

Apakah MARA sebagai tukaran itu akan difaraidkan juga kepada orang bukan Melayu?

Selasa, Mei 15, 2018

HARAPAN tinggi rakyat kepada PH


TAKDIR Tuhan berlaku sudah, tanggal 9 Mei 2018 partai Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sejak merdeka tahun 1957 kalah dalam PRU14 kepada partai (belum legal) Pakatan Harapan (PH). Maka nama partai baru dan Perdana Menteri baru (baru menjabat semula).

Harapan rakyat tentu mahu PH menunaikan semua janji yamg ditawarkan sepanjang kempen PRU14 itu. Sudah bertahun-tahun PH menggambarkan kesengsaraan rakyat diperintah BN, maka rakyat diminta memilih PH untuk keluar daripada 1001 sengsara itu. Maka sekarang rakyat berdoa dan menunggu seolah-olah 'dewa sakti membawa hadiah'.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai ganti Datuk Seri Najib, bukanlah PM baru. Beliau telah dahulu menjawat PM selama 22 tahun. Rakyat menanti kabar gembira daripada PM lama berjawatan baru.

Ini semua telah menjadi catatan rekod politik. Tun M dahulu dimusuhi pihak oposisi, hari ini oposisi itulah yang bekerja keras menaikkan semula Tun M ke jawatan PM. Kata syair lagu lama, anak sungai pun berubah ini pula hati orang. Doa rakyat ialah hidup dalam zaman 100 persen baru ketimbang zaman BN yg dikatakan penuh kedurjanaan.

Muslim memberi wala atau ketaatan kepada siapa? Kekal memberi wala kepada pemerintah baru. PM Tun M seorang muslim, maka muslim wajib mentaati PM dalam hal makruf, tidak taat pada yang mungkar. Jika pun ada kesilapan PM dalam tadbir urus, biarlah orang yang ahli memberi nasihat kepada PM. Rakyat yang jauh dari Putrajaya tidak perlu ngomel atau ngomen salahnya PM di mimbar atau di kaki lima toko.

Doa adalah senjata mukmin, maka kita dianjurkan berdoa untuk kebaikan pemimpin dan rakyat.

Selasa, Mei 01, 2018

HIMBAUAN Allah vs demokrasi

Foto hanya hiasan

Pilihan Rayu Umum (PRU) dianggap pesta atau kenduri besar amalan politik demokrasi. Inilah medan terbesar untuk menzahirkan perbedaan pendapat, partai-partai dan semua cara untuk meraih undi sokongan. Maka pada PRU pendapat yang menyeru kesatuan umah, berlapang dada untuk perpaduan dan bersatu bersama pemerintah pantas diperlekeh menggunakan hujah dalil demokrasi. Malah ada yang tidak segan mengatakan, jangan gunakan nas agama untuk hal pilihan raya yang keduniaan. Atau, ada yang mengatakan nas-nas dalil hanya untuk ibadah khusus, politik hal keduniaan yang tidak terikat kuat dengan nas al-Quran dan Sunnah.

Maka jadilah PRU itu medan debat, propaganda, manipulasi keadaan dan fakta atau terbukanya ruang mentakwil suatu peristiwa atau ucapan. Hasilnya, hanyalah perbalahan dan perpecahan dalam masyarakat. Tidak ada ulama besar yang meminta masyarakat jangan beriman sepenuhnya terhadap demokrasi, maka golongan prodemokrasi tidak membaca ayat yang menyeru kesatuan umah dan mentaati pemerintah.

Maksud firman Allah, "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Ali Imran:103)

Sedangkan orang-orang beriman berselisih pendapat pun ditegur oleh Allah, lihat firman-Nya yang bermaksud,
"Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya." (An-Nisaa:88)

Kembali ke pangkal jalan adalah jalan Allah dan rasul-Nya. Umat mesti bersama pemerintah muslim walaupun negara mengamalkan demokrasi berpilihan raya. Sangat jelas Allah menyerukan perpaduan, dan PRU hanyalah satu cubaan terhadap umat.

Maksud firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (An-Nisaa:59)

Selasa, April 10, 2018

BUKU PRU, umat diseru mentaati pemerintah


PANAS Pilihan Raya Umum (PRU) kali 14 sedang nyata. Masyarakat berusia 21 tahun ke atas memang terlalu kepingin terlibat dalam politik, sekurang-kurangnya sebagai pengundi. Sebagian besar menganggap PRU satu pesta besar tetapi ada yang menaruh curiga mengenai nasib warga dan negara selepas PRU.

Buku Pilihan Raya Malaysia Antara demokrasi dan tuntutan Agama oleh Ustaz Idris Sulaiman, Ustaz Dr Fadhlan bin Othman dan Dato' Dr Fathul Bari bin Mat Jahya, setebal 254 kaca dengan harga RM30.00 diterbitkan oleh Almisykaat Enterprise, 2018.

Buku ini membicarakan teori hubungan antara rakyat terhadap pemerintah daripada ajaran al-Quran dan As-Sunnah, kewujudan sistem demokrasi berpilihan raya serta kewajiban untuk mengundi pemerintah dengan dalil agama, serta kaul ulama zaman silam.

Panel penulis telah mendedahkan sistem demokrasi berpilihanraya sebagai satu ancaman keamanan dan kelestarian pemerintahan Islam di Malaysia apabila masyarakat Melayu Islam berpecah kepada lima partai politik, sedangkan kaum bukan Islam sedang menyatu kuat dalam satu partai.  Ini bermakna, sekalipun Masyarakat Melayu itu majoriti, tetapi dengan berpecah kepada lima parti yang saling bertelingkah, membayangkan kaum bukan Islam boleh berkuasa melalui PRU14 ini.

Panel penulis menjelaskan kedudukan pemerintah dan pembangkang dari sudut agama. Jelas, pembangkang tidak diperlukan dalam kehendak Allah dan rasul-Nya sebab jelas arahan ketaatan umah kepada pemerintah.

Umah juga sangat dilarang menjadi pembangkang atau pengkritik terbuka, dibimbang terjebak dalam perjuangan kaum.khawarij yang membantah pemerintah atas nama agama.

Seterusnya panel penulis secara terbuka mengatakan wajib umat Islam mengundi partai Barisan Nasional yang selama ini menjadi pemerintah atas nilaian agama. Hal ini, sekurang-kurangnya atas prinsip 'mengambil mudarat kecil daripada mudarat besar'.

Beruntung meneliti hujahan panel penulis buku ini kerna setiap hujahan disandarkan pada ayat al-Quran, al-Hadis atau kata-kata ulama zaman salaf. Mungkin buku ini menjengkelkan para pendukung demokrasi, tetapi buku ini nyata mula menggugat minda sebagian anak muda yang cenderung beragama dalam politik.

Ahad, Mac 18, 2018

PRU juga cara guling pemerintah

Foto hiasan

ADAKAH Pilihan Raya Umum (PRU) hanya memilih kerajaan, bukan memberontak atau menggulingkan kerajaan yang ada? Ini hanya permainan bahasa daripada satu puak yang mendakwa mengikuti sunah Nabi shallallahu alaihi wasallam, tetapi punya jiwa membangkang pemerintah yang ada. Mereka menegakkan tauhid dan mengingkari syirik dengan dalil. Mereka juga menegakkan sunah dan menidakkan bid'ah hasanah dengan dalil al Quran dan hadis sahih. Dalam hubungan antara rakyat dengan pemerintah, mereka meninggalkan dalil al Quran dan hadis, sebaliknya tegar dengan dalil sistem dan amalan demokrasi serta peluang oleh undang-undang.

Mereka memberi takrif 'memberontak' itu satu serombolan manusia menggunakan senjata untuk menukar pemerintahan, seperti pemberontakan Partai Komunis Malaya tahun 1948-1960. Mereka juga mengatakan 'mengguling pemerintah' hanya dengan aksi kasar seperti aksi kudeta yang kerap berlaku di Thailand. Bagi mereka, mengumpulkan orang dan diberi informasi agar membenci pemerintah (atas tuduhan pemerintah jahat) adalah memenuhi agenda sistem demokrasi. Menubuh parti politik dan bersekutu dengan parti-parti pembangkang lain, bukan pemberontakan, tetapi menawarkan diri menjadi pemerintah baru.

Sekali pun mereka kuat menggunakan dalil al Quran dan Sunnah membanteras bid'ah, namun mereka mengabaikan dalil ayat 59 surah an Nisa yang mewajibkan umat mentaati pemerintah. Atau mereka terus mengatakan, 'pemerintah buruk tidak wajib ditaati'. Mereka juga tidak berminat ayat 103 surah Ali Imran yang melarang umat berpecah, sebaliknya pantas berdalil 'demokrasi dan undang-undang membenarkan wujud parti lain atau pembangkang'.

Apa yang berlaku, zaman berubah maka caranya juga berubah, tetapi prinsip dan matlamatnya tetap sama. Zaman  Dol Said (1830-an) di Naning Melaka, cara melawan British dengan berperang, membunuh atau terbunuh. Begitu juga cara Mat Kilau dan Dato Bahaman di Pahang. Tujuannya menghalau atau menghapuskan British daripada pemerintahan.

Zaman Dato Onn Jaafar, cara melawan British bukan dengan senjata dan bermandi darah, tetapi dengan mewujudkan fikiran benci Malayan Union British kepada semua orang Melayu. Caranya dengan ceramah, kempen, propaganda, perhimpunan, kongres juga menulis surat. Tujuannya sama seperti yang Mat Kilau mahukan, British dilemahkan dan kalau boleh keluar dari Tanah Melayu. Sedia maklum bahawa British adalah penjajah, kaum kafir yang menjajah umat Islam.

Pada zaman merdeka, kuasa pemerintahan sudah di tangan orang Islam, tetapi tidaklah sepenuhnya menjalankan syariat Islam seperti yang dibuat oleh Rasulullah ketika menjadi ketua negara dan kerajaan Madinah dahulu. Kerajaan pula menerima sistem demokrasi dan pilihan raya sebagai sistem politik negara. Inilah yang dikatakan tidak sepenuhnya melaksanakan syariat Islam seperti Rasulullah. Jadi, ada bukti  corak pemerintahan tidak sempurna.

Maka sebagian orang Islam mengambil sepenuhnya metodologi Barat dalam demokrasi, iaitu mengkritik secara terbuka, berdemontrasi, berpartai untuk mencari sokongan agar boleh mengalahkan kerajaan yang ada. Jelasnya, PRU adalah  cara lembut atau dalam suasana tawa riang menukar pemerintah.  Zaman sebelumnya atau di negara lain dengan emosi marah, luka berdarah atau pembunuhan untuk menukar pemerintah.

Jadi, PRU sama seperti pemberontakan atau perang iaitu menggulingkan pemerintah yang ada. Sebab itulah mereka yang mendakwa ikuti sunnah tetapi terlibat dalam blok pembangkang marah apabila dikaitkan dengan khawarij. Rasulullah mengatakan khawarij itu membangkang pemerintah Islam dan dilabel sebagai anjing neraka!

Isnin, Mac 05, 2018

KAUM munafik memang bodoh.


ADA sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam yang berupa kias ketamakan harta dunia untuk memberi gambaran kemewahan melimpah ruah di negeri akhirat kelak. Apabila Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mengatakan
"kalaulah mereka tahu keutamaan" atau "jika kamu tahu hadiah agung" berarti baginda sedang memberitahu kita hal yang tidak difikir atau dibayangkan oleh manusia biasa. Ini caranya baginda meminta kita membuat bandingan, kecintaan kepada dunia yang enak tapi sementara dengan akhirat yang jauh lebih enak dan kekal.

Daripada hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَيْسَ صَلاَةٌ أَثْقَلَ عَلَى المُنَافِقِينَ مِنَ الفَجْرِ وَالعِشَاءِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Tidak ada shalat yang lebih berat bagi orang-orang munafiq daripada solat Subuh dan ‘Isyak (secara berjama’ah).
Kalaulah mereka tahu keutamaan yang terdapat pada kedua-duanya, nescaya mereka akan mendatanginya (berjama’ah di masjid) walaupun dengan cara MERANGKAK.” (Sahih Al-Bukhari, no. 657)

Apa yang dapat dikesan daripada hadis tersebut?
1. Orang munafik tidak shalat berjamaah di masjid.
2. ‎orang munafik itu bodoh dalam beragama.
3. ‎ganjaran orang shalat Isyak dan Subuh berjamaah itu besar banget, sehingga manusia terasa rugi amat jika terlepas melakukannya.
4. ‎banyak orang tidak perduli ganjaran besar bagi kehidupan di akhirat.

Lalu di mana tahap kita di sisi Allah?
Bertaqwa?
Beriman?
Muslim?
Munafik?

Sabtu, Mac 03, 2018

BACAAN imam shalat Asar pun seru


ANTARA gangguan ketika shalat di masjid ialah tetangga makmum yang membaca surah agak kuat walhal dia sepatutnya membaca surah atau tahiyyat untuk dirinya sendiri. Ada juga imam yang bacaan surah pada shalat Zuhur dan Asarnya bisa didengar semua makmum, sedangkan para makmum membaca surah pilihan sendiri dan tidak diperdengarkan kepada orang lain. Itu sebagian daripada yang berfaham bacaan mesti didengar telinga sendiri!

Lihat contoh imam di Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah, meskipun pembesar suaranya paling baik, suara sang imam tidak sedikit pun didengar makmum tatkala yang bacaannya mesti sir.

Kembali kepada caranya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam shalat, sebagai kata pemutus. Ini ialah dalil bacaan perlahan yang tidak didengar oleh orang lain. Jelas para makmum Rasulullah shallallahu alaihi wasallam hanya tahu baginda membaca surah dengan melihat jenggot baginda yang bergoyang, bukan mendengar suara yang perlahan.

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yusuf berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan daripada Al-A’masy daripada ‘Umarah daripada Abu Ma’mar berkata, aku bertanya kepada Khabbab bin Al Arat, "Apakah Rasulullah shalallahu alaihi wasallam membaca surah dalam shalat Zuhur dan ‘Asar?"
Dia menjawab, “Ya.”
Kami tanyakan lagi, “Bagaimana kalian boleh mengetahui bacaan beliau?”
Dia menjawab, “Daripada gerakan jenggot baginda.” (H.R. Al-Bukhari No. 719)

Rabu, Februari 21, 2018

PRINSIP taat pemerintah tidak goyah

Foto untuk hiasan
MENDAKWA sikap, pemikiran dan tindakan berdasarkan dalil alquran dan sunnah, pasti satu masa diduga Tuhan. Benarkah kita ada kekuatan, kesanggupan, ketahanan dan pengetahuan.

Para asatizah mengajarkan kepada kami supaya mentaati pemerintah bukan atas faktor rekod kestabilan negara dan ekonomi, tetapi perintah Allah dan rasul-Nya. Asatizah pun sekadar menyampaikan pemahaman ulama daripada kitab-kitab yg sarat dengan dalil alquran dan sunnah.

Oleh itu, kita penuntut ilmu juga sekadar menyambung pemahaman dan dalil yang diterima. Misalnya ayat 59 surah An-Nisa, itu merupaka dalil utama orang beriman wajib mentaati penerintah. Ayat 103 surah Ali Imran, larangan Allah kepada orang beriman berpecah dan berselisih pendapat. Maka apa yang sepatutnya terjadi?

Kami difahamkan orang beriman (muslim) mesti bersama pemerintah, tidak menjadi pengkritik atau pembangkang, sebab menjadi pembangkang pasti berada dalam saf kiri, jauh dengan saf pemerintah. Pasti berlaku keburukan atau fitnah (mala petaka) lain setelah pemisahan itu.

Reaksi daripada dasar ketaatan kepada pemerintah.

Pertama, golongan yang mendakwa ittiba as sunnah tidak menerima ketaatan kepada pemerintah atas sebab hak dalam negara demokrasi.  Sayangnya mereka tidak berhujah dengan dalil alquran dan sunnah untuk berdiri sebagai pengkritik dan pembangkang. Walhal selama ini mereka begitu kuat berdalilkan alquran dan as sunnah ketika menolak unsur bid'ah dalam ibadah umat.

Kedua, golongan yang memang tersedia dalam parti pembangkang yang mendakwa perjuangkan Islam, jelas menolak konsep ketaatan kepada pemerintah. Golongan blok politik ini lebih dahsyat melabrak orang yang mentaati pemerintah atas dalil naqli. Tentulah mereka memberi gelar buruk seperti 'pengampu, penjilat atau anjing pemerintah'.

Sayang sekali kedua-dua 'kumpulan Islam' ini tidak memusnahkan hujah dalil alquran dan sunnah yang dijadikan sandaran konsep ketaatan kepada pemerintah. Mereka hanya berlegar-legar pada hak dan peluang yang diberi dalam negara demokrasi.  Maka semua dalil alquran dan hadis-hadis bab ketaatan kepada pemerintah terus berdiri utuh tak disentuh oleh yang tidak menyetujuinya. Oleh itu, kumpulan yang berpegang kuat mentaati pemerintah tidak goyang pendirian asalnya. Malah ketika ada pihak 'sunnah' yang bertanya bagaimana mahu merapatkan ahli-ahli sunah yang bertelagah bab politik ini, jawabannya jelas ada dalam ayat 59 surah An Nisa, iaitu kembali kepada alquran dan sunah nabi. Semua menyerah diri kepada Allah dan rasul-Nya dan berlapang dada jika pamahamannya tidak sejalan dua sumber asal tadi. Sesiapa pun yang ikhlas kerna Allah, pasti meletakkan dirinya di bawah naungan alquran dan sunnah.

Inilah ujian besar kepada semua pihak yang berkata 'Islam itu membawa kesejahteraan' , 'Wasiat Rasulullah ialah menyeru umat berpegang kepada kitab Allah dan sunah Rasul supaya tidak sesat hidup' dan 'jika berselisih kembali kepada Allah dan rasul-Nya'.

Sabtu, Februari 17, 2018

WAHABI: Salafi atau tajdid?


BERLAKU perbedaan antara mereka yang disebut wahabi, walaupun secara umum kedua-duanya tidak berakidah Asya'irah Sifat 20 dan membenci bid'ah.  Ini sebahagian daripada isi akhir buku "Evolusi Gerakan Penyelewengan Dalam Islam" yang ditulis oleh Muhammad Asrie Sobri.  Buku ini diterbitkan oleh Karya PiS Sdn Bhd, tahun 2018 tebalnya 174 halaman muka surat.

Buku ini tampak jelas sebagai buku sejarah, fakta penyelewengan yang menyusup ke dalam kefahaman beragama sejak zaman Rasulullah masih hidup hinggalah zaman kini.  Penulis memilih standard Al-Quran, hadis sahih, kefahaman para sahabat Nabi shallallahu alaihi wasallam dan salafus saih sebagai ukuran adanya penyelewengan atau tidak.

Penulis Muhammad Asrie Sobri menemui peranan pemerintah seperti khalifah, sultan atau wakil khalifah merupakan faktor utama berkembang atau surutnya penyelewengan dalam kefahaman umat Islam sepanjang zaman.

Antara isi penyelewengan ialah al-Qadariah, al-Irja, Muktazilah, al-Ta'til dan Jahmiyah pada zaman khilafah Bani Umayyah. Pada zaman Bani Abasiyah pula terdapat aliran ilmu kalam dengan peranan beberapa orang khalifah.

Syiah pula jelas satu penyelewengan dalam kefahaman umat Islam dan disebarkan oleh kerajaan Bani Buwaih dan Bani Ubaid. Malah dibuktikan kaum syiah punya aktiviti besar membantu tentera Mongol menghancurkan khilafah Bani Abasiyah.

Penulis juga berjaya membuktikan amalan sekularisme di Turki bukanlah semata-mata dikaitkan dengan Mustafa Kamal Ataturk, malah dimulakan oleh beberapa khalifah Usmaniyah kurun ke-19.

Tokoh yang dikatakan pencetus gerakan tajdid dunia Islam seperti Syeikh Jamaludin Al-Afghani, Muhammad Abduh, Rasyid Redha, dan di Nusantara seperti Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaludin dan Hamka juga disorot pegangan akidahnya, sama ada menepati manhaj salafus salih atau tidak.

Kesimpulannya, buku Evolusi Gerakan Penyelewengan Dalam Islam satu pendedahan sejarah yang panjang. 

DALIL shalat berjamaah itu wajib


SALAH satu hukum yang difahami oleh ulama berkenaan shalat berjamaah, ialah fardu ain iaitu wajib kepada setiap orang.
Ini pendapat Ibnu Mas’ud, Abu Musa Al Asy’ariy, Atha’ bin Abi Rabbah, Al Auza’i, Abu Tsaur, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, sebagian besar ulama Hanafiyah dan madzhab Hambali.

Dalil-dalil daripada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلاَةَ فَلْتَقُمْ طَآئِفَةُُ مِّنْهُم مَّعَكَ وَلِيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِن وَرَآئِكُمْ وَلْتَأْتِ طَآئِفَةٌ أُخْرَى لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَهُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةً وَاحِدَةً وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن كَانَ بِكُمْ أَذًى مِّن مَّطَرٍ أَوْ كُنتُم مَّرْضَى أَن تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ وَخُذُوا حِذْرَكُمْ إِنَّ اللهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُّهِينًا

"Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu), lalu kamu hendak mendirikan shalat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (shalat) bersertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang shalat besertamu) sujud (telah menyempurnakan satu raka’at), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum bershalat, lalu bershalatlah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap-siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan kerana hujan atau kerana kamu memang sakit; dan siap-siagalah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang menghinakan bagi orang-orang kafir itu. [An Nisa’: 102].

Dalam ayat ini terdapat dalil yang tegas mengenai kewajiban shalat berjama’ah. Yakni tidak boleh ditinggalkan, kecuali ada udzur, seperti ketakutan atau sakit.

وَأَقِيمُوا الصَّلاَةَ وَءَاتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

"Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku’."  [Al Baqarah:43).

Ayat di atas merupakan perintah. Kata perintah menunjukkan maksud kewajiban shalat berjama’ah.

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَاْلأَصَالِ رِجَالُُ لاَّتُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلاَبَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَآءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَاْلأَبْصَارُ

"Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang, laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, mendirikan shalat, dan membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang."  [An Nur:36-37].

قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ كَمَابَدَأَكُمْ تَعُودُونَ

"Katakanlah,  'Rabbku menyuruh menjalankan keadilan.' Dan (katakanlah),  'Luruskan muka (diri)mu di setiap shalat dan sembahlah Allah dengan mengikhlaskan keta’atanmu kepada-Nya, sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan (demikian pulalah) kamu akan kembali kepada-Nya.” [Al A’raf: 29].

Kedua-dua ayat di atas, terdapat kata perintah yang menunjukkan kewajiban shalat berjama’ah.

يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلاَيَسْتَطِيعُونَ خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ

"Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud; maka mereka tidak kuasa, (dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah, lagi mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) diseru untuk bersujud, dan mereka dalam keadaan sejahtera."  [Al Qalam: 42-43].

Ibnul Qayyim berkata,  "Sisi pendalilannya, adalah Allah Subhanahu wa Ta’ala menghukum mereka pada hari kiamat dengan memberikan penghalang antara mereka dengan sujud, ketika diperintahkan untuk sujud. Mereka diperintahkan sujud di dunia dan enggan menerimanya. Jika demikian, maka menjawab panggilan mendatangi masjid untuk menghadiri jama’ah shalat, bukan sekadar melaksanakan di rumahnya saja.”

Dalil daripada sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِحَطَبٍ فَيُحْطَبَ ثُمَّ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَيُؤَذَّنَ لَهَا ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيَؤُمَّ النَّاسَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى رِجَالٍ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ

"Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sungguh aku bertekad meminta dikumpulkan kayu bakar, lalu dikeringkan (agar mudah dijadikan kayu bakar). Kemudian aku perintahkan shalat, lalu ada yang beradzan. Kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami shalat dan aku tidak berjama’ah untuk menemui orang-orang (lelaki yang tidak berjama’ah). Lalu aku bakar rumah-rumah mereka.[HSR Al-Bukhari]

Ibnu Hajar dalam menafsirkan hadits ini menyatakan,  "Adapun hadits  (hadits di atas), maka zahirnya menunjukkan shalat berjama’ah fardhu ‘ain kerana seandainya hanya sunat, tentu tidak diancam yang meninggalkannya dengan (ancaman) pembakaran tersebut. Juga tidak mungkin terjadi, atas orang yang meninggalkan fardu kifayah, seperti pensyari’atan memerangi orang-orang yang meninggalkan fardu kifayah.”  [Kitab Fathul Bari 2/124]

Demikian juga Ibnu Daqiqil ‘Ied menyatakan,  “Ulama yang berpendapat, bahwa shalat berjama’ah hukumnya fardu ‘ain berhujah dengan hadits ini kerana jika dikatakan fardu kifayah, kewajiban itu dilaksanakan oleh Rasulullah dan orang yang bersamanya dan jika dikatakan sunat, tentu tidaklah dibunuh orang yang meninggalkan amal sunat. Dengan demikian jelaslah, shalat jama’ah hukumnya fardu ‘ain.” [Kitab Ihkamul Ahkam 1/24]

أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ أَعْمَى فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي قَائِدٌ يَقُودُنِي إِلَى الْمَسْجِدِ فَسَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُرَخِّصَ لَهُ فَيُصَلِّيَ فِي بَيْتِهِ فَرَخَّصَ لَهُ فَلَمَّا وَلَّى دَعَاهُ فَقَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ بِالصَّلَاةِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَأَجِبْ

"Seorang buta mendatangi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata,  'Wahai Rasulullah, aku tidak mempunyai seorang yang menuntunku ke masjid,' lalu dia meminta keringanan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sehingga dibolehkan shalat di rumah saja.
Lalu Baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan keringanan kepadanya. Ketika ia meninggalkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, langsung Rasulullah memanggilnya dan bertanya, 'Apakah engkau mendengar panggilan azan shalat?'
Dia menjawab, 'Ya.'
Lalu Baginda  berkata, 'Penuhilah!'
[HSR Muslim]

Setelah menyampaikan hujjahnya dengan hadits ini, Ibnu Qudamah berkata,  “Jika orang buta yang tidak memiliki orang untuk menghantarnya, tidak diberi keringanan, maka (yang) selainnya lebih lagi.” [Kitab Al-Mughni 3/6]

مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمْ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدْ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ

"Tidaklah ada tiga orang dalam satu perkampungan atau pedalaman tidak ditegakkan pada mereka shalat, kecuali syaitan akan menguasainya. Berjama’ahlah kalian, kerana serigala hanya memangsa kambing yang sendirian.
[HSR Abu Dawud]

Nas-nas ini menunjukkan wajibnya shalat berjama’ah. Pendapat ini dirajihkan oleh Lajnah Daimah Lil Buhuts wal Ifta’ (Komite Tetap Untuk Riset dan Fatwa Saudi Arabia) dan Syaikh Prof. Dr. Shalih bin Ghanim As Sadlan dalam kitabnya Shalat Al Jama’ah . Demikian juga sejumlah ulama lainnya. Wallahu a’lam.

[Disalin daripada majalah As-Sunnah Edisi 02/Tahun VII/1420H/1999M Diterbitkan Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl. Solo – Purwodadi Km. 8 Selokaton Gondangrejo Solo.

Sabtu, Februari 03, 2018

DELAPAN rakaat sunat Zuhur, bebas neraka


Oleh Almarhum Syeikh Bin Baz,  terjemahan Muhammad Abduh Tuasikal,  (dengan sedikit pindaan ejaan daripada teks terjemahan asal.)

Telah shahih daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa beliau mengerjakan shalat rawatib sehari semalam sebanyak 10 raka’at dan selalu beliau rutinkan, iaitu: dua raka’at sebelum Zuhur, dua raka’at setelah Zuhur, dua raka’at setelah Maghrib, dua raka’at setelah Isya’ dan dua raka’at sebelum Subuh, sebagaimana diriwayatakan oleh Imam al-Bukhari Imam Muslim dalam kedua-dua kitab shahihnya daripada hadis Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma.

Akan tetapi terdapat riwayat daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa beliau tidak pernah meninggalkan shalat empat raka’at sebelum Zuhur, sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab shahihnya. Maka yang lebih afdal, hendaklah seseorang mukmin dan mukminah mengerjakan shalat empat raka’at sebelum Zuhur, setelah itu mengerjakan shalat rawatib dua raka’at setelah Zuhur, sebagaimana dijelaskan dalam hadits ‘Aisyah yang telah disebutkan. 

Sedangkan jika ia mengerjakan shalat rawatib empat raka’at sebelum Zuhur dan empat raka’at sesudah Zuhur, itu lebih afdal lagi. Hal ini berdasarkan riwayat daripada Imam Ahmad dan penulis kitab Sunan yang empat dengan sanad yang hasan daripada Ummu Habibah. Ummu Habibah mengatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ حَافَظَ عَلَى أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَأَرْبَعٍ بَعْدَهَا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
Barangsiapa yang menjaga shalat qabliyah Zuhur sebanyak empat raka’at dan ba’diyah Zuhur empat raka’at, maka Allah mengharamkan baginya neraka.” Ini sungguh keutamaan yang amat besar.

Inilah macam-macam shalat sunnah rawatib dan hal ini disebutkan dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
مَنْ صَلَّى اثْنَتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِى يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِىَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِى الْجَنَّةِ
Barangsiapa yang mengerjakan dua belas raka’at shalat sunnah rawatib sehari semalam, maka akan dibangunkan baginya suatu rumah di surga.” Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Muslim daripada Ummu Habibah. Dikeluarkan pula oleh At-Tirmidzi dengan sanad yang hasan dan ditambahkan dalam riwayat tersebut shalat sunnah rawatib empat raka’at sebelum Zuhur, dua raka’at setelah Zuhur, dua raka’at setelah Maghrib, dua raka’at setelah Isya’, dan dua raka’at sebelum Subuh.


[Nur ‘Alad Darb, Syaikhh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, kaset no. 64]

Sabtu, Januari 27, 2018

MENGAPA ustaz kirim pahala kepada arwah?


Pendapat yang masyhur daripada Imam as-Syafii bahwa beliau melarang menghadiahkan bacaan al-Quran kepada mayat dan itu tidak sampai.

An-Nawawi mengatakan,
.
وأما قراءة القرآن، فالمشهور من مذهب الشافعي، أنه لا يصل ثوابها إلى الميت، وقال بعض أصحابه: يصل ثوابها إلى الميت
.
Untuk bacaan al-Quran, pendapat yang masyhur dalam madzhab as-Syafii, bahw itu tidak sampai pahalanya kepada mayit. Sementara sebagian ulama syafiiyah mengatakan, pahalanya sampai kepada mayit. (Syarh Shahih Muslim, 1/90). Salah satu ulama syafiiyah yang sangat tegas menyatakan bahwa itu tidak sampai adalah al-Hafidz Ibnu Katsir, penulis kitab tafsir.

Ketika menafsirkan firman Allah di surah an-Najm,

وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى

“Bahwa manusia tidak akan mendapatkan pahala kecuali dari apa yang telah dia amalkan.” (an-Najm: 39). Kata Ibnu Katsir,

ومن وهذه الآية الكريمة استنبط الشافعي، رحمه الله، ومن اتبعه أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى؛ لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم

“Daripada ayat ini, Imam as-Syafii – rahimahullah dan ulama yang mengikuti beliau menyimpulkan, bahwa menghadiahkan pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mayat kerna itu bukan bagian daripada amal si mayat maupun hasil kerja si mayat. (Tafsir Ibnu Katsir, 7/465).

Wallahu 'aklam

Sabtu, Januari 20, 2018

DZUL Khawashirah bapa khawarij

Foto hiasan

Kata Abu Sa’id al-Khudriyy radiyallahu anhu:

“Ali radiyallahu anhu telah menghantar ketulan emas yang belum dibersihkan dari tanah, hasil kemenanganya dari Yaman kepada Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam lalu baginda membahagikannya kepada al-Aqra’ Ibn Habis al-Hanzhaliy, ‘Uyainah Ibn Badr al-Fazariy, ‘Alqamah Ibn ‘Ulathah al-‘Amiriyy dan Zaid al-Khariththoiyy.

Tetapi pembahagian itu telah membangkitkan kemarahan Quraisy kerana mereka menganggap baginda sallallahu alaihi wa sallam lebih mengutamakan pembesar-pembesar Najd daripada mereka.

Mengetahui hal itu, Baginda sallallahu alaihi wa sallam menegur mereka:
“Kenapa kamu tidak mempercayai kejujuranku, sedangkan aku adalah pemegang amanah (agama) bagi pihak langit, wahyu datang kepadaku pagi dan petang, sesungguhnya hanya sanya aku lakukan itu untuk menjinakkan (hati) mereka.”

Tiba-tiba bangun seorang lelaki dari Bani Tamim yang dikenali sebagai Zu al-Khuwaisirah, berjanggut lebat, bertulang pipi tinggi, bermata dalam, berdahi nonjol, berkepala botak, berkain singkat, seraya berkata:
“Bertaqwalah kamu kepada Allah wahai Muhammad!”

Lalu Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam menjawab:
“Celakalah kamu! Bukankah aku orang yang paling berhak untuk bertaqwa? Siapakah lagi yang taat kepada Allah jika aku menderhakaiNya? Kenapa Dia boleh mempercayaiku atas sekalian penduduk bumi sedangkan kamu tidak percaya kepadaku, siapakah lagi yang adil jika aku tidak adil, sesungguhnya rugilah aku jika aku tidak berlaku adil?”

Kemudian lelaki itupun beredar dan Umar (atau Khalid Ibn al-Walid) radiyallahu anhu berkata:
“Izinkan aku memenggal lehernya”.

Baginda sallallahu alaihi wa sallam menjawab:
“Jangan, boleh jadi dia bersolat, (aku) minta dilindungi Allah daripada orang bercakap-cakap bahawa aku telah membunuh sahabatku, biarkan dia kerana dia ada pengikut."

Umar (atau Khalid Ibn al-Walid) radiyallahu anhu berkata:
“Berapa ramai orang bersolat tetapi dia bercakap apa yang tidak dicakap oleh hatinya?"

Baginda sallallahu alaihi wa sallam menjawab:
“Sesungguhnya aku tidak diperintahkan untuk membelah perut manusia dan menebuk hati mereka.”

Kemudian baginda sallallahu alaihi wa sallam memandang kepada lelaki yang sedang beredar itu seraya bersabda;
“Sesungguhnya akan lahir daripada keturunan lelaki ini golongan yang berumur muda dan berakal pendek, mereka bercakap dengan percakapan yang baik (pada zahirnya), bacaan al-quran, solat dan puasa kamu tidak setanding bacaan, solat dan puasa mereka, kamu akan rasa solat kamu lekeh berbanding solat mereka.

"Mereka sangka al-quran yang mereka baca adalah hujah untuk mereka tetapi sebaliknya ia adalah hujah ke atas mereka, mereka membaca al-quran dengan lunak tetapi ia tidak melepasi halqum mereka, mereka memerangi orang Islam tetapi membiarkan saja para penyembah berhala.
Mereka terkeluar daripada Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya, dilihat pada mata panah, pengikat mata panah, kayu panah dan sirip panah tiada sebarang kesan darah dan bulunya.

"Sekiranya aku sempat bertemu mereka nescaya aku akan perangi mereka seperti kaum ‘Ad, sekiranya kamu bertemu mereka maka perangilah mereka kerana memerangi mereka menjanjikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah subhana wa ta’ala pada Hari Kiamat.

"Petanda hal itu ialah di kalangan mereka ada seorang lelaki hitam bertangan pendek tanpa lengan, di hujung labu lengannya terdapat lebihan daging seperti payu dara perempuan yang ada beberapa helai bulu putih dan bergerak-gerak.

"Tanda pengenalan mereka ialah at-tahliq (bercukur kepala)¹, mereka adalah sejahat-jahat makhluk, mereka akan diperangi oleh salah satu daripada dua kumpulan yang lebih dekat kepada kebenaran. MEREKA KELUAR (MENENTANG PEMERINTAH) KETIKA ORANG RAMAI DALAM KEADAAN BERPECAH BELAH”.

Kata ‘Ali radiyallahu anhu:
“Jika tidak kerana bimbangkan kamu mengurangkan amalan, nescaya aku akan beritahu apa (ganjaran) yang Allah telah janjikan untuk orang yang memerangi mereka melalui lidah Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam”.
Kata Abu Sa’id radiyallahu anhu:
“Aku bersaksi bahawa sesungguhnya aku mendengar (hadis) ini daripada Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya aku bersama (Khalifah) ‘Ali Ibn Abi Talib radiyallahu anhu telah membunuh mereka, lalu beliau perintahkan agar dicari (mayat) lelaki tersebut sehingga dia djumpai dan dibawa kepadanya, sesungguhnya aku telah melihat tanda-tandanya betul sebagaimana yang telah disifatkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam”
______________
¹ – Kata al-Kirmani: “Golongan salaf tidak mencukur rambut mereka kecuali untuk ibadat haji dan umrah atau kerana keperluan, sedangkan puak khawarij menjadikannya suatu tabiat sehingga ia menjadi syiar dan identiti bagi mereka” Lihat: Al-‘Asqalaniyy, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar, Fath al-Bari Bi Sharah Sahih al-Bukhari, Dar al-Macrifah, Beirut, t.th, 13:537.

² – HR. Bukhari No: 3166, 3414, 3415, 4094, 4770, 6531, 6532, 6533, 6995, 7121, 7122, 7123 dan Muslim, No: 1064-1066.